Pahang Daily Online |
- Orang Ramai 'Kecewa' Tindakan Kerajaan Negeri Pahang Halang MPK Beri Maklumat Pasal Lynas !
- Aktiviti: Program 'Pesta Durian 2011' Anjuran PAS Kg.Panching Meriah Dan Telah Dapat Sambutan !
- Shuhardi Md Isa, Lelaki Yang Di Dakwa Berlakon Sebagai "Baharuddin Ahmad" Nafi Bersembunyi!
- Najib Umumkan Perlantikan Presiden MIC Datuk G.Palanivel Sebagai 'Menteri' Di Jabatan Perdana Menteri Di Persidangan Agung Parti Itu Semalam
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 29 Julai 2011
| Orang Ramai 'Kecewa' Tindakan Kerajaan Negeri Pahang Halang MPK Beri Maklumat Pasal Lynas ! Posted: 30 Jul 2011 08:03 PM PDT ![]() KUANTAN, 31 Julai - Orang ramai yang ditemui merasakan kecewa atas tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan arahan supaya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu Lynas. Perkara itu dialami sendiri oleh NGO Badan Bertindak Anti Rare Earth Rifanery (BADAR) yang berkunjung ke ibu pejabat majlis tempatan itu baru-baru ini. Kenyataan larangan itu dinyatakan sendiri oleh Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan dalam satu pertemuan ringkas dengan BADAR pada hari tersebut. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar selaku Penasihat BADAR yang turut hadir pada hari itu menegaskan. larangan untuk bertemu dan mendapat penjelasan dari kakitangan awam merupakan gambaran terhadap sikap tidak telus kerajaan negeri. "Kenapa perlu takut untuk berdepan dengan rakyat seandainya kerajaan dan agensinya berada di pihak yang benar?" tanya beliau. Badar tegasnya dengan sokongan padu dari Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia akan meneruskan usaha yang telah di atur dan tetap bertegas bahawa Lynas mesti di hentikan segera. [Tindakan menghalang sesebuah agensi kerajaan memberikan maklumat awam kepada orang ramai adalah tidak wajar sama sekali. Apatah lagi, isu Lynas sememangnya menjadi buah mulut rakyat sekarang ini. Malah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga adalah merupakan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam memberi kelulusan hingga menyebabkan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation milik Australia itu boleh beroperasi di Kawasan Perindustrian Gebeng. Makanya, apa salah rakyat mahu mendapatkan maklumat jelas daripada pihak terbabit yang telah terlibat secara langsung dengan projek itu?. Bukankah itu hak rakyat]. |
| Aktiviti: Program 'Pesta Durian 2011' Anjuran PAS Kg.Panching Meriah Dan Telah Dapat Sambutan ! Posted: 30 Jul 2011 10:36 AM PDT ![]() KUANTAN, 31 Julai - Lebih daripada seribu orang telah hadir ke program Pesta Durian 2011 anjuran PAS cawangan Kg.Panching, dekat sini malam tadi. Program yang diadakan di Pasti PAS berhadapan Restoran Hjh.Rokiah, Jalan Sungai Lembing itu sudah masuk musim keenam dan bukan sahaja dihadiri oleh penduduk setempat malahan juga dari kawasan sekitarnya. Berbagai acara menarik telah diadakan termasuk meneka ulas durian, cekoh durian, durian terbaik, durian terberat, teka rambutan, mewarna, cabutan bertuah dan sebagainya. Acara kemuncak ialah orang ramai dijemput menikmati jamuan makan durian secara beramai-ramai. Kemeriahan jelas terasa bila pengacara majlis, Ustaz Tarmizi mengumumkan nama-nama pemenang cabutan bertuah. Berbagai hadiah menarik seperti hamper dan barangan lain menjadi rebutan. Program telah dirasmikan oleh oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusof Embong. Program yang bermula jam 9.00 malam itu berakhir sekitar jam 11.30 malam. Turut hadir ialah beberapa orang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) dan pakatan rakyat yang lain. Pihak polis juga telah memberikan kerjasama menjaga lalu lintas. Akibat terlalu ramai yang hadir, beberaa insiden sampingan turut terjadi termasuk ada dikalangan mereka yang telah alami pitam akibat kesesakan. ![]() ![]() Salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program malam tadi ![]() ![]() Sebahagian daripada orang ramai yang telah luangkan masa untuk hadir ![]() ![]() Orang ramai yang hadir berpusu-pusu mengisi borang cabutan bertuah ![]() Pengerusi, Ustaz Tarmizi dengan YDP PAS Paya Besar Ustaz Yusof Embong ![]() ![]() Peraduan mewarna kanak-kanak yang diadakan turut mendapat sambutan ![]() ![]() Ustaz Yusof menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah ![]() ![]() Orang ramai berpusu-pusu menyerbu kaunter untuk mendapatkan durian |
| Shuhardi Md Isa, Lelaki Yang Di Dakwa Berlakon Sebagai "Baharuddin Ahmad" Nafi Bersembunyi! Posted: 30 Jul 2011 09:54 AM PDT
|
| Posted: 30 Jul 2011 09:27 AM PDT
[Pengumuman yang sungguh mengejutkan ini jelas sekali menggambarkan bahawa Perdana Menteri mula menyedari kepentingan kaum India dalam memastikan kemenangan BN pada pilihanraya umum akan datang. Namun, amat menyedihkan bilamana masih ramai kaum India yang tinggal di estet-estet yang tidak mempunyai dokumen yang sah sebagai rakyat Malaysia termasuk surat beranak dan kad pengenalan. Soalnya, kenapa selepas 50 tahun BN berkuasa nasib kaum India masih seperti ini?. Berdasarkan kepada kempen pendaftaran yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih 15,000 yang telah berbuat demikian. Ini satu angka yang sungguh luar biasa dan tidak wajar berlaku dalam negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Nampak benar kaum India terpinggir dari arus pemodenan itu sebenarnya. Kenapa bila sudah terhimpit baru kerajaan mahu lakukan sesuatu?. Apakah selama ini PM tidak sedar bahawa masyarakat kaum India itu amat memerlukan pembelaan sewajarnya?]. |
| Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 29 Julai 2011 Posted: 28 Jul 2011 09:03 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan