Khamis, 14 Julai 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Khairy Perlu 'Cakap Benar' Tentang Mat Bangla Yang Di Jadikan 'Ahli Patriot' Semasa Berdemo Sebelum Persoal Isu Hospital Tung Shin

Posted: 14 Jul 2011 08:32 AM PDT

Terkadang, gelihati juga rasanya bila membaca komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) di laman Twitternya berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Khairy antara lain berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya. "Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu," katanya. Soalnya sekarang, jika benar pun apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta demontrasi itu maka Khairy sebagai Pemimpin Sayap Kanan parti yang mendokong kerajaan yang memerintah tidak wajar mengeluarkan kenyataan dan komen sedemikian rupa. Bukankah ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pegawai polis dan termasuk juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tong Lai baru-baru ini. Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Liow bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital terbabit ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas. Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital. Masalahnya sekarang, kenapa Khairy seolah-olah mula resah dengan pendedahan yang telah dibuat itu dan akhirnya menyalahkan kerajaan supaya bercakap benar dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ini bermakna Khairy telah senada dengan pihak yang mempertikaikan kenyataan kerajaan sebelum ini. Apakah beliau kini sudah beralih arah?


Bukti, mesej yang ditulis oleh Khairy di laman Twitternya semalam

Bukti, inilah sebahagian dari "Mat Bangla" yang digunakan oleh Khairy
untuk bersama dalam demontrasi di Bukit Bintang baru-baru ini

[Kenapa Khairy bertindak demikian, sedangkan dia adalah pemimpin yang sepatutnya menyokong sagala apa yang disuarakan oleh kerajaan. Jika ini keadaannya, rakyat juga berhak menyoal Khairy benarkah beliau menggunakan "Mat Bangla" untuk menjadi sebahagian daripada anggota Patriot yang berdemo di Bukit Bintang pada tarikh yang sama dengan Bersih 2.0. Bukti jelas menunjukkan beberapa gambar dan imej yang menunjukkan "Mat Bangla" memakai baju Patriot dan khabarnya mereka juga mendapat habuan tertentu daripada Pemuda UMNO pimpinan Khairy. Justeru, Khairy perlu bercakap benar apakah beliau menggunakan "Mat Bangla" untuk sama-sama turun berdemo?. Ke mana perginya anak-anak muda UMNO yang sepatutnya berjuang bersama beliau pada hari tersebut. Bukankah Khairy juga telah menipu rakyat dalam usaha menunjukkan kononnya Patriot mendapat sokongan daripada ramai anak-anak muda].

MB Pahang "Menafikan Dakwaan" Pihak Tertentu Kerajaan Negeri Melakukan 'Pembaziran' Dengan Mendapatkan Pinjaman Daripada Kerajaan Pusat

Posted: 14 Jul 2011 12:03 AM PDT

RAUB, 14 Julai – MB Pahang, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri melakukan pembaziran dengan mendapatkan pinjaman kewangan daripada Kerajaan Pusat. Menurutnya, aliran kewangan Kerajaan Negeri sememangnya digunakan bagi tujuan pembangunan dan kemudahan asas demi keselesaan masyarakat terutama pembiayaan kos pembinaan rumah serta bekalan air bersih. "Kita membiayai pembinaan rumah kos rendah kira-kira RM16 juta agar dapat dimiliki masyarakat yang berpendapatan rendah tetapi sebilangan mereka gagal membuat pembayaran semula mengikut jadual ditetapkan. "Kita juga membiayai subsidi bekalan air bersih kepada setiap isi rumah di negeri ini sehingga lebih 70 peratus daripada penggunaan bulanan," katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Daerah Raub di Dewan Jubli Perak, baru-baru ini. Adnan berkata, kadar cukai tanah yang rendah setiap tahun juga ditetapkan sebagai tanda mengutamakan kepentingan masyarakat sedangkan ia termasuk dalam sebahagian pendapatan Kerajaan Negeri. Katanya, dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak mampu menarik pelabur luar juga tidak benar. "Kerajaan Negeri menjana pendapatan daripada pelabur luar sehingga RM2 bilion setahun dan kewangan itu dialirkan kepada pembangunan negeri ini termasuk mengutamakan keselesaan masyarakat menggunakan kemudahan asas yang wajar disediakan. "Urus tadbir kewangan dijalankan dalam mengutamakan pembangunan rakyat setempat dan tanggungan hutang dengan Kerajaan Pusat sepatutnya tidak dijadikan isu kerana ia adalah situasi yang dihadapi semua negeri di negara ini walaupun menjana perolehan lebih tinggi daripada kita di sini," katanya. sinarpahang

Tiada ulasan: