Senyum Tangis Sendu |
- Pelajar Demo BERSIH Di Mesir Pun Salah Ke?
- Adnan Yaakob Bengang Dengan FB '100,000'
- Kisar Kemaluan Suami Selepas Potong
- Gambar: FRU Mengamuk Lepas Demo Belasah Orang?
- Apabila Menteri Penerangan Nyanyuk Bercakap
- Selamatkan Piramid Guna Beg Udara
Pelajar Demo BERSIH Di Mesir Pun Salah Ke? Posted: 14 Jul 2011 03:02 AM PDT Ini demonstrasi di Malaysia Apa sudah jadi dengan kerajaan Malaysia? Sudahlah diharamkan berdemo di Malaysia, di Mesir pun mereka mahu kecoh. Kerajaan Mesir tidak pula kecoh macam kerajaan Malaysia. Apa hak kerajaan menghalang mereka berdemonstrasi di Mesir. Takut sangat dengan demonstrasi. Itu menunjukkan dua perbezaan antara Malaysia dengan Mesir. Mana perginya demokrasi di Malaysia? Tempangnya demokrasi di Malaysia disebabkan adanya BN yang dianggap sebagai perogol hak perlembagaan yang telah termaktub dalam perkara 10 perlembagaan. Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas. Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan. Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook. |
Adnan Yaakob Bengang Dengan FB '100,000' Posted: 14 Jul 2011 01:39 AM PDT Akibat bengang dengan Facebook berkaitan dengan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation", Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan... - Adnan Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan aman Bersih di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, Adnan turut mempertikaikan kesahihan wujudnya FB itu kerana terlalu ramai yang menyokong Perdana Menteri sedangkan program yang dijalankan sebelum ini mendapat sambutan. Nampak gayanya pemimpin BN cuba menipu lagi rakyat dengan mengampu pemimpin tertinggi mereka. Jenis penipuan oleh pemimpin tertinggi BN Perdana Menteri - Berjanji akan menyediakan stadium untuk peserta demonstrasi Menteri Dalam Negeri - Polis bertindak lembut ke atas peserta demonstrasi Menteri Kesihatan - Tiada sebarang pelepasan Tear Gas dan semburan dari meriam air Menteri Penerangan - Media melaporkan dan membuktikan bahawa tiada kekerasan ke atas peserta demonstran Menteri Besar Pahang - Menafikan kewujudan FB menyeru PM letak jawatan Ketua/ Timbalan Polis Negara - Memberi makan nasi beriani kepada peserta himpunan BERSIH sebaliknya nasi putih yang sedikit dan bukannya yang digembar-gemburkan oleh media dan mengatakan yang turun berdemonstrasi adalah 6,000 orang sedangkan yang hadir adalah sekitar 80,000 orang. |
Kisar Kemaluan Suami Selepas Potong Posted: 14 Jul 2011 12:26 AM PDT LOS ANGELES: Seorang wanita California diberkas kerana mencampur dadah ke makanan suaminya sebelum mengikat dan memotong kemaluan lelaki terbabit, kata polis semalam. Jurucakap polis, Jeff Nightengale, berkata kejadian berlaku kelmarin di Garden Grove, membabitkan Catherine Becker dan suaminya. Kata Nightengale, pasangan itu dalam proses bercerai. "Selepas suaminya lemah akibat termakan dadah, Catherine mengikat lelaki terbabit ke katil dan memotong kemaluan mangsa sebelum membuang organ itu ke tong pengisar sampah. "Catherine menghubungi talian kecemasan 911 mendakwa ada kes kecemasan di rumahnya," katanya. Menurut Nightengale, apabila anggota paramedik dan polis tiba, mereka menemui mangsa terikat di katil dengan darah pada kangkangnya. Katanya, setakat ini polis belum dapat mengetahui jenis dadah atau racun digunakan Catherine, 48, untuk membuat suaminya mengantuk. Difahamkan, sejurus selepas makan hidangan disediakan Catherine, mangsa mengadu tidak sihat dan minta untuk berbaring sebentar. Dia kemudian tidak sedarkan diri. Nightengale berkata, tidak sekadar memotong kemaluan suaminya, Catherine juga menghidupkan pengisar pada tong sampah berkenaan. Anggota paramedik menemui cebisan kemaluan mangsa di dalam tong itu tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih boleh diselamatkan atau tidak. Kata Nightengale, polis masih menyiasat mengapa Catherine bertindak begitu, tetapi wanita terbabit mendakwa, suaminya "memang patut" dipotong kemaluannya. Ketika ini Catherine ditahan polis dan hanya boleh dibebaskan jika mampu membayar ikat jamin sebanyak RM3 juta. Sumber hospital pula berkata, lelaki itu menjalani pembedahan dan keadaannya kritikal, tetapi doktor yakin dia selamat. Jiran berkata, pasangan itu berkahwin Disember tahun lalu dan tidak memiliki anak. Bagaimanapun, kata mereka, Catherine dan suaminya kelihatan sangat jarang bercakap. AFP |
Gambar: FRU Mengamuk Lepas Demo Belasah Orang? Posted: 13 Jul 2011 09:03 PM PDT Biarpun Himpunan BERSIH telah mula bersurai jam 5 petang dan peserta telah meninggalkan tempat tersebut, tiba-tiba ada segerombolan "anjing" ganas menerkam manusia disebalik celah-celah lorong yang sempat dirakam oleh seseorang yang ketika itu ditempat kejadian yang melibatkan anggota polis. Inikah yang dikatakan oleh Hishammudin akan kelembutan polis melayan peserta BERSIH tempoh hari? Kejadian itu berlaku di Jalan Tun Perak apabila seorang pemuda memakai baju melayu lengkap dan berkopiah putih telah ditahan dan dikasari oleh sejumlah anggota polis yang duduk dibelakang sebuah bagunan di situ. Gambar yang diambil itu sudah cukup membuktikan bahawa kezaliman polis adalah betul-betul berlaku dan tidak seperti yang dinafikan oleh Ketua Polis Negara sebelum ini. Kejadian ini tidak wajar berlaku memandangkan lelaki berkenaan bukannya melakukan kesalahan jenayah dan cuma melalui lorong itu sahaja. Gambar tersebut menceritakan bagaimana pemuda tersebut melalui kawasan belakang jalan dengan berpakaian baju melayu lengkap dan kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan. Apa yang diperkatakan oleh pemberi maklumat, pemuda itu ditahan secara tiba-tiba kemudian berlaku pertengkaran dengan anggota keselamatan yang berada di tempat kejadian. Kemudiannya pemuda berbaju gelap itu dikasari oleh segerombolan anggota keselamatan hingga beliau terjatuh. Beliau kemudiannya dibawa ke kawasan berhampiran untuk ditahan. |
Apabila Menteri Penerangan Nyanyuk Bercakap Posted: 13 Jul 2011 07:00 PM PDT Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berpuas hati dengan liputan berita media tempatan berhubung perhimpunan BERSIH di ibu negara 9 Julai lalu. Mungkinkah beliau berpuas hati seperti dalam gambar di atas? Liputan sebeginikah yang dikehendakinya? Apa yang sebenarnya berlaku pada 9 Julai lepas adalah masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melaksanakan tugas dengan baik demi menjaga ketenteraman awam. - Rais Seperti manakah ketenteraman awam dijaga dan dilindungi? Adakah dengan membelasah pendemostran? Apabila sudah nyanyuk, maka keluralah ayat-ayat melindungi dan melepaskan diri dari segala kekotoran yang telah dipalit ke peserta demostran tempoh hari. Adakah ini liputan yang diperkatakan oleh Rais dan mengatakan bahawa media asing suka menyiarkan keganasan dan mempercayai laporan media asing, adalah perkara biasa kerana mereka lebih suka memberi gambaran yang Malaysia berada dalam keadaan tidak stabil. Ini perkara biasa kerana mereka lebih percaya kepada sistem sensasi. Pihak-pihak di seberang laut lebih suka memberi satu gambaran kononnya Malaysia berada dalam keadaan yang dikhuatiri kestabilannya di mana sebenarnya tidak. - Rais |
Selamatkan Piramid Guna Beg Udara Posted: 13 Jul 2011 06:06 PM PDT KAHERAH - Piramid tertua di Memphis, Mesir berjaya diselamatkan daripada runtuh dengan menggunakan beg udara sebagai penampan siling, lapor sebuah akhbar kelmarin. Bangunan berusia 4,700 tahun itu terpaksa distabilkan bagi membolehkan jurutera melakukan kerja-kerja pembaikan. DUA beg udara digunakan untuk menstabilkan kedudukan piramid Djoser di Memphis, Mesir. Struktur mega itu dibina sebagai makam untuk mengebumikan Firaun Djoser, seorang pahlawan yang memerintah pada dinasti ketiga selama 19 tahun. "Keseluruhan struktur bakal musnah pada bila-bila masa disebabkan gempa bumi. Namun kami menstabilkan dengan meletakkan beg udara dan akan memulakan kerja pembaikan ke atas bangunan yang menakjubkan ini," kata ketua jurutera, Peter James. Agensi |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan