shalehudin |
- Kurang sopan, Bersih berkempen di masjid...
- Demo halal nak tutup jambatan Pulau Pinang
- Najib kena jaga beg tangan Rosmah... kahkahkah...
- Biaq Anwar lemaih sendiri...
- Mai tang depa, kot mana pun tak pa... pttuiihh...
- Wa punya mata silau laa... haha...
- Memang kerja kami nak perjatuh hampa...
- Depa memang jaki...
- Gua tau la gua punya hak...
- Umno pun syok tengok iklan nih... haha...
- Woii... agak agak laa...
Kurang sopan, Bersih berkempen di masjid... Posted: 01 Jul 2011 08:32 AM PDT Kempen anti-BERSIH naik ke mimbar Jumaat Kempen anti-BERSIH oleh kerajaan nampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini. Dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbahmasjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan". Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. "Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik. Paling malang, menurut khutbah Jakim, golongan itu berlindung atas nama hak asasi manusia serta menggunakan media dan internet untuk menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan melalui peniruan keganasan di negara asing. Khutbah berjudul "Memelihara Nikmat Keamanan" itu juga membayangkan pelbagai insiden buruk yang akan berlaku antaranya sehingga boleh mengakibatkan berlaku pertumpahan darah. "Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk," khutbah itu dipetik. "Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah." Khutbah Jakim dibuat khas untuk empat masjid utama di Wilayah Persekutuan iaitu Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Jalan Duta dan Masjid KLCC. Di negeri lain, imam mempunyai pilihan sama ada memilih khutbah Jakim atau yang disediakan jabatan agama negeri-negeri. |
Demo halal nak tutup jambatan Pulau Pinang Posted: 01 Jul 2011 08:28 AM PDT PERKASA: Tutup jambatan, jika demo diteruskan Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad. Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak. "Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat. "Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini. Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak. "Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya. Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan. Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong. - Bernama |
Najib kena jaga beg tangan Rosmah... kahkahkah... Posted: 01 Jul 2011 07:23 AM PDT "Sampai masa Umno ni akan tumbang jugak..." kata Pak Long sambil menyedut dalam dalam rokok daun nipahnya. "Aku dok tengok segala gala yang depa buat jadi serba tak kena, tuduh yang bukan bukan yang dicipta untuk pihak lain pun akan jadi sebaliknya..." tambah Pak Long lagi sambil senyum sinis "Dah puaih Umno jolok Pas, dia perkuda habih puak puak media depa hentam Pas pasai negara Islam, tapi tak dak sorang pun orang Pas dari atas sampai ke bawah yang melatah. Umno dah letih, bengong dan bangang..." semangat betoi Pak Long Orang kampung dah tak macam dulu, dulu boleh la orang kampung macam Pak Long ni depa anggap tongkoi kayu... tapi la ni zaman moden. Segala gala informasi sampai kat orang kampung dengan mudah. Baik pihak kerajaan maupun pihak pembangkang. Tindakan Pas mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tak langsung menggugah hatinya yang hijau. Dasar parti masih sama, cuma warna hitam yang cuba dibawa Umno disedari dengan mudah olehnya. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang berbeza antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi. "Umno nak kencin orang Melayu" tambah Pak Long "Negara berkebajikan adalah intipati negara Islam jugak, tapi rakyat lebih mudah mentafsir negara berkebajikan dari mereka mentafsir mengenai negara Islam... tu saja" "Rakyat bebaih bagi apa sahaja maksud, tapi maksud 'kebajikan' tak dak yang negatif pun. Sedangkan kalau negara Islam, sekalipun Islam itu mulia tapi tafsiran mengenainya bermacam-macam... ni yang susahnya, Umno boleh permain macam macam ngan negara Islam. Islam pun depa lempaq tepi camtu saja..." Haha.... "Depa dah lama kiblat ke barat, apa barat kata depa ikut membabi buta... " geram Pak Long. "Istilah negara Islam dah jadi macam fobia kat sesetengah bangsa dunia. Hudud misalnya cuma satu aspek dalam negara Islam yang mewakili tidak sampai satu peratus dari keseluruhan Islam yang syumul tapi hudud tu la jugak dimomokkan oleh jentera propaganda BN sebagai tunggak utama negara Islam yang mesti ditakuti terutama oleh bukan Islam" Aku hanya angguk, tanda setuju dengan hujah orang lama "Depa boleh megah ataih dunia pasai depa kuasai media, dah separuh abad dah depa pekena orang kampung" sambil nyalakan rokok daunnya "Isu Pas tolak negara Islam bukan baru nak oii" "Sib baiknya Pas ni adalah pemimpin ngan ahli-ahli Pas dah matang dan tak mudah melatah. Pasai majoriti depa sedaq, Umno bukan setakat pada istilah... dalam angan-angan pun tak dak hasrat depa untuk Islam didaulatkan..." sambil membetulkan silanya... Pak Long bagi aku, cakap cakapnya mewakili majoriti orang orang kampung kini. Apa yang berselirat dikepala Pak Long adalah rangka yang telah terbentuk lama tapi kini bertukar warna. "Umno berhempaih pulaih dok kacau Pas, tekan sana sini kononnya Pas dah tinggalkan perjuangan Islam demi mengikut telunjuk DAP, tapi yang termakan dakyah Umno itu hanyalah ahli bangsa Umno... depa ni tak pernah pun terasa nak undi Pas ataih isu negara Islam pun." "Kalau la depa benar-benar ikhlaih nak tegakkan negara Islam, awat yang depa tak buat la nih... masa depa tengah berkosa? sambil tenung muka aku "Awat dok canang kata Pas tak mau buat, sedangkan depa pun terkulat kulat? Dalam waktu yang sama depa kata depa sendiri dah buat, habis kalau dah buat... nak tunggu Pas buat apa lagi? "Pak Long malu la, punya jaki kat Anwar... punya jaki kat Islam, depa buat apa saja. Tayang video lucah kat tok-tok imam, edar video lucah kat budak budak... malu oii tengok cara orang yang mengaku Islam main politik" "Suruh Najib jaga sikit, jaga beg tangan Rosmah tu jangan bagi rakyat dok ungkit" sengeh Pak Long mengakhiri bicara kami... |
Posted: 01 Jul 2011 05:32 AM PDT Kualiti kepemimpinan Umno Oleh Sakmongkol AK47 Bila saya cakap, orang Umno marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihanraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk Umno. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang. Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit. Ramai mat laon ini lupa pula bahawa rakyat sebenarnya yang menentukan turun dan naik Umno. Dan rakyat akan menentukan bersandarkan kesedaran yang makin meningkat. Jangan pimpinan Umno ingat rakyat tidak tahu. Mungkin ini kelemahan Umno yang terbesar- yakni gagal menyedari bahawa persekitaran politik di luar sudah banyak berubah. Keangkuhan orang Umno menjadi factor utama yang menyebabkan ia banyak kecundang. orang dan pimpinan Umno pekak agak nya. Rakyat bercakap mengenai harga hand bag yang berharga USD 120,000 satu. Rakyat juga bercakap apabila anak bekas seorang PM beli handbag berharga RM 750 ribu untuk isteri yang tersayang. Sana sini orang bercakap mengenai aliran air mata berlawanan dengan kilauan permata untuk sebahagian Melayu yang bertuah. Kalau mereka pergi turba (turun bawah) yang lebih kerap terdengar ialah rungutan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tapi media audio visual dan percitakan menutupi rungutan dengan buat cerita yang menyeronokkan. Sebab kita asyik di dengarkan dengan cerita yang seronok seronok. Tanah kerajaan sungai besi di pindahkan ke syarikat X dan kos kosong. Jika kos nya kosong, sepatutnya kos ini boleh di pindahkan kepada rakyat dalam bentuk rumah yang murah. Tapi rumah yang akan 'mampu' di beli oleh bakal pembeli berharga RM 220,000. Ini bukan harga rumah kos rendah atau sederhana rendah. Jauh lah pula jika mahu disebut rumah PPRT. Pada harga RM 220k, berapa ramai budak Melayu yang boleh dapat loan beli rumah tersebut? Sebab mereka nanti duduk di rumah diatas tanah Sungai Besi yang masyur yang di bangunkan oleh IMDB itu, mereka terpaksa pula beli kenderaan. Kena bayar loan rumah dan loan kereta. Berita sensasi seperti ini di ragui oleh rakyat. Tapi pemimpin kita tidak sedar disebabkan desingan retorik sendiri. Tambahan pula akhbar utama dan TV utama mendendangkan lagu yang syok di dengar. Semua OK boss. Akhirnya Boss akan KO. Pemaju yang membina rumah RM 220k ini bukanlah melakukan suatu yang luar biasa dan membawa rahmat sangat kepada rakyat. Pembinaan rumah rumah ini sebetulnya ada pemulangan kepada pihak kerajaan dalam urusniaga cross-subsidy. Pembinaan rumah 220k itu akan mudah di bayar semula apabila 1MDB membina property lain yang berharga jutaan Ringgit. Ertinya, pembinaan rumah2 RM 220k bukanlah suatu yang boleh kita laungkan dan canang sana sini. Orang Umno sudah tidak mahu kerja keras. Buat apa kerja keras, bertanding pun belum confirm. Boleh jadi pimpinan Umno lupa tabiat buruk orang Umno. Mereka akan berkerja keras kalau ada chance jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Hello- orang Melayu tidak berkehendakkan wakil rakyat yang tidak berpelajaran dan malas berkerja. Orang Umno hanya mahu kerja keras kalau di pilih calun. Di dalam Umno bahagian Pekan sendiri pun, keadaannya tidak lah elok sangat pun. Keadaan nya serupa seperti tahun 1990an. Orang ramai khususnya Umno operatives bersusun susun sambut PM balik Pekan. Mereka berhimpun beramai ramai berpesta di kediaman PM di Pekan. Berombongan menyambut dan menghantar PM balik dan pulang. Selebih dari itu, Umno Pekan akan sunyi. Tidak ada orang mahu tunjukan lebih sebab kerana kalau tunjuk lebih pun, boss tak Nampak. Adalah lebih penting menunjukkan kita kerja keras kalau bos tahu. Kalau PM menang di Pekan, ianya semata disebabkan oleh factor peribadi nya. Bodynya sahaja sudah bernilai separuh dari undi yang akan di perolehi nya. Selebihnya datang dari hasil hulur sana sini. Mungkin kerana inilah sebab nya, penerangan Umno Pekan tidak perlu aktif. Ketua nya nak jadi calun dan kalau ada isyarat jadi calun baru nak kerje 26 jam sehari. Sampai ke Kuala Lumpur , orang bercerita mengenai kehampaan mereka terhadap prestasi ketua Pemuda Umno bahagian Pekan. Saya boleh bercakap sedikit mengenai Umno bahagian Pekan, sebab saya datang dari sana. Dan saya mengikuti perkembangan Umno bahagian tersebut. Bendahari dok sibuk sana sini cari upti konon untuk menambah sumber tabung. Supaya Umno bahagian banyak duit untuk bayar perkerja dan soldadu pilihanraya. Jika ini berlaku dalam Umno bahagian PM, ianya berlaku di tempat lain. Saya gerenti inilah yang di amalkan. Apa yang jadi pada Umno kita? Berapa kali saya mahu bilang, yang Umno nak sokong sangat Ibrahim Ali dan Perkasa ini apa hal? Orang Umno sendiri sudah tidak boleh bercakap bagi pihak orang Melayu? Ibrahim Ali bukan ahli Umno dan tidak mewakili orang Melayu. Jika Ibrahim Ali di anggap sebagai bercakap bagi pihak orang Melayu, ini lah hari yang paling malang. Jika Raja Ali Haji atau pendita Melayu yang lain cakap bagi pihak Melayu, itu ada standard. Tapi jika Ibrahim Ali- mana standard Melayu? Ini tidak bermakna, kita memperkecilkan kemahiran Ibrahim Ali. Dia pakar mengembeling ramai orang turun padang. Tapi setakat itu sahajalah apresiasi saya kepada Ibrahim Ali. Saya hanya ingin memberitahu bahawa apa yang di lakukan oleh Ibrahim Ali tidak lah unik dan suatu yang luar biasa. Bung Mokhtar, Mohd Abdul Aziz, Tajudin Rahman, Nazri Aziz boleh melakukan perkara yang serupa. Anyone from PEMUDA Umno pun boleh melakukan apa yang Brahim Ali lakukan. Kerana ia tidak memerlukan kapasiti minda yang luar biasa. Tapi berapa ramai yang boleh melakukan seperti Raja Ali Haji atau Tun Sri Lanang? Itulah maksud saya. Adakah Umno sudah tidak percaya kepada kemampuan nya untuk menjadi jurubicara orang Melayu? Mana jatidiri Umno dan pimpinan Umno? Saya mahukan orang Umno melihat sendiri betapa sedihnya keadaan Umno hari ini. Apa sudah jadi kepada kualiti Umno apabila Umno memerlukan orang seperti Ibrahim Ali bercakap bagi pihak orang Melayu? Bercakap dalam nada bagaimana pula? Mengajak orang berkelahi, bertumbuk dan tikam menikam. Orang Melayu hendak berkelahi sesama Melayu kah? Mereka masih tidak tahu hidup sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza? Bagi pihak Melayu macam Umno yang Ibrahim Ali bercakap? Dan mengapa Umno sangat takut kepada perarakan Bersih? Adakah mereka tidak percaya bahawa segala budi yang di tanam selama ini tidak di hargai oleh rakyat? Kecuali lah selama ini yang rakyat dapat adalah kulit2 roti manakala roti di baham oleh elit dan bangsawan Melayu. Nampaknya, Ibrahim Ali jadi jurucakap kepada kumpulan seperti ini. Kualiti Umno berada dalam tahap yang menyedihkan apabila ia hanya mampu mengekali relevance nya pada suatu kelompok orang Melayu dengan bertunjang kepada skendel seks. Umno melakukan kesilapan yang amat besar jika menyangkakan masaalah nya selesai semua bila molakapkan Anwar Ibrahim. Cara Umno menangani dan mengendali kes Anwar Ibrahim menunjukkan betapa rendah nya mutu pemikiran Umno. Anwar Ibrahim is already doomed. Peluang untuk jadi PM besar kemungkinan sudah tidak ada. Adakah rakyat negara ini boleh bernaung di bawah seorang PM yang menghabiskan 90% masa nya menangkis tuduhan salahlaku seks oleh nya? Tidak ada kerja yang akan dapat diselesaikan jika demikian. Anwar Ibrahim is already a damaged good untuk di jadikan model pimpinan. Apa yang di lalui oleh Anwar Ibrahim sekarang sudah cukup mengurangkan kredibiliti nya sebagai pemimpin. Namun begitu, tuah Anwar sebenarnya, seperti yang di nyatakan oleh Zaid Ibrahim terletak kepada tongong nya Umno dalam mengendali kes nya. Bayangkan ini. Bila Anwar Ibrahim di lokapkan, bagaimana Umno menjustifikasikan kehadiran nya dalam ingatan orang ramai? Apa jembalang yang hendak di lawani oleh Umno? Umno lebih baik basuh tangan daripada melibatkan diri dalam masaalah Anwar dan biarkan Anwar lemas sendiri. Umno jangan berfikiran bahawa ia hanya boleh membangun dengan menjatuhkan orang lain. Jika ia berpegang kepada cara ini, maka ia terpaksa mencari dan menyungkil masaalah. Kenalah Umno berkerja keras untuk mencungkil skendel seks orang lain pula. Ertinya, Umno ini menyambung hayat dan kehidupan dengan mencari dan memakan daging saudara nya sendiri . ia bergerak kehadapan bukan dengan mengangkat dan membangkitkan bangsa tapi menyibukkan diri dan tenaga kepada memperjuangkan isiu isiu picisan. Apa sudah jadi kepada prinsip dan landasan perjuangan Umno? Umno ujud pada tahun 1946, membangkitkan orang Melayu menentang suatu bentuk kemungkaran. Kemungakaran tersebut muncul dalam bentuk idea suatu MalayanUnion. Ertinya, sebermula Umno itu ujud untuk menentang segala kemungkaran. Bagaimanakah perarakan Bersih yang disertai bersama oleh majority orang Melayu boleh di samakan dengan idea MalayanUnion? MalayanUnion memang betul boleh mengakibatkan peminggiran bangsa Melayu, tapi bolehkah Bersih mendatangkan kesan yang serupa? Tapi hari ini orang Melayu adalah penduduk majority. Jentera kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Kedudukan politik orang Melayu tetap kuat. Sebab jika kita bilang, jumlah MP Melayu tetap ramai. Orang Umno kena terima bahawa orang Melayu yang tidak berada dalam Umno, tetap Melayu setulen yang berada dalam Umno. Jadi mengapa perarakan Bersih membuat Umno gusar dan Perkasa melenting? Kepentingan siapa yang jadi terancam? Umno and the government are handling the Anwar Ibrahim case foolishly. Semalam kita dengar bahawa mahkamah menyatakan bahawa ia mempunyai hak untuk menayangkan video lucah yang di katakan melibatkan Anwar Ibrahim. Pihak mahkamah membela diri dan menyatakan ia memiliki hak. Dan ia telah menunjukkan akan hak tersebut dengan membenarkan pihak peguambela 3 orang tertuduh, mengistiharkan bahawa mengikut perakuan pakar, video tersebut sahih dan 99.99% actor tersebut ialah Anwar Ibrahim. Saya tidak tahu, adakah ujudnya kaedah menunjukkan bahan bukti yang baru. Kepada saya, pihak majistret sepatutnya memberhentikan pengistiharan tersebut. Pertama ianya adalah bukti hearsay. Kita dengar nya melalui pihak ketiga dan tidak ada pihak pembela yang di benarkan untuk menghujjahi pembentangan deklarasi tersebut. Kedua, ianya tidak releven dalam kes ini kerana, terma rujukan mahkamah ialah menghukumi kesalahan menayangkan video lucah dan memiliki video lucah. Terma rujukan mahkamah bukanlah mencari kesahihan video tersebut. You cant justify doing something that is against the law. Jika ianya bertujuan mencari kesahihan video tersebut, pihak mahkamah mesti mengadakan panel pakar untuk mendengarkan kes kesahihan video tersebut. Dan orang yang di tuduh, walau bagaimana kita benci pun, mesti di beri keadilan membela diri. Jika ini matlamat kes tersebut, mengapa tidak di panggil pakar yang di sebut oleh peguam bela 3 serangkai tesrebut, untuk di cross examine oleh peguam si Anwar Ibrahim? Pihak mahkamah sepatutnya memberhentikan cerita pelipur lara hati pimpinan Umno yang berduka melihat kualiti parti kian menurun. Dengan melakukan apa yang ia lakukan, apakah sebenarnya mesej yang di hantar oleh sistem keadilan negara kita? Ianya menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia sebetulnya berada at the mercy system keadilan Negara ini dan pengamal sistem tersebut dan kita tidak ada peluang langsung untuk mendapat keadilan dan mendapat layanan merciful dari system keadilan kita. Si majistret telah mencemarkan system keadilan negara ini dengan membenarkan penceritaan perlipur lara dalam mahkamah terbuka. Ini yang menyebabkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sangsi dan takut kepada system keadilan di Malaysia. Mahkamah kita, dengan membenarkan penayangan video lucah tersebut dan membenarkan penghuraian yang mengikuti nya untuk mamfaat 3 serangkai telah compromise dignity dan integrity dirinya menjadi platform untuk suatu pihak yang berkepentingan berkhutbah mengenai agenda politik. Maka itulah sebab nya, ketua 3 serangkai tersebut, seorang manusia yang bernama Rahim Tamby Chik telah dengan bangga nya mengistiharkan bahawa misi mereka, tercapai? — sakmongkol.blogspot.com |
Mai tang depa, kot mana pun tak pa... pttuiihh... Posted: 01 Jul 2011 02:00 AM PDT Baju kuning salah, merah Patriot tak apa Oleh Mohd Syuwari Terpanggil saya sebagai mahasiswa yang melihat perkembangan politik tanah air sekarang apabila melihat sendiri polis yang laungkan "kami berintigeriti" "kami adil telus dan amanah" sudah lari dari motifnya. maaf saya katakan sedemikian, sebagai anak muda yang melihat sendiri malah berfikir dengan perkembangan suasana Malaysia sekarang amatlah jauh berbeza dengan negara demokrasi yang lain.Malah boleh dikatakan polis Malaysia sama saja dengan pihak polis semasa pemerintahan Husni Mubarak di mesir sebelum terjadinya rusuhan. Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan kemeja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH. Dukacitanya, ramai dari pengikut Pakatan Rakyat yang memakai baju Kuning telah ditahan oleh pihak polis namun dalam akhbar hari ini yang dipetik dari Malaysikini atas tajuk "LOKMAN MAHU SAMAN SAIFUDDIN RM 500,000.99" terpampang gambar pemuda UMNO ini memasuki balai polis dengan pakaian rasmi perhimpunan 9 Julai akan datang yang tidak di kenakan sebarang tindakan atas pemaikaian mereka itu. adakah ini ADIL? Sepekara lagi,mari kita rujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri dalam akhbar Malaysiakini bertarikh 29 Jun atas tajuk "HISYAM: HARAM PAKAI BAJU BERSIH, BOLEH DITANGKAP." Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram. Jadi amatlah tidak berakhlak boleh saya katakan kepada pihak yang hanya menyerang sebelah pihak tanpa melihat pihak yang lai,n dalam masa yang sama menghukum mereka dan membebaskan yang lain.Contohnya pengikut Pakatan hanya memasuki pasar dengan pakaian Kuning telah ditangkap, tapi satu lagi pihak masuk kedalam balai polis dengan pakaian Merah PATRIOT. Sedangkan kenyataan polis mana-mana perhimpunan 9 Julai adalah HARAM. Baju kuning salah, merah Patriot tak apa |
Wa punya mata silau laa... haha... Posted: 01 Jul 2011 01:00 AM PDT |
Memang kerja kami nak perjatuh hampa... Posted: 30 Jun 2011 11:30 PM PDT Mat Sabu: Kami komited tewaskan BN guna demokrasi, bukan cara lain Oleh Yow Hong Chieh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi komitmen parti Islam untuk menggunakan pendekatan demokratik sambil menegaskan, ada keperluan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini. Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, yang antara lain menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas. "Kami mahu menewaskan kerajaan (Barisan Nasional) menerusi pilihan raya, bukan cara lain. Ini komitmen kami," kata beliau. Sehubungan itu, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata parti Islam yang mencintai keamanan memenuhi janji itu meskipun terus berhadapan dengan retorik daripada kerajaan pusat pimpinan Umno-BN. PAS merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua yang lain ialah PKR dan DAP. Mohamad juga berkata Umno sudah mengabaikan pendekatan kesederhanaannya, sebaliknya menggunakan cara yang berlawanan kerana pemimpin-pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah hilang "ketenangan" ekoran kebimbangan boleh hilang kuasa kelak. Beliau merujuk kepada ucapan Najib pada perhimpunan agung Umno tahun lalu, meminta ahli-ahlinya mempertahankan Putrajaya dalam apa cara sekalipun. Ketika berucap pada ceramah dan solat hajat anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di sini malam tadi, Mohamad berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya telah memerintah negara ini jika pilihan raya umum dijalankan dengan seadil yang mungkin. "Ramai yang bertanya bagaimana kami mampu boleh menang lima negeri jika pilihan raya tidak adil... sebenarnya, jika pilihan adalah adil dan saksama, kami sepatutnya sudah memerintah Malaysia," katanya di Stadium Malawati. "BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya," kata beliau.M/I |
Posted: 30 Jun 2011 08:30 PM PDT "Sampai masa Umno ni akan tumbang jugak..." kata Pak Long sambil menyedut dalam dalam rokok daun nipahnya. "Aku dok tengok segala gala yang depa buat jadi serba tak kena, tuduh yang bukan bukan yang dicipta untuk pihak lain pun akan jadi sebaliknya..." tambah Pak Long lagi sambil senyum sinis "Dah puaih Umno jolok Pas, dia perkuda habih puak puak media depa hentam Pas pasai negara Islam, tapi tak dak sorang pun orang Pas dari atas sampai ke bawah yang melatah. Umno dah letih, bengong dan bangang..." semangat betoi Pak Long Orang kampung dah tak macam dulu, dulu boleh la orang kampung macam Pak Long ni depa anggap tongkoi kayu... tapi la ni zaman moden. Segala gala informasi sampai kat orang kampung dengan mudah. Baik pihak kerajaan maupun pihak pembangkang. Tindakan Pas mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tak langsung menggugah hatinya yang hijau. Dasar parti masih sama, cuma warna hitam yang cuba dibawa Umno disedari dengan mudah olehnya. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang berbeza antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi. "Umno nak kencin orang Melayu" tambah Pak Long "Negara berkebajikan adalah intipati negara Islam jugak, tapi rakyat lebih mudah mentafsir negara berkebajikan dari mereka mentafsir mengenai negara Islam... tu saja" "Rakyat bebaih bagi apa sahaja maksud, tapi maksud 'kebajikan' tak dak yang negatif pun. Sedangkan kalau negara Islam, sekalipun Islam itu mulia tapi tafsiran mengenainya bermacam-macam... ni yang susahnya, Umno boleh permain macam macam ngan negara Islam. Islam pun depa lempaq tepi camtu saja..." Haha.... "Depa dah lama kiblat ke barat, apa barat kata depa ikut membabi buta... " geram Pak Long. "Istilah negara Islam dah jadi macam fobia kat sesetengah bangsa dunia. Hudud misalnya cuma satu aspek dalam negara Islam yang mewakili tidak sampai satu peratus dari keseluruhan Islam yang syumul tapi hudud tu la jugak dimomokkan oleh jentera propaganda BN sebagai tunggak utama negara Islam yang mesti ditakuti terutama oleh bukan Islam" Aku hanya angguk, tanda setuju dengan hujah orang lama "Depa boleh megah ataih dunia pasai depa kuasai media, dah separuh abad dah depa pekena orang kampung" sambil nyalakan rokok daunnya "Isu Pas tolak negara Islam bukan baru nak oii" "Sib baiknya Pas ni adalah pemimpin ngan ahli-ahli Pas dah matang dan tak mudah melatah. Pasai majoriti depa sedaq, Umno bukan setakat pada istilah... dalam angan-angan pun tak dak hasrat depa untuk Islam didaulatkan..." sambil membetulkan silanya... Pak Long bagi aku, cakap cakapnya mewakili majoriti orang orang kampung kini. Apa yang berselirat dikepala Pak Long adalah rangka yang telah terbentuk lama tapi kini bertukar warna. "Umno berhempaih pulaih dok kacau Pas, tekan sana sini kononnya Pas dah tinggalkan perjuangan Islam demi mengikut telunjuk DAP, tapi yang termakan dakyah Umno itu hanyalah ahli bangsa Umno... depa ni tak pernah pun terasa nak undi Pas ataih isu negara Islam pun." "Kalau la depa benar-benar ikhlaih nak tegakkan negara Islam, awat yang depa tak buat la nih... masa depa tengah berkosa? sambil tenung muka aku "Awat dok canang kata Pas tak mau buat, sedangkan depa pun terkulat kulat? Dalam waktu yang sama depa kata depa sendiri dah buat, habis kalau dah buat... nak tunggu Pas buat apa lagi? "Pak Long malu la, punya jaki kat Anwar... punya jaki kat Islam, depa buat apa saja. Tayang video lucah kat tok-tok imam, edar video lucah kat budak budak... malu oii tengok cara orang yang mengaku Islam main politik" "Suruh Najib jaga sikit, jaga beg tangan Rosmah tu jangan bagi rakyat dok ungkit" sengeh Pak Long mengakhiri bicara kami... |
Posted: 30 Jun 2011 07:00 PM PDT Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia by tokdalang 1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS 1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda." 1.2 Kad Kuasa Polis Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ. Lain-lain Warna: • Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas. • Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor. • Putih: Polis Simpanan Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya. 1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya. 1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 PengenaIan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?" 2.3 Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu: • menjawab "ya"; • tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau • menggari anda. Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta. 2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112). 3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama. 3.3 Membuat Pernyataan 112 Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan. 3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda. 4. POLIS MENANGKAP ANDA 4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan. 4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan. 4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya. 4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: 1. Keluarga atau rakan; dan/atau 2. Seorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka: • yang anda telah ditangkap; • masa, tempat dan alasan ditangkap; • Balai Polis di mana anda dibawa. 4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap Anda boleh ditahan sehingga 24 jam: • Di Balai Polis, atau • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis. 5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN 5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain. 5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap. 5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan. 5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan. 5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam. 6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda. 6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. 6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman Maklumkan kepada Majistret: • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan. 6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas. 7.2 Apa yang perlu dilakukan • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll. • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda. 7.3 Hak-hak anda • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. • Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: 1. Bantah; 2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan 3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut. 8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. • Anda ditangkap. • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup. 8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:- 1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran. 2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas. 3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas. 4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 8.3 Hak anda • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan. • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. 9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda. 9.2 Hak anda untuk berdiam diri Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri." 9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda. 9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan. PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC) • Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072 • Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428 • Negeri Sembilan : 06-6013 844 • Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514 • Johor : 07-2235 698 • Perak : 05-2550 523 • Kedah & Perlis : 04-7333 467 • Kelantan : 04-7448 660 • Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410 • Pulau Pinang : 04-2617 451 |
Umno pun syok tengok iklan nih... haha... Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT |
Posted: 30 Jun 2011 04:00 PM PDT Jangan Terlalu Kepartian Di Masjid. Berpada-padalah. Oleh: al-bahanj "Masjid Sebagai Pusat Penyatuan Masyarakat. Masjid sebagai pusat aktiviti ummat ISLAM. Masjid adalah rumah ALLAH. Di masjidlah tempat bertemunya para muslimin sekurang-kurangnya untuk bersolat fardhu secara berjemaah. Selain bersolat fardhu secara berjemaah, masjid juga boleh menjadi pusat penyebaran ilmu, pusat pertemuan ahli masyarakat, pusat perbincangan dan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat yang boleh membawa faedah, asal sahaja tidak bercanggah dengan hukum ISLAM. Pendek kata , masjid adalah 'all in one centre Amat menyedihkan sekiranya masjid dijadikan medan berpolitik kepartian yang sempit. Memang tidak salah untuk bercerita hal politik dan isu semasa di rumah ALLAH kerana ISLAM bukan sahaja meliputi soal kerohanian dan ritual ibadah seperti agama-agama lain. Tetapi ISLAM adalah sistem hidup yang meliputi sosial, ekonomi, politik, pendidikan, rumahtangga, kewangan dan semua aspek kehidupan. Dan menyedihkan juga jika masjid hanya menyampaikan teks kitab-kitab pengajian tanpa mengaitkan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita. Hal ini akan menyebabkan ummat ISLAM terus memisahkan antara agama dan kehidupan. Maka akan lahirlah ummat ISLAM yang menganggap bahawa ISLAM hanyalah berkisar soal solat, puasa, zakat, masjid dan mati. Tidak lebih dari itu. Malang sekali.Peranan Pendakwah Ramai sudah maklum bahawa isu politik kepartian adalah sesuatu yang agak sensitif untuk disentuh secara langsung di dalam masyarakat. Masing-masing mungkin sudah mempunyai pegangan politik masing-masing. Bukan sedikit, malah telah banyak perpecahan berlaku di kalangan ahli masyarakat disebabkan oleh politik kepartian. Amat menyedihkan lagi jika para penceramah yang datang ke masjid untuk memberi ceramah menyampaikannya pula dalam bentuk yang agak kasar bahasanya. Di atas kepincangan dan pecah-belah ini, masjid mesti menjadi faktor penyatu kepada ummat ISLAM. Sayang sekali jika masjid tidak dapat berperanan dalam hal yang sangat penting ini. Justeru para pendakwah mesti bijak mengambil peranan dan peluang. Bukan yang datang ke masjid ini ahli jemaahnya dari parti A atau B sahaja. Bermacam-macam latar belakang yang datang ke masjid. Para pendakwah mesti berperanan untuk mengajak manusia mentauhidkan ALLAH dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. Mengingatkan para jemaah masjid agar melakukan perintah suruhan ALLAH Jalla wa A`la dan menjauhi laranganNYA. Jika para pendakwah ingin mengaitkan dengan isu semasa, maka janganlah terlalu 'direct' disasarkan kepada individu tertentu atau pihak tertentu secara khusus. Kerana kita tidak tahu siapa yang benar dan salah. Yang benar hanyalah ALLAH sahaja. Kebenaran bukan di tangan kita dan bukan di pihak A atau B. Selain itu, para pendakwah mesti terlebih dahulu memeriksa latar belakang ahli masyarakat yang ingin didakwahkan atau disampaikan ceramah itu. Hal ini boleh ditanya kepada AJK masjid yang berkenaan. Dengan mengetahui latar belakang ahli masyarakat, maka pendakwah atau penceramah boleh menyentuh soal pokok yang dekat dengan ahli masyarakat tersebut. Dan soal-soal yang menyentuh sensitiviti masyarakat boleh dikurangkan.Carilah Persamaan, Elakkan Pertembungan Setiap muslim mahukan redha ALLAH. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang sengaja untuk berhadapan dengan murka ALLAH. Kerana murka ALLAH sangat dahsyat. Justeru, atas sebab persamaan ini, kita binalah ia di masjid-masjid kita. Sampaikanlah kalam-kalam ALLAH Subhanahu wa Ta`ala dan kalam-kalam Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam serta lain-lain bentuk tadzkirah supaya ahli jemaah masjid rasa hendak kembali kepada agama. Samada ahli jemaah itu dari parti A atau parti B ataupun tidak berparti, semuanya setuju bahawa kita hidup bermatlamatkan redha ALLAH, kita hendak menjadi baik di sisi ALLAH, kita hendak menjadi mulia di dunia dan akhirat, kita hendak masuk syurga, kita bencikan neraka dan kita akui bahawa Syaitan adalah musuh nombor satu kita semua. Sebutlah kalimah-kalimah mulia ALLAH dan RasulNYA dengan penuh hikmah supaya hati manusia semakin lembut dan lunak dengan agama. Apabila mereka faham agama dan agama semakin kuat duduk di dalam hati, nescaya mereka akan cuba mempraktikkannya di dalam kehidupan keseluruhannya. Malangnya, ada sesetengah masjid ceramahnya diselang-selikan dengan kata-kata kasar dan tuduh-menuduh. Walaupun bilangannya sedikit, namun perbuatan sebegini mesti dikawal dan ditegur. Kerana tentunya akan memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat. Kata-kata yang kesat dan buruk tersebut mungkin ditiru oleh ahli jemaah yang mendengar, fitnah-menfitnah bermaharajalela, benci-membenci semakin menyemarak, akhlaq yang baik tidak tersemai, ukhuwwah boleh goyah dan aqidah tidak semakin kuat. Bukankah ia semakin memburukkan keadaan? Marilah kita insafi bersama. Para pendakwah, penceramah, AJK masjid dan ahli masyarakat mesti bergabung tenaga untuk memakmurkan masjid dan menjadikan ia pusat aktiviti ummat ISLAM seperti yang telah dicontohkan kepada kita oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Semoga kita semua menjadi sebahagian dari hamba ALLAH yang terpilih untuk memakmurkannya. Firman ALLAH Subhanahu wa Ta`ala: "Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid ALLAH ialah orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada ALLAH, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18) Akhir kata, tulisan ini bukanlah untuk menyeru agar jangan disebut langsung hal isu semasa di masjid, tetapi seperti yang telah disebut di dalam perenggan 2 dan 3, janganlah terlalu 'high-end extreme' atau 'low-end extreme'. Ambillah pendekatan yang sederhana dan railah ahli jemaah yang datang ke masjid tersebut. Janganlah dengan sebab ceramah yang keterlaluan itu, ahli jemaah semakin menjauhi masjid, malah membenci masjid dan orang-orang yang ke masjid sekali dibencinya. Kita hendak bawa manusia kepada ALLAH, bukan kepada mana-mana kumpulan! - www.muzir.wordpress.com By Shahmuzir |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan