Isnin, 25 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ulama muda, kaji kedudukan anda dalam Umno - Nasihat Dr Asri

Posted: 25 Jul 2011 08:09 PM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap ulama-ulama muda, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.

Asri dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.

Sehubungan itu, Asri  berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

"Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

"Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno," kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata "pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih."

"Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya."

Malah kata Asri, "(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik..."

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Cakap-cakap mengenai isu Wahabi dan penyertaan ulama muda dalam Umno pernah kedengaran sebaik sahaja mereka menyertai parti itu tahun lalu tetapi dinafikan oleh mereka dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.

Difahamkan mesyuarat pagi semalam merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.

Mesyuarat itu adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.

Difahamkan mesyuarat semalam telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Selain Asri antara nama yang disebutkan ialah Fathul dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Dalam komen awal semalam, Asri berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah "reda."

Sementara itu, Fathul Bari memberitahu semalam bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung perkembangan terbaru ini.

Beliau sebaliknya menegaskan agar pihaknya diberi peluang untuk membuat penjelasan dengan MKN.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."

Mengulas lanjut, Asri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihak berkuasa boleh memanggilnya untuk mendapatkan penjelasan pada bila-bila masa, bukannya membuat tanggapan sedemikian.

"Dua hari lalu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada datang berjumpa saya di rumah saya (di Pulau Pinang). Ketika masa perhimpunan Bersih 2.0, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga ada menghubungi saya untuk berkongsi pandangan.

"Jadi, mereka (pihak berkuasa) boleh menghubungi saya bila-bila masa jika memerlukan maklumat dan penjelasan... bukan menyenaraikan dan melabelkan seperti ini," kata tenaga akademik Universiti Sains Malaysia ini, yang akhir 2009 dikenakan dakwaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan kuliah agama tanpa tauliah di Hulu Klang.

Bertolak daripada pendiriannya berkaitan dengan isu-isu politik mutakhir, Asri juga berkata, pihak-pihak tertentu menentang fahaman Wahabi kononnya membawa fahaman sempit dan bertentangan dengan prinsip sebenar Islam.

"Saya menyokong usaha menentang jika fahaman Wahabi membawa fahaman sempit. Tetapi pihak yang membawa amalan Wahabi cuba membawa unsur progresif dan unsur-unsur yang sesuai dengan persekitaran moden, tetapi tidak meninggalkan prinsip Islam... misalnya isu kedudukan wanita dalam masyarakat.

"Seperti yang dikatakan oleh Barat, kita patut menentang dan mengelak perkara-perkara yang membawa kepada fahaman sempit," kata Asri sambil menambah, "dalam perkembangan sekarang, mereka yang menentang kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun juga seharusnya dianggap sebagai mereka yang mengamalkan fahaman Wahabi."

"Sebab mereka tidak dapat membezakan antara fahaman progresif dan konservatif," katanya lagi.

Asri merupakan antara tokoh agama progresif memberikan pandangan dan pendirian terbukanya mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu. Ia dikatakan kurang disenangi oleh sesetengah pihak dalam kerajaan dan Umno. - The Malaysian Insider

Bir halal disah Halal

Posted: 25 Jul 2011 06:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.

Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum.

Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.

"Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali. Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati kandungan alkohol di dalam Barbican adalah kurang daripada 0.01 peratus iaitu pada kadar dibenarkan untuk produk akhir sebanyak 0.05 peratus sekaligus tidak mendatangkan kesan yang memabukkan jika diminum.

"Kami juga ingin maklumkan kadar 0.01 peratus seperti dilaporkan di dalam media bukanlah hasil muzakarah kerana kami dapati jika ia ditetapkan pada kadar itu, banyak jenis makanan dan minuman yang bukan diproses untuk pembuatan arak akan diambil kira.

"Jadi, kami putuskan untuk buat kajian lebih terperinci dan menyeluruh supaya kadar ditetapkan selaras dengan kaedah hukum syarak," katanya.

Menurutnya, dibantu pakar Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM), jawatankuasa merumuskan setiap minuman arak mengandungi alkohol dan bukan semua alkohol itu adalah arak dan jika ia diperoleh dari pembuatan arak, hukumnya haram.

Selain itu katanya, muzakarah khas berkenaan juga menetapkan alkohol diperoleh bukan menerusi proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum kerana ia racun yang boleh membunuh.

Katanya, minuman ringan dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti membuat arak sama ada kandungan alkoholnya sedikit atau banyak haram diminum begitu juga dengan alkohol disuling.

"Makanan atau minuman yang mempunyai alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan boleh dimakan atau diminum.

"Manakala yang mengandungi bahan perisa atau pewarna mengandungi alkohol untuk penstabilan adalah boleh digunakan sekiranya ia tidak dihasilkan menerusi proses pembuatan arak dan kuantiti dalam produk akhir tidak melebihi 0.5 peratus," katanya

PANAS PAGI : Blogger upahan Najib & Taib hina Islam

Posted: 25 Jul 2011 05:10 PM PDT

Hateful anti-Islamic outpourings, including a crude mocking of the Prophet Mohammed, are just some of the very surprising views expressed by a member of the team of American bloggers, hired by PM Najib Razak and Chief Minister Abdul Taib Mahmud to supposedly improve their images.

One member of the team, named Caleb Howe, has indulged in a number of rants on Twitter that are clearly designed to give extreme offence to Muslims - even though his colleagues on the blogs Red State, New Ledger, Sarawak Report(s), Malaysia Matters and others have been engaged by Najib and Taib as professional promoters.

Seterusnya DI SINI

Wahabi - KJ partahan Dr Asri

Posted: 25 Jul 2011 08:35 AM PDT

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Khairy Jamaluddin mahu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka.

Ketua Pemuda Umno ini menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri.

"Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah," kata Khairy dalam kenyataan menerusi blognya malam ini.

Khairy (gambar) berkata beliau sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya MKN, semasa mesyuaratnya yang telah diadakan pagi tadi, telah mengenal pasti Asri dan beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul.

Laporan itu dibawa oleh beberapa media petang tadi.

Ini bukan kali pertama dakwaan sedemikian dikenakan ke atas Asri dan telah dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menambah, beliau tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas.

"Pada pendapat saya, sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas," katanya.

Oleh itu tegas Khairy, beliau mahu MKN memberi penjelasan berhubung laporan media yang berkenaan dan sekiranya benar memberi Asri dan mana-mana tokoh agama Islam yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas peluang untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan  - The Malaysian Insider

Akan terlaksanakah titah Raja Nazrin ini?

Posted: 25 Jul 2011 06:50 AM PDT

Perlu Ada Institusi Yang Berkecuali - Raja Nazrin

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Malaysia perlu ada sebuah institusi yang berkecuali dan mampu menurunkan suhu politik negara yang semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Menurut baginda, institusi tersebut perlu diterima, mampu menenangkan suasana serta dapat memastikan raja bebas dari segala polemik politik. "Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun damai. "Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi. Namun raja tidak ada 'lampu ajaib' yang mengupayakan raja memupuk perpaduan sekelip mata," titah Raja Nazrin ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk 'Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara' di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin. Raja Nazrin turut mengingatkan rakyat dan pemimpin di negara ini bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang.

"Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan. "Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, akan memberikan hasil yang negatif," titah baginda. Menurut Raja Nazrin, perpaduan memerlukan kesediaan untuk melakukan pengorbanan dan semua pihak perlu menerima hakikat menang atau kalah dalam konsep demokrasi adalah lumrah. Baginda bertitah, institusi raja wajib memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum seperti yang tersurat dalam salah satu daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. "Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.

"Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan," titah baginda. Raja Nazrin menegaskan bahawa raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa atau sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat sebaliknya apa yang berlaku akan diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi. "Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama.

"Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan," titah baginda.

Justeru, baginda bertitah agar satu institutsi diraja yang bebas seperti Dewan Negara Perak diwujudkan bagi memastikan negara aman dan warga hidup secara aman damai. - mStar

Cincin RM24.4 juta si Katek : Pameran sulit ka atau apa yang sulit?

Posted: 25 Jul 2011 03:02 AM PDT

Tak munasabah cincin RM24.45 juta Rosmah untuk pameran sulit- Chegu Bard
(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tidak percaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24.45 juta, hanya untuk tujuan pameran 'sulit'.

"Kalau diikutkan dengan sifat Rosmah yang sukakan publisiti besar-besaran tentang apa jua yang melibatkan beliau, takkanlah beliau hendak mempamerkan cincin jutaan ringgit di Pameran yang Sulit?," kata Badrul atau lebih popular dengan nama Chegu Bard.

Sebelum ini, sebuah blog, Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Mengulas lanjut, Chegu Bard tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah cincin berlian berkenaan telah dipulangkan semula kepada syarikat pengeluarnya, Jacob & Co yang berpengkalan di New York.

"Pelbagai penafian dan helah dibuat untuk mengaburi mata rakyat. Dan jangan terkejut jika dia (Rosmah) akan hantar balik cincin tersebut ke New York," kata Chegu Bard ketika dihubungi Keadilandaily.

Chegubard sebelum ini mendedahkan bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.

Beliau pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand" yang dibeli Rosmah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja SAMM membuat laporan kepada SPRM, sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam, dipercayai sebagai usaha untuk melindungi siasatan.

Sehingga kini Rosmah tidak memberikan sebarang penjelasan sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan berkenaan, dengan menyatakan berlian itu dibawa masuk bagi tujuan pameran sulit, sebelum dibawa keluar ke Singapura.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17472

... dah tu hampa hantar dia (Bourdon) balik pasai apa?

Posted: 25 Jul 2011 01:54 AM PDT

Hantar pulang peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham

oleh : Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata Bourdon (gambar), yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.

"Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari," katanya.

Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, "saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan."

Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.

"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam)," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi Jumaat lalu.

Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib.

Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar. - TMI

MENYUSUL LAGI

Menteri tidak tahu apa yang ada ... tuduh buta-buta saja ...

Posted: 25 Jul 2011 01:24 AM PDT

25 July 2011

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Berani kerana benar. Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua bersedia menghadapi saman oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat mengheretnya ke mahkamah.

"Saya juga menunggu pegawai-pegawai Kementerian (Pertahanan) supaya memberi jawapan dan penjelasan di mahkamah nanti," kata Pua kepada Roketkini berhubung laporan akhbar semalam bahawa Zahid mahu saman beliau jika terbukti berlaku penyelewengan fakta membabitkan Angkatan Tentera Malaysia di dalam buku terbaru Pua, "The Tiger That Lost Its Roar."

Zahid dilaporkan berkata, pihak kementerian sedang meneliti fakta di dalam buku berkenaan dan menjelaskan bahawa "pembelian kapal selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak merupakan pembelian yang telus."

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau tidak menyebut apa-apa berkaitan kapal selam Scorpene dalam bukunya.

"Menteri tidak tahu apa yang ada di dalam buku itu… Tuduh buta-buta saja," katanya.

Pada 22 Julai lalu, peguam dari Perancis yang mengendalikan kes Scorpene, Willian Bourdon, telah dihalau keluar dari Malaysia oleh kerajaan Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Bourdon tiba dari Pulau Pinang setelah menghadiri jamuan makan malam amal untuk menjelaskan isu Scorpene yang dijangka dibawa ke mahkamah di Perancis.

Bourdon, ketika dihantar pulang ke Paris, sedang dalam sesi jelajah Malaysia dijemput oleh Suaram untuk menjelaskan kepada orang ramai berkaitan dakwaan skandal RM540 juta dengan sebuah syarikat Perancis DCNS berkaitan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada 2002. – Roketkini.com

Tiada ulasan: