Selasa, 5 Julai 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


BERSIH kena libas! Selangor pula yang jadi mangsa!

Posted: 05 Jul 2011 06:51 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Pusat mengesan hampir 10,000 nama pengundi didaftar secara bertindih di Selangor, yang membolehkan mereka mengundi dua kali di tempat yang berbeza pada pilihanraya umum akan dating.

Pendedahan itu adalah yang terbaru untuk menzahirkan dakwaan bahawa daftar pengundi Suruhanjaya Pilihanraya jauh daripada bersih dan boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Pengarah Jabatan Pilihanraya sayap itu, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya turut mengesan ratusan malah ribuan kes individu berlainan kaum berkongsi satu alamat untuk didaftarkan sebagai pengundi.

"Di satu rumah orang Melayu Islam, ada senarai 10 nama orang Cina yang didaftarkan di rumah atau kawasan tersebut.

Bila kita pergi semak melalui petugas-petugas kita, tuan rumah itu sendiripun tidak mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di alamat rumah atau kawasan tersebut." kata beliau.

"Kita baru mengesan hampir 10,000 nama- nama yang boleh mengundi dua kali khususnya di negeri Selangor ni," tambah beliau.

Menurut Mohd Sany, jumlah pengundi bertindih menempelak dakwaan- dakwaan SPR kononnya tidak ada pengundi hantu atau pun kes pengundi mengundi dua kali kerana kelemahan-kelemahan daftar pengundi.

Menurut Sany pendedahan pihaknya memperlihatkan keperluan SPR memperkenalkan dakwat kekal bagi memastikan tidak ada pihak yang mengundi dua kali pada pilihanraya umum akan datang.

SPR membuat keputusan mengejut di ambang pilihanraya umum 2008 apabila membatalkan penggunaan dakwat kekal di atas alasan kononnya ia tidak berkesan mengekang isu pengundi bertindih.

Dewan Pemuda Pas akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mendesak dua badan berkenaan segera menangani isu itu.

Sementara itu wakil Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zainal Said mendakwa SPR Selangor mendaftarkan anggota Palapes sebagai pengundi pos.

Pelapes adalah pasukan pegawai latihan simpanan institusi pengajian tinggi awam.

"Jadi kita mahu satu jawapan yang munasabah daripada SPR negeri Selangor bagaimakah Palapes ini boleh diterima pada awalnya sebagai orang yang layak menjadi pengundi selaku pengundi pos."

KENYATAAN RASMI BERHUBUNG BERSIH!

Posted: 05 Jul 2011 06:03 AM PDT


SAMM menerima baik dengan keputusan Sekretariat Pemandu BERSIH 2





Awal petang ini Seketeriat BERSIH 2 telah mengadap DYMM SPB YDPA di Istana Negara. Pertemuan yang amat bermakna ini menunjukkan betapa prihatin Tuanku mengenai tuntutan BERSIH dan pengiktirafan Duli Tuanku terhadap usaha BERSIH mendesak penambahbaikan proses pilihanraya dalam negara. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada regim yang begitu sombong dan lansung tidak mahu berbincang serta memburu aktivis BERSIH seperti tidak punya hak warga lansung.



Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan SAMM sebelum ini yang mencadangkan agar Seketeriat BERSIH menerima baik titah Tuanku dan menerima cabaran Najib untuk Himpunan diadakan di stadium. Selepas keluar dari Istana tadi Dato' Ambiga memberitahu bahawa Himpunan BERSIH tetap tidak dibatalkan. Sebaliknya Stadium akan dijadikan sebagai tempat berkumpul. Kita akan buktikan kita mampu aman dan bukan bertujuan menjatuhkan kerajaan.



Kini semua tertumpu kepada regim penguasa adakah mereka benar berani membenarkan dibuat secara aman tanpa gangguan di Stadium ataupun sebenarnya mereka takutkan ialah tuntutan untuk pilihanraya itu diadakan secara bersih dan adil.



SAMM mencadangkan Seketeriat BERSIH segera menyatakan persetujuan ini secara rasmi terus kepada Najib (selaku PM) dan sepupunya Hishamuddin (selaku Menteri KDN) dengan syarat, Stadium Negara harus dijadikan lokasi. Jika tidak pun Dataran Merdeka. Himpunan mesti bebas gangguan polis. Serentak dengan pengiktirafan ini semua tekanan dan hambatan kepada aktivis BERSIH harus dihentikan. Semua yang ditahan harus dibebaskan dan semua pendakwaan berkaitan BERSIH dua harus digugurkan.



Aktivis bebas memakai baju atau apa saja warna kuning. pada hari tersebut Kuala Lumpur tidak seharusnya dikepung seperti 'zon perang'. Semua aktivis BERSIH harus dibenarkan masuk secara aman ke kawasan tempat dimana perhimpunan setuju diadakan. Tak kisahlah naik bas, naik motorsikal, basikal atau berjalan kaki.



Kepada aktivis dan anak muda seluruh negara, SAMM yakin tentu akan ada yang berasa kecewa atau rendah semangat hasil pengumuman ini. Namun yakinlah keputusan ini sebenarnya banyak hikmahnya. Buruan akan dihentikan, jalan menuju Kuala Lumpur akan terbuka luas. Ayuh kita buktikan himpunan pasti akan lebih 100,000 orang ini aman dan isunya ialah desakan pilihanraya bebas dan adil. Tunjukkan kita matang politik.



Mana penguasa zalim pun pasti akan terkencing dan menggigil ketakutan bila mendengar laungan hampir 200, 000 orang nanti. Ayuh semua SAMM faham sedikit kekecewaan semua tetapi ambil kesempatan ini untuk menunjukkan protes rakyat terbesar dalam sejarah negara ini. Pasti regim tidak boleh lagi mengatakan mereka mewakili majoriti dan mula belajar mendengar desakan rakyat.



Mengenai jaminan semua akan aman sebelum dan selepas itu sememangnya sedari awal sudah diberikan jaminan oleh penganjur. BERSIH 2007 pasti akan aman, satu pokok bunga pun tidak akan patah kalau polis tidak mengganas.



Kali ini petugas yang cukup dan jauh lebih bersedia telah disediakan demi memastikan semuanya aman dan fokus tertumpu kepada tuntutan pilihanraya bebas dan adil. SAMM seru semua khususnya anak muda untuk bersama di Bandaraya Kuala Lumpur 9Julai nanti. Masa dan tarikh tidak berubah cuma tempat akan diumumkan nanti.



Che'gu Bard
Solidariti Anak Muda Malaysia
5 Julai 2011, 6.38 petang



http://www.anakmudamalaysia.com/

RESPON SAMM terhadap titah DYMM SPB YDP Agong

Posted: 05 Jul 2011 05:59 AM PDT



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menerima baik dan menjunjung duli atas Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini yang dikeluarkan pada 3 Julai 2011.


Dalam titah tersebut secara jelas Tuanku menyebut :



Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.



Tidak lansung ada satu ayat pun Tuanku menyatakan Himpunan Bersih 2 harus dibatalkan. Sebaliknya secara jelas Tuanku menyatakan kegusaran terhadap himpunan yang akan memudaratkan negara yang bersifat perkauman. Ini jelas himpunan tajaan pemuda Umnolah yang jelas berbau perkauman, ugutan dan provokasi.


Serentak dengan titah khas tersebut PDRM seharusnya memberhentikan tindakan 'gila babi' mereka memburu secara membabi buta. Polis terus bertindak menyelongkar rumah, kenderaan dan harta persendirian untuk mencari Tshirt Kuning dan bertindak tidak rasional lansung tidak menghormati titah Tuanku yang meminta regim menjalankan tanggungjawab penuh amanah dan bijaksana.


Bayangkan ada orang yang ditahan dipaksa membuka baju sehingga dedahkan tshirt kuning yang dipakai di dalam baju kemudian ditahan kerana memakai tshirt kuning. Gila !


Himpunan baju merah juga haram tetapi adakah baju merah diburu sedemikian rupa. Umno hadir berbaju merah ke Balai polis disambut tetapi yang berbaju kuning di sebelah dalam dan pergi ke pasar malam ditahan dan dibelasah.


Kenderaan Menteri Besar Selangor disekat ditengah jalan oleh polis seperti penjenayah dan exco Kerajaan negeri Selangor, Ronie Liew ditarik keluar diseret oleh polis. Perkasa dan Umno secara terbuka membuat ugutan, ancaman bersifat perkauman diberi lindungan istimewa oleh Polis.


Ini yang ditegur oleh Tuanku dalam titah khasnya dan selepas tuanku bertitah semua ini terus berlaku dan tidakkah ini dinamakan derhaka ? Jika polis tidak mahu menghormati Institusi di raja di Malaysia sebaliknya hanya akur dengan arahan atasan politik maka PDRM tidak layak memakai gelaran Polis 'di Raja".


Ampun Tuanku, dalam isu berunding untuk pengetahuan Tuanku tuntutan BERSIH telah wujud sejak 2007. Rakyat juga telah membuktikan bahawa kami mampu berhimpun secara aman ketika Himpunan BERSIH 2007 dan menghantar memorandum kebawah duli tuanku.


Namun sejak sebelum itu dan selepas itu banyak sesi rundingan dilakukan. Sejak BERSIH diterajui oleh Tn Hj Syed Syahir (ketika beliau menjadi Presiden MTUC) sehinggalah dengan semangat yang sama BERSIH kini diterajui oleh Dato Ambiga (bekas Presiden Majlis Peguam) begitu banyak sesi perbincangan, banyak bahan bukti kepincangan didedah dan banyak cadangan dibawa namun semuanya tidak di dengari. Malah saya tidak melihatpun Majlis Raja-raja secara serius membincangkan memorandum rakyat yang dipersembahkan kepada Tuanku dengan 100,000 rakyat berhimpun depan Istana menjunjung kasih mengadap Tuanku.


Himpunan aman desakan rakyat dipilih hanya sebagai jalan terakhir.


Ampun Tuanku, kebanyakan parti politik yang mendokong BERSIH tidak takut kalah dalam pilihanraya. Malah parti 'matang' seperti PAS bukan sekali memasuki pilihanraya dan kalah namun mereka terus akur dan masuk lagi, parti – parti seperti ini boleh menerima hakikat ditolak rakyat tetapi mereka tidak sanggup untuk rakyat ditipu sekian kalinya dalam proses pilihanraya yang pincang dan tidak adil.


parti penguasa regim kalah di beberapa tempat tidak boleh dijadikan dalil pilihanraya itu adil. Di Permatang Pauh pun ada kepincangan dimana sebuah rumah ada lebih 60 orang pemilih dan bayangkan dalam penuh penipuan PR masih ada menang, kalau proses pilihanraya adil dan bersih Bn mungkin hiang deposit.


Ini bukan soal Bn atau PR menang, himpunan Bersih bukan soal Ambiga, Anwar atau Najib tetapi ia persoalan rakyat untuk memiliki proses pilihanraya yang adil dan bersih.


Kepada seluruh rakyat Malaysia, setakat ini jawatankuasa pemandu BERSIH 2 belum lagi menyatakan tidak mahu berhimpun. Perhimpunan tetap akan diteruskan. Pagi ini jawatankuasa ini akan mengadap ke Istana.


Sehubungan dengan itu SAMM masih meneruskan semua program mobilisasi yang dirancang. Rakyat terus dalam keadaan tenang dan aman harus terus bersemangat untuk berhimpun menyatakan pendirian.


Kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Ingat himpunan ini untuk mendesak pilihanraya yang bersih dan adil, ertinya kita bersetuju dalam kerangka pilihanraya. Ingat kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan sebaliknya kita mahu membina kerajaan rakyat yang diangkat melalui kuasa pengundian rakyat sebenar bukan manipulasi pilihanraya.


SAMM berpendirian dan menyarankan jawatankuasa pemandu BERSIH 2 menjunjung titah khas Tuanku dan menerima tawaran Najib. Kita berhimpun di Stadium. Syarat kita pilih Stadium Merdeka. Kedua syaratnya PDRM harus bertindak bertamadun dengan membebaskan semua tangkapan berkaitan BERSIH dan gugurkan sebarang usaha pendakwaan. Ketika kempen BERSIH harus 'dihalalkan'. KL tidak boleh dikepung umpama nak perang, pendokong pilihanraya bersih dan adil harus dibenar memasuki KL menuju ke Stadium dengan berbaju Kuning. Konvoi serta bas-bas penyokong tidak boleh disekat.


Kita undur selangkah kerana BERSIH bukan isu himpunan semata – mata tetapi tuntutan untuk pilihanraya bebas dan adil. Kita lihat adakah benar Najib dan regim mampu menghormati atau yang sebenar mereka takut ialah pilihanraya bebas, bersih dan adil itu sendiri.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
5 Julai 2011

Nak Demo Dalam Stadium?? Tolong Bawak Badut Sekali Untuk menyerikan Suasana!

Posted: 05 Jul 2011 04:58 AM PDT

Demo dalam stadium boleh makan kacang kuda! Kalau Macam tu Tolong Badut Sekali Untuk Menyerikan Suasana


Kata Ambiga Pengerusi Bersih 2.0 bila selesai pi mengadap Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan,



"Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini," kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara.


"Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan."


KUALA LUMPUR, 5 Julai — Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium.


Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.


Terlebih dahulu Ambiga yang turut diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Samad dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin memasuki Istana Negara kira-kira pukul 1.55 petang dan keluar pukul 3.15 petang.


"Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini," kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara.


"Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan."


Beliau menambah keputusan itu dibuat atas dasar kompromi sambil menyifatkan ia jalan terbaik.


"Kita akan buat di stadium, ini jalan terbaik," katanya.


Ambiga menambah pertemuan itu hanya melibatkan pihaknya dan Yang di-Pertuan Agong.


"Tiada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ringkas menjawab soalan pemberita.


Ditanya maklumat lanjut mengenai perhimpunan di stadium, Ambiga berkata ia akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pemandu Bersih.


"Kita akan tentukan kemudian, kita akan adakan mesyuarat kemudian akan beritahu dalam sidang media," katanya namun tidak memaklumkan bila sidang media akan diadakan.


Semalam Najib berkata kerajaan bersedia membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.


"Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa.


"Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara," kata beliau.


"Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.


"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat ... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya.


Selain itu kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat juga bersedia menawarkan stadium jika perlu.


Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.


Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."


Sementara itu Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih.


"Ini membuktikan bahawa Bersih 2.0 bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini, perkenan Yang di-Pertuan Agong dijunjung kasih kerana ia bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh.


"Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan Yang di-Pertuan Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda," katanya dalam satu kenyataan.


Kata beliau, pihaknya mendesak kesemua mereka yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta.


Apa yang Ambiga, Pak Samad Said dan Presiden JIM Zaid Kamarudin bincang dengan Agong hanya depa saja yang tahu.Mungkin Ambiga dan rakannya diberi pilihan samada batalkan terus demo jalanan atau boleh demo tapi dalam stadium saja.Tiada pilihan selain teruskan berdemo tapi dalam stadium.


Jika diteruskan juga demo jalanan barua-barua Umno -Bn akan kata PR dan Bersih 2.0 derhaka perintah Agong dan boleh dicaj memerangi Yang Di Pertuan Agong! Puak silat dah standbye nak halang demo Bersih 2.0.Darurat juga akan diistihar bila polis kata akan minta bantuan tentera untuk halang demo jalanan Bersih 2.0


Apa ada dalam stadium?Rumput dan padang bola serta kerusi-kerusi boleh duduk santai sambil dengar penceramah berceloteh tentang SPR dan 8 tuntutan Bersih 2.0.Sambil tu boleh makan kacang kuda atau kacang pol!


Di luar stadium ada apa?Di luar stadium akan ramai para peniaga yang jual kaset-kaset ceramah, kopiah dan paling tak pernah ketinggalan ialah penjual ubat kuat untuk lelaki!Beli jangan tak beli.


Eloklah tu daripada batal terus lebih baik buat jugak.Kalau batal terus Umno-Perkosa dan pencacainya akan tertawa terbahak-bahak keseronokkan.Selamat berdemo dalam stadium sambil makan kacang kuda.Bawa semua ahli keluarga pakai baju Bersih 2.0 untuk kuningkan seluruh stadium.



TAPI AKU LEBIH SUKA AKAN KATA - KATA PAK BAKAR



Apa salah Melayu jadi anjing, janji Umno berkuasa









Siapa yang tak mahu jadi anjing Umno, 9 Julai kita banjirkan Kuala Lumpur dengan tuntutan rakyat yang mahu pilihan raya adil dan bersih. Pi mampoih la Bersih. Perhimpunan 9 Julai bukan hak Bersih untuk menentukan jadi atau tak jadi semata-mata kerana depa gatal nak jumpa Agong dan nak bodek Agong. Perhimpunan 9 Julai hak rakyat. Kita banjirkan Kuala Lumpur dengan kebangkitan rakyat!

Tak payah berhimpun atas nama Bersih. Kita berhimpun atas nama rakyat. Kita cucikan negara ini dari mungkar terbesar di Malaysia - Umno. Pakai baju warna apa pun tak pa. Cuci!

Aku geram sungguh baca berita bertajuk "Bersih seeks audience with Agong, may put off rally". Nak batal konon. Macamlah perhimpunan tu mak bapak depa yang punya.

Yang PAS pulak cakap macam bagus je. "(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak batalkan," kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Lepas tu depa qualify pulak statement tadi tu dengan berkata, "PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh Bersih berhubung perhimpunan berkenaan".

Sokong keputusan Bersih? Cit! Bersih dah kata, perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai ini bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Agong. Nak tanya Agong dulu boleh buat atau tidak perhimpunan yang menyebabkan Umno menggelejat gila dan buruk kelaku mengalahkan syaitan? Kepala hotak hampa!

Tunggulah sampai babi boleh terbang! Masa tu barulah Agong atau mana-mana raja Melayu akan buat atau izinkan benda yang Umno benci.

Kalau Agong tak bagi, aku dah tau dah apa depa akan kata. Depa akan kata terpaksa batalkan sebab Agong tak bagi buat. Kalau buat jugak, depa takut Umno akan kata depa derhaka. Penghujungnya, pilihan raya akan terus kotor dan tidak adil. Dan Umno akan terus berpesta derhaka kepada Allah s.w.t. dan rakyat. Maklumlah, derhaka kepada Agong tak boleh, derhaka kepada Allah tak pa.

Yang PAS pulak, kita dah boleh congak dengan mudah. Bila Agong tak bagi, Presiden PAS takkan nak lawan Agong. Itu semua orang tau. Maklumlah, dulu PAS Terengganu yang berhimpun di airport Kuala Terengganu sokong Agong ketika krisis perlantikan menteri besar selepas pilihan raya 2008. Orang PAS pun megah sangat dan bercerita sana-sini bahawa presiden depa baik dengan Agong. Dah baik dengan Agong, takkan nak buat benda yang Agong tak bagi. Bila Presiden PAS tak nak, orang PAS takkan nak lawan cakap presiden depa. Maklumlah, wala'. Ada juga orang PAS yang bagi excuse takut nak lawan cakap presiden depa sebab takut dia kena serangan jantung lagi dan pengsan dalam mesyuarat serta terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tak mengapa Umno anjingkan kita dengan pilihan raya kotor dan tak adil
Kehendak Agong mesti ikut,
Kalau tak ikut Umno akan histeria kata derhaka

Apa salahnya orang Melayu derhaka kepada Allah
Asal tak derhaka kepada Agong

Negara mesti aman, TV Umno kata
Negara mesti tak diancam perhimpunan haram, polis kata
Mesti aman, mesti tak terancam
Tak kisahlah Umno anjingkan kita dengan pilihan raya kotor dan tidak adil

Asal Umno boleh terus berkuasa
Apa salahnya kita orang Melayu jadi anjing?


Tiada ulasan: