Rabu, 27 Julai 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Kain Kapan Termahal Di Dunia.....

Posted: 27 Jul 2011 08:16 AM PDT

Ini merupakan kain kafan BVLGARI yang asli.Hanya dijual kepada orang-orang kaya di Arab Saudi.Astarghfirullahalazim , walaupun kain kapannya harga beratus-ratus ribu itu belum tentu boleh menjamin kita di alam kubur dan akhirat.

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual

Posted: 27 Jul 2011 05:30 AM PDT

Semua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lalu.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.

- Bernama

Sistem Biometrik: Terlalu mahal, tiada timbang tara, terlalu lama untuk dilaksanakan

Posted: 27 Jul 2011 04:00 AM PDT

Mewakili Sekretariat PakatanRakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang-kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0.

Maka, kita wajar mengucapkantahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH 2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud.

Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrikyang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulangkali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi.

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH 2.0.

SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekalkerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

*Kenyataan daripada sekretariat Pakatan Rakyat, diwakili Mohd Hatta Md Ramli (Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS), Liew Chin Tong (Setiausaha Antarabangsa DAP) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR).

Analisis :Sistem Biometrik; Bukan masalah teknikal, tapi hilang percaya...

Posted: 27 Jul 2011 12:30 AM PDT

Adakah sistem biometrik yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal membasmi penyelewengan "pengundi hantu", dalam pilihan raya yang akan datang? Pakar dalam bidang biometrik mengakui bahawa dari segi teknikalnya, ia adalah mudah, digunakan secara umum, malah kosnya tidak tinggi, namun sistem ini gagal membasmi penyelewengan sepenuhnya.

Teh Hon Seng (gambar kanan) yang berkecimpung dalam sistem biometrik berkata, sistem ini telah wujud di negara kita, iaitu cap jari dan maklumat yang terkandung dalam MyKad. Beliau mengambil contoh bagaimana MyKad dan cap jari sudah memadai apabila kita menyemak akaun kita di bank mahupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Identiti pemilik MyKad boleh dikenalpasti kerana Mykad mengandungi maklumat cap jari pemiliknya.

Maka beliau menjangkakan tiada masalah besar seandainya sistem ini juga digunakan ketika pilihan raya. Malah, beliau menganggap ia lebih baik daripada dakwat kekal, kerana seandainya sistem ini dilaksanakan, seseorang pengundi yang layak tidak perlu mendaftar sebagai pengundi lagi, kerana memadai dengan MyKad, Mykad Reader (alat pembaca kad) dan pengenalpastian cap jari.

Menurut Teh Hon Seng, penggunaan sistem ini tidak menelan kos yang tinggi, lain kata seandainya ada pihak yang cuba mengaut keuntungan dari projek ini. Pada perhitungannya, alat pembaca kad dijual pada harga antara RM300 hingga RM500 di Malaysia. Jikalau satu alat pembaca kad ditempatkan di setiap saluran pusat pengundian, maka hanya beberapa ribu yang dibelanjakan di setiap pusat pengundian.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa penyelewangan tetap akan wujud meskipun sistem biometrik digunakan. "Sistem itu baik, namun ada kemungkinan juga berlaku penyelewengan dengan menggunakan komputer. Cuma, ia agak rumit untuk berbuat demikian."

Teh Hon Seng berkata, di luar sistem tersebut, penyelewengan tetap boleh berlaku seandainya petugas diarah untuk membenarkan mereka yang cap jarinya tidak selaras dengan MyKad-nya masuk untuk mengundi. Malah dalam keadaan yang tidak dipantau, penyelewengan lebih senang untuk mengambil tempat.

Selain itu, sistem biometrik juga berdepan dengan masalah teknikal, misalnya kulit pada jari yang sudah rapuh, sehingga sukar untuk dikenalpasti alat sistem biometrik, kata Teh Hon Seng.

Chin Huat: Masalahnya hilang percaya...

AJK BERSIH 2.0 Wong Chin Huat pula berterus-terang, bahawa persoalan sistem biometrik sebenarnya kembali kepada masalah "kepercayaan". Beliau mengambil contoh, apabila kita menggunakan perkhidmatan online banking, kita sebenarnya menaruh kepercayaan kepada pihak bank.

Beliau berkata, pertukaran dalam urus-niaga adalah jelas, wang ditukar dengan barang, namun teknologi di alam internet adalah "tanpa bunyi, tanpa bayang, tanpa bau" - ia bukan senang untuk membina kepercayaan kerana semuanya "maya". Masalahnya hari ini adalah rakyat telah hilang percaya terhadap kerajaan. Justeru itu, Wong Chin Huat (gambar kanan) mempersoalkan, bagaimana kerajaan meraih kepercayaan rakyat dengan memperkenalkan sistem biometrik?

Pada hemat Wong Chin Huat, syarat yang ada pada hari ini belum memadai untuk melaksanakan sistem biometrik, maka kerajaan harus melaksanakan salah satu tuntutan BERSIH 2.0, iaitu "penggunaan dakwat kekal". Seandainya kerajaan enggan berbuat demikian, Wong mencabar kerajaan untuk mendedahkan rancangan kerajaan sepenuhnya dalam reformasi sistem pilihan raya, agar dibuka untuk perbincangan awam.

KEDAH.FM menjadi alat propaganda UMNO

Posted: 26 Jul 2011 09:50 PM PDT


Walaupun nenek ni dah tua, tapi telinga ni kira ok lagi….macam besa pagi2 lpas 'menyorok' nenek buka la radio nak sejukkan telinga ni, at the moment, pukul 8 pagi, jd buka la Radio Malaysia Kedah f.m…..nak tau gak berita2 pasai Kedah ni….

Tapi, malang tidak berbau, sebagai rakyat yang nak tau isu2 semasa, dah tentu pasal Kedah….hairan bin ajaibnya semua berita dalam Radio Malaysia Kedah f.m. dok cita yang baik2 pasai UMNO….pasai kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) semuanya tak baik, buat tu tak baik, buat yang ni tak baik…pendek kata, semuanya buat tak betul saja la….sana jahat, sini jahat

Ni bukan sekali nenek dok dengaq, banyak kali dah, tun pun yang nenek terbuka chanel radio tu, tak kira yang tak buka lagi…

Elok radio tu kita ubah nama RADIO UMNO KEDAH F.M….jadi kita tau berita depa siar pasai UMNO saja yang baik dan betul2 belaka keja depa buat kat orang Kedah…..

Kalau macam ni cara depa (UMNO), camna orang Kedah nak tau apa yang kerajaan la buat kat rakyat, takkan dah takluk Kedah nak buat benda tak elok kat rakyat….tak logik langsung…..

Dalam radio tadi, depa buat cita pasai kerajaan la tak buat pa2 kat orang2 di Kuala Kedah, x da pembangunan walau dah 3 TAHUN PERINTAH….

Wartawan tu pun interbiu nelayan kat situ, dia punya cita macam nak marah p nada, tergelak pun ada…

Ada ka patut dia kata, kerajaan patut buat tempat tuk nelayan2 jual kat situ bagi orang luar mai beli situ, tapi apa pun kerajaan tak buat, tak tolong orang2 susah….

Dia fikir ka dak, masa BN perintah 50 TAHUN DULU apa yang depa buat kat orang2 kat situ, depa senang ka dulu???? Bila dah PAS perintah, terus jadi susah, miskin….logik ka tu????

Abis tu dah 50 TAHUN SENANG takkan tak boleh simpan duit sampai la ni….ni 3 TAHUN BARU PERINTAH dah hingaq suruh buat macam2….masa 50 TAHUN DULU ampa tak kata apa pun…

Nenek tak marah kat orang kampung tu, tapi geram la, dia cakap pnm cm baca dialog saja…dah wartawan tu bg skrip, baca ja la….dapat duit lagi kot (maaf kalau silap)…..

Ni ccita pasai budak2 KUIN kena gantung, dalam radio kata depa kena gantung tanpa buat siasatan (macam cita CSI)….nenek tua ni kesian tengok budak2 tu, last2 depa juga kena…

Nenek nak tanya depa, masa depa dok demo tu, depa siasat tak dulu perkara yang betul…depa kata KUIN halau budak2 Tahfiz…tak halau pun, depa yang rasa dihalau….6 hero ini pun buat demo la….pi cita kat suratkhabar la, yang tu tak betul yang ni tak betul…tapi depa tak kata plak nak jumpa MB dulu ka…..depa boleh kata MB yang patut jumpa depa….

Radio UMNO Kedah FM... tapi guna duit rakyat

Kekejaman Tentera Jepun

Posted: 26 Jul 2011 08:15 PM PDT

Kekejaman Tentera Jepun, yang pernah menjajah negara kita dulu ..tapi ini berlaku di negara lain..Di bawah beberapa gambar kekejaman tentera jepun ,jom saksikan


000_a676c623975e2cb684ad2c6c5f1874b51

001_9b5b04b9824fc61f4226a25fe74b728c1

002_b92d156ecc04c0a5ace9aa846f13f2981

003_f1b9f6e84efc73daf70c1ed4e9c008a21

004_d6f8aea78da9312713058dd39cdb1e1f1

005_b84ab2c1d85dbc3d2dc5539a4f8391461

006_ca77782262b421eb1a8e2d781ed6ed931

007_1ec3462152856e3f510824b8688e61251

008_24632996004843518b3321f3e141cef21

009_d271c68ddb85f30ecd354e7070b624d01

010_d95a392b3deff5064fd7b3ddc8d2b11b1

011_9d032a6943533eeb2722205c0517afbc1

012_2825540901469539ac318a7c365533221

013_ca26dd2c3f8044c4fe5dff555eab743f1

014_6eaa5620ed02a6378a801a534c4610821

015_b3e62d7d10c9926c13829e850f32fcff1

016_96fe140514f205ec45324377f2620e422

017_b1b946a1c6bd55e79bee0fa4c3eac96c1

018_18086005ad0148879a32ddb1407437171

019_313db27aa2e2b9959d69fbeaba7d29f71

020_a3d6e4397e6174d456eb1beb32d727c81

021_f550e9132ea991789dd6ea50817d2fcf1

022_573284f65a32454ea5119e1adb0e50661

023_626cc7da06d1ab927ec0a4947da66f711

025_d3459b69bdaef6a42cec0972102796861

026_67f427e2989655945409fbcdf5c3a9741

027_7d214a10fc6db5436501630f6b4694fd1

028_55eab33094dd382918fdd2dbe16613f91

William Bourdon VIDEO.:KERAJAAN TIDAK BERHAK MENUTUP MULUTNYA..

Posted: 26 Jul 2011 06:50 PM PDT

TURKI DAN ISRAEL SEMAKIN TEGANG

Posted: 26 Jul 2011 05:30 PM PDT

Selasa, 26/07/2011 - Perdana Meneri Turki, Recep Tayyop Erdogan berkata pada Sabtu bahawa hubungan negaranya dengan Israel berada dalam keadaan yang 'tidak dapat difikirkan' melainkan Israel meminta maaf atas kejadian serangan ke atas Flotilla 2010 dan berakhirnya kepungan ke atas Gaza.

"Selagi Israel tidak meminta maaf kepada Turki, membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dan mengangkat sekatan ke atas Gaza, hubungan yang normal antara Turki dan Israel tidak dapat difikirkan," kata Erdogan ketika mesyuarat bersama duta Palestin di Istanbul.

Erdoga menuduh Israel 'menembak belakang' sembilan orang aktivis Turki yang tidak bersenjata yang berada dalam kapal Mavi Marmara, iaitu sebahagian daripada Flotilla Pembebasan ke Palestin paa 2010 ketika mencuba untuk memecahkan sekatan Israel. Perdana Menteri itu juga mengecam kebiadapan dan kesombongan Israel dalam melewatkan perdamaian dan mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.


Tiada ulasan: