A Mum Of Three Mohd |
- Jom KUNING-kan Stadium Shah Alam!!
- Rakyat bukan bodoh
- Jadik atau tak jadik??
- Tak dak pintu ka??
- Puteri Sultan PERKASA has spoken
- Lembu 1Malaysia
Jom KUNING-kan Stadium Shah Alam!! Posted: 05 Jul 2011 07:26 AM PDT Bersih 2.0 akan diteruskan juga tetapi ia akan diadakan di dalam stadium. Banyak yang kecewa kerana tak dapat berarak di jalan raya tetapi ramai juga yang okay dengan perhimpunan di stadium. Janji.... dapat berhimpun. Janji..... BERSIH 2.0 on. Najib dengan begitu ek telah menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan BERSIH bagi menentukan venue BERSIH. Aha... di stadium mana BERSIH nak berhimpun? Tapi.... BERSIH kena mematuhi beberapa syarat. Pulak dah.... [sini] Weh.... oleh sebab Agong pun nampaknya ok dengan perhimpunan di stadium, maka tak payah BERSIH terhegeh-hegeh berjumpa Najib untuk dapatkan stadium. Sebabnya, Tan Sri Khalib dah offer Stadium di Shah Alam. Buat permohonan... ikut prosedure, beres. So, terima saja offer dari Khalid dan bolayan jer si Najib tu!! [sini] Polis pun tak payah susah-susah nak jaga... biar kita gunakan unit amal kita. Rasanya kalau ada polis lagi tak selamat perhimpunan kita. Banyak ejen-ejen provocateur dalam kalangan mereka. Tak boleh percaya sangat.... Kalau setakat kawal lalu lintas ok... Amacam?? Ke Shah Alam kita hujung minggu ni?? Jooommmm kita KUNING-kan Stadium Shah Alam!! |
Posted: 05 Jul 2011 05:00 AM PDT Polis kata mereka jumpa senjata?? Taktik sembunyikan senjata yang menyerupai gerakan komunis?? Fuiyo... Ya ke?? Dahsatnya!! Say whatever komer nak ler, to justify wayang bodoh komer tu.... Komer ingat rakyat bodoh?? Eeemmm..... tak kuasa nak komen wayang lawak bodoh Polis di UMporNO Malaysia. Tak der faedahnya. But.... aku nak gelak dan ketawa jer. Guling-guling lagi you... Kah kah kah kah kah kah.... KUALA LUMPUR, 5 Julai — Polis menemui tiga jenis senjata berdekatan kompleks membeli-belah Sogo di sini dipercayai untuk digunakan ketika Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Antara senjata itu ialah tiga parang, lapan Molotov koktail, 41 mercun, lapan topeng perlindungan pernafasan dan kemeja-T. Polis menemui barang-barang itu kira-kira 6.30 pagi semalam. Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam. "Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'Bersih' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen Selangor, Shah Alam hari ini. Beliau berkata barangan berkenaan berkemungkinan ada kaitan dengan perhimpunan 9 Julai ini. Tun Hisan berkata taktik menyembunyikan senjata seperti itu menyerupai apa yang dibuat oleh gerakan komunis satu ketika dahulu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat. "Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya. Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966. Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan. "Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya. |
Posted: 04 Jul 2011 11:43 PM PDT Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara. Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan. Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi. Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. - Mkini |
Posted: 04 Jul 2011 09:30 PM PDT Allahyarham cuba keluar dan terjun ikut tingkap sebab dia nak keluar dari pejabat tu?? Awat nak keluar ikut tingkap?? Pintu tak dak ka?? Apa yang hangpa bincang dengan dia, sampai dia nak keluaq..... dan, nak keluaq pulak tu, ikut tingkap?? Pintu kan ada?? Apa yang berlaku dalam perjumpaan tersebut?? Misteri ni. Cer citer... Cer citer!! Ramai nak tahu ni. Suspens beb!! Tak sabor nak tunggu sambungannya. DSP Sharul Othman Mansor yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa beliau berpendapat penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed terjatuh dari tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu ketika dia ingin keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu. "Saya percaya si mati (Ahmad Sarbani) cuba melompat ke bumbung di bangunan SPRM yang berhampiran dengan tingkap tersebut tetapi tidak sampai dan terjatuh di gelanggang badminton di aras satu bangunan itu," katanya ketika disoal timbalan pendakwa raya Hanim Mohd Rashid dalam inkues kematian Ahmad Sarbani. DSP Sharul Othman berkata apabila seseorang berada di bilik pantri itu, dia boleh nampak bumbung berkenaan dekat dengan tingkap di Aras Tiga, namun apabila dibuat ukuran, jaraknya agak jauh iaitu sembilan kaki 11 inci. Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu. Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam. K oroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok. -Mkini |
Puteri Sultan PERKASA has spoken Posted: 04 Jul 2011 07:30 PM PDT Hangpa baca ni. Maakk aaiiihh... Ada yang kena 'cucuk telinga' ada yang kena 'pelempang' PETALING JAYA, July 4 — Datin Paduka Marina Mahathir today condemned the nationwide clampdown on Bersih 2.0 ahead of this Saturday's rally, saying it was a clear indication that the authorities were running scared. "Obviously, only those who are afraid will arrest people wearing T-shirts," she said at a joint press conference attended by Bersih 2.0's NGO representatives. "I'd like to ask people, if they saw T-shirts with the words Bersih on them, would it incite them to go out and riot? "We have seen worse words on various T-shirts around the country but none of it has made us go out and smoke ganja." Marina was speaking in her capacity as a representative of Sisters in Islam and the Joint Action Group for Gender Equality. She is also the eldest daughter of the country's fourth and longest-serving prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, who has been often criticised for his hardline stance in wielding the Internal Security Act to silence opposition dissent. When pointed out that it was her father who had used the ISA in a massive clampdown on the opposition during the infamous Ops Lalang in 1987, Marina moved to defend Dr Mahathir. "I am here representing SIS and JAG. Did we arrest people for T-shirts at that time? No," she said. Marina, however, continued to criticise the authorities for their hard-line stance against Bersih 2.0 supporters, saying the current spate of arrests portrayed the country as "third world or less". "We should rise above that. We like to call ourselves a developed country and we look to first world countries as our standard, but then we should also behave in a first-world manner. "Why take examples from third-world demonstrations as our model, why not first-world demonstrations?" she continued. She added that the administration should have "more faith" in the people and raise its standards in how it dealt with matters like the Bersih rally. - MI Aduh mak sakitnya!! Aduuhh... mak sakitnya !! Apa yang sakit?? Siapa yang sakit?? Ngapa sakit?? Eleee... Braheng Perkasam al-Kataki ler. Sakit telinganya mak oii!! Sebab... yang berkata-kata tu ialah puteri Sultan dia. Kesian... dia tak sangka Marina boleh derhaka. Kah kah kah kah.... Padan muka!! Aduh mak sakitnya!! Aduuhh... mak sakitnya !! Sapa lagi yang sakit?? Ater... ngapa pulak?? Hishamuddin ler. Dia kena 'pelempang' dengan puteri Sultan Perkasa. Sebabnya, sesuka jer nangkap orang pakai T'shirt warna kuning yang bersih. Kata... nak jadikan negara Malaysia, negara maju, tapi cara Hishamuddin bertindak, macam pemimpin negara ketiga. No class ler. Tak der standard maa... Bertindak tak serupa dan seiring dengan wawasan negara. Kah kah kah kah.... Ambik ko!! Lantik orang lain ler jadi Menteri Dalam Negeri. This fellar.... FAILED!! Malu aaahhhh... pada dunia luar, ada menteri macam ini. Tarak ketokohan langsung!! On top of that, banyak kurang cerdiknya. Banyak merepek. [sini] Kah kah kah kah..... |
Posted: 04 Jul 2011 05:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan