Addin |
- Pingat Dato' A. Samad Said Akan Di Tarik Balik
- UMNO Makin Munafik
- Khutbah UMNOporno " Bersih Pemusnah Keamanan " Di Masjid Negeri Melaka
Pingat Dato' A. Samad Said Akan Di Tarik Balik Posted: 01 Jul 2011 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR - Penjawat awam disaran meneruskan perkhidmatan cemerlang di bawah jabatan masing-masing dan tidak terpengaruh dengan kumpulan politik jalanan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebagai benteng negara, penjawat awam harus berfikiran panjang dalam membuat keputusan. "Oleh kerana kita benteng negara, kita perlu berfikiran lebih 'institusi' dengan memahami institusi kita dari semua sudut," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di Istana Budaya di sini hari ini. Seramai 811 penjawat awam dari 18 jabatan dan agensi kementerian menerima anugerah tersebut. Jelas beliau, golongan itu perlu bijak dalam menentukan kecenderungan mereka dan tidak memilih kumpulan yang menggunakan keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menarik perhatian orang ramai. "Setiap apa yang perlu kita ikut perlulah berlandaskan demokrasi kita. Dalam hal ini, (landasan) Parlimen adalah terbaik," ujarnya. Mengulas gesaan supaya gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan kepada Datuk A. Samad Said dilucutkan berikutan penglibatannya dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Rais beranggapan bahawa keputusan mengenai perkara tersebut perlu berdasarkan pertimbangan pihak yang memberikan anugerah itu iaitu Panel Sastera. "Sekiranya pihak yang menganugerahkan gelaran itu mendapati tindakan beliau (A. Samad) menentang kerajaan ataupun membuat perkara di luar undang-undang itu bertentangan dengan polisi penganugerahan gelaran itu, maka gelaran itu harus ditarik balik," tambah Rais./utusanmeloya Addin : Yang kebulur dengan pingat kebesaran adalah puak-puak Umno. Aku percaya pejuang sebenar seperti Dato' A. Samad Said tak peduli semua itu.. yang lebih penting adalah maruah. Umno tak tau dan mengerti langsung pasal maruah dan harga diri, kerana puak-puak ini memang tak bermaruah. Kekadang aku heran jugak, terlalu mudah individu-individu yang dapat pingat Dato', Tan Sri dan bermacam lagi ini .. apa sumbangan mereka pada masyarakat. Kekadang tujuan untuk dapat bermacam-macam pingat untuk memudahkan dapat projek dan bermacam laba lagi dari Umno.. Aku teringat satu kes berkaitan sindiket penjualan pingat kebesaran suatu masa dulu.. klik sini. |
Posted: 01 Jul 2011 04:25 AM PDT KUALA LUMPUR - PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat aduan dan rungutan daripada kakitangan awam berkenaan jemputan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kawasan itu pada 2 Julai nanti. Perkara yang membebankan mereka ialah setiap kakitangan awam termasuk guru mesti melaporkan diri mereka pada meja pendaftaran bagi memastikan kehadiran mereka. Timbalan Ketua Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Halim Mohamad menjelaskan, lebih membimbangkan mereka, jika mereka tidak hadir, tindakan akan dikenakan. Menurut beliau, begitulah antara rungutan awam terhadap majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu nanti yang turut melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, PAS Kawasan Pasir Puteh cukup kesal dengan cara perangkap yang digunakan oleh Umno untuk memastikan kehadiran yang ramai pada majlis berkenaan. "Kita tidak bimbang dengan himpunan berkenaan kerana kita terbukti dan mampu membuat himpunan yang lebih besar tampa perlu kerahan dan lapor diri peserta dalam setiap program yang diadakan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Namun, beliau mencabar Umno agar memberi peluang kepada kakitangan awam untuk mereka tidak hadir pada program berkenaan dan jangan dibuat kaunter lapor diri yang merupakan suatu amalan politik lama yang digunakan. "Sebaliknya, Umno perlu meninggal politik tipu dan beralih kepada budaya politik ilmu bagi menjadikan rakyat bebas menentukan keputusan mereka tanpa lagi terkongkong dengan budaya politik tipu," katanya. Mengulas lanjut berkaitan kehadiran Presiden Umno yang juga Perdana Menteri pada majlis itu nanti, beliau berkata, kedatangan Perdana Menteri ke majlis itu jelas menunjukkan bahawa Umno Pasir Puteh sedang mencari semangat di sebalik masalah dalaman yang berlaku dan gagal menjawab isu sekitar yang menyebabkan ahlinya hilang tumpuan. Katanya, majlis pemimpin bersama rakyat yang kononnya bakal dihadiri ribuan ahli Umno itu jelas menunjukkan himpunan gelombang merah yang diadakan baru-baru ini gagal dan tidak diterima rakyat, sehingga mereka terpaksa membawa presiden parti ke dalam kawasan Pasir Puteh. PAS Pasir Puteh juga, katanya, ingin menasihatkan Perdana Menteri agar menunaikan segala janji yang ditaburkan terlebih dahulu sebelum hadir ke Pasir Puteh atas dakwaan sebagai tanda beliau menghormati rakyat Kelantan seperti yang didakwa oleh Umno. "Antara janji yang belum ditunaikan itu termasuk menyiapkan projek Kerajaan Pusat yang banyak terbengkalai dan termasuk juga memberikan royalti Petroleum kepada rakyat Kelantan," ujar beliau./hrkh Addin : Antara tanda-tanda golongan munafik.. apabila bercakap ia berbohong.. apabila di beri amanah ia khianat.. apabila berjanji ia mungkiri.. Jelas tanda-tanda ini ada pada para pemimpin UMNO. |
Khutbah UMNOporno " Bersih Pemusnah Keamanan " Di Masjid Negeri Melaka Posted: 01 Jul 2011 02:00 AM PDT "Bersih Pemusnah keamanan' Tajuk khutbah di Masjid Negeri Melaka Masjid Al Adzhim hari ini. Biasanya apabila saya berjemaah untuk solat Jumaat di masjid ini, khatib menyeru kepada makmum supaya menjaga kebersihan. Bersih hati, bersih diri dan bersih dari segala-galanya. Menurut khatib kebersihan itu sebahagian dari iman! Maka ada makmum yang mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dan setuju atau pun mengantuk! Tetapi hari ini lain pula jadinya, khatib suruh jauh dari bersih. Berserta nas dan dalil dari Al Quran khatib berkata bersih boleh mengancam negara, mengancurkan bangsa dan paling mengejutkan bersih adalah haram! Khutbah khatib hari ini mengesahkan fatwa Dato Seri Hishamudin Menteri Dalam Negeri yang kini telah secara tidak langsung pengeluar fatwa dalam negara bukan sahaja bersih itu haram, pakai baju bersih pun haram! Secara analoginya, apabila khatib menolak bersih maka khatib menyokong benda-benda kotor. Sokong politik kotor, sokong rasuah, sokong penipuan, sokong budaya fitnah, sokong menang pilihanraya secara tipu. Maka saya nak tanya apa hukumnya wakil rakyat menang pilihanraya secara tipu? Apa hukumnya gaji yang diperolehi oleh wakil rakyat berkenaan dan diberi makan kepada anak bini? Adakah halal hukumnya? Adakah duit itu bersih hukumnya wahai tok khatib! Saya tak pelik ini berlaku di Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka. Menjadi ketua dengan terbukti sebagai perasuah bagaimana nak memimpin dengan cara yang bersih. Semua ini sebenarnya menunjukkan ketakutan yang amat sangat pemimpin Umno khususnya terhadap suara dan kebangkitan rakyat. Tidak cukup memperalatkan pasukan polis, mahkamah, SPR dan lain-lain hari ini masjid di Melaka juga telah diheret untuk menghalalkan kuasa politik Umno yang selama ini diselubungi pelbagai skandal, rasuah, pembaziran, penyelewengan serta menzalimi rakyat./angkasanuri.blogspot |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan