Selasa, 26 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu Wahabi: Asri nasihat ulama muda kaji kedudukan mereka dalam Umno

Posted: 25 Jul 2011 09:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap ulama-ulama muda, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.

Asri dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.


Sehubungan itu, Asri (gambar) berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

"Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

"Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno," kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata "pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih."

"Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya."

Malah kata Asri, "(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik..."

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Cakap-cakap mengenai isu Wahabi dan penyertaan ulama muda dalam Umno pernah kedengaran sebaik sahaja mereka menyertai parti itu tahun lalu tetapi dinafikan oleh mereka dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.

Difahamkan mesyuarat pagi semalam merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.

Mesyuarat itu adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.

Difahamkan mesyuarat semalam telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Selain Asri antara nama yang disebutkan ialah Fathul dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Dalam komen awal semalam, Asri berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah "reda."

Sementara itu, Fathul Bari memberitahu semalam bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung perkembangan terbaru ini.

Beliau sebaliknya menegaskan agar pihaknya diberi peluang untuk membuat penjelasan dengan MKN.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."

Mengulas lanjut, Asri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihak berkuasa boleh memanggilnya untuk mendapatkan penjelasan pada bila-bila masa, bukannya membuat tanggapan sedemikian.

"Dua hari lalu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada datang berjumpa saya di rumah saya (di Pulau Pinang). Ketika masa perhimpunan Bersih 2.0, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga ada menghubungi saya untuk berkongsi pandangan.

"Jadi, mereka (pihak berkuasa) boleh menghubungi saya bila-bila masa jika memerlukan maklumat dan penjelasan... bukan menyenaraikan dan melabelkan seperti ini," kata tenaga akademik Universiti Sains Malaysia ini, yang akhir 2009 dikenakan dakwaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan kuliah agama tanpa tauliah di Hulu Klang.

Bertolak daripada pendiriannya berkaitan dengan isu-isu politik mutakhir, Asri juga berkata, pihak-pihak tertentu menentang fahaman Wahabi kononnya membawa fahaman sempit dan bertentangan dengan prinsip sebenar Islam.

"Saya menyokong usaha menentang jika fahaman Wahabi membawa fahaman sempit. Tetapi pihak yang membawa amalan Wahabi cuba membawa unsur progresif dan unsur-unsur yang sesuai dengan persekitaran moden, tetapi tidak meninggalkan prinsip Islam... misalnya isu kedudukan wanita dalam masyarakat.

"Seperti yang dikatakan oleh Barat, kita patut menentang dan mengelak perkara-perkara yang membawa kepada fahaman sempit," kata Asri sambil menambah, "dalam perkembangan sekarang, mereka yang menentang kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun juga seharusnya dianggap sebagai mereka yang mengamalkan fahaman Wahabi."

"Sebab mereka tidak dapat membezakan antara fahaman progresif dan konservatif," katanya lagi.

Asri merupakan antara tokoh agama progresif memberikan pandangan dan pendirian terbukanya mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu. Ia dikatakan kurang disenangi oleh sesetengah pihak dalam kerajaan dan Umno.

Ahli bimbang PSM6 mungkin didera

Posted: 25 Jul 2011 08:02 PM PDT

Parti Sosialis Malaysia melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan beberapa pemimpinnya yang ditahan mengikut Odinan Darurat (EO) sejak 2 Julai lalu didera oleh polis.

Sehubungan dengan itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang juga bimbang kerana sejak 10 hari lalu keluarga tahanan dinafikan hak melawat mereka, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, Ahad lalu.

Keenam-enam yang ditahan itu adalah ahli parlimen Dr D Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

Menurut afidavit balas yang difailkan polis semasa permohonan habeas corpus bagi membebaskan tahanan berkenaan, keenam-enam mereka ditahan kerana disyaki sebagai 'penggerak utama' perhimpunan BESIH 2.0 dan penahanan mereka adalah penting bagi menjamin ketenteraman awam.


"Keluarga mereka dinafikan hak melawat sejak 15 Julai. Pertama, mereka (polis) menangguhkan lawatan yang dijadualkan pada Jumaat hingga Sabtu tetapi kemudian ia dibatalkan dan ditunda hingga semalam," kata Arutchelvan sambil menambah lawatan itu juga dibatalkan pada minit terakhir.

Beliau berkata kebimbangannya memang berasa kerana keadaan yang sama berlaku apabila Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) mahu melawat Sarasvathy awal minggu ini.

"Polis tidak memberikan akses kepada Suhakam kerana Saras dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit dada," kata Arutchelvan, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu mengenai perkembangan itu.

"Kami syaki sesuatu berlaku ke atas keenam-enam mereka dan ini sebab mengapa keluarga mereka tidak dibenarkan melawat mereka," katanya.

Niat jahat burukkan DAP terbongkar

Posted: 25 Jul 2011 05:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Tindakan seorang bekas ahli DAP yang menyertai pertubuhan perkauman Perkasa telah membuktikan niat jahat penyertaannya dalam DAP semata-mata untuk membuat fitnah terhadap parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.

Mohamed Razali Abdul Rahman yang menyertai DAP daripada UMNO selepas pilihan raya umum 2008 telah mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat laporan polis berkenaan isu hangat mainan Utusan Malaysia yang menuduh DAP cuba menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Bagaimana pun, laporan polis beliau sehingga hari ini tidak ditunjukkan kepada umum walau pun menerima tekanan dari pelbagai pihak supaya menonjolkan "kebenaran" beliau berikutan berita palsu dan hasutan Utusan Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata keputusan Mohamed Razali menyertai Perkasa tidak mengejutkan sama sekali kerana ia mendedahkan sikapnya yang perkauman serta suka lompat parti.


"Dahulu masuk UMNO, dan kemudian apabila hadapi masalah dengan UMNO, dia lari masuk DAP kerana ingat boleh dapat habuan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang. Sekarang masuk Perkasa pula," katanya kepada Roketkini.

Utusan sebagai lidah rasmi UMNO dan Perkasa hari ini dengan gambar besar bertajuk "Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa" menunjukkan Razali menyerahkan borang keahlian Perkasa.

Mohamed Razali dilaporkan berkata, penyertaannya ke dalam pertubuhan ultra Melayu itu bertujuan untuk membongkar "rahsia DAP" kepada orang Melayu.

Sehubungan itu, Zairil berkata, Mohamed Razali bebas untuk "membongkarkan" apa sahaja kerana DAP yakin dengan amalan cekap, akauntabel dan telus yang diterima ramai rakyat Malaysia.

"Bongkarkan sahaja. Apa yang bakal dibuatnya akan sekali lagi tidak berakal dan kelihatan sebagai fitnah semata-mata.

"Namun, tindakan menikam dari belakang melalui fitnah dan tohmahan ke atas DAP menunjukkan bahawa beliau hanya seorang yang sanggup menjual maruahnya kepada sesiapa yang sanggup membeli," katanya.

Beliau menambah DAP tidak rugi apa-apa dengan ahli yang opportunis dan perkauman.

"Ramai lagi ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi termasuk dari kalangan orang Melayu yang jujur dan ikhlas. Mereka inilah tonggak perjuangan DAP, bukannya orang-orang yang rakus dan gila pangkat serta kedudukan," katanya.

Roketkini.com

Lagi pemimpin Umno tak setuju kaitkan Wahabi dengan terorisme

Posted: 25 Jul 2011 05:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Tindakan melabel kumpulan atau individu tertentu termasuk bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengamalkan Wahabi, dengan aktiviti terorisme hanya akan memecahbelahkan umat Islam negara ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Justeru tegas ahli Majilis Tertinggi Umno ini, beliau (gambar) tidak bersetuju dengan tindakan melabelkan orang tertentu sebagai pengamal Wahabi dan kemudian merumuskan mereka sebagai pengganas.

"Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris (pengganas).


"Langkah melabelkan ini hanya memecahkanbelahkan umat Islam...dalam Islam ada adab berbeza pendapat, tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada The Malaysian Insider.

Ia dilihat sebagai pandangan susulan mempertahankan Asri daripada label sedemikian.

Dalam pandangan yang disiarkan menerusi blognya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan pendirian agar Asri dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka.

Khairy menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri.

"Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah," kata Khairy.

Laporan media menyebut pihak berkuasa telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme semalam.

Difahamkan mesyuarat yang dihadiri para mufti dan agensi agama telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin popular negara termasuk tokoh agama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Antara nama itu ialah Asri, yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga muncul.

Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

Tambah Saifuddin, beliau berharap mana-mana pihak tidak lagi mengaitkan individu tertentu dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme kerana ia adalah strategi Barat untuk menentang Islam.

"Kita perlu faham bahawa Wahabi adalah fahaman agama yang diamalkan di Mekah dan Madinah. Adakah bermakna umat Islam Malaysia tidak boleh menunaikan Haji?

"Strategi mengaitkan Islam dengan terorisme adalah strategi Barat, kita menentang terorisme tapi kita tidak perlu menggunakan strategi seperti Barat," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Isu Wahabi sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."

Saifuddin dalam satu jawapan di Dewan Rakyat pada Jun 2010 pernah menyebut bahawa "saya tidak fikir kita sesuai untuk melabelkan organisasi atau individu tertentu dengan Wahabi dan kerana itu dia ada kaitan dengan terrorism."

"Ini dengan izin, 'over stretching the argument'. Oleh sebab itu, saya melihat tidak ada alasan kukuh untuk melibatkan empat orang itu sebagai Wahabi kah, atau terorisme kah," kata beliau merujuk kepada Asri, Hadi, Juanda dan Shahidan.

Lawak Dari Menteri Dalam Negeri.. Hahaha

Posted: 25 Jul 2011 07:59 AM PDT

HANTAR PULANG PEGUAM PERANCHIS TIADA KAITAN POLITIK, KATA HISHAM

Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.

Hishammuddin Hussein berkata Bourdon yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.

"Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari," katanya.


Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, "saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan."

Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam. - TMI

Rais Yatim ketinggalan zaman

Posted: 25 Jul 2011 06:36 AM PDT

Geli hati apabila membaca seruan Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video BERSIH 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.

Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar.

Saranan beliau di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

Macam mana beliau yang memegang Kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat.


Sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46. Sekarang ialah zaman lebuhraya maklumat yang begitu pantas.

Tentu beliau masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihanraya tahun 1990.

Zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu. Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.

Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman.

Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ahli Jawatankuasa PAS

Halau Bourdon: Majlis Peguam gesa kerajaan beri penjelasan

Posted: 25 Jul 2011 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR : Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan memberikan alasan yang munasabah dan terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon.

"Majlis Peguam Malaysia menuntut kerajaan Malaysia memberikan alasan yang munasabah secara terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam Perancis itu untuk menghilangkan keraguan terhadap kes penangkapan dan penghantaran pulang ini.

"Kejadian ini memberikan satu lagi kesan negatif kepada nama Malaysia dalam hak asasi manusia yang melibatkan rakyat asing," kata presidennya Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Chee Wee berkata, alasan jabatan imigresen kononnya Bourdon melanggar peraturan lawatan ke Malaysia tidak boleh diterima dan tidak mencukupi.


Tindakan kerajaan itu, katanya, menyebabkan rakyat membuat kesimpulan bahawa ia dilakukan ekoran ucapan Bourdon di Pulau Pinang sebelum itu, berkaitan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam dari syarikat Perancis.

Bourdon pada Jumaat lalu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dsetibanya dari Pulau Pinang selepas memberikan ucapan pada majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada malam sebelumnya.

Sewaktu kejadian, Bourdon diiringi pegawai Suaram, Cythia Gibrel, dan isterinya bagi menghadiri majlis yang sama diadakan di Petaling Jaya.

Majlis makan malam anjuran Suaram itu bagi tujuan kutipan dana untuk membiayai tindakannya membuka satu kes penyiasatan ekoran dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Bourdon adalah salah seorang peguam yang mewakili Suaram sepatutnya memberikan ucapan di Dewan Sivik MPPJ dan Ipoh keesokan harinya.

Beliau ditahan dan disiasat di pusat tahanan imigresen KLIA selama lima jam sebelum dihantar pulang ke Perancis.

http://www.keadilandaily.com/

Tiada ulasan: