PENYAPU SIAL |
- sandiwara jantan biawak lidah bercabang dan beruk nasional jalanan
- Misi Tawan Selangor, 71,000 Pengundi Baru...SPR jadi lembu bodoh membisu seribu bahasa....fikir macammana nak bagi alasan menipu....!!!
- dey macha....sudah kasi bunuh peserta BERSIH 2.0 ....apapasal tak mau keluar itu repot post mortem...apa takut mau tambah lagi suruhanjaya di raja ka...????
- ANTARA HIMPUNAN RAKYAT VS HIMPUNAN PEMBODEK.
- Ibrahim Ali Dan Perkasa-nya menang bersorak ...tangan bau taik...seekor haram pun tak nampak bayang....PERPONDAN....muakakakaka....!!!
- gambar gambar yang kemungkinan besar tiada dalam utusan porno UMNOPORNO...!!!
- Tahniah Patriot kerana berjaya mengumpul 60 000 ekor penyokong....takziah PERKOSA dan Persatuan silat Lucah...kerana tak mampu menunjukkan telur busuk di celah kelengkang...!!!
- Terbukti Tiada SENJATA DAN MOLOTOV COCKTAIL...Tiada juga ahli ahli parti komunis....yang ada pejuang BERSIH 2.0 dan anjing anjing rejim Zionis yang sengaja nak bertempur...!!!
sandiwara jantan biawak lidah bercabang dan beruk nasional jalanan Posted: 10 Jul 2011 10:17 AM PDT Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih. Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri (gambar) memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan. Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu. “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. lidah bercabang budaya najib dan umno porno.... “Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau. Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih. Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan “Patriot”. Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam. Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai “majoriti senyap.” “Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Najib kepada pemberita selepas itu. Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana” dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah. “Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit,” katanya. keturunan beruk jalanan yang jadi hamba abdi najib dan UMNOPORNO...tak sedar sedar lagi diri di kencing ...jangan mengharap la jawatan menteri...sampai ke tua lah lu “Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu. Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir. “Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu,” kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu. Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik. “Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil,” kata Najib. -TMI Ternyata kini, dari ucapan Najib sendiri bahawa Khairy yang sebelum ini dilaporkan membatalkan penyertaan untuk berdemonstrasi mengubah keputusan di saat akhir, menyertai protes terhadap Himpunan BERSIH 2.0 semalam. Rupa-rupanya ada ada perencanaan licik dan didedahkan sendiri oleh Najib hari ini: Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” Patutlah masing-masing dari kalangan Patriot termasuk Khairy seperti "berlakon" ditahan. Berposing lagi untuk sesi penggambaran. Akulah wira jalanan! Najib bertempik hari ini, konon tak takut pilihanraya adil. Jika demikian kenapa takut dengan tuntutan BERSIH? Semua tidak lupa, pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat". Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah. Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85). Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan. Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI." Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241. Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85) kes campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya, Najib dan Putrajaya belum jawab lagi. Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan yang salah dan amat menjelekkan nampak Najib mendiamkan diri. UMNO yang belajar kira guna PPSMI je yang kata Himpunan BERSIH 2.0 seramai 6000. Tapi yang pasti lebih ramai dari yang dijangkakan... kalau tak kenapa Najib cuak dan ketaq lutut sangat nak buat “Majlis Penerangan Perdana”. Malah RTM dan TV3 tidak berani memaparkan gambaran sebenar Himpunan Bersih melain diambil pada kumpulan-kumpulan yang kecil. Perlu diingatkan jumlah yang ditahan sahaja adalah lebih dari 1500. Jadi fikirkan sendirilah berapa jumlah sebenar yang wujud. Ini tidak dikira kumpulan yang gagal hadir ke himpunan seperti di Chow Kit, Jalan Raja Alang dan kawasan-kawasan lain yang dikepung dengan FRU, selain dari yang gagal masuk ke KL. Jadi Najib dan Polis Pembunuh, jangan nak auta kami... sekarang zaman teknologi maklumat... segala maklumat di hujung jari. Berani kerana benar, takut kerana salah. "Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh" 1. Rakyat Malaysia akan beruntung memdapat kembali kekayaan PM dan bekas PM serta anak-beranak serta kroni-kroni yang mennghilangkan berpuloh bilion wang negara. 2. Kalau dicampur dengan Menteri besar, bekas menteri besar dan semua yang pernah jadi menteri BN... dah boleh kira ratus bilion. Rakyat tak rugi kerana benar, BN takut kerana salah. Bila agaknya Najib nak melakukan huru-hara negara? |
Posted: 10 Jul 2011 10:07 AM PDT Dilaporkan jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang. Pertambahan jumlah pengundi itu melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang. PAS Selangor telah mengemukakan bantahan terhadap peningkatan pengundi yang terlalu ketara itu kepada SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, namun sehingga kini SPR masih belum diberikan tindakan sewajarnya. Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia dan merupakan tulang belakang perkembangan ekonomi negara. Dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas, Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan Umno-BN Selangor tidak keruan sehingga terpaksa melantik presiden Umno-BN pusat, Datuk Seri Najib untuk mengetuai Umno-BN Selangor. Dikhabarkan sebelum ini, Najib bertindak ’membakar’ semangat pemimpin dan ahli Umno-BN Selangor agar berusaha sedaya upaya untuk merampas kembali Selangor daripada PR. Najib menyebut, Umno-BN perlu guna segala jenis ’senjata’ termasuk guna pengundi luar (rakyat asing) sebagai pemilih untuk rampas negeri Pakatan Rakyat dan kekalkan kuasa sedia ada. Baca di sini. Tak mustahil, tindakan yang sama turut dilakukan Umno-BN untuk merampas Selangor seperti yang dilakukan Umno di Terengganu dalam usaha merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu. Selagi SPR membisu, semakin bertambah keyakinan yang badan pengurus pilihanraya itu berusaha memberi kemenangan mudah kepada Umno-BN dalam pilihanraya akan datang. SPR dilihat terlampau menyebelahi Umno-BN dalam usaha parti pemerintah itu kekal berkuasa. Itu adalah salah satu dari apa yang ketua regim Umno katakan sebelum ini bahawa Umno akan melakukan apa sahaja demi menawan kembali Selangor. Bukan Umno kalau tidak menipu dan bukan SPR kalau tidak bersekongkol dengan Umno demi kelangsungan kuasa umno bn. Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah. Kalau tak kerana sesuatu, masakan mereka takut sangat dengan tuntutan BERSIH. Kita memohon kepada Allah agar semua pekung-pekung mereka terdedah dan semua perancangan dan penipuan SPR terbongkar dan gagal. Sama seperti kegagalan mereka untuk tawan Kelantan pada PRU yang lalu yang mana negeri tersebut diselamatkan dengan doa dan airmata TG Nik Abdul Aziz Nik Aziz, MB Kelantan di satu subuh yang hening. ini macam mau pekena BERSIH 3.0 lagi nih....!!!!! |
Posted: 10 Jul 2011 10:00 AM PDT Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya. Menurut laporan Utusan Malaysia pembohong nombor satu pula, polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu. "Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas. "Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya. Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC. Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis. Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan. Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah.
Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini. Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya. Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu. Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya. Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin. Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis. Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi. Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga. Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah. Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin. Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin. Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa. "(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas. Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. "BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat. "Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya. Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu. Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital. Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi. Sehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil. Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi. |
ANTARA HIMPUNAN RAKYAT VS HIMPUNAN PEMBODEK. Posted: 10 Jul 2011 09:50 AM PDT |
Posted: 09 Jul 2011 10:40 PM PDT
Mari bersimpati dengan Ibrahim Ali dengan kumpulan Perkasanya kerana kononnya kesemua 50 buah bas yang bergerak menuju ke pusat bandar dari seluruh negara rosak dan tak dapat meneruskan perjalanan mereka. Sebab itu kawasan Tasik Titiwangsa tak ada orang kecuali beberapa orang anggota polis dan juga mereka yang datang berjogging. Ketua Perkasa sendiri tak nampak batang hidung, alasannya adalah kerana namanya tersenarai dalam mereka yang dilarang masuk bandar. Pemuda Umno baguih sikit dari kumpulan Perkasa nampaknya. Harap-harap selepas ini tak payahlah media perdulikan apa saja aktiviti dan kenyataan yang Perkasa buat terutamanya Ibrahim Ali. Malu...malu !!! |
gambar gambar yang kemungkinan besar tiada dalam utusan porno UMNOPORNO...!!! Posted: 09 Jul 2011 10:36 PM PDT |
Posted: 09 Jul 2011 06:11 PM PDT Di Kepalai oleh Ketua Pemuda UMNO, Perarakan Pemuda PATRIOT yang tidak terkira jumlahnya ini telah bermula dari Bukit Bintang. Bagi meramaikan lagi peserta yang bersama PATRIOT ini, ‘T’ Shirt PATRIOT telah diberikan secara percuma.. korang tengok.. berebut-rebut mereka.. Saksikan juga gambar-gambar yang dikatakan oleh Pencacai UMNO menyebabkan Cina-Cina DAP di Bukit Bintang bertempiaran lari bila melihat terlalu ramai yang turut berarak bersama PATRIOT Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini."Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya. Tak apalah.. berapa yang dia nak kata itu dia punya suka, pasal kita ada ribuan gambardan video yang membuktikan bahawa anggaran beliau itu salah sama sekali.. atau beliau mahu memperkecilkan suara rakyat? Kalau BERSIH 2.0 hanya disertai oleh kira-kira 6,000 peserta mari kita lihat berapa ratus ribukah yang bersama PATRIOT? Jika BERSIH 2.0 yang kehadirannya sekitar 6,000 orang saja menurut KPN lebih dari 1,400 orang telah ditahan.. korang agak berapa ratus ribukah yang bersama PATRIOT bila hanya enam ditangkap? 6 dari Patriot di tahan dan di bawa ke Balai Polis itu termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin, Lokman Adam dan Rezal Merican..
|
Posted: 09 Jul 2011 05:53 PM PDT SEMPURNA sudah Perhimpunan Bersih 2.0 hari ini dengan kejayaan paling gemilang. Meskipun diugut, diancam malahan terlebih awal lagi beberapa tangkapan telah dilakukan oleh rejim namun Perhimpunan BERSIH berjaya menembusi kubu yang dikatakan paling kukuh dan berstrategi oleh PDRM itu. Lebih 50,000 berada di tengah Ibu Kota petang tadi berjaya menggagalkan sekatan setiap penjuru alam. Jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu lagi yang terkandas di pertengahan jalan menuju ke K.Lumpur akibat sekatan jalanraya di lebuh-lebuh raya samada dari Utara, Timur dan Selatan yang bermula awal pagi semalam lagi. Apabila melihat sendiri suasana kehadiran ramai pejuang-pejuang BERSIH yang langsung tidak menghiraukan amaran mengarut oleh KPN malam tadi, kita tertanya-tanya di mana PERKASA dan Ibrahim Ali? Difahamkan kumpulan mereka sekitar 20 orang sedang enak menjamu selera di sebuah restoren sambil menonton TV yang melaporkan keadaan semasa di lokasi perhimpunan. Di mana pula Omar Din, Guru Silat Lucah beserta anak-anak buahnya yang sebelum ini menyalak setiap malam di kaca TV kununnya ingin berada di barisan hadapan menentang kemaraan BERSIH? Tidak `double standard.' Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan `Patriot' di bawah Ketua Pemuda Umno, KJ yang berani merealisasikan perhimpunan secara aman ini. Meskipun kumpulan beliau hanya sekitar 300 ekor aje yang berbaju merah, namun setidak-tidaknya mereka lebih `jantan' dari PERKASA dan kumpulan Omar Din. BERSIH tidak bertempur pun dengan Patriot kerana masing-masing tahu erti yang terkandung di dalam Perlembagaan berkaitan hak berhimpun secara aman. Timbul pertanyaan setelah semuanya selesai sebentar tadi, iaitu mana dia parang, senjata merbahaya atau `molotov coktail'? Mana dia pemimpin yang berjiwa `komunis' yang ingin merampas kuasa? Berapa bijikah bangunan atau kereta yang dibakar? Bayangkan jika di dalam keadaan perhimpunan tersebut diprovokasi oleh pihak Polis dan FRU, tiada apa pun yang berlaku seperti yang dikatakan tadi, adakah jika perhimpunan ini dibenarkan secara aman di Stadium Merdeka akan berlaku kejadian-kejadian tersebut? Bertuahnya kita di dalam PR kerana mempunyai pemimpin seperti DS Anwar, Tuan Guru Hj Hadi, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Tian Chua dan ramai lagi yang sanggup merasa sakit dan susah bersama kita. Di mana Najib dan Rosmah juga Muhyiddin? Mereka hilang dan meninggalkan pihak Polis untuk bertempur dengan rakyat. Di saat DS Anwar terbaring di Hospital akibat ditumbuk bersama Pengawal Peribadinya, ketika Tuan Guru Hj Hadi ditahan dan digari mungkin ketua rejim bersama isterinya kini bersuka ria di luar negara. Syabas BERSIH, syabas rakyat dan syabas Patriot. Takziah buat Perkasa, Omar Din dan anak-anak buahnya serta PDRM. Masa akan tiba rejim pasti tumbang < DS Anwar cedera ditumbuk bersama Pengawalnya |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan