Rabu, 27 Julai 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Terima kasih kepada kerajaan BN.

Posted: 26 Jul 2011 08:43 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Ini catatan label peribadi. Gua nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan BN atas apa yang lalui baru2 ini. Catitan gua. Dan gua harap seandainya kerajaan BR mengambil alih, mereka akan buat lebih baik dari ini, disamping mengurangkan perkara2 jahat kerajaan BN.

Isteri gua mendapat perkhdmatan yang baik sebagai wanita Malaysia yang mengandung. Di klinik kerajaan Pengkalan Chepa. Terima kasih kepada semua. Tapi mungkin juga sebab gua ikut nasihat Topeng Perak. Yakni menulis pekerjaan suami sebagai wartawan. Gua tulis Wartawan Bebas.

Kemudahan kesihatan yang gua dan warga Malaysia dapat di bawah kerajaan BN adalah sesuatu yang sangat bernilai. Walau itu sememangnya tanggungjawab golongan yang dipilih rakyat.

[2]

Gua memiliki sifat yang 'kurang ngam' kepada elit. Tapi ngam dengan orang biasa. Lebih ngam dengan 'kurang upaya' atau budak2. Antara rakan baik gua di sini ialah Mat Amin. Seorang OKU jenis 3 suku. Dia jarang sangat dibawa berjalan maybe faktor dirinya dan faktor keluarga.

Ngam2 gua nak beli tiket keretapi semalam, gua nampak Mat Amin. Gua ajak dia sekali. Dia minta masa nak tukar baju. Gua cakap takpayah la... beli tiket jer. Tapi bila fikir balik, apa salah gua meraikan dia, gua bagi dia 5 minit.

Bergaya dia bai.. dengan spek hitam, dengan jeans, kesian plak gua. Dari ceritanya dia pernah pergi Wakaf Baru. Tapi dah tak ingat. Walau gua maybe tertinggal maklumat, barulah gua tahu, pemegang kad OKU mempunyai diskaun tiket keretapi sebanyak 50%. Dan memiliki elaun dari kerajaan.

Gua ucapkan terima kasih. Dan berharap, seandainya kerajaan bertukar, kerajaan baru buat yang lebih baik lagi dari ini. Jika tidak, kita akan berjuang untuk jatuhkan mereka bersama2. Bersedia untuk menukar kerajaan walau hanya isu kecil mengenai kepentingan rakyat. Tukar dan bertukar sehingga satu2 kerajaan itu tidak berani nak buat jahat sebab bila2 masa boleh bertukar. Sampai satu2 kerajaan itu tidak sempat belajar menjadi jahat.

[3]

Seorang lagi rakan baik gua ialah Eyo. Dia jenis OKU tak rasmi pada label gua. Kulitnya memiliki butir2 yang menyebabkan dia tidak ramai kawan. Selain itu, sifat semujadi 'cakap besar' dia turut menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Cuma pada gua ok la. Cakap besar dia bukannya jadi apa pun pada dasar negara. Just masuk telinga, keluar telinga, sudah.

Keluarganya susah. Ayahnya lumpuh. Maknya tidak bekerja. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan. Maknya mendapat bantuan JKM. Dan Eyo pula selama ini sukar bekerja kerana faktor imej dan faktor sikap, gua dah adjust kerja tempat gua.

Tapi, ada satu perkara yang gua nak catitla. Najib penipu macam Hadi Awang juga pasal gaji Pengawal Keselamatan naik. Gua tak catit untuk gua. Kalau untuk gua, dah lama gua bising kat blog cabuk gua. Tapi gua catit untuk orang macam Eyo. Dia tak tau dan tiada kemampuan untuk tahu permainan politik. Kesian dia sebab teraniaya. Keluarga jenis IQ macam dia adalah pengundi setia BN. Gua harap, kerajaan BN boleh tunaikan janji Najib.

Eyo bekerja di Stor Farmasi Hospital Zainab. Kalau kerajaan BN baca ni, dan settlekan janji Najib, gua akan buat N3 khas ucapkan terima kasih. Bukan untuk gua bro... kalau lu dah tahu tempat kerja gua, dan nak tekan politik supaya gua dibuang kerja pun, insyallah gua takda hal. Cuma kalau boleh jangan la.. belum time lagi.

Wallahualam.


Soalan langgar Hadi ada 4.

Posted: 26 Jul 2011 08:04 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Gua mendakwa begini. Setakat pengikut regular, dengar penjelasan Hadi Awang, mereka akan angguk. Tapi tidak pada gua. Kalau standard elit bercakap, dia menipu jer gua terus berbulu. Signal pertama bulu roma gua naik. Tu dah memang sifat gua. Gua akan ambil kira kalau elitis. Gua tak cakap gua bagus atau sebaliknya, tapi gua share sifat gua. Maybe berubah di zaman hadapan, wallahualam.

Kalau bukan elitis,gua tak ambil port sangat. Ada, ada. Takda, takda. Tak jadi apa. Perjumpaan blogger dgn Mat Saman Kati hari tu ada 2 blogger bergurau dengan gua.

"Ni Aduka dah ada. Marila belasah."

Dia ulang dok 4 kali ayat gurau tu seingat gua. Gua senyum jer la. Stakat pengundi biasa.... Tapi cuba Hadi Awang atau Anwar Ibrahim cakap macam tu. Kita tengok (bergantung kepada niat pada satu2 ketika) apa jadi. Pemimpin BN maybe gua TERPAKSA terima. Sebab BN dah tahap bubur. Gua plak kecik. Tapi kalau alternatif kepada BN, memang gua taram punya. Wallahualam.

[2]

Sebenarnya ada 4 soalan untuk langgar Hadi. Ulama ni memang penipu. 4 soalan tu dah tahap dokumen. Kalau dikembangkan, maybe boleh terbit buku dah. Hehe..



Ni adalah gambar gua ketika ditahan di tingkat 1. Pemaksum Hadi mengatakan kalau gua ditahan, dibelasah, apsal muka gua releks? Gua nak jawab dulu, takut kena cop poyo. Tapi skang gua catitlah. Setakat peristiwa berdepan dengan Hadi, dengan berdepan dengan seluruh kekuatan kerajaan Malaysia ketika isu Sultan Johor, terlalu kecil. Peristiwa Sultan Johor juga gua berjaya melaluinya dengan tenang. Alhamdulillah. Kecuali kejadian hampir2 berlaku pergaduhan gua dengan polis yang mendakwa dia berasal dari Johor, ketika proses penempatan lokap.

Ketika tu, dia tengking dan cabar gua dengan muka dia - muka gua beza mungkin sejarak buku latihan sekolah jer. Dengan kolar terangkatnya, beg sandang, baju Holand, rambut pacak2. Gua nekad time tu, dia start dulu, memang jadi lah apa yang nak jadi. Gua tunggu dia touching dulu jer, sebab gua perasan cctv. Ada 8 anggota. Gua perlu bergerak membelakangi dinding jer kalau nak hadapi 8 orang tangan kosong. Mujur rakannya ingatkan bahawa fail gua adalah fail Bukit Aman.

[3]

Perhatikan gambar gua tu. Kat peha gua ada beg. Dalam beg tu ada isi penting berkenaan tarikh. 4 soalan dalam kepala gua. Ramalan jawapan dan belitan Hadi Awang pun dalam kepala. Just tarikh dan maklumat2 tertentu sahaja gua kena catit untuk rujukan jika diperlukan.

Tapi Hadi lari maaa.....


Tiada ulasan: