Jumaat, 1 Julai 2011

PERAKITE

PERAKITE


Umno rancang demo jalanan anti kerajaan Pulau Pinang

Posted: 30 Jun 2011 08:53 PM PDT

Umno Pulau Pinang khabarnya merancang satu demontrasi jalanan di Komtar, Georgetown selepas Solat Fardhu Jumaat ini sebagai melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyokong rakyat menyertai Himpunan aman Bersih 2.0, pada 9 Julai depan di ibunegara.
Dari sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Penangdaily malam tadi, demontrasi itu dirancang bermula dengan perarakan dari Masjid Kapitan Kling melalui Chulia Street dan Penang Road menuju ke KOMTAR yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.


Mereka yang terbabit turut dikerah membawa sepanduk anti kerajaan.
Demontrasi itu khabarnya diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri.


Demontrasi tanpa permit polis itu dijangka akan disertai lebih 1,000 pemuda Umno negeri dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro Barisan Nasional seperti Kimma dan Perkasa.


Semalam, sekumpulan lelaki diketuai oleh lelaki dikenali sebagai Abdul Ghani turut mengadakan demo di ruang bawah Komtar, sebagai membantah tindakan Guan Eng itu.


Demo yang disertai kira-kira 50 orang itu kemudian bersurai selepas gagal untuk menaiki ke pejabat Ketua Menteri.


Sebelum itu, pada paginya, pegawai dan kakitangan kerajaan yang tiba untuk memulakan tugas masing-masing terkejut apabila beberapa tiang dan dinding sekitar bangunan Komtar itu ditampal pelbagai poster mengutuk Guan Eng.


Bagaimanapun ketika wartawan bertanya Ghani sama ada beliau bertanggungjawab, beliau menafikannya.


Perkara berkenaan kini dalam siasatan polis kerana disifatkan sebagai melakukan perkara yang merosakkan harta awam. Pihak pengurusan Komtar juga sedang meneliti siaran CCTV bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab menampal puluhan poster berkenaan. 

KARAM SINGH SUDAH KARAM .. sudah tak relevan lagi

Posted: 30 Jun 2011 07:46 PM PDT


Ramai yang terkejut beruk apabila Karam Singh (TV3/4) menyokong isu alam sekitar yang digeruni ramai membabitkan sisa radiasi nukler di  Pahang itu.  
Sebahagian besar merasa malu dan aib dengan sikap Karam Singh yang selama ini disifatkan sebagai pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia . Akhirnya Karam Singh Karam dan rebah tersungkur mengadai maruah.
Karam Singh selesa mempertahankan kerajaan Pahang, khususnya, yang terdesak untuk terus menipu rakyat. Karam Singh mulai "karam". Imej dan popularitinya merudum. 
Beliau cuba mempertahankan "benang yang basah" dan selayaknya dianggap sebagai pengkhianat rakyat.  
Berikut dipetik daripada Pahangdaily.
Apatah lagi sekiranya, rakyat berhadapan dengan risiko akibat keputusan kerajaan untuk meneruskan projek ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam edisi siasat Karam Singh itu, beliau langsung tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang membantah Lynas terutamanya NGO Save Malaysia. Selama ini kita dipaparkan dengan laporan eksklusif yang tidak berat sebelah oleh NTV7dalam isu Lynas. 
Biar pun dalam bahasa Mandarin, namun laporannya amat menarik dan padat dengan maklumat berguna. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang Karam Singh lakukan. 
Tindakan beliau menemubual"individu yang dikaitkan dengan samseng UMNO" ketika demontrasi aman Lynas di Pantai Teluk Chempedak pada 31 Mei lalu, amatlah memalukan. 
Karam Singh gagal untuk menyiasat siapakah yang ditemubualnya, sebelum menerbitkan rancangan tersebut. Di sini, nampak benar beliau telah "dibayar dengan harga tertentu" oleh pihak berkenaan untuk membuat propaganda memesongkan minda rakyat agar percaya Lynas tidak berbahaya, sedangkan beliau sendiri tahu hakikat projek ini.

Lebih 2,000 berhimpun Pra Bersih 2.0

Posted: 30 Jun 2011 05:43 PM PDT



Lebih 2,000 rakyat menyertai Himpunan 'pra Bersih 2.0' di tapak ceramah Markaz Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi walaupun usaha menyekat mobilisasi rakyat dilakukan sejak awal petang oleh Polis.


Mereka berhimpundi situ selepas dua himpunan aman yang dijadualkan di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya yang dirancang malam tadi berjaya dihalang Polis menggunakan perintah mahkamah.

[gambar bawah : Polis dan FRU berbaris di bahu jalan utama]

Kehadiran lebih 50 anggota polis berpakaian seragam di luar pagar Markaz PAS negeri sekitar jam 10.02 malam mengakibatkan perhimpunan aman rakyat bertukar sedikit kecoh.


Sebanyak 15 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berbaris di bahu jalan berhadaan dengan pagar utama markaz itu. Salah seorang daripadanya dilihat membawa meriam gas pemedih mata.


Penangdaily.com diberitahu bahawa kawalan ketat malam tadi semata-mata untuk menghalang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu daripada menyampaikan ceramah, meskipun rakyat menganggapnya sebagai satu provokasi.


Pun begitu, respons yang diterima Penangdaily antara rakyat berasa bimbang sekiranya polis melakukan tangkapan awam sebagaimana beberapa laporan kejadian sebelum ini.



[sekumpulan rakyat berkubu di luar pagar menghadapi kemungkinan polis menyerbu masuk ke himpunan aman 'pra Bersih 2.0']


"Pergi balik lah", "Jangan provok kami", "Jangan ganggu perhimpunan Bersih" antara laungan yang kedengaran di pihak rakyat.


Bagaimanapun, pasukan Unit Amal Malaysia berjaya menggerakkan rakyat berkubu di perkarangan Markaz  itu.


Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) Toh Kin Woon, Bukhari Ghazali (Ketua Penerangan PAS Negeri), Ustaz Roshidi Hussain (Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri), Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS negeri), Amizuddin Ahmat aka Din Binjai (Ketua Penerangan AMK Negeri) antara jurucakap pada himpunan aman tersebut. -END



[gambar atas : Dua agen provokator  yang dikesan Unit Amal Malaysia]

Tiada ulasan: