A Mum Of Three Mohd |
- Peace!! Bergayo den..
- Tak heran, Tak pelik, Tak terkejut
- Polis RAJA di Malaysia punya brutality
- Polis RAJA di Malaysia. Tarak tipu punya...
- Najib sudah menjadi liabiliti
Posted: 14 Jul 2011 09:00 AM PDT |
Tak heran, Tak pelik, Tak terkejut Posted: 14 Jul 2011 06:48 AM PDT "Kesan kepada saya ialah akan tetap melukis, tetap mendedahkan rasuah dan kesalahan yang dilakukan kerajaan Malaysia" Hidup Zunar!! Itulah semangat kental seorang pejuang. Kah kah kah kah... Mahkamah Kangaroo, Bolehland, kan?? Jadi, dia tak heran pun dengan keputusan tersebut. Tak pelik.... sebab itu keputusan si 'tangan ghaib'. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Malaysiakini.com dan penerbit buku, Sepakat Efektif bagi mencabar pengharaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas dua buku komik kartunis Zunar, 'komik 1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'. Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa Khas 2, Datuk Rohana Yusuf dalam kamarnya selepas melihat kepada kenyataan dan afidavit yang dikemukakan menteri berkenaan. Dalam kenyataannya, Rohana mengemukakan beberapa sebab kerajaan menolak permohonan itu kerana langkah menteri dalam negeri mengharamkan buku tersebut Katanya, keputusan itu dibuat tanpa melanggar logik ataupun sewenang-wenangnya. Manakala peguam mewakili pihak plaintif, Edmund Bon menyifatkan keputusan itu tidak dibuat berdasarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPA), tetapi atas arahan menteri. "Hakim tidak buat keputusan berdasarkan PPA, tetapi atas dasar arahan menteri. Walaubagaimanapun kita akan memfailkan rayuan lagi," kata Edmund. Zunar ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu secara sinis beliau sama sekali tidak terkejut dengan keputusan yang sudah dijangka. Katanya, walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahinya, tetapi perjuangan untuk mendedahkan keburukan kerajaan Malaysia tidak pernah terpadam. "Kesan kepada saya ialah akan tetap melukis, tetap mendedahkan rasuah dan kesalahan yang dilakukan kerajaan Malaysia," kata kartunis itu yang baru-baru ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.- KeadilanDaily |
Polis RAJA di Malaysia punya brutality Posted: 13 Jul 2011 09:45 PM PDT Inilah akibatnya terkena canister gas pemedih mata Polis RAJA di Malaysia. Mungkin sasaran mereka Anwar Ibrahim, wallahua'lam, tetapi ditampani atau terkena Fayad Al-Bakri, pengiringnya. Brutalnya polis RAJA di Malaysia. Itulah kekejaman polis yang bermaharaja lela semasa BERSIH2.0. Sabtu 9 Julai lepas. Mereka lepaskan tembakan ikut suka mak bapak dia orang jer. Ciittt... !! Laknat ke atas mereka yang menzalimi rakyat. Semakin hari, 1Malaysia semakin transform menjadi negara polis. Mengapa?? Kerana... hak asasi rakyat dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi, sudah semakin terhakis, gara-gara dicabuli pemimpin yang gila kuasa. Polis pulak ditunggang semau-maunya demi mempertahankan kuasa mereka. Keji.... Keji sekali... Malah, keganasan polis sering kali dipertahankan oleh Tuan Politik mereka. Sebab itu, kegilaan mereka menzalimi rakyat, semakin menjadi-jadi. Ha ha ha ha... We are now RAJA in this country. Don't play... play... Big bully will come after you!! Kalau dipikir-pikirkan... berbaloi ke kena sumpah seranah dan dimaki hamun oleh rakyat. Kata orang... kalau dah ramai yang men'doa'kan... laknat akan terkena ke atas kita. Hisy... nauzubillah. Dan, apa kata pulak, kalau rakyat tak halalkan duit mereka yang kerajaan ambil dan gunakan untuk bayar gaji korang?? Kalau rakyat tak halalkan.... haram jadinya. Maknanya... korang makan gaji haram. Berat tu... makan gaji haram yang jadi darah daging anak bini korang. Cer tengok anak-anak korang, macam mana perangai mereka?? Bersetan ke... Baik ke?? Berjaya ke?? Hancuss ke?? Cer amati kehidupan korang... bahagia ke?? Kelam kabut ke?? But... Allah SWT itu maha adil lagi bijaksana. Semua ada pasangannya belaka. Jahat.... lawannya baik. So, ada polis jahat dan ada juga polis yang baik. Kepada polis yang sedar diri dan prihatin akan tugas dan tanggung jawab sebenar mereka, syabas diucapkan. Personally... aku halalkan duit yang kerajaan ambik daripada aku untuk bayar gaji korang. Semoga kehidupan korang sejahtera dunia dan akhirat. Hidup juga lawannya mati. Ya... sekarang kita hidup tetapi kita tak boleh tongkat dunia. Satu hari kita akan mati juga. Mungkin esok... mungkin lusa, wallahua'lam. Aku nak ingatkan diri aku dan juga korang.... Apa yang telah kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat nanti, depan Allah SWT. Mau tak mau kita akan dipertanggungjawabkan atas apa jua yang kita lakukan di dunia. Jam tu... tak boleh lari dah. No kompromi dah. Oleh itu, jika kita telah berdosa kepada Allah atau pun kepada manusia lain.... insaflah. Bertuabatlah dan semoga Allah SWT sudi mengampunkan kita. Ingat... tiada yang lebih berKUASA selain Allah SWT. Buat anakku Fayad Al-Bakri.... mum doakan semoga anda cepat sembuh dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan. |
Polis RAJA di Malaysia. Tarak tipu punya... Posted: 13 Jul 2011 07:30 PM PDT Polis RAJA di Malaysia.... Bersurai... Kalau tidak kami tembak!! Hospital Tung Shin.... Yang tak boleh bersurai amacam?? Kenapa tembak jugak?? Polis RAJA di Malaysia.... Aku tak peduli!! Nak gas pemedih mata!! Nah air asid!! Hospital Tung Shin.... Cilakak...!! Kecoh.... Kecoh.... Kecoh.... Polis RAJA di Malaysia..... Tarak.... tarak.... Mana ada. No tear gas and water canon were directed or fired at Tung Shin. Tak caya kalu, tanya Menteri LIOW. Kan LIOW..?? Tak der, kan?? Hospital Tung Shin.... Lu gila?? Liar!! Liar!! Semua bukti didokumentasikan la. Wei... Sapa lu mau tipu?? Menteri pun jangan ikut jadi bangang, ek?? Don't kuat jilat maa... Lai, lai.... see this, hear and read this, liar. KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sekumpulan doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina, Jalan Pudu di sini ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. "Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu)," kata para doktor itu. Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian. Liow berkata, air dan gas pemedih mata yang dilepaskan hanya mengenai kawasan tembok hospital itu. Katanya, dakwaan yang berlegar di media Internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri. Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga bekas menteri kesihatan berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu.-MI [Lagi sumber di sini dan sini] |
Posted: 13 Jul 2011 05:30 PM PDT Selepas BERSIH 2.0, Najib semakin menjadi liabiliti [sini]Rakyat menjadi semakin benci Mereka bikin akaun facebook suruh kita undi, Mau suruh Najib 'pergi', tak mau lagi dia jadi Perdana Menteri Fuuhh... !! Cepatnya undi meningkat tinggi Fuiyo... semakin tinggi... semakin tinggi... semakin tinggi... Ratusan puluh ribu, mahu Najib berambus pergi!! Hello Najib, lu apa tunggu lagi?? Najib pergi lawatan ke luar negeri [sini]Tak der lagi karpet merah menanti Haiyooo... Piem badut dari Malaysia sudah mari Mereka ketawa... hi hi hi hi... Terpaksa dilayan kerana itu lawatan rasmi Tapi, di dalam hati, mereka, getik ya Rabbi!! Weh... rakyat Malaysia, carilah orang lain sebagai ganti Rugi.. simpan orang macam ini. So, get rid of this man quickly. Kini Esso pun dah nak lari [sini dan sini]Tak percaya pada pentadbiran Najib lagi... Pelabur luar tak sior nak mari Yang dok ada pun, habis nak cabut pergi... Weh.... apa sudah jadi?? Ha ha ha ha.. bukan ke gua sudah cakap tadi Najib sudah jadi liabiliti!! Simpan dia, negara rugi. Oleh itu, nyahkan dia pergi!! Nyahkan dia pergi!! Dalam dan luar negeri, orang tak hormat dia lagi Bunuh demokrasi, transformed jadi si kuku besi, Hak asasi rakyat, tak dipeduli.. ditolak ketepi Demi kuasa dan kepentingan diri serta kroni, dia menjadi hipokrit terulung abad ini Tak der idea sendiri, asyik ikut telunjuk bini Malangnya kita, punya piem seumpama ini That's why I said... he's a liability to the country Vote him out, jangan hesitate lagi Nyahkan dia pergi, doakan agar tak kembali lagi. Amin... |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan