Senyum Tangis Sendu |
Syaitan Suka KOTOR = UMNO Takut BERSIH Posted: 03 Jul 2011 06:45 AM PDT Ustaz-ustaz kata, orang yang pengotor itu adalah saudara syaitan kerana keBERSIHANan itu adalah sebahagian daripada iman. Tetapi di Malaysia, keBERSIHan itu diharamkan sama sekali kerana akan menyebabkan huru-hara. Dangkal betul jawapan seorang menteri. UMNO adalah sebuah parti yang mewarisi amalan syaitan kerana tidak suka akan keBERSIHan. Kebersihan bagi mereka adalah mengarut. Jika keadaan BERSIH, maka syaitan akan menjadi gusar dan gelisah. Sebelum mereka gelisah, banyak tangan-tangan hantu menangkap orang-orang yang BERSIH dari amalan syaitan. Gotong-royong memBERSIHkan kawasan yang kotor juga akan ditangkap oleh hantu-hantu yang dijelmakan oleh syaitan pengotor. Syaitan akan lakukan apa sahaja untuk mengajak manusia masuk neraka bersamanya termasuk yang jelas ada sekarang di Malaysia. Syaitan tidak akan memilih sesiapa sahaja yang mereka kehendaki asalkan yang manusia mengikut jejaknya. Tetapi di Malaysia, ubat untuk menakutkan syaitan ialah dengan menjaga keBERSIHan dan cahaya warna kuning akan menyebabkan mereka menjadi silau seperti hantu Drakula di negara Eropah. Kekotoran adalah penyelamat kepada syaitan kerana amalan syaitan ialah judi, arak, rasuah, dan suka akan kekotoran sama ada diri atau tempat mereka bersembunyi. Syaitan dikategorikan penderhaka kepada ALLAH kerana enggan menurut perintah ALLAH semasa kejadian Nabi Adam. Sama seperti UMNO yang ingkar untuk melaksanakan hukum ALLAH kerana mereka bimbang tidak akan mendapat keuntungan jika mereka dalam keadaan BERSIH. KeBERSIHan amat dituntut supaya kita menjaga diri kita supaya terus dalam memelihara iman sebagai seorang hamba yang bergelar khalifah. |
Asyik Kena Raba, Sanggup Kecilkan Payudara Posted: 02 Jul 2011 04:57 PM PDT GEMMA WESTMORELAND selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara. BARNSLEY - Seorang wanita di Britain, Gemma Westmoreland menjalani pembedahan untuk mengecilkan payu dara besarnya bersaiz 34J kerana bosan diraba oleh lelaki dan wanita nakal, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita berusia 26 tahun setinggi 1.5 meter itu berkata, dia bukan sahaja menjadi tumpuan ketika berada di tempat awam malah, ada lelaki dan wanita meraba dadanya kerana menyangka payu daranya tidak asli. "Orang ramai menyangka hanya kerana payu dara saya amat besar, mereka bebas untuk merabanya," tambah wanita itu Selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara selama tiga jam di sebuah hospital kerajaan di sini beberapa bulan lalu, saiz payu dara Westmoreland kini berkurangan separuh daripada saiz asalnya. "Pakar-pakar bedah saya hebat, saya lega kerana menjalani pembedahan ini," ujarnya. Agensi |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan