Khamis, 14 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Amerika pandang berat, HRW gesa siasat keganasan polis

Posted: 14 Jul 2011 04:40 AM PDT

Julai 14, 2011

Amerika Syarikat memandang berat pendekatan ganas yang dilakukan pihak berkuasa ketika perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu dan berkata, ia akan memantau perkembangannya.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner berkata, rakyat Malaysia sepatutnya dibenarkan berhimpun dan menyatakan pendapat dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

"Kami berpendirian adalah hak rakyat untuk secara bebas menyatakan aspirasi demokratik mereka dan menyatakan pendapat mereka secara bebas,"

"Saya menegaskan bahawa ia adalah perhimpunan aman. Jadi kami prihatin; kami akan terus meninjau keadaan secara dekat," katanya seperti dilapor BBC.

Sementara itu, badan Pemantau Antarabangsa Human Rights Watch (HRW) pula menggesa siasatan terbuka dengan segera diambil, berhubung pendekatan keras pihak berkuasa.

Ia termasuk siasatan terhadap kematian seorang peserta akibat serangan gas pemedih mata dan kelewatan bantuan oleh pasukan perubatan.

Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata, pentadbiran Najib juga perlu menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan
menakutkan penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras dalam himpunan Bersih, termasuk menangkap lebih 1,600 rakyat yang berhimpun.

Pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas, menunjukkan Malaysia memperlekehkan demokrasi.

Sementara itu, terdapat desas desus mengatakan Perdana Menteri Britain, David Cameron membatalkan pelawaan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini- berikutan tekanan antarabangsa.

Laman-laman blog turut mendakwa tidak ada hamparan karpet merah ketika Najib tiba ke negara itu, malah kedatangannya juga tidak disambut Cameron di lapangan terbang Farnborough, London.

Sebaliknya Najib disambut Wakil Khas Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Najib dijadual melakukan lawatan rasmi ke United Kingdom, atas jemputan Cameron, bermula 12 hingga 15 Julai - Keadilam Daily

Lapor keganasan polis 9/7 pada Juham

Posted: 14 Jul 2011 03:22 AM PDT

Juham lancar kempen "Aduan Keganasan Polis 9/7″
Posted on Julai 14, 2011 by KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang diwujudkan Dewan Pemuda Pas melancarkan kempen besar-besaran "Aduan Keganasan Polis 9/7"

Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, kempen itu dilancar bagi mendapat maklumat keganasan dan salahlaku polis semasa perhimpunan aman
Bersih, 9 Julai lalu.

"Kempen secara besar-besaran ini adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 12 Julai lalu," kata Ahmad Zamri dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, kempen tersebut turut menyenaraikan beberapa tindakan ganas polis termasuk menumbuk, menendang, memijak dan menembak gas pemedih mata kepada orang ramai dari jarak dekat.

"Pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital," kata beliau.

Tegasnya lagi, rakyat perlu disedarkan akan hak-hak mereka supaya pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya memukul orang ramai yang ingin melaksanakan
hak mereka yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Tuntutan Bersih 2.0 adalah tuntutan yang suci murni untuk kepentingan rakyat terbanyak dan pihak kerajaan tidak patut melayan mereka sebegitu rupa.

"Peristiwa ini adalah satu tragedi hitam dalam sejarah hak asasi manusia di negara ini," ujarnya.

Ahmad Zamri berkata, sebarang aduan berupa maklumat, bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham
atau melalui email rasminya, juhampusat@gmail.com.

Mereka juga boleh menyalurkan aduan itu menerusi laman sosial Facebook 'Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia' yang diwujudkan Juham.

Rakam aksi wanita dalam tandas

Posted: 14 Jul 2011 01:45 AM PDT

Lelaki mengaku salah rakam aksi wanita dalam tandas

2011/07/14 KUALA LUMPUR: Seorang pekerja am hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada 10.45 pagi, 7 Julai lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tiada ulasan: