Khamis, 14 Julai 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Posted: 14 Jul 2011 08:49 AM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

NONEMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.



A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.

KEKAYAAN ROSMAH DAN NAJIB MENGGIURKAN RAKYAT

Posted: 13 Jul 2011 10:27 PM PDT

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

"Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnyahttp://www.malaysiakini.com/news/169870

JANGAN RAMPAS LAGI KEBEBASAN SAYA

Posted: 13 Jul 2011 06:09 PM PDT

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

NONEWanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

"Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

NONE"Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu."

Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

"Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu," kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih "mudah jika berjalan seorang diri".

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun," katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya."

Laporan pro-BERSIH 2.0, akhbar Cina ditegur?

Posted: 13 Jul 2011 09:39 AM PDT

editor kanan tiga akhbar Cina dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri semalam, dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.

Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.

Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.
Tiada amaran

"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati," kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.

chinese newspapers bersihBeliau pada mulanya menafikan mesyuarat seumpama itu berlangsung tetapi mengakuinya setelah disahkan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam.

Abdul Aziz juga enggan mendedahkan jika mesyuarat itu ada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu tetapi hanya berkata mereka membincangkan "pelbagai isu".

Menurut beliau tidak ada amaran lisan diberikan.

Apabila ditanya sama ada surat tunjuk sebab akan dikeluarkan, beliau berkata: "Saya dah beritahu, tiada amaran".

Beliau juga enggan mendedahkan akhbar Cina mana yang diminta menghantar perwakilan mereka ke mesyuarat berkenaan.

Adalah difahamkan akhbar berkenaan adalah Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan China Press.

Ketiga-tiga akhbar dimiliki oleh jutawan media Tan Sri Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Ltd.

Tiada ulasan: