Muslimeen United |
- Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjati Api & Bom Petrol
- Hebat Amoi nii..Siap "Maki" Polis lagi..
- KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS
- BERSIH 2.0 – Tamparan buat UMNO
- KENYATAAN USTAZ ZAMRI TERHADAP ISU GAMBARNYA DI HIMPUNAN BERSIH
- Gambar: Majlis Penyerahan ipad2 Kepada Semua Wakil Rakyat Negeri Kelantan
- BERSIH 2.0 - Laman Liow Tiong Lai dibanjiri cemuhan [video]
- "Mereka Boleh Rosakkan Lutut Saya, Tetapi Tidak Boleh Rosakkan Perjuangan Saya" - Mat Sabu
- AI: Jangan bentang permaidani merah bagi Najib
- Presiden PAS disambut sebagai 'Wira Rakyat'
- Menteri Kesihatan Suruh Rakyat Salahkan Angin, Bukan Polis
- 9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan
- Video : Husam Musa tembusi rintangan Polis
- KEMPEN PAKAI BAJU KUNING
- BONGKAR: Surat Rahsia Arahan Pejabat Perdana Menteri Kepada PDRM Tangani Bersih 2.0
- Cincin Rosmah Mansor berharga RM24.5 Juta?
- Hentikan Pembohongan Dan Putar Belit Himpunan Bersih!
Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjati Api & Bom Petrol Posted: 12 Jul 2011 09:12 AM PDT Masih ingatkah anda? Ketua Polis Malaysia dan Ketua Polis Selangor beriya-iya dalam TV mengatakan penemuan senjata yang dipercayai didalagi oleh pihak BERSIH untuk merusuh di ibukota pada 9 Julai 2011 nanti. Wartawan menjadi lembu untuk opera ini. Akhbar pula menjadi lidah syaitan untuk pembohongan ini. Seramai 1667 orang di tahan polis atas arahan Najib, hanya jumpa beberapa bahan bahaya iaitu Air mineral dengan botalnya sekali. Garam dan tuala. Rasanya IGP perlu buat pemeriksaan mata untuk bezakan antara garam dengan bom petrol dan antara botol air mineral dengan parang!! Stupid punya IGP! Seorang peserta himpunan BERSIH yang patah kaki akibat dipijak oleh polis tidak dapat membuka ikatan tangannya kerana tak ada sebilah pisau walaupun pisau asah pensil! Takkan ini pun blogger UMNO tak ada akal nak fikir. Bengong betul!! Haji Shurhadi ini pun masa sakit tak ada dikalangan peserta boleh potong dengan mana-mana parang. Stupid betul dia orang ingat nak gotong royong bersih kubur ke?? Nasib baik ada wartawan tolong keratkan ikatan ini. KENAPA BLOGGER UMNO BODOH SANGAT?? -sumber | |
Hebat Amoi nii..Siap "Maki" Polis lagi.. Posted: 12 Jul 2011 09:07 AM PDT Inilah kezaliman Rejim BN...Menambahkan "Kemeluatan" Rakyat kepada mereka.. | |
KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS Posted: 12 Jul 2011 09:04 AM PDT Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan. Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar. Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit! Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan. Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian. "BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu. Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya. Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian! Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung! Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian. Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya. Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini. Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!" Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan.... Matlamat sama.. Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!" Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan. Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan. Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. -MerdekaReview *Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. | |
BERSIH 2.0 – Tamparan buat UMNO Posted: 12 Jul 2011 08:57 AM PDT Tanpa disedari ini memberi suatu promosi yang meluas kepada BERSIH – dari hanya satu perhimpunan yang belum tentu disertai SECARA MENYELURUH oleh rakyat marhaen mahupun ahli-ahli parti pembangkang kepada sesuatu yang perlu disertai – bagi membuktikan perjuangan mereka. Pembangkang menggunakan sentimen mudah – ini satu perjuangan rakyat dan kepimpinan pembangkang berjaya mencairkan elemen politik yang ada dalam BERSIH 2.0 kepada satu usaha mendaulatkan perjuangan rakyat dan hak demokrasi. Ini semua berjaya dilakukan dengan pertolongan media pro UMNO dan tindakan-tindakan serta amaran melampau oleh POLIS. Hentakan bertubi-tubi, serangan media yang tidak terkawal, keletihan dan kelesuan tim-tim pemikir kerajaan dan UMNO menjadikan BERSIH 2.0 berubah – dari hanya satu perhimpunan politik kepada satu perhimpunan perjuangan rakyat. Bagi pembangkang dan penyokong mereka 9hb Julai 2011 adalah hari membuktikan bahawa mereka kuat – mereka perlu hadir – ini satu perjuangan yang penting kerana cabaran yang dilemparkan kepada mereka oleh PERKASA dan PATRIOT yang akhirnya membuka pekong kekurangan bila dibandingkan dengan kehadiran mereka yang menyertai BERSIH 2.0 Satu kesilapan yang benar-benar jelas – bila PERKASA dan Pemuda UMNO mengambil inisiatif untuk mula berdemo tanpa arah dan tujuan yang tepat. Berdemo untuk menghalang demo – dalam keadaan amaran – amaran yang keras oleh kerajaan – hanya menjadikan partisipasi pemuda UMNO meleset tetapi tidak pada penyokong pembangkang. Akhirnya apa yang nampak adalah perhimpunan PATRIOT seakan terlampau kecil berbanding dengan BERSIH lantas memberi ruangan untuk persepsi timbul bahawa sokongan terhadap PATRIOT tidak menyeluruh serta kesatuan yang lemah. Satu petunjuk jelas adalah apabila perhimpunan PATRIOT sendiri tidak dapat mengumpul ratusan ribu ahli UMNO khususnya PEMUDA UMNO sendiri. Sekiranya AJK Pemuda Bahagian semuanya turut – PATRIOT akan lebih nampak gah – dari apa yang kelihatan pada 9hb Julai 2011. Mungkin semua ini ada hikmah untuk kepimpinan YAB Najib Tun Abdul Razak serta kepimpinan UMNO/BN. Mereka perlu tahu apa yang sedang bergolak dan cara aturan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Mereka patut sedar bahawa apa yang cuba mereka mainkan – hanya membawa BN/UMNO bermain pada padang permainan yang amat biasa oleh pembangkang. UMNO secara khususnya perlu membuka minda dan ruangan kepada pemikir-pemikir baru, kepada cara baru yang lebih tersusun dan tidak bertindak atas cadangan ortodoks mereka yang duduk melihat tetapi tidak pernah merasai dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin YAB Najib Tun Abdul Razak sendiri perlu memecahkan benteng yang ada di sekelilingnya – melihat secara lebih realistik lagi dari mendengar cadangan yang usang, lemah dan tidak ada hala tuju yang tepat dalam menangani isu pembangkang – khususnya apabila berdepan dengan perhimpunan dan gerakan reformasi. Sebenarnya BERSIH memberi tamparan kepada kerajaan serta UMNO/BN adalah kerana kealpaan sendiri. Mereka yang mencatur perang saraf untuk perkara ini perlu ditolak. Mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ini harus sedar bahawa idea dan teknik lama mereka sudah tidak boleh diterima pakai hari ini. Utusan Malaysia harus disedarkan bahawa apa yang berlaku juga adalah kesan dari kebodohan editorial dan perang saraf mereka. Mereka perlu sedar bahawa ini bukan zaman UMNO dengan logo kapal layar lagi. UMNO sendiri perlu sedar bahawa tamparan yang diterima ini mencederakan persepsi terhadap UMNO dan ini akan terus membengkak. Selagi UMNO masih menerima input-input palsu, menerima cadangan dan idea usang maka UMNO akan terus tersekat dalam paradigma lama yang akan menyakitkan perjuangan UMNO itu sendiri. sumber | |
KENYATAAN USTAZ ZAMRI TERHADAP ISU GAMBARNYA DI HIMPUNAN BERSIH Posted: 12 Jul 2011 04:22 AM PDT Berikut adalah kenyataan ustaz zamri TV9 tentang isu yang sedang panas sekarang di mana gambar2nya semasa bersama perhimpunan Bersih tersebar di internet. Tahniah Ustaz. Tubuhmu kecil tapi jiwamu besar. Tak payah dok bising2 dalam masjid saja tapi tak berani berdepan dengan kezaliman. 9 julai adalah saksi kepada kebangkitan rakyat di bumi Malaysia. pengorbanan ustaz Zamri tidak sebesar pengorbanan Allahyarham Baharudin yang di bunuh pada hari itu. Kebangkitan rakyat telah melenyapkan angan2 manusia yang bercakap besar macam Perkasa. Hanya garang di mulut tetapi lari lintang pukang bila bertembung dengan rakyat yang tak bersenjata. Sedangkan polis yang bersenjata pun rakyat tak pernah gentar inikan pula Perkasa. Tahniah ustaz Zamri Tahniah Baharudin Tahniah kepada yang masuk lokap Tahniah kepada di pukul polis Tahniah kepada yang di simbah asid Tahniah kepada yang diasapi gas beracun Tahniah kepada semua Takziah kepada Umno takziah kepada Perkasa | |
Gambar: Majlis Penyerahan ipad2 Kepada Semua Wakil Rakyat Negeri Kelantan Posted: 12 Jul 2011 03:20 AM PDT antara adun yang hadir gembira dengan peralatan yang dapat dua 0rang adun umno juga hadir | |
BERSIH 2.0 - Laman Liow Tiong Lai dibanjiri cemuhan [video] Posted: 12 Jul 2011 01:36 AM PDT Laman Liow Tiong Lai dibanjiri cemuhan Semalam, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang menafikan "gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital Tung Shin", kini merasai "malapetaka" yang disebabkan kenyataan beliau. Malah, warga internet membanjiri laman diri-nya dengan cemuhan, kritikan, maki hamun, mendesak beliau menjawab setelah ditampalkan gambar, klip video yang jelas menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital. | |
"Mereka Boleh Rosakkan Lutut Saya, Tetapi Tidak Boleh Rosakkan Perjuangan Saya" - Mat Sabu Posted: 12 Jul 2011 01:35 AM PDT Seberang Jaya: "Umno dan pihak keselamatan boleh rosakkan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi. Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah. Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini. Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan 'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman. "Kali ni Najib rasa tertekan maka disuruhnya pihak polis bertindak. Akhirnya polis juga yang kena marah. "Bagi menghilangkan perasaan yang bergelora Najib terus tinggalkan Malaysia buat seketika," jelasnya sambil melaungkan 'Najib penipu' beberapa kali semasa berucap. Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya sedar polis bertindak berdasarkan arahan Najib yang tidak senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Ini, katanya kerana anak muda secara terang-terangan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat sejak berkuasa di lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Tambahnya lagi, kehadiran kaum Tionghua dan India ke himpunan Bersih 2.0 cukup membimbangkan pemimpin kerajaan Malaysia berbanding Bersih pertama dahulu. Jelasnya, paling membingungkan pemimpin Umno BN adalah masih ramai lagi rakyat yang keluar bersama Bersih 2.0 walhal semua jalan ditutup dan sekatan dikenakan. Tambahnya, ini tentunya ada yang tidak kena terhadap arahan tersebut atau rakyat sudah cerdik datang awal memasuki Kuala Lumpur secara diam-diam semata-mata menjayakan Bersih 2.0. "Saya pun hairan di mana munculnya ratusan ribu manusia bersedia berhimpun secara aman sedangkan berbagai sekatan dikenakan. "Saya ucapkan syabas kepada anak-anak murid yang sanggup mengepalai kumpulan besar dan kecil sehingga mencapai matlamat sebab semua kepimpinan PAS, KeAdiLan dan badan Bukan Kerajaan (NGO) ditangkap lebih awal," tegasnya pada program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu. Pemidato utama yang berucap pada majlis pertama kali diadakan selepas himpunan Bersih 2.0 itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Hrkh
| |
AI: Jangan bentang permaidani merah bagi Najib Posted: 12 Jul 2011 01:25 AM PDT Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu. Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima. Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. "Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia," kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest. "David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima. "Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman," katanya. Ramai dikasari Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka. Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka. "Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat," kata Guest lagi. -M'kini | |
Presiden PAS disambut sebagai 'Wira Rakyat' Posted: 11 Jul 2011 09:02 PM PDT Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi sambutan 'panas' sebagai 'Wira Rakyat' sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud (LTSM), dekat sini jam 9.00 malam 11 Julai. Ribuan hadir tidak henti-henti melaungkan kalimah membesarkan Alah "Allahuakbar'" sehingga Ustaz Hadi dibawa ke tempat letak kereta LTSM, dimana beliau memberikan ucapan kepada para hadirin. Turut mengiringi beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.. | |
Menteri Kesihatan Suruh Rakyat Salahkan Angin, Bukan Polis Posted: 11 Jul 2011 08:49 PM PDT Bersih - Salahkan Angin Bukan Polis, Kata Menteri Kesihatan SHAH ALAM : "Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital." Itu penjelasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersabit bukti gambar dan video yang memaparkan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan. Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. "Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini. Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan penjelasannya. Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan. Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut. Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali, Malaysiakini melaporkan Sabtu lalu. Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam perkarangan hospital berkenaan. Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama. Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital. Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam perkarangan hospital tersebut. Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut. Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut. -tvsnews Salahkan angin sedangkan amat nyata polis menembak ke kawasan hospital? Baru sebentar tadi GB sudah ulas. Petikan: Terlalu mendukacitakan dan memalukan seorang menteri kesihatan mengambil sikap mempertahankan tindakan polis tetapi membelakangkan keselamatan pesakit di hospital. Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. Bukankah polis mengetahui kawasan itu adalah kawasan sebuah hospital dan jika sekalipun benar ia tak membidik hospital tetapi jalan besar ia tetap merupakan satu kesalahn serius. Seperti orangramai tidak boleh membunyikan hon kenderaan di jalanraya di hadapan sekolah kerana menganggu para pelajar, apatah lagi menembak gas pemedih mata di jalanraya di hadapan sebuah hospital. Alasan menteri berkenaan hanyalah bertujuan politik. Mempertahankan tindakan polis yang ternyata jelas bersalah sedangkan sudah sedia maklumkan asap tembakan sudah pasti merebak ke kawasan di sekelilingnya. Namun yang jelas dan nyata, tembakan yang dilakukan sebenarnya memang ke arah hospital. Gambar dan video (lihat di bawah)yang dirakam membuktikannya tetapi menteri berkenaan masih dengan sikap membodek agar jawatan menterinya tidak terlepas. Dasar menteri kabinet BN memang kaki pendusta! -GB | |
9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan Posted: 11 Jul 2011 08:45 PM PDT Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri? Remehkan kecederaan Bertukar ganas Aparatus polis Terima tamparan Justin Bieber lebih berhak Patahkan BERSIH Rakyat dihukum
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. | |
Video : Husam Musa tembusi rintangan Polis Posted: 11 Jul 2011 04:02 PM PDT | |
Posted: 11 Jul 2011 03:57 PM PDT KUALA LUMPUR — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 dan tindakan Putrajaya mengharamkan kemeja-T warna kuning tertera lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya, Pemuda PAS merancang memulakan kempen warga kuning ketika sambutan Aidilfitri akhir bulan depan. Bulan Ramadan bermula awal Ogos dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri sebulan kemudian. "Saya juga memberi perhatian kepada cadangan sahabat saya (bekas mufti Perlis) Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar dianjurkan Minggu Bersih dengan menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 sepanjang minggu dalam pelbagai aktiviti harian sama ada secara rasmi atau tidak. "Cuma saya menambah agar momentum Bersih 2.0 ini dikekalkan sehingga lapan tuntutan menjadi kenyataan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini. Kata beliau, momentum itu boleh diterjemah atau direalisasikan oleh rakyat dalam apa jua aktiviti dan kreativiti mereka. "Saya mengusulkan kepada semua rakyat Malaysia khasnya anak-anak muda negara ini sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 agar menjadikan tema pakaian dan perhiasan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini ialah warna kuning... tidak mengapalah tema kuning itu menampilkan warna kuning air, kuning emas, kuning bercorak, kuning bersulam, kuning berjalur, kuning berpetak, kuning sedondon, kuning berbatik dan sebagainya, asalkan temanya kuning," katanya. Dalam kenyataannya, Nasrudin, salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur semalam berkata, biarpun tanpa baju Bersih 2.0 berwarna kuning yang tertera senarai lapan tuntutan, "namun kandungan tuntutan itu telah menjadi slogan dan laungan para peserta Bersih 2.0 sepanjang himpunan berlangsung di bawah siraman gas pemedih mata." "Tidak hilang seri himpunan Bersih 2.0 tanpa baju rasmi himpunan kerana fokus adalah kepada senarai lapan tuntutan yang dikemukakan, bukan pada warna bajunya semata-mata," katanya. Nasrudin yang menyifatkan perhimpunan mereka semalam berjaya berkata peserta tidak memakai baju Bersih 2.0 kerana mematuhi ketetapan penganjur yang memberi kebebasan kepada peserta himpunan untuk tidak memakai baju rasmi ekoran tekanan menggila dari pihak pemerintah. "Biarpun sekatan dikenakan dari segenap penjuru alam beserta ugutan, ancaman, tekanan, fitnah, tohmahan, tangkapan dan halangan, ternyata tidak mampu menghalang rakyat dari seluruh negara mewakili keseluruhan rakyat yang prihatin memasuki ibu kota untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0. "Pastinya mereka kehairanan, setelah sedemikian rupa tindakan mereka ke atas Bersih 2.0 termasuklah menggunakan televisyen, radio dan iklan sebagai propoganda membusuk dan mengotorkan imej Bersih 2.0, namun Bersih 2.0 tetap bersih dan himpunannya tetap mencapai matlamat serta objektif penganjurannya," kata beliau lagi. | |
BONGKAR: Surat Rahsia Arahan Pejabat Perdana Menteri Kepada PDRM Tangani Bersih 2.0 Posted: 11 Jul 2011 03:57 PM PDT Kuala Lumpur - Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu. Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas. Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan lain-lain pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri tidak berjaya. "Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut. Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut. Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram". Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan. Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka. Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain. Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci: * [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara. * KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan. * Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka. * PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini. * Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga. * Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan. * Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang. * Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa. * Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan. * [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih. Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia. Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa. Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka. sumber: TheMalaysianInsider Nota: Terima kasih kepada penterjemah. | |
Cincin Rosmah Mansor berharga RM24.5 Juta? Posted: 11 Jul 2011 03:55 PM PDT SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri. Pendedahan "dalaman" sistem kastam membongkarkan bahawa pembelian sebentuk cincin mewah yang berharga RM 24.5 Juta ada kaitan dengan Datin Paduka Rosmah Mansor, suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merangkap presiden United Malays No Otak, UMNO. Rujuk printscreen di atas. Jenis cincin yang dibeli pula adalah sebentuk cincin mewah, Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring [Forbes] Akal yang waras tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa Rosmah Mansor si "kaki shoping" ini mampu dan tergamak membeli sebentuk cincin berharga RM 24.5 Juta. Dari manakah dia dapat wang sebanyak itu? Adakah isterinya si Najib mampu dan sanggup memberikannya wang sebanyak itu hanya untuk membeli sebentuk cincin? Adakah suami Najib ini telah menyalah gunakan peruntukan RM111 Juta yang diberikan oleh isterinya pada bajet 2011 yang lalu?[Harakah] Di dalam paparan print screen tersebut tertulis no kad pengenalan 720413-08-5731 milik individu yang bernama, A. KRISHNAN, atau nama sebenarnya KRISHNAN A/L AIYAVOO jika disemak melalui website daftar pemilih SPR [Daftar pemilih]. Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM benar-benar telus dan berani untuk menyiasat kes ini, sila ke alamat yang tertera di atas untuk memulakan siasatan. Jika SPRM tidak berani, tak mengapa ayuh tumbangkan Regim Rosmah Mansor, sejarah membuktikan Imelda Marcos, Laila Trabelsi ke penjara selepas regimnya tumbang! | |
Hentikan Pembohongan Dan Putar Belit Himpunan Bersih! Posted: 11 Jul 2011 03:54 PM PDT Pemimpin Umno dan media pro umno diminta hentikan pembohongan dan putar belit himpunan Bersih 9 Julai 2011. Kenyataan pemimpin umno sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan