Kerabu Bersuara ® |
- Saya sedia hadapi saman Zahid Hamidi, kata Tony Pua
- Memperjuangkan agenda Melayu secara adil dan berkebajikan
- Tukar Tiub! Gambar Rosmah Dalam Najib, LAWAK!
- Keluarga tolak video, tuntut siasatan khas kematian Baharuddin
- Hantar pulang peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham
- Putrajaya bincang isu Wahabi, kaitan dengan terorisme
- Mat Sabu Atau Polis Yang BODOH? Jom Tengok Video Ini!
- Usah Bohong Lagi Pada Rakyat
Saya sedia hadapi saman Zahid Hamidi, kata Tony Pua Posted: 25 Jul 2011 05:58 PM PDT Berani kerana benar. Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua bersedia menghadapi saman oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat mengheretnya ke mahkamah. "Saya juga menunggu pegawai-pegawai Kementerian (Pertahanan) supaya memberi jawapan dan penjelasan di mahkamah nanti," kata Pua kepada Roketkini berhubung laporan akhbar semalam bahawa Zahid mahu saman beliau jika terbukti berlaku penyelewengan fakta membabitkan Angkatan Tentera Malaysia di dalam buku terbaru Pua, "The Tiger That Lost Its Roar." Zahid dilaporkan berkata, pihak kementerian sedang meneliti fakta di dalam buku berkenaan dan menjelaskan bahawa "pembelian kapal selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak merupakan pembelian yang telus." Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau tidak menyebut apa-apa berkaitan kapal selam Scorpene dalam bukunya. "Menteri tidak tahu apa yang ada di dalam buku itu… Tuduh buta-buta saja," katanya. Pada 22 Julai lalu, peguam dari Perancis yang mengendalikan kes Scorpene, Willian Bourdon, telah dihalau keluar dari Malaysia oleh kerajaan Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada masa itu, Bourdon tiba dari Pulau Pinang setelah menghadiri jamuan makan malam amal untuk menjelaskan isu Scorpene yang dijangka dibawa ke mahkamah di Perancis. Bourdon, ketika dihantar pulang ke Paris, sedang dalam sesi jelajah Malaysia dijemput oleh Suaram untuk menjelaskan kepada orang ramai berkaitan dakwaan skandal RM540 juta dengan sebuah syarikat Perancis DCNS berkaitan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada 2002. – Roketkini.com |
Memperjuangkan agenda Melayu secara adil dan berkebajikan Posted: 25 Jul 2011 05:46 PM PDT Oleh Abu Firdaus Apa yang dikatakan agenda Melayu bukan saja menjadi perjuangan Umno tetapi juga merupakan isu bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan Keadilan. Tetapi tentulah pendekatan dan inti agenda Melayu antara Umno dan PAS-Keadilan amat berbeza. Perbezaannya terletak pada dimensi keadilan, kebajikan dan orientasi rakyat, selain daripada bebas rasuah. Apakah dia agenda Melayu? Pertama, agama Islam; kedua, kedaulatan Melayu; ketiga, bahasa Melayu; keempat, pendidikan Melayu dan kelima; ekonomi Melayu. Perkara ini perlu dijelaskan bukan saja supaya orang Melayu berasa selesa untuk menyokong Pakatan Rakyat tetapi juga hubungan antara DAP dan PAS juga dapat difahami. Asas utama kerjasama DAP-PAS-Keadilan ialah urus tadbir negara yang baik, demokratik, adil dan bebas rasuah. Tetapi perbezaannya nanti ialah mengenai agenda Melayu. Pendirian DAP adalah jelas iaitu memperjuangkan Malaysia yang demokratik. Dalam sebuah negara demokratik, tentunya Islam seperti lain-lain agama bebas diamalkan. PAS pula memperjuangkan Islam di mana demokrasi itu diterima oleh agama ini. Dalam negara Islam, semua agama juga bebas diamalkan. Hakikat Islam sebagai agama rasmi juga tidak ada masalah bagi DAP, apatah lagi PAS. Ia sudah termaktub dalam perlembagaan dan oleh kerana majoriti rakyat negara ini beragama Islam dan mahukan ia sebagai agama rasmi, maka ia akan kekal seperti itu. Apa yang menjadi isu kelak ialah bagaimana agama rasmi itu ditafsirkan dan dilaksanakan? Soal agama ini amat sensitif dan ia perlu ditangani secara mikro dan amat berhemah. Di kalangan orang Islam juga mempunyai pandangan pelbagai. Kemudian soal kedaulatan Melayu. Tentu bagi DAP, penerimaan Raja raja Melayu sebagai ketua negara tidak menjadi masalah. Apa yang menjadi soal ialah maksud kedaulatan Melayu dengan dikaitkan bahawa pemilik utama negara ini adalah orang Melayu. Dalam sistem demokrasi tentunya negara adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum. Begitu jugalah sebenarnya bagi Malaysia. Cumanya negara ini mempunyai latar belakang sejarah yang tidak boleh dipadamkan begitu saja. Hakikatnya Malaysia yang berasaskan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu adalah asalnya negeri orang Melayu yang menerima orang Cina dan India sebagai warganegara. Tidak kiralah orang Melayu itu berada dalam PAS, Keadilan malah dalam DAP akan tetap mempertahankan hakikat sejarah dan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Setakat menerima hakikat sejarah, yang walaupun tidak dapat dipersetujui bersama, kerana ia dilihat dari sudut pandangan berbeza, mungkin tidak ada masalah. Tetapi masalahnya ialah apabila ia dikaitkan dengan peruntukan perkhidmatan awam untuk Bumiputera, bantuan biasiswa dan juga ekonomi. Di sinilah yang akan berlaku konflik dengan DAP dan Keadilan bukan Melayu menganggapnya diskriminasi. Satu hakikat yang semua orang perlu terima ialah keadaan orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang pendidikan dan ekonomi walaupun banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno selama ini. Dalam erti kata lain, cara Umno itu walaupun ada pencapaian tetapi sebenarnya masih gagal. Suatu kaedah lain perlu dicari dan inilah cabaran besar yang perlu dihadapi oleh Pakatan Rakyat terutama PAS dan Keadilan. Di peringkat perkhidmatan awam, tentunya DAP mahukan meritokrasi tanpa mengira kaum. Dengan sendirinya akan banyak orang bukan Melayu yang lebih layak menyertai perkhidmatan itu. Peluang bagi orang Melayu lebih mengecil. Begitu juga dalam soal pendidikan dan perniagaan. Akhirnya dasar dan program untuk orang Melayu pasti perlu diperkenalkan juga tetapi bezanya ialah kali ini ia lebih cekap dan adil. Jadi di satu pihak, perkauman dan diskriminasi dihapuskan, di pihak yang lain pula, nasib masa depan pendidikan dan perniagaan Melayu perlu dibela juga. |
Tukar Tiub! Gambar Rosmah Dalam Najib, LAWAK! Posted: 25 Jul 2011 08:00 AM PDT |
Keluarga tolak video, tuntut siasatan khas kematian Baharuddin Posted: 25 Jul 2011 04:18 AM PDT (Oleh: Norutul Ilham) KUALA LUMPUR: Keluarga allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, tetap mahukan siasatan khas diwujudkan bagi menyiasat punca kematiannya. Ia bagi mengenalpasti punca kematian allahyarham yang turut mengalami patah gigi dan tulang rusuk ketika dikejar pasukan polis di KLCC. Menurut peguam mewakili keluarga Baharudin, Ahmad Jufliz Faiza, kenyataan yang dikeluarkan polis berhubung kematian Baharudin membelakangkan undang-undang, sedangkan laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan. "Kenyataan yang dikeluarkan polis berbaur politik, kes masih disiasat dan kita di pihak keluarga masih menunggu laporan dikeluarkan. "Sepatutnya tanya kepada peguam dahulu, ini terus keluar kenyataan. Polis sendiri tidak ikut undang-undang," kata Jufliz kepada KeadilanDaily.com. Katanya, sehari sebelum kenyataan yang dikeluarkan polis itu, pihak keluarga menghantar surat permohonan siasatan khas di bawah prosiding jenayah kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dan Majlis Peguam Negara. Ekoran pendedahan itu, katanya keluarga allahyarham dijangka mengadakan sidang media bagi menjawab spekulasi dan kenyataan yang dikeluarkan polis Rabu ini. Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa keluarga Baharudin tidak dapat menerima klip rakaman yang dikeluarkan oleh polis yang menunjukkan arwah masih sihat semasa melarikan diri ke bangunan Avenue K, berdekatan KLCC. "Rakaman video yang ditunjukkan itu kita tidak tahu sama ada benar atau tidak, keluarga tidak dapat terima. "Kenapa tidak ditunjukkan sebelum arwah memasuki Avenue K, dan keadaan huru-hara apabila gas pemedih mata ditembak ke arah mereka," soal Jufliza yang juga Ketua Cabang KEADILAN Setiawangsa. Ditanya mungkin wujud pemalsuan laporan bedah siasat ekoran kelambatan pihak hospital mendedahkannya kepada keluarga, beliau enggan memberi komen berkenaan perkara tersebut. "Kita tidak mahu jadi seperti polis yang tergesa-gesa keluarkan kenyataan, sepatutnya sebagai pihak berkuasa, mereka sepatutnya tidak memberi komen selagi kes dalam siasatan," katanya. |
Hantar pulang peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham Posted: 25 Jul 2011 03:00 AM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 25 Julai — Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik. Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata Bourdon, yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong. "Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari," katanya. Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, "saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan." Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam. "Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam)," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam. Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi Jumaat lalu. Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib. Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut. Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut. Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia. Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar. |
Putrajaya bincang isu Wahabi, kaitan dengan terorisme Posted: 25 Jul 2011 02:23 AM PDT Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 25 Julai — Isu berkaitan fahaman Wahabi muncul semula hari ini dengan Putrajaya mengadakan mesyuarat khas meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut. Difahamkan mesyuarat pagi ini merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme. "Mesyuarat hari ini hanya memfokus pada isu amalan fahaman Wahabi dan kaitan dengan terorisme... di mana akhirnya mesyuarat memutuskan mereka yang ada kaitan dengan fahaman ini boleh menjurus kepada terorisme," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Mesyuarat hari ini adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan a,alan Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi. |
Mat Sabu Atau Polis Yang BODOH? Jom Tengok Video Ini! Posted: 24 Jul 2011 09:30 PM PDT |
Posted: 24 Jul 2011 07:57 PM PDT Rata-rata generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka, yang tidak pernah merasai keperitan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Negara mencatatkan satu sejarah besar apabila para pemimpin bersusah-payah mengembleng tenaga untuk bersatu dan mengorbankan kepentingan parti-parti mereka demi kemerdekaan. Gabungan Barisan Nasional yang terhasil masa itu telah memberi harapan baru kepada rakyat.Namun, pada tahun 1978, disebabkan rasa curiga khususnya di kalangan UMNO terhadap perkembangan PAS menyebabkan akhirnya PAS ditendang keluar. Akibatnya PAS hilang pengaruh, hilang rakan seperjuangan dan hanya memenangi satu kerusi parlimen oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Era tersebut telah menjadi sejarah negara, namun begitu ia tiada disebut dalam mana-mana buku sejarah yang diajar di sekolah. Kita banyak menyembunyikan fakta sejarah kecuali yang menyebelahi pihak parti pemerintah. Sehinggakan fakta kemenangan PAS di Terengganu seolah-olah dibuang dalam sejarah Terengganu. Kenapa kita tidak jujur dalam ilmu, sehinggakan akhirnya rakyat sedar mereka telah dibohongi sejarah? Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama. Rakyat yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, kini mula bangkit menyaman Felda – bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka. Kerajaan tidak sepatutnya menuduh para peneroka ini sebagai tidak mengenang jasa. Kerajaan seharusnya memperbetulkan sistem yang menindas mereka dan bertindak adil terhadap peluh jerih mereka. Ingatlah, mereka bukan pemberontak, mereka hanya sekadar ingin menuntut kembali hak yang dirompak daripada mereka. Sayangnya, kerajaan yang kita ada hari ini masih berfikiran lama menyebabkan jurang pendapatan rakyat semakin melebar. Di saat syarikat-syarikat besar dengan bangga membentangkan keuntungan berbilion ringgit, rakyat pula melihat kehidupan mereka semakin terhimpit. Tarif elektrik semakin naik, tambang haji semakin tinggi, harga minyak semakin meningkat dan kenaikan kadar inflasi sangat ketara dirasai rakyat. Kerajaan hanya melihat angka di atas kertas, tetapi bagi rakyat menghitung setiap sen dan ringgit yang terpaksa mereka belanjakan, mereka betul-betul berasa perit. Di saat rakyat mencengkam perut, pemimpin mempamerkan kemewahan hidup dengan barangan berjenama. Kunjungan pemimpin ke kampung dengan janji bulan dan bintang, rakyat miskin terpesona dengan ucapan – tapi seperti kebiasaannya janji pemimpin kerajaan hanya tinggal janji. Asalkan mereka sanggup mendengar dan menerima penerangan parti pemerintah bulat-bulat tanpa soal, mereka dianggap rakyat jelata. Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah – mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu. Apabila mereka bantah kenaikan tol dan saman ekor, rakyat jelata yang terpesona dengan ucapan dan janji parti pemerintah tadi akan dicemuh sebagai golongan yang melanggar undang-undang. Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembah dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan. Saat ini, semua yang dilakukan kerajaan, dikatakan semuanya betul – dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. Kerajaan kini, seperti slogan 'Malaysia Boleh' – berani lakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media. Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana! Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim. Rakyat tidak akan khianat kalau kekayaan negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Janganlah lagi kerajaan cuba berbohong kepada rakyat yang bermaklumat. Janganlah lagi anggap rakyat ini bodoh dan boleh terus dibodohkan – dengan adanya maklumat, mereka menjadi lebih cerdik daripada yang anda sangkakan. Tanyalah pegawai kerajaan tentang pendapatan mereka berbanding kos hidup mereka.Tanyalah keluhan rakyat miskin di desa dengan segala kepayahan mereka. Kerajaan tidak perlu keluar statistik bantuan kebajikan masyarakat – mereka yang susah ini bukan nak dengar semua itu. Mereka dukacita kerana sebagai rakyat Malaysia yang menjadi pengeksport utama minyak sawit, getah dan dilimpahi bahan galian – minyak, gas, emas, bijih, arang batu, bijih besi dan seribu sumber, mereka masih dihimpit kehidupan walaupun jumlah rakyat tidak ramai. Wahai kerajaan, dengarlah rintihan rakyat dan terimalah hakikat. Jangan tunggu sehingga rakyat menghukum di dalam pilihanraya – atau melalui jalan himpunan protes kerana pada masa itu mereka sudahpun hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada. Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan