Khamis, 14 Julai 2011

SharpShooter

SharpShooter


Hari memperingati pejuang BERSIH yang terkorban

Posted: 14 Jul 2011 01:54 AM PDT

Generasi BERSIH menganjurkan hari untuk memperingati seorang pejuang yang telah terkorban semasa demontrasi BERSIH untuk menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya.

Allahyarham Encik Baharuddin suami kepada Ketua Wanita Keadilan Cabang Titiwangsa yang terkorban semasa demontrasi 9 Julai 2011 Sabtu lalu kerana sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang ditembak oleh polis apco akan terus dikenang bukan sahaja sebagai shuhada malah sebagai seorang Revolusioner.

Justeru itu satu perhimpunan aman sempena memperingati sejarah pemergian Allahyarham akan diadakan pada :-

Tarikh. : 16 Julai 2011
Hari. : Sabtu
Masa. : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Taman KLCC
Pakaian : Baju kuning BERSIH atau baju kuning.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.. Setiap Sabtu kita KUNINGKAN seluruh negara..

Warna kuning warna Di Raja..Daulat Tuanku..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Setiap 5 saat desak Najimah pandy kutty letak jawatan

Posted: 13 Jul 2011 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang F5 (refresh) ditekan.

Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong.

Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan.

Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai  angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya.

Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa.

Sharpshooter - Apakah najimah akan ikut jejak bertapak che det yang menangis teresak-esak macam budak-budak umum letak jawatan?

Yang pasti kini mat sembab renyeh dan tersenyum kambing bak lembu balaq..hai bila la pandy kutty ni nak terkorban.. Namu begitu akan tercapaikah hajat mat sembab nak jadi PM selepas najimah?

Rakyat BERSIH ada jawapannya..kita tolak pemimpin KOTOR..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: