Isnin, 25 Julai 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


SPR BUAT 'U TURN', AKUI WUJUD PENGUNDI HANTU

Posted: 25 Jul 2011 03:58 AM PDT


Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Wan Ahmad juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

UTUSAN MELOYA DAH KENEN POLIS

Posted: 24 Jul 2011 06:27 PM PDT

(Kawasan terang dan ada sinaran lampu, mana ada gelap)

Utusan Meloya 24 Julai – Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah 'syurga' bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.

Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin.

Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport.

Pihak berkuasa pula seolah-olah 'merestui' urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.

Siasatan unit khas Utusan Meloya selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

Catatan: Utusan Meloya kata ada pembeli daripada kaum melayu tapi takde bukti bergambar pun. Nampak sangat menipu.

Tiada ulasan: