Ahad, 3 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO Penang PENGECUT! (Video Inside)

Posted: 03 Jul 2011 04:54 AM PDT

PULAU PINANG 3 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas kenyataan terbuka Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menafikan penglibatan Umno negeri itu dengan sebuah demonstrasi ganas Jumaat lalu.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang," kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.


Menurut Guan Eng, penafian yang dibuat oleh Zainal sekaligus menunjukkan sikap pengecut Umno Pulau Pinang walhal pada hari tersebut Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat dalam demonstrasi itu.

"Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, "baling batu sembunyi tangan"," kata Guan Eng.

Tambah beliau, Zainal bersikap berani dan memohon maaf kepada orang ramai di atas penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas tersebut.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kekesalannya di atas tindak tanduk Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?" kata Guan Eng.

Malah ujarnya, layanan media arus perdana terhadap insiden-insiden yang melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional juga kekal berat sebelah apabila tidak ada satu pun media itu melaporkan tentang penahanan Ezam.

"Tiada langsung berita oleh News strait Times tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu," kata Guan Eng.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.

Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan.



TVS News

Setiap kekejaman mempunyai tarikh luputnya – SN A Samad Said

Posted: 03 Jul 2011 04:37 AM PDT



KUALA LUMPUR: Setiap kekejaman (harus) mempunyai tarikh luputnya, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merujuk nilai demokrasi di negara ini yang kian terhakis lantaran pelakuan polis dan ketakutan pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0.


"Saya khuatir kalau dibiarkan terus, akan menjadi negara polis, katanya lagi ketika berucap pada majlis pelancaran buku kartun Zunar berjudul 'Even My Pen Has A Stand' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini, malam tadi.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad juga menyelar sikap polis yang tidak membenarkan tunjuk perasaan secara aman, malah menutup pintu rundingan sebaliknya mbuat tangkapan secara leluasa.

"Saya kira, kalau terjadi pertelagahan, saya lebih salahkan polis. Polis tahu beberapa bulan lalu mereka diminta ruang untuk penganjuran demontrasi Bersih, namun mereka sengaja tidak membenarkan," katanya.

Berucap dengan lilitan tangan warna kuning yang dipakaikan Zunar, beliau juga mengkritik polis kerana 'mengembalikan' Ordinan Darurat semata-mata ketakutan pihak tertentu terhadap warna kuning.

"Anehnya, tiba-tiba ditimbulkan isu komunis. Dengan itu, dihidupkan undang-undang lama, boleh ditahan tanpa soal-jawab, ini kekejaman.

"Dalam demokrasi, suara harus dipertimbangkan. Tiba-tiba tidak boleh bercakap. Warna pun takut, tidak mahu berunding, itu sudah membunuh demokrasi namanya," kata beliau disambut sorakan kira-kira 300 hadirin.

Beliau yang pernah menerajui Kumpulan Berita Harian pada zaman 60-an juga mengecam pengamal media arus perdana masa kini kerana membiarkan diri mereka diperalat semata-mata untuk 'carma' iaitu cari makan.

"Saya sudah tidak baca Utusan atau Berita Harian kerana tidak membacanya, sudah apa yang yang ditulis (mereka)," katanya, menyindir kerakusan media arus perdana yang giat menyerang gerakan kebangkitan rakyat.

Meluahkan rasa tidak senang terhadap kekangan pemerintah terhadap seniman yang tidak memihak kepada penguasa, beliau mempersoal sikap segelintir seniman yang membisu tanpa menghirau suasana bobrok di sekeliling mereka.

"Seniman kartunis, sasterawan, dramatis sangat jarang mengambil sikap. Ada antara kita selesa jadi golongan 'carma' atau cari makan, sedia untuk tidak bersikap. Inilah sebab segala kemungkaran terus membesar.

"Mujur, masih ada sekelompok seniman yang menyatakan sikap. Yang tahu kuning itu murni dan golongan seniman ini mula diganyang," katanya, sinis.


http://www.keadilandaily.com/?p=16431

Motif sebenar Perhimpunan Haram di Komtar

Posted: 03 Jul 2011 03:09 AM PDT

Berita ini telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO.. sedikit sebanyak menyerlahkan kepada kita apakah agenda sebenar demonstrasi Haram di Komtar yang dikatakan tidak didalangi oleh UMNO..

PULAU PINANG 2 Julai - Keadaan kelam-kabut berikutan perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam, mencerminkan suasana di ibu negara sekiranya perhimpunan haram Bersih diadakan 9 Julai ini.

Malah tegas, Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Ifan Zaimi Md. Tahar, keadaan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini akan lebih huru-hara kerana jumlah yang dijangka menyertai perhimpunan Bersih adalah lebih besar.


"Keadaan di ibu negara nanti adalah berlipat ganda kerana semalam yang berhimpun 1,500 orang sahaja.

"Bukan sahaja jalan raya sesak, peniaga juga akan menutup kedai kerana takut," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, lebih 1,500 orang berarak dan berhimpun di beberapa jalan utama dan hadapan Komtar bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa menindas orang Melayu dan rakyat negeri itu.

Mereka yang memakai lilitan kain berwarna merah di kepala memenuhi jalan raya sehingga menyebabkan beratus-ratus kenderaan terpaksa berhenti ekoran kesesakan yang berlaku.

Kumpulan itu yang merupakan pemimpin serta ahli daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai berarak selepas solat Jumaat sejauh enam kilometer bermula dari Masjid Melayu Lebuh Acheh menuju ke Komtar.

Apabila tiba di Komtar, mereka mengelilingi bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu melalui Jalan Magazine sebelum bertindak nekad duduk di atas jalan raya selama hampir 10 minit di Jalan Penang.

Menurut Ifan Zaimi, jika keadaan sedemikian berlaku, sudah tentu ia akan merugikan banyak pihak khususnya golongan peniaga dan pengusaha kenderaan awam seperti pemandu teksi.

"Orang ramai pula tidak dapat menjalankan urusan kerana takut nak keluar," ujarnya.


Lidah Rasmi UMNO

UMNO rakan seperjuangan Komunis China

Posted: 02 Jul 2011 08:47 PM PDT

Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar "Komunis resapi Bersih" dengan dakyah ciptaannya: "Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan".

"Pada tahap membimbangkan" kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?

Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.


Polis pula, selain menahan anggota PSM bersama Ahli Parlimennya Dr Michael Jeyakumar, turut merampas t-shirt berwarna merah dan risalah-risalah parti; dan kemudian menuduh mereka yang ditahan dengan dakwaan cuba "memerangi Yang di-Pertuan Agong" dan "menghidupkan semula fahaman komunis".

Sikap hipokrit yang berselindung di sebalik amalan kuku besi ini lah yang memperlihatkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah komunis zalim sebagaimana yang biasa dilakukan oleh regim-regim komunis pada era Perang Dingin dahulu.

Pemerintahan zalim ala Joseph Stalin, Mao Zedong dan Fidel Castro itu kini menjadi amalan UMNO-BN, terutamanya sejak pengumuman dibuat untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan di seluruh negara, kebanyakannya kerana memakai t-shirt kuning yang mempunyai tulisan Bersih 2.0.

UMNO rakan seperjuangan Parti Komunis China

Mungkinkah amalan zalim dan kejam ini dipelajari oleh UMNO melalui hubungan akrabnya dengan Parti Komunis China yang dikatakan kagum dengan corak pemerintahan UMNO?

Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.

Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.

Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.

"Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," kata Tengku Adnan.

Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.

Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?

Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.

Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi

Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.

Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang "hilang".

Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.

Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.

Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.

Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO

Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.

Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.

Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.

Apakah yang UMNO pelajari dari regim-regim komunis itu? Apakah UMNO telah diresapi komunis dan ejen-ejen asing?

Dan jika yang dipelajari itu baik, apakah ia sudah membuka hati UMNO dan kerajaan BN untuk menghormati hak asasi rakyat, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak menuntut pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan bersih?

Perang Dingin global sudah lama berakhir. Komunisme telah ditolak oleh warga dunia. Yang ada pun hanya cebisan sejarah lampau.

Momok komunisme hanya propaganda basi UMNO. Yang pemimpinnya amat bimbang sekarang ialah suara rakyat Malaysia yang sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan politik kotor, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan api perkauman.


Roketkini

Ambiga jangan fikir anda kuat!! - Najib

Posted: 02 Jul 2011 07:18 PM PDT

Kenyataan paling Desperate oleh Najib.. Setelah berbagai langkah yang kononnya berhemah diambil oleh Kerajaan masih gagal menunjukkan kesan terhadap cadangan perhimpunan BERSIH 2.0, Najib menyerang Ambiga..

"Ambiga jangan fikir kuat sangat." Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.


Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

"Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

"Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

"Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

"Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas," soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.


Lidah Rasmi UMNO

BERSIH: K'jaan guna kuasa secara berhemah - Najib

Posted: 02 Jul 2011 06:59 PM PDT

Kerajaan akan menggunakan kuasanya secara berhemah dalam menangani isu perhimpunan haram bagi mengelak sebarang salah tafsir dan dipertikaikan kemudian nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mahu ada pihak yang membuat tafsiran tidak tepat dan mempersoalkan kuasa yang digunakan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak.


"Sebab itu dalam menumpukan kepada keamanan dan ketenteraman awam, kita harus pastikan kuasa yang digunakan tidak menjadikan rakyat tidak faham kuasa yang digunakan oleh polis atau kerajaan," katanya pada sidang media di Machang hari ini.

"Saya sedar ada niat yang mahu menyalahkan polis untuk menggambarkan polis itu menggunakan kuasa, zalim dan keterlaluan dan nawaitu mereka itu mahu menggambarkan kerajaan sebagai autokratik dan tidak mengikut perubahan zaman," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam memberi amaran tegas kepada semua pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Polis juga memberi nasihat kepada tiga pihak iaitu yang berhasrat mengadakan perhimpunan seumpamanya pada hari itu iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan Pemuda Umno.

Najib menegaskan, dalam isu perhimpunan itu, kerajaan tidak menolak hasrat untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih, malah komited untuk memastikan pelaksanaannya.

Buktinya, kata Najib boleh dilihat pada keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan parti pembangkang mencipta kejayaan luar biasa sehingga menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

"Kalau kita boleh manipulasi (pilihan raya) perkara seperti ini tidak akan berlaku. Takkan kita hendak serahkan Kelantan pada PAS selama 21 tahun," katanya.

Terdahulu, Najib disambut kira-kira 15,000 rakyat sempena Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors di padang Sekolah Rendah Machang 1 sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini.

- Bernama

Saya Malu, Najib kena Tipu..

Posted: 02 Jul 2011 09:43 AM PDT

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menegaskan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak pernah menjual tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di bandar berkenaan.

Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Kata beliau, perdana menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka.

"Sudah tentu perdana menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Selaku rakyat Malaysia, kata Husam, beliau merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga Najib menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapannya.

"Saya menggesa agar perdana menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau," katanya lagi.

Dalam ucapan pagi tadi di Pasir Putih, Najib yang mengadakan lawatan kerja ke Kelantan berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui PKINK yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya.

Selain itu, kata Husam, perkembangan pagi tadi juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

"Saya yakin, jika perdana menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

"Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihan raya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan," katanya lagi.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau yakin kerajaan negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Katanya, apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

"Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan perdana menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK," katanya lagi sambil menambah, kenyataan Najib tidak berasas sama sekali - The Malaysian Insider


Kenyataan Akhbar YB Dato' Hj Husam Musa
2 Julai 2011

TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: KENYATAAN PM SALAH MAKLUMAT

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.

Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)
1 Sya'aban 1432/2 Julai 2011


nota: sebahagian kenyataan di atas adalah maklumbalas kepada laporan berikut;-

02 Julai, 2011 14:28 PM
PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.

Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat Umno Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.

Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.

Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan PAS Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.

Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan PAS Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.

Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: