Pulakdah! |
EDISI KHAS : DAP, Chauvenisme Dan SONGKOK Posted: 25 Jul 2011 01:59 AM PDT Entri kali ini adalah ulasan khas berkaitan dengan 'Dialog TERTUTUP ANAK MUDA Dengan Pemimpin Muda DAP' yang dibuat semalam (24 Julai 2011) di Ibu Pejabat DAP. Sebelum itu aku yang mewakili SAMM bersama adik-beradik SAMM yang lain iaitu Sdr Ahmad Anwar Asyraf dan Khairul Fauzi Hj Muhammud telah menerima jemputan dari penganjur iaitu RoketKini dari Sdr Mazir pada awal bulan lepas. Walaupun ia menimbulkan PERSEPSI dikalangan rakan-rakan lain, namun SAMM sudah bersedia dan mengambil pendirian untuk menghadiri Dialog tersebut. HQ DAP Depan Masjid Kami tiba di Hotel Wenworth sekitar jam 1.00 ptg. HQ DAP berada di aras 2. DAP yang digambarkan sebagai parti yang dilabelkan sebagai parti cauvenis ini rupanya terletak berhadapan dengan sebuah Masjid Jalan Cochcrane. Pastinya azan Zohor sangat jelas dari sini. Kami sempat Zohor di masjid berkenaan dan makan tengahari di kedai berhampiran sementara menantikan jam 2.30 ptg.Sdr Mazir dari RoketKini menjemput kami di lobby Wenworth Hotel pada jam 2.15ptg. Sempat berkenalan dengan berkenalan dengan Pengarang RoketKini Sdr Wan Hamidi sebelum majlis bermula tepat jam 2.30 petang. Kehadiran anak muda di dalam dialog ini amat menggalakkan. Dari kira-kira lebih 40 peserta anak muda yang menghadiri dialog, 80% daripadanya adalah melayu. Dari kiri : Mazir dari RoketKini, Zairil Khir Johari, Tony Pua, Teressa Kok, dan Liew Chin Tong. Dialog dimulakan dengan pemimpin muda memperkenalkan diri dan latar belakang masing-masing. Pemimpin muda DAP yang menyertai dialog pada petang itu ialah Zairil Khir Johari, Tony Pua, Teressa Kok, dan Liew Chin Tong. Teo Ni Ching tidak dapat bersama kerana ada majlis makan malam di Pulau Pinang. Politik Persepsi Dialog bermula dengan perbincangan perubahan ideologi dari DAP, kerjasama di dalam PR dan masalah 'BESAR' yang DAP hadapi dalam berhadapan dengan media arus perdana. Bagaimanapun dialog ini menjadi menarik apabila para peserta mula menimbulkan isu pusat hiburan di Kedah. Biar saya ringkaskan di sini, soalan yang diajukan oleh Khairul Fauzi khusus kepada Tony Pua ialah, mengapa perlunya dia mengeluarkan kenyataan yang 'boleh' dimanipulasi oleh media untuk keluar dari PR?. Tidak adakah saluran lain?. Di sini Tony Pua menjelaskan antara beberapa 'masalah' dalaman yang berlaku di Selangor turut berlaku di Kedah. Menurut Tony Pua, permohonan DAP untuk mendapatkan penjelasan dari pihak MB seakan tidak dilayan. Jumpa MB, diarah jumpa SU. SU pula suruh jumpa MB. Oleh kerana permintaan DAP ini tidak dilayan, akhirnya Tony Pua bersuara dengan tujuan untuk membuka mata pihak kerajaan negeri. Namun tidak sekali-kali mengeluarkan kenyataan untuk keluar dari PR. Itu kenyataan Tony Pua, dan dia akui kenyataannya telah dimainkan oleh media perdana sehingga menimbulkan PERSEPSI. Akhirnya seperti yang kita tahu akhirnya TG Haji Hadi turun ke Kedah untuk menyelesaikan isu ini. Ada kelompongan dalam perkara ini. Mengapa dalam ketika PR berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan BN, tetapi PR masih mengalami masalah 'perhubungan' sesama mereka?. Mungkin Ketua De Facto PR Anwar Ibrahim kena melihat perkara-perkara kecil dikalangan parti PR seperti ini untuk mengelak timbulnya PERSEPSI kepada golongan anak muda. DAP juga turut dikritik dalam dialog itu kerana sekali lagi gagal dalam PERSEPSI yang baik di Sarawak. Mengapa selepas mereka memenangi PRN Sarawak dengan susah payah, akhirnya mereka kalah kepada PERSEPSI rakyat apabila 12 Adun DAP enggan memakai Songkok di dalam istiadat Sidang Dun yang pertama. Kali ini Tony Pua turut bersetuju dan mengakui kelemahan mereka kerana masih ada dikalangan ahli DAP yang masih oldfashion dan merasakan identiti mereka akan hilang hanya kerana bersongkok. Zairil sendiri mengambil masa sehingga 2 jam bermesyuarat di kalangan mereka semata-mata untuk membincangkan isu kecil, isu bodoh iaitu isu tidak mahu memakai songkok. Dan kepada pemimpin-pemimpin DAP yang membaca entri ini. Tolong belajar dari kesilapan iklan hari raya TV3 tahun lepas. Idea anda untuk MB Selangor berpakaian Santa Klaus adalah sangat Bodoh!. Maaf cakap, jika tidak kerana MB Khalid Ibrahim menolak cadangan itu, maka sudah tentu kerajaanPakatan Rakyat Selangor sudah bertukar kerajaan seperti di Perak. Yes, it's so true!. Lebih mengecewakan kami apabila mendengar alasan yang diberikan oleh Teressa Kok bahawa mereka terlupa mendidik ahli-ahli mereka di Sarawak (berbanding ahli DAP di Selangor yang lebih terbuka dan mahu memakai songkok, menurut Teressa Kok) kerana DAP 'tidak sangka' akan menang. Bagi SAMM hujah tidak sangka akan menang sepatutnya tidak wujud untuk mereka yang bertanding di dalam pilihan raya waima sebagai calon bebas sekalipun. Bagaimana anda sanggup menawarkan diri menjadi calon sedangkan hakikatnya anda 'tidak bersedia' atau 'tidak yakin' akan memang. Inilah masalah yang timbul apabila rakyat memberikan mandat mereka kepada calon PR, dan mereka melakukan kesilapan bodoh ini. Akhirnya ia membuka ruang kepada media utama BN untuk bermain dengan politik PERSEPSI. Harapan SAMM Kami dari SAMM mengkritik kerana melihat ada ruang perbincangan di dalam parti PR, dan di dalam dialog kali ini kepada DAP khususnya. Harapan kami selaku anak muda mengharapkan agar segala usaha penerangan, program dan penyampaian maklumat oleh PR atau DAP khususnya tidak menjadi sia-sia kerana mereka gagal dalam politik PERSEPSI. Pakatan Rakyat telah bersusah payah mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan BN, korupsi, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa. Anda berusaha mendapatkan keadlian rakyat untuk Teoh Beng Hock, arwah Ahmad Sarbani, Kugan dan arwah Aminul Rasyid. Anda berjaya mendapatkan peguam Perancis William Bourdon untuk mendedahkan skandal kapal selam. Anda berjaya mendapatkan hak-hak peneroka Felda yang dizalimi. Anda lakukan macam-macam. Namun selagi anda gagal dalam mengawal permainan politik PERSEPSI. Anda akan gagal dalam memenangi pilihan raya yang akan datang. Kerajaan BN tidak perlu menjawab segala pertuduhan kezaliman, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. CUKUP sekadar media aliran perdana memainkan berita yang berjaya menimbulkan PERSEPSI buruk kepada Pakatan Rakyat di kalangan rakyat. Tambahan jika mereka berjaya menimbulkan PERSEPSI melibatkan agama, perkauman, dan raja-raja..itu sudah cukup ampuh bagi kerajaan BN untuk mengekalkan kuasa dalam PRU ke 13 tidak lama lagi!. Dari Kiri : Author Faethal dan Anwar Ahmad bergambar selepas solat Asar di bilik sembahyang di Ibu Pejabat DAP. Apa persepsi anda? Author Faethal SAMM Muar |
Blogger PENGHINA ISLAM Ini Diupah NAJIB & TAIB MAHMUD Posted: 24 Jul 2011 07:24 PM PDT Caleb Howe Luahan-lauhan kebencian anti-Islam, termasuk satu ejekan yang kasar terhadap Nabi Muhammad, antara beberapa pandangan yang sangat mengejutkan yang dikeluarkan oleh ahli pasukan blogger Amerika, yang diupah oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kononnya untuk meningkatkan imej mereka . Seorang ahlinya, bernama Caleb Howe, terlibat dalam beberapa Twitter yang jelas bertujuan untuk melakukan kesalahan melampau terhadap masyarakat Islam - walaupun beberapa rakan-rakannya di Red State, New Ledger, Sarawak Report(s), Malaysia Matters dan yang lainnya telah dilantik oleh Najib dan Taib sebagai penganjur profesional. Dalam satu cetusan yang berlaku pada tahun lepas dia telah terlibat dalam kata-kata kasar dan kebudak-budakan yang berterusan di halaman Twitter seperti di bawah ini: Tersalah Melantik 'Anjing Serangan' Yang Buruk? Caleb Howe - penghina Islam dan sebahagian daripada sayap kanan rangkaian blog 'profesional' yang telah dilantik Najib dan Taib ini menggunakan wang pembayar cukai rakyat Malaysia Majoriti rakyat di Sarawak tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun, ia bukanlah bermakna mereka mengimpikan untuk terlibat dalam serangan yang biadap dan menyakitkan hati terhadap perkara-perkara yang dianggap suci bagi penduduk yang beragama Islam. Jadi, ia kelihatan seolah-olah Taib yang juga seorang ISlam benar-benar telah tersalah menilai, kerana menggunakan khidmat seorang yang kotor bahasa dan tingkah lakunya. Datuk Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia, yang juga telah mengupah rangkaian blog yang sama sudah tentu juga melakukan kesalahan sama kerana penilaian yang teruk? Beliau sepatutnya seorang pelindung bagi agama Islam itu sendiri, sebaliknya telah dikaitkan dengan pasukan Amerika yang turut disertai lelaki ini. Caleb Howe amat rapat dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan di sebalik blog Amerika 'Red State' dan blog 'New Ledger' dan juga sebuah syarikat PR yang dipanggil Perkhidmatan Strategik Rogue, juga pernah dilantik oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk Badawi, Najib dan kini Taib Mahmud untuk mewujudkan 'publisiti positif' bagi pihak mereka. Sarawak Report telah mendedahkan bagaimana rangkaian laman web ini telah dilantik oleh Najib dan juga Taib untuk mempromosikan mereka dengan artikel yang menggalakkan di dalam blog-blog mereka di Amerika Syarikat dan Malaysia untuk memberi gambaran bahawa mereka mempunyai sokongan antarabangsa yang positif. Josh Trevino sebagai 'kurator' di halaman Twitter Malaysia Matter Caleb Howe, yang merupakan penyumbang tetap kepada laman utama Trevino 'Red State', juga halaman Twitter yang disebut Malaysia Matter, yang dengan jelas berkaitan dengan laman web Malaysia Matter, salah satu projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN. Laman web Malaysia Matter (yang baru saja dilancarkan semula) telah dimulakan pada tahun 2008 oleh Josh Trevino dan rakan sekerja Jerome Armstrong. Armstrong, yang juga seorang profesional 'blogger untuk disewa', telah mendedahkan bahawa projek tersebut telah ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia - dia telah menyenaraikan pelanggan mereka di laman web syarikatnya WebStrong. Malaysia Matter yang dikendalikan oleh Josh Trevino dan Jerome Armstrong telah ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia Badawi dan kemudian Najib PM dan Ketua Menter telah memilih untuk mengupah penulis blog yang pakar dalam perbuatan jahat dan mencaci maki terhadap orang-orang yang mereka tidak setujui. Dalam kes di Malaysia, orang-orang ini adalah musuh-musuh politik atau pengkritik pemimpin-pemimpin BN yang telah ditugaskan kepada mereka. Caleb adalah seorang blogger biasa di Red State Anwar Ibrahim dan juga Sarawak Report telah diberi komentar lucu dan terlalu banyak 'serangan anjing' di laman web ini, berdasarkan kewartawanan atau penyelidikan yang sifar. Tetapi, sekarang nampaknya tuan BN yang telah membayar mereka untuk kepentingan politik mereka sendiri telah digigit! Sayap Kanan Yang Ekstrim, Anti-Islam dan Pro-Israel Cetusan Caleb menghina Islam bukanlah satu insiden yang kecil. Sesungguhnya perlantikan blogger Amerika yang diupah oleh Taib dan Najib ini mengejutkan kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Josh Trevino sendiri tanpa rahsia berpandangan fanatik pro-Israel, dan turut meluahkan di dalam tweetnya bahawa kepada rakan-rakan Amerikanya yang merasakan kasihan terhadap rakyat Palestin dan turut menyertai dalam konvoi flotillan bantuan sepatutnya layak ditembak mati. Anti-Palestin. Bukankah pandangan sebegitu akan membatalkan sebarang kontrak mereka dengan kerajaan BN Malaysia? Dengan pendirian Najib yang menyokong kapal bantuan flotilla ke Palestin dan memuji rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, ia sudah tentu luar biasa apabila beliau terus mengupah seorang lelaki untuk menjalankan serangan terhadap Anwar Ibrahim! Jelas sekali BN mengupah Trevino dan penulis blog yang berhaluan kanan, kerana mereka sangat jahat dalam serangan mereka terhadap sesiapa saja. Sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk menyerang terhadap Anwar dalam masa kebanyakan penulis dari Amerika Syarikat (AS) dan UK enggan melakukannya. Sebaliknya apa-apa yang dikatakan senjata berbahaya itu telah berbalik kepada mereka akhirnya. Jika dilihat penglibatan Trevino dengan organisasi ACt For Israel dan gambaran mereka terhadap rakyat Malaysia yang menyokong kapal rahmat Palestin. Menurut sayap kanan blog seperti Red State, umat Islam semuanya pengganas yang berpotensi. Kredit : MC |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan