Khamis, 21 Julai 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Teoh Beng Hock.. RIP...

Posted: 21 Jul 2011 01:52 AM PDT


Teman sedari awal lagi menyatakan simpati teman kepada mendiang Teoh Beng Hock ni..
Walaupun silap-silap karang pencacai UMNO kata teman talibarut cina pulak nanti!

Moga keluarga Teoh Beng Hock mampu bertenang dan bersabar dalam menempuhi dugaan..
Biarpun berlainan bangsa dan agama dengan teman..
Mereka adalah golongan yang dizalimi..
Wajib pada teman membela nasib mereka walaupun hanya dalam blog..

Dengan tuduhan RM2 ribu lebih..
Mendiang terpaksa mengorbankan nyawanya!

So,
apa pegawai-pegawai SPRM yang menyoalsiasat dengan cara 'agresif,tidak wajar dan langgar peraturan' tu akan kena?
Majlis makan malam bersama Menteri kot sebagai hukuman?
wakakakaka!

Err.. Baiknya Nazri umum kan sekali yang Allahyarham Sarbaini bunuh diri..
Senang.. tak yah rakyat dok tunggu lama-lama..

"Tahniah" SPRM...

budakbalun 21072011

S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Berita Penuh

Tiada ulasan: