Khamis, 21 Julai 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Lintah darat yang power!!

Posted: 21 Jul 2011 05:03 AM PDT


Anak Pak Yatim... kalau bercakap, fullaamaak, bukan main gah lagi. Berdegor-degor... Tapi, malangnya, cakapnya tarak serupa power!!

Mula-mula dulu, dia siap beri amaran kepada Astro supaya tidak menaikkan kadar bayaran sehingga kabinet membuat keputusan. Tup-tup... Astro tetap dengan keputusan yang telah mereka buat. Kadar bayaran perkhidmatan Astro dinaikkan. Bising para pengguna.... Mereka membuat bantahan untuk memboikot Astro dengan enggan membayar bil Astro mereka selama 3 bulan. Boikot jangan tak boikot!!

Haprak punya Astro. Mutu perkhidmatan macam taik... kadar bayaran nak dinaikkan. Piiraahh!! Kasi pecah dia punya monopoli dan wujudkan saingan. Barulah rakyat ada pilihan untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Ini semacam satu rompakan secara halus oleh Astro ke atas rakyat. Satu bentuk penindasan beb!!

Tapi yang menghairankan... apa jadi pada amaran dan janji anak Pak Yatim?? Janji tinggal janji. Janji tak mampu dikotakan. Janji kosong namanya tu... Janji nakmenyedapkan hati rakyat. Janji nak kencing rakyat.

Ha ha ha ha.... nampaknya power yang ada pada anak Pak Yatim tak sekuat power pihak Astro!! In other words.... anak Pak Yatim has no power to control Astro. Astro is more powerful!! Kroni menguasai kementerian@kerajaan!!

Ek ele.... kesiannya. Dia hanya mampu berbincang dan beri cadangan jer kepada Astro tapi tak mampu untuk melindungi kepentingan rakyat. Itulah akibatnya dan kesannya amalan monopoli dalam urus niaga. Astro jadi besaq kepala!! Rakyat bayar gaji menteri untuk berkhidmat kepada kita, tapi apa sudah jadi.... Menteri lebih setia menjilat kroni!!

Isy.... Isy... Isy... Malulah, apabila Kementerian tidak mampu untuk melindungi kepentingan rakyat dan terpaksa tunduk dan akur pada kerenah pihak kroni yang lintah darat, mencekik darah!!

Ha ha ha.... 1Malaysia kroni didahulukan, rakyat mampuih pi!!

Oleh itu, jom kita....


Jom kita pilih kerajaan yang people-friendly dan yang boleh overpower kroni-kroni lintah darat, mencekik darah.... belaan kerajaan 1Malaysia!!

[sumber]

Tiada ulasan: