shalehudin |
- BERSIH: Agung dah bersuara
- Kuning ngan Malaysia mana boleh haram
- Sokong tetap sokong... haha...
- Betoi ka profesor Amerika lari tak cukup tanah... kahkahkah...
- Pembangkang Thai menang 500 kerusi?
- Wahai Umno-BN
- Terlampau takut sampai hilang akai
- Pasai apa yang tetiba Husam jadi malu nih... kahkahkah...
- Tindakan hina dari bangsa hina
- Mai sini nak tengok rupa Umno
Posted: 03 Jul 2011 07:40 AM PDT Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. |
Kuning ngan Malaysia mana boleh haram Posted: 03 Jul 2011 06:35 AM PDT KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim berlari selepas menjaringkan gol kedua pasukan negara ketika menentang Taiwan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Perbandaran Taipeh malam ini. Malaysia mara ke peringkat kedua dengan peraturan gol di tempat lawan walaupun tewas 2-3 apabila agregat terikat 4-4. - Foto Roslin Mat Tahir |
Sokong tetap sokong... haha... Posted: 03 Jul 2011 06:30 AM PDT |
Betoi ka profesor Amerika lari tak cukup tanah... kahkahkah... Posted: 03 Jul 2011 05:55 AM PDT Dua profesor Amerika yang melakukan analisis pengiktirafan wajah ke atas video seks lelaki mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjauhkan diri daripada pihak media selepas perbicaraan trio Datuk T berakhir dengan mereka mengaku bersalah menayangkan video tersebut bulan lepas. Profesor sains komputer dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire itu, dilaporkan telah mendapati 99.99 peratus padanan antara lelaki dalam video itu dengan gambar pemimpin umum PKR itu, tetapi profesor tersebut tidak menjawab permintaan berulangkali untuk mengulas mengenai subjek tersebut. Lorenzo Torresani, seorang penolong profesor sains komputer, telah menulis beberapa kertas kerja mengenai 3-D modeling, klasifikasi objek dan gaya pergerakan. Sementara Hany Farid kebanyakan penyelidikannya tertumpu kepada forensik digital, analisis imej, visi komputer dan persepsi manusia - telah mengajar sains komputer selama lebih satu dekad. |
Pembangkang Thai menang 500 kerusi? Posted: 03 Jul 2011 04:19 AM PDT Opposition wins Thai election by a landslide - polls BANGKOK (Reuters) - The opposition won Thailand's general election by a landslide on Sunday, exit polls showed, paving the way for Yingluck Shinawatra to become the country's first female prime minister in a victory for a red-shirted political movement. Television showed Yingluck, younger sister of former prime minister Thaksin Shinawatra, swarmed by flashing cameras and journalists after exit polls showed her Puea Thai (For Thais) party winning a clear majority of the 500 seats in parliament. "Let's wait for the official results. I will tell you how I feel tonight," she told cheering supporters. An exit poll by Bangkok's Suan Dusit University, considered the most historically reliable, showed Puea Thai winning 313 seats with Prime Minister Abhisit Vejjajiva's Democrat Party taking just 152. Bangkok's Assumption University (ABAC) put the number of seats won by the opposition at 299. The red shirts have rallied around Yingluck and accuse Abhisit of colluding with the army with impunity -- grievances that have simmered since a 2006 military coup overthrew her brother. Thaksin, a former telecommunications tycoon, scored landslide election wins in 2001 and 2005 by appealing to the poor with populist policies, from cheap credit to universal healthcare. Yingluck hopes to tap his supporters. Abhisit, 46, an urbane economist born in Britain and educated at Oxford, has warned of instability ahead if Yingluck wins. He blames the red shirts for last year's violence and casts Thaksin as an authoritarian crony capitalist. His backers -- the royalist establishment and urban middle class -- want Thaksin to serve a two-year prison term for conflict of interest offences. They say Yingluck is a proxy for her brother and would clear the way for Thaksin's return. Abhisit had hoped to win a mandate from the people after coming to power in a controversial 2008 parliamentary vote when a pro-Thaksin ruling party was dissolved by the courts. His Democrats have not won an election in nearly 20 years. Throughout the six-week campaign, the two sides have presented similar populist campaigns of subsidies for the poor, improved healthcare benefits and infrastructure investment including high-speed rail systems across the country. The election is Thailand's 26th since it became a democracy in 1932, ending seven centuries of absolute monarchy. It has since been governed by 17 constitutions and has experienced 18 military coups, either actual or attempted. Recent opinion polls had suggested Puea Thai would win at least 240 seats, a threshold that is no guarantee it could govern. Most had doubted it either side would secure an outright majority, predicting back-room talks with smaller parties would prove crucial for forming a coalition. Investors are watching. Thailand, Southeast Asia's second-biggest economy and a base for automakers including General Motors Co has struggled to execute long-term planning -- from major infrastructure to much-needed economic reforms. The vote is also a test for Thailand's courts, which have handed down rulings that have removed two prime ministers, disbanded six parties, jailed three election commissioners and banned more than 250 politicians since the 2006 coup. Analysts and legal experts say those precedents suggest the courts could ultimately dictate who holds political power in the months after the election. According to some reports, the Puea Thai camp had been in talks with the generals to find some way of working together should it emerge victorious. Puea Thai would be allowed to govern and the military top brass would remain in place, with early reshuffles limited to middle ranks. |
Posted: 03 Jul 2011 03:07 AM PDT Kamu boleh paksa rakyat, Kamu boleh paksa semua polis, Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan... Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya, Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya, Kamu paksa mereka seret kami ke balai... Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu, Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu, Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu... Maka puaslah kamu, Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu... Kerana semuanya ini, Bakal mempercepatkan tumbangmu, Tersungkur di balik kezalimanmu. Bagi polis yang dipaksa, Terimalah simpati kami, Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa, Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 2 Julai 2011 |
Terlampau takut sampai hilang akai Posted: 03 Jul 2011 02:40 AM PDT Depa tohmah macamana pun, para pencinta keluhuran demokrasi yang telus, adil dan jujur melalui Bersih 2.0 takkan patah semangat mereka. Tekad rakyat jelata untuk melihat demokrasi negara lebih bersih akan memaksa mereka hadir merealisasikan agenda himpunan Bersih 2.0 pada 09hb Julai 2011 nanti, Insyaallah. Golongan agamawan yang cukup bergantung rezeki sedekahan kerajaan boleh la merapu dan memanipulasi apa saja medium termasuk mimbar masjid semaksimum mungkin, tapi atas dasar prinsip keadilan demokrasi telus tadi... semangat rakyat jelata makin membuak buak untuk menterjemahkan dalam tuntutan mereka nanti. Lagi ditekan, lagi kuat rakyat bertahan. Lagi banyak ugutan yang datang, lagi celik rakyat kebanyakan... Depa boleh guna segala strategi licik sedaya mungkin, dan segala kekuatan pihak berkuasa selagi ada... Insyaallah, rakyat jelata bijak menilai dan membuat keputusan.... http://shalehudin.blogspot.com/ |
Pasai apa yang tetiba Husam jadi malu nih... kahkahkah... Posted: 03 Jul 2011 02:17 AM PDT Husam: Saya malu Najib diberi info silap isu stesen teksi Pasir Puteh KUALA LUMPUR, 2 Julai – Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menegaskan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak pernah menjual tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di bandar berkenaan. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran. Kata beliau, perdana menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. "Sudah tentu perdana menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Selaku rakyat Malaysia, kata Husam, beliau merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga Najib menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapannya. "Saya menggesa agar perdana menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau," katanya lagi. Dalam ucapan pagi tadi di Pasir Putih, Najib yang mengadakan lawatan kerja ke Kelantan berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta. Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh. Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui PKINK yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi. "Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya. Selain itu, kata Husam, perkembangan pagi tadi juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal. "Saya yakin, jika perdana menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 julai ini. "Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihan raya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan," katanya lagi. Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau yakin kerajaan negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya. Katanya, apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut. "Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan perdana menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK," katanya lagi sambil menambah, kenyataan Najib tidak berasas sama sekali.- MI |
Tindakan hina dari bangsa hina Posted: 02 Jul 2011 09:00 PM PDT PENAHANAN : HINA PARLIMEN DAN DEMOKRASI Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara. Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil. Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia. Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia |
Posted: 02 Jul 2011 07:45 PM PDT Umno ni kalau tengok umoq memang dah lanjut banyak dah. Tapi kalau tengok ke bentuk fizikal depa, ternyata lagi teruk... silap silap dok ataih kerusi roda jaaa... haha... Awat tak lagu tu, dah badan ja nampak sasa tapi lembik... penyakit banyak, angin penyakit penuh badan.... kahkahkah... Tak guna jugak kalau Umno mendabik dada kata ahli yang berjuta juta. Badan yang besar sasa tapi tubuh badannya berpenyakit yang tunggu akhir kalamnya saja. Ada ahli yang sedaq dan mengkritik, penyokong dan penjilat penjilat tanpa tauliah akan menerpa mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedaq ni. Pendeknya tidak ada apa-apa ruang untuk Umno memperbaiki dirinya. Warisan Umno yang kekononnya memperjuangkan ketuanan Melayu yang amat mengecewakan rakyat ialah budaya rasuah dan menggunakan kuasa dengan salah. Itu adalah dosa yang tidak dapat diampunkan oleh ramai rakyat pengundi. Depa ni adalah di kalangan the 'silent majority'. Antara depa ni adalah ahli ahli Umno sendiri. Ahli ahli berbangsa Umno ni bertukar parti semasa berada di depan peti undi lagi. Ni la rupa Umno sebenaq, ahli bangsa Umno sendiri dah sedaq... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan