Khamis, 14 Julai 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Jom Tibai Kepala "najib" kaw - kaw!

Posted: 14 Jul 2011 01:08 AM PDT

AS pandang berat tindakan keras atas perhimpunan-Mkini





Amerika Syarikat memandang berat tindakan pihak berkuasa Malaysia terhadap peserta perhimpunan yang disokong pembangkang hujung minggu lalu dan berkata ia akan memantau perkembangannya.

Polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya Sabtu lalu dan menangkap lebih 1,600 orang.

Seorang lelaki meninggal dunia semasa perhimpunan tersebut. Keluarganya berkata dia pengsan selepas lari untuk mengelak gas pemedih mata, manakala polis berkata dia meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

"Kita mempunyai beberapa kebimbangan," kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner kepada pemberita. "Kami... terus menyokong hak rakyat untuk bebas menyuarakan aspirasi demokratik masing-masing dan menyatakan pandangan mereka dengan bebas.

"Kami akan terus memantau rapat keadaan tersebut," kata Toner.

Malaysia telah berjanji untuk menyiasat dakwaan terhadap keganasan polis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempertahankan polis, dengan berkata perhimpunan itu merupakan satu muslihat untuk mencemarkan imej negara.

Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengecam tindakan keras tersebut dan menggesa Amerika dan negara-negara lain supaya mengenakan tekanan ke atas Malaysia untuk memastikan akauntabiliti.

"Kerajaan Malaysia perlu menjalankan segera siasatan yang adil dan telus terhadap dakwaaan kekerasan yang melampau dan tangkapan yang tidak wajar oleh pasukan keselamatan," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York dalam satu kenyataan.

Malaysia sedang berusaha untuk membina hubungan erat dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah usaha pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mendekati rantau Asia Tenggara.

Malaysia dan Amerika telah lama menjadi rakan dagangan utama tetapi hubungan politik antara keduanya tidak selesa, terutama semasa 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik lantang dasar luar negara Amerika.

Amerika juga memandang berat layanan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa selama enam tahun dalam penjara dan sekali lagi berdepan dalam perbicaraan mengenai dakwaan liwat, yang merupakan satu kesalahan di negara majoriti Islam ini.

Anwar berkata tuduhan itu bermotifkan politik.

Obama menjemput Najib ke Washington pada April 2010 untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai keselamatan nuklear dan menemui beliau di luar persidangan tersebut. Setiausaha Negara Hillary Clinton melawat Malaysia pada bulan November.









LSS:Tibai jangan tak tibai, belasah jangan tak belasah kasi mat monggol naik kematu! biar laki bini sakit kepala kena demam kuning!

Mat Monggol Kena "Carut" dek warga London!

Posted: 14 Jul 2011 12:17 AM PDT



Dari Downing Street London


Kami telah pun Menulis kepada Sestiausaha Dalam Negeri iaitu (Theresa May) dan Kumpulan Hak Asasi Parlimen United Kingdom.Hari ini telah pun menerima maklum balas daripada Bill Cash (Pengerusi Kumpulan Hak Asasi Parlimen UK bagi Malaysia) yang akan membawa kes ini ke pejabat Kementerian Luar Seberapa Segera.


Kami juga mendapati ada beberapa kumpulan kecil yang sedang berdemo di luar Street Downing bersama - sama Wakil mereka iaitu Cameron yang mahu makan tengah hari bersama najib ( Tapi di batalkan kerana bimbang Cameron akan menekan Najib dengan bermacam - macam soalan)


Bagaimanapun kita tidak melihat Najib tetapi kita mempunyai banyak poster, sepanduk yang bewarna kuning dan piket sepanjang barisan panjang dengan Kata - kata'Malaysia berhenti dari menyalahgunakan hak asasi manusia' dan 'Hentikan tahanan tanpa bicara', 'Bebas semua tahanan" "Cameron tolong beri tekanan pada Najib untuk bebaskan semua Tahanan"



Tiada ulasan: