Khamis, 21 Julai 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Ko Ingat Tangkap Orang Macam Tangkap Katak ke Bro

Posted: 21 Jul 2011 04:19 AM PDT


Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata, waran tangkap yang dikeluarkan kepada 13 individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sah kerana mereka tidak pernah menerima sebarang notis sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata pihak berkuasa itu mengeluarkan waran tangkap ke atas  individu penting tersebut kerana pembabitan mereka dalam perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Ismail berkata waran itu dikeluar ekoran mereka gagal memberi keterangan pada 11 Julai lalu selepas diarah berbuat demikian bagi membantu siasatan polis.

Namun Surendran mempersoalkan mengapa waran itu dikeluarkan tanpa sebarang pemberian notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

"Kita dapat tahu tidak seorang pun antara mereka diberitahu atau mendapat mana-mana notis daripada polis,"

"Kita tidak faham kenapa waran tangkap boleh dikeluarkan walaupun tiada notis. Walaupun kita tahu polis berat sebelah, tetapi jika dipanggil beri keterangan (dengan notis), kami tetap hadir," kata Surendran, yang juga seorang peguam kepada Keadilandaily.

Justeru itu katanya, beliau menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya bukan sahaja memberikan penjelasan berhubung perkara itu, malah meminta maaf kepada semua individu tersebut.

"Ketua Polis Negara perlu beri penjelasan dan meminta maaf kepada 13 individu tersebut.

"Ini salah dari segi undang-undang, langsung tidak ada sebab untuk mereka hadir (beri keterangan)," katanya sambil menyifatkan polis mempunyai niat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0.

Berita Harian hari ini melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung penganjuran himpunan Bersih yang lalu.

Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Bersih 2.0 Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latheefa Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Husam Musa dan Dr Hatta dalam laporan Malaysiakini hari ini menyatakan mereka tidak dihubungi oleh polis berhubung perkara itu.

Tiada ulasan: