Rabu, 27 Julai 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


betul betul anjing...mau kasi surat sama bapak anjing pun kasi tangkap jugak ka...aiyyaaaa...!!!

Posted: 27 Jul 2011 05:43 AM PDT


10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis

babi sial dan pukimak punya polis....polis jangan jadi samseng mau ugut rakyat pulak....ingat PRU 13 pakatan rakyat memerintah nanti lu orang akan mampos wa kasi tau.....!!!...

Posted: 27 Jul 2011 05:17 AM PDT



Ketua Polis Negaradi gesa   menarik semua ancaman kepada orang awam yang membuat laporan mengenai keganasan polis yang dilakukan terhadap peserta Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Polis juga seharusnya bertindak adil dengan menyiasat kejadian tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan polis di KL Sentral pada hari itu.

Dalam kejadian tersebut, pengawal Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan teruk sehingga remuk tulang pipi akibat terkena tembakan kanister gas, manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut mengalami kecederaan parah di kepala.
Ini  mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah yang mengatakan orang ramai yang membuat dakwaan palsu terhadap polis akan dikenakan tuduhan jenayah.

Acryl dilapor berkata individu yang membuat laporan palsu terhadap pegawai dan anggota polis ketika perhimpunan 9 Julai lalu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Ia tugas pasukan polis untuk secara adil menyiasat semua aduan awam mengenai salahlaku polis. Ancaman seperti itu dikira menanam ketakutan ke dalam publik dan menghalang mereka dari melaporkan aduan terhadap jabatan polis...

Berdasarkan undang-undang, perbuatan berkenaan berupaya mengakibatkan kematian dan boleh dianggap sebagai satu cubaan membunuh
.
Kita  menggesa siasatan kejadian di laluan bawah KL Sentral itu dikelaskan sebagai cubaan membunuh di bawah seksyen 37 Kanun Acara Jenayah dan meneliti sebab itu...

Ini anjing sudah banyak melampau...dia bikin wayang maaa...patut lu jadi bapak anjing bukan itu kerajaan sama itu peguam negara gilaaa...!!!

Posted: 27 Jul 2011 05:10 AM PDT

 SPR tuding jari pada Peguam Negara, kerajaan

 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui badan itu tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang pilihan raya, kecuali selepas mendapat ‘restu’ Pejabat Peguam Negara.


“Untuk mengubah sistem pilihan raya, usul perlu dibawa ke Pejabat Peguam Negara. Kemudian bil ini akan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Undang-undang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.


“SPR tiada kuasa. Dalam hal ini, kerajaan yang memerintah yang mempunyai kelebihan untuk menggubal undang-undang,” kata Wan Ahmad dalam forum ‘Apa Selepas 9 Julai?’ anjuran Sinar Harian, sebuah akhbar terbitan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.
Dalam hujah balas, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengulangi lapan tuntutan Bersih 2.0 dan menyatakan perkara tersebut tidak mustahil dilaksanakan.


Beliau berkata, alasan bahawa SPR tiada kuasa sebagai tidak masuk akal kerana cadangan pelaksanaan sistem biometrik yang datang dari badan itu juga perlu dipersetujui parti politik dan NGO.


“SPR mempunyai kuasa besar untuk mengarahkan badan-badan kerajaan melaksanakan pembaharuan pilihan raya. Kalau SPR mengatakan parti politik dan NGO sebagai pelanggan mereka, mengapa saranan Bersih tak didengar. Bukankah penyokong Bersih juga adalah rakyat Malaysia yang juga adalah pelanggan kepada SPR?


“Bersih mengundang semua parti politik termasuk dari Barisan Nasional untuk menyertai tuntutan. Jangan anggap kami sebagai musuh.
“Jika SPR komited ingin melaksanakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya, kami akan berjuang bersama anda,” kata Ambiga sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.


Sementara itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Shamsul Amri Baharuddin menjelaskan ketidakyakinan rakyat terhadap SPR menyebabkan rakyat bangkit berdemonstrasi pada 9 Julai lalu.


“Kesukaran SPR untuk melaksanakan perubahan perlu diselesaikan. Ini membibitkan perasaan syak wasangka dikalangan rakyat,” hujah Shamsul yang turut dijemput sebagai ahli panel.


Kira-kira 600 hadirin memenuhi auditorium utama Karangkraf bagi mendengar debat yang dipengerusikan Pengarah IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

jangan anggap rakyat bodoh...UMNOPORNO di ingatkan...!!!

Posted: 27 Jul 2011 04:46 AM PDT

 

Umno-Barisan Nasional(BN) diingatkan supaya tidak lagi memperbodohkan rakyat hari ini dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka...

Malah, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir serta mendapatkan maklumat biarpun ia cuba disembunyikan pentadbiran Umno-BN.

Kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama..

Kita  menyifatkan zaman ini sebagai zaman kebangkitan rakyat dan menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Ini  termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu oleh Felda selama bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

Namun apa yang menyedihkan , kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan..

Kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka.Dengan semangat slogan ‘Malaysia Boleh’ kerajaan jelasnya berani melakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media.

Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana!Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim..

 

padah bagi kerajaan kurang ajar bela polis lagi kurang ajar...kerajaan bayar pampasan ketuk ketampi bogel...cuba mak lu di ketuk ketampikan macam tu...lu tak ada rasa malukah...???

Posted: 27 Jul 2011 04:32 AM PDT

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

malaysiakini

Tiada ulasan: