SOKONG PAKATAN RAKYAT |
PASCA BERSIH 2: BERTAMADUNLAH SPR!!!! Posted: 12 Jul 2011 05:53 AM PDT Bayangkanlah rakyat baru menuntut 8 perkara yang berkaitan dengan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih, kerajaan BN sudah menggelabah. BN tak mampu menjadi "moden" dan "semasa" dalam melihat kerasionalan tuntutan Bersih 2. Walhal perjalanan perkhidmatan awam selalu diingatkan sentiasa memperbaharui sistem pengurusan secara berkualiti dan inovatif serta responsif dengan kehendak pelanggannya. Apabila SPR memekakkan telinganya dan membutakan matanya, maka SPR adalah satu agensi perkhidmatan awam yang paling jumud dan tidak bertamadun. Mengapa SPR Malaysia tidak mahu belajar dari SPR negara luar supaya rakyat kita akan berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya di negara ini. Payah sangat ke nak belajar. Nampak sangat SPR Malaysia menjadi budak suruhan parti pemerintah, bukannya berkhidmat untuk negara. Satu badan yang ditubuhkan atas nama Suruhanjaya adalah satu badan yang otonomi, bebas, adil, dan hanya merujuk kepada "bidang rujukan" yang piawai dan dilihat boleh diguna pakai oleh semua negara. Bilakah SPR hendak bebas dari mengikut telunjuk parti sang pemerintah dan tidak lagi menjadi pak angguk??? |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan