Ahad, 10 Julai 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Video eksklusif: saat akhir arwah Baharuddin (pejuang Bersih)

Posted: 10 Jul 2011 10:00 AM PDT

sebelum melihatnya mari kita sama2 sesekahkan alfatihah buat arwah..


Saat akhir hidup arwah Baharudin , membaca doa sambil loud hailer dipegang oleh kaum Tionghua, inilah yg menggentarkan ketuanan melayu UMNO BN.


sila lihat youtube ini...tunggu minit 8:12, sila dengar laungan akhir arwah Baharudin sebelum meninggal dunia .

Gambar2 Bersih di arena global..manthop beb

Posted: 09 Jul 2011 10:59 PM PDT


KAHERAH MESIR















OTAWA CANADA














NEW YORK


















LONDON













GENEVA SWISS













KUALA LUMPUR
















PARIS













OSAKA JEPUN













TAIPEI



















HONG KONG













PERTH AUSTRALIA














MELBOURNE AUSTRALIA














ADELEIDE AUSTRALIA













CANBERA AUSTRALIA




BolehkaH Perkasa di arena global......
BolehkaH PATRIOT di arena global......
































































































































Bolehkah Patriot di arena global.....



Najib Lepas tangan segalanya Polis tanggung..

Posted: 09 Jul 2011 09:38 PM PDT

Gurindam Dolak-dalik Seorang Munafik..??

PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok.


Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka.

"Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?" soal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini.

Sepatutnya kata Tuan Ibrahim, Perdana Menteri tidak patut menyusahkan polis dengan keputusannya dan benarkan sahaja rakyat berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sebelum ini, ketika Bersih bertegas mahu berarak menuju ke Istana negara, Najib membantahnya lalu mencadangkan ianya diadakan di stadium.

Setelah pertemuan dengan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Besih kemudiannya bersetuju untuk menukar dari berarak ke istana kepada perhimpunan di stadium.

Dan kelmarin, mereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan itu di Stadium Merdeka di ibu negara.

Namun kabinet yang diketuai Najib pula didakwa menolak hasrat Bersih memilih Stadium Merdeka itu.

Penolakan itu dilihat bercanggah dengan janji awal Najib yang sedia membenarkan himpunan aman itu jika diadakan di satdium.

Lebih malang apabila perdana menteri itu melepaskan urusan kebenaran yang pernah dijanjinya itu kepada pihak polis.

Pihak polis sehingga kini bagaimanapun bertegas himpunan tersebut tidak dibenarkan bukan sahaja di Stadium Merdeka, malah di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur.

Lebih dari itu, polis juga telah mendapatkan perintah larangan dari Mahkamah Majistret bagi menghalang 66 tonggak utama himpunan dari Bersih termasuk dari parti-parti politik dan NGO yang menyokongnya.

"Bah ini sebenarnya kenyataan awal beliau. Layakkah seorang yang lepas tangan dan bermungkir janji secara terang-terangan begini menjadi pemimpin rakyat Malaysia," tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tiada ulasan: