Briged Al-Akhdor LR2 |
- 'Ajak' Teraniaya akibat manipulasi Media Pencacai..
- 2 naib presiden PAS buat aduan 'salah tangkap'
- Edisi Kantoi:Berita Hairan palsukan Gambar...
| 'Ajak' Teraniaya akibat manipulasi Media Pencacai.. Posted: 12 Jul 2011 08:23 AM PDT " ![]() Hari ini 11 Julai, akhbar New Straits Times (Kumpulan NST/ Berita Harian) menyiarkan satu muka penuh di mukasurat 8 berkenaan dengan rungutan orang ramai suasana 'ganas' semasa di perhimpunan bersih 2.0 yang lalu. Sudut berbeza 8 keping gambar dipaparkan dari Reuter, AFP dan Al-Jazeera watak ganas pemuda dari Temerloh yang dikenali Ajak yang juga anggota Unit Amal. Tujuannya dipaparkan untuk membukti wartawan dan juga jurugambar NST bernama Effendy Rashid tidak membuat sebarang edit gambar 'GANAS' itu, tetapi tidak menyatakan 'Minta Maaf' mentafsirkan 'SEORANG perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram' Adakah tuntutan Ajak untuk tindakan Mahkamah adalah wajar. Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan. Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang. "Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli. "Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis," ujarnya. Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi. Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. "Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu. "Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar," katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi. Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. |
| 2 naib presiden PAS buat aduan 'salah tangkap' Posted: 11 Jul 2011 10:21 PM PDT aib presiden PAS - Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - menegaskan mereka telah 'disalah tangkap' sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu. Mahfuz berkata, tindakan itu telah merosakkan reputasi mereka dan menyebabkan ketegangan dan trauma emosi kepada keluarga mereka yang tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas mereka. Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata polis telah menahannya di KL Sentral kerana didakwa melanggar perintah sekatan yang dikeluarkan pada 7 Julai ke atas 91 individu, termasuk Salahuddin dan dirinya. Kedua-dua mereka ditahan di pintu masuk ke terminal transit di situ. Menurut larangan yang ditandatangani oleh seorang majistret di Kuala Lumpur minggu lalu, 91 orang dihalang berada di Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara. Mereka juga dihalang berada di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Cenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. Polis telah menyenaraikan Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pusat membeli-belah Sogo, Maju Junction, masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud, sebagai kawasan 91 individu berkenaan dilarang masuk. Katanya, mereka berada di sidang akhbar di Hotel Hilton di depan KL Sentral, dan selepas sidang akhbar itu, mereka berjalan dari lobi hotel ke KL Sentral di mana seorang anggota memberhentikannya dan bertanya sama ada dia tahu yang dia dilarang masuk ke Kuala Lumpur. Mahfuz berkata, beliau menjawab yang mereka tidak dilarang dari kawasan KL Sentral dan tidak melakukan sebarang jenayah dengan berada di situ. Mahfuz dan Salahuddin adalah antara 1,697 yang ditahan semasa perarakan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan pilihan raya. |
| Edisi Kantoi:Berita Hairan palsukan Gambar... Posted: 11 Jul 2011 04:17 PM PDT Panas!! Berita Harian Palsukan GambarPULAU PINANG - Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam sekeras-kerasnya imej yang dipaparkan akhbar Berita Minggu Ahad lalu bertajuk 'KL Tegang' dengan memaparkan imej seorang lelaki merusuh dengan bersenjatakan pisau. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, AMKPP mendapati lelaki itu hanya memegang bendera dan bukan pisau, selepas meneliti dan membandingkannya dengan foto asal. AMKPP berpendapat, pihak Berita Harian samada sengaja mengedit gambar tersebut untuk menampakkan imej ganas peserta Bersih 2.0 atau hanya menyiarkan olahan grafik yang dihantar kepada mereka. "Namun, apa pun alasan yang diberikan, pihak editorial Berita Harian telah melakukan kesalahan yang besar dengan memfitnah perhimpunan aman tanpa senjata rakyat Malaysia semasa Bersih 2.0 dan dalam masa yang sama menghasut & menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan suasana keganasan," kata kenyataan itu. Justeru, AMKPP mendesak tiga tuntutan berhubung penyiaran gambar berkenaan: 1. Menarik balik gambar & imej yang mengelirukan rakyat Malaysia tersebut 2. Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia secara lisan & bertulis dalam laporan mereka 3. Menghentikan segera siaran sebarang foto, imej & artikel yang menimbulkan suasana tegang dan ganas di negara ini. AMKPP juga menggesa pihak editorial Berita Harian supaya profesional melaksanakan ketiga-tiga tuntutan ini, demi menepati garis etika kewartawanan yang tulen. "Berita Harian perlu menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, dan bukannya menjadi agen putar belit dan terus-menerus menakut-nakutkan rakyat," katanya./KD |
| You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Mahfuz berkata, tindakan itu telah merosakkan reputasi mereka dan
Katanya, mereka berada di sidang akhbar di Hotel Hilton di depan KL 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan