Muslimeen United |
- Sindrom Penipuan - Polis Tak Mengaku Lepaskan Tembakan Ke Hospital Tung Shin
- BERSIH 2.0 : ADAKAH INI HANYA 6 RIBU ORANG
- Wajah-wajah yang berbeza......alahai.....
- BAHARUDIN AHMAD : GAMBAR INI MEMBERI SERIBU MAKNA.
- Gambar arwah Baharuddin Ahmad sebelum diserang polis
- Video & Gambar : TV3,Media Pencacai Disorak Peserta Himpunan Bersih 2.0
- Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
- Mesti Tonton..!! Keberanian Seorang Apek Dengan Polis "Barua"..
- Video : satu dokumentari BERSIH 2.0.......
- Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan
- Marina Mahathir di BERSIH 2.0. Apa Komen UMCO & Che Det?
- Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin
- Jenazah Baharudin selamat dikebumikan
- Bersih 2.0: Terima kasih dan tahniah buat semua penyokong - Tuan Guru Haji Hadi Awang
- Himpunan video sehari di Bersih 2.0
- Wajib kena ingat cerita nih...
- Video hot sekitar perhimpunan BERSIH
- UMNO AKAN DIBENCI
- Mengapa Rakyat Dizalimi Dan Dilayan Seperti Binatang
- Dosa Polis Yang Sukar Diampunkan, Seorang Mati Seorang Patah Kaki
- Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Diambang Keruntuhan
- Bersih 2.0: Kebenaran Sentiasa Mengatasi Kekejaman
Sindrom Penipuan - Polis Tak Mengaku Lepaskan Tembakan Ke Hospital Tung Shin Posted: 10 Jul 2011 06:57 AM PDT Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya. Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis. "... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu. Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya. Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan. Kalau tak menipu tidak sah. Sedangkan bukti bergambar begitu jelas dan nyata telah berlaku tembakan gas pemedih mata ke arah perkarangan hospital Tun Shin. Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan. Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya. -GB Petikan laporan semalam:
|
BERSIH 2.0 : ADAKAH INI HANYA 6 RIBU ORANG Posted: 10 Jul 2011 06:41 AM PDT |
Wajah-wajah yang berbeza......alahai..... Posted: 10 Jul 2011 04:01 AM PDT Anwar dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Akan ada orang kata, ah itu hanya lakonan, takkan 1Hospital termasuk staffnya jadi pelakon tambahan. TG Presiden PAS ditangkap dan mampu memberi senyum kepada rakyat.....TG dibebaskan dan dibawa terus kerumahnya......khuatir jugak mereka...takut-takut pengikut naik 'syeikh'. Dua gambar di atas, mereka di'layan' seperti sorang penjenayah...perogol. peragut, pencabul, perompak, pencuri.....tapi kawan...tiada siapa peduli hak mereka dicabul melalui ketidakbolehpercaya lagi pengurusan SPR yang bekerja ikut telunjuk bukan dari 'Petunjuk'. Saudara Khalid Samad juga di'layan' seperti pejuang Palestin di Gaza. Rupanya pun seiras Almarhum Assyahid Syeikh Ahmad Yaassin Pak Samad Said turut berarak ke arah pem'Bersih'an pengurusan pilihanraya. Tak munasabah seorang Sasterawa Negara sanggup menggadaikan intergriti kalau apa yang difikirkannya tidak betul Sayu hati melihat ketenangannya. Tak sia-sia segala makanan yang dimakan hingga menjadi darah......darah pula menitis atas perkara yang haq. Ambiga......berjalan pun dipapah......mana mungkin dikatakan berarak untuk buat huru-hara......yang sebenarnya depa tarak bacaa. Berbeza dengan wajah ini......ini hanya pelancong perhimpunan....seiring dan sejalan...seindah.....anda sambunglah layan lagu Syarifah Aini dengan Broery Marantika Apa? 6000 orang je?......ye 6000 orang je boss. Kalau 6000 orang susah sangat ke nak tangkap? Kau orang saja pun beribu-ribu orang pacak kat situ?......depa 'main silap mata boss. Depa datang dari berbagai-bagai arah. Mata kau orang yang silap kot.....mata-mata betoilah kau orang ni. Maths Mod dapat berapa dalam SPM?......hehehe malulah boss. Kau pun malu jugak?......Apa nak buat boss...kami kerja ikut telunjuk, bukan 'Petunjuk' al-brangionline: Itulah di antara wajah-wajah 'CLEAN'......anda perlu berfikir dan bertindak.....ke guane?.....alahai..... Tak nampak pun muka berdemo semalam?......Saya bukan apa,......saya pantau dari jauh.....kita pakai silat 'remote-control'....kita bersilat depan TV.......ada ke sesiapa nak bersumpah laknat dengan saya...sapa yang paling 'Bersih' hati mereka?...ciiiiittttt putaq alam...kata nak 'syahid' nak pertahankan kebenaran, rupa-rupanya 'syahid' dalam selimut......roti tulur satu mamak, lalu dijawab mamak...tulur tarak...eeelek... |
BAHARUDIN AHMAD : GAMBAR INI MEMBERI SERIBU MAKNA. Posted: 10 Jul 2011 03:54 AM PDT GAMBAR INI MEMBAWA SERIBU MAKNA. PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN BERAKHIR... IA BARU SAHAJA BERMULA !!! BUAT SAUDARA BURHANUDIN ... KAMI ANAK MUDA TIDAK AKAN SIA-SIAKAN PERJUANGAN KAMU MENENTANG KEZALIMAN. KAMI AKAN LAWAN DAN TERUS LAWAN !!! Arwah Baharuddin Ahmad berdoa beberapa ketika sebelum digari, sesak nafas dan meninggal dunia. |
Gambar arwah Baharuddin Ahmad sebelum diserang polis Posted: 10 Jul 2011 03:51 AM PDT bersama pimpinan pakatan rakyat Arwah Baharuddin Ahmad berdoa beberapa ketika sebelum digari, sesak nafas dan meninggal dunia. Allahuakbar! hancurkan pemimpin yang zalim dan laknat umno TG Nik Aziz baru pulang dari Mekah terus melawat keluarga arwah Kerabu Bersuara PAS Parit Buntar mengucap takziah buat ahli keluarga arwah. Semoga tabah dan bersabar. Allah Maha Adil. semoga roh arwah akan ditempatkan bersama orang yang beriman.Al Fatihah |
Video & Gambar : TV3,Media Pencacai Disorak Peserta Himpunan Bersih 2.0 Posted: 10 Jul 2011 03:47 AM PDT |
Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid Posted: 10 Jul 2011 03:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS. Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat. Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam. (TG Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya) Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu. Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem. "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya. Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan. "Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar. Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka. "Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu. Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir. Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya. Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul. "Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya. Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul. "Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul. Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya. (Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan TG Nik Aziz) "Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul. Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini. "Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu. -Hrkh |
Mesti Tonton..!! Keberanian Seorang Apek Dengan Polis "Barua".. Posted: 10 Jul 2011 01:55 AM PDT Ini lah pejuang kebenaran yang diperlukan rakyat dalam negara yang penuh dengan kezaliman!! Hancuss Umnoo..!! |
Video : satu dokumentari BERSIH 2.0....... Posted: 10 Jul 2011 01:38 AM PDT |
Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan Posted: 10 Jul 2011 01:35 AM PDT
Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini. "Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya. Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan. Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini. Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya. "Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu. 'Macam kenduri' Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat. "Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan. Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu. "Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya. Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia. Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -M'kini Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang? Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri? Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu? Jika demikian, saksikan sendiri rakaman video di bawah. Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya. Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN. -GB |
Marina Mahathir di BERSIH 2.0. Apa Komen UMCO & Che Det? Posted: 10 Jul 2011 01:20 AM PDT |
Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin Posted: 10 Jul 2011 01:12 AM PDT
(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir) KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam. Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar. Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya. Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya. Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam. Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham. Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud. Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL. Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily. Berikut adalah gambar-gambar pagi ini. (Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam) (Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir) (Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.) (Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin) (Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah) |
Jenazah Baharudin selamat dikebumikan Posted: 10 Jul 2011 01:08 AM PDT Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini. Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya. Kira-kira 500 hadirin termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu. Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya. Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin. Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis. Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi. Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga. Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah. Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin. Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin. Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa. "(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas. Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. "BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat. "Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya. Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu. Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital. |
Bersih 2.0: Terima kasih dan tahniah buat semua penyokong - Tuan Guru Haji Hadi Awang Posted: 09 Jul 2011 05:28 PM PDT Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi. Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya. Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif. Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini muqadimah kepada kebangkitan rakyat, dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi ,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan. Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN. Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas |
Himpunan video sehari di Bersih 2.0 Posted: 09 Jul 2011 05:23 PM PDT |
Wajib kena ingat cerita nih... Posted: 09 Jul 2011 05:19 PM PDT |
Video hot sekitar perhimpunan BERSIH Posted: 09 Jul 2011 04:49 PM PDT Dari hemat aku, Patriot lebih kepada: *tiada matlamat *menentang/ menyerang pihak polis (melanggar FRU) *subsidi kelengkapan *tidak mendapat sambutan *huru-hara *tidak hormatkan Jalur Gemilang (dicampak dan dipijak bila diserang polis...yang kau bawak buat hapa?) Manakala, BERSIH 2.0 menjurus kepada: *penyertaan pelbagai kaum *perarakan aman *tidak bertempur dengan polis *duduk dan lari bila diserang polis. *menjerit hentam BN padahal isunya lebih kepada Pilihanraya (bengap jugak la kapla diorang ni) Komen PBO: PBO memang kata patut"serang" BN. sebab merekalah yang punya angkara pilihanraya jadi tak BERSIH. PERKASA? Woi korang nampak katak melompat kat sana? Toleh kiri, toleh kanan, ada? Dan hidup rakyat bergema .... HIDUP RAKYAT!! Dan bagi patriot? Berebut - rebut dapat baju free. Hangpa nilailah sendiri .....PBO |
Posted: 09 Jul 2011 04:45 PM PDT Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. "Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?" kata beliau.
"Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas? "Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?" kata beliau lagi. Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. "Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja."Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.," katanya. Nik Aziz menambah, "kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti. "Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa," kata Nik Aziz lagi. Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0. "Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. "Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang," katanya. Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi. Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. |
Mengapa Rakyat Dizalimi Dan Dilayan Seperti Binatang Posted: 09 Jul 2011 04:41 PM PDT A policeman films an injured supporter of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition as he is detained by policemen during clashes in downtown Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. An injured activist from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) is detained by police officers during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. (AP Photo) MALAYSIA OUT. Supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition react as a plainclothes policeman detains one of them during clashes in downtown Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired repeated rounds of tear gas and detained over 1,400 people in the capital on Saturday as thousands of activists evaded roadblocks and barbed wire to hold a street protest against Prime Minister Najib Razak's government. Malaysian riot police officers fire water cannon at activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay. Rakyat yang ingikan keadilan dalam sistem PILIHANRAYA di layan sebegini rupa…Kerajaan Yang Zalim akan LinGkup di TanGan RakYatPolice detain opposition Parti Keadilan Rakyat (PKR) MP Tian Chua (2nd R in yellow) and supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition during a rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. Plainclothes policemen detain a supporter of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition during a rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. Supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition shield themselves from a tear gas canister during clashes with police in downtown Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. A female supporter of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition reacts as she is detained by police during clashes with police in downtown Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. A Malaysian activist from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) is detained by police officers during a rally calling for clean and fair elections in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay. An angry supporter of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition reacts as he recovers after police fired tear gas during clashes in downtown Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. President of Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) Ambiga Sreenevasan, center, is detained by plainclothes police officers during a rally calling for clean and fair elections in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Kuala Lumpur, Malaysia's main city, demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. (AP Photo) MALAYSIA OUT. Opposition leader Anwar Ibrahim (C) is greeted by supporters as he arrives to join the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak. ………………………………………………… Semua gambar2 di atas dirakam oleh wartawan Antarabangsa…Reuters Pictures,Getty Images Dan AP Photo |
Dosa Polis Yang Sukar Diampunkan, Seorang Mati Seorang Patah Kaki Posted: 09 Jul 2011 04:27 PM PDT Mangsa gas pemedih mata meninggal KUALA LUMPUR : Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya. Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor. Isteri beliau, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC. -Hrkh
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Kemenangan PR semakin nyata di dalam PRU13! -GB |
Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Diambang Keruntuhan Posted: 09 Jul 2011 04:19 PM PDT
Bersih 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil. Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja. Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa. Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)". "Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya. BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian. "Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan. Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya. -mk
Bukankah derhaka dan biadab namanya apabila Agong telah bersetuju untuk menerima memo tetapi polis tiba-tiba menghalang delegasi BERSIH menyerahkan kepada Agong? Bukankah binatang namanya apabila polis bertindak semacam merekalah Agong di depan istana Yang Dipertuan Agong? GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan: GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang? Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%. Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim. Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih. Apa yang berlaku pada PRU 2008? Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing! Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah? Justeru itu, nampaknya polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 nanti, terus mengasari, menzalimi dan menangkap rakyat yang SUHAKAM sendiri sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah SAH di sisi Perlembagaan. Tindakan polis hari ini adalah petanda kejatuhan dan keruntuhan UMNO BN. Terima kasih PDRM! -GB |
Bersih 2.0: Kebenaran Sentiasa Mengatasi Kekejaman Posted: 09 Jul 2011 04:15 PM PDT KOMENTAR : Penganjur Bersih petang tadi mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihanraya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi di tembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Seri Padukan Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ratusan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, Bersih 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihanraya disanubari kita semua. Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai Bersih 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah. Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih : - 1,401 orang ditahan termasuk Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari. · Turut cedera Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. -Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar. -Ahli Parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, R.Sivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP). Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan Bersih 2.0. Perkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai Bersih merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan Bersih sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya. Kehadiran mereka membuktikan "kuasa rakyat" masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun. "Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman," kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui. Beberapa "adegan-adegan" Bersih 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini. Contohnya : ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu. Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi Negaraku di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis. Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan. Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus. Bersih 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini . Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan. Wajah sebenar Perdana Menteri terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak Perkasa, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga. Media arus perdana dan Khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan Bersih sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan Bersih berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan Bersih adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri . Justeru, Najib mendakwa Bersih tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium. Bersih 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja. Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihanraya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini. Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor. Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, Bersih membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno. Dalam konteks Himpunan Bersih, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara A.Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya. Kesemua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik. Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib? Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihanraya umum ke 13. Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan Bersih 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau. Episod Bersih telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara. Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihanraya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan. Perhimpunan aman Bersih 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi. Seperti mana kata Ambiga "kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman." -wira Arjuna |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan