Khamis, 14 Julai 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


REJIM KINI BERDEPAN DENGAN PARA DOKTOR YANG BUKAN DIUPAH

Posted: 14 Jul 2011 07:34 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

Nampaknya rejim semakin hilang arah setelah mereka melakukan dosa besar terhadap rakyat yang mahu menuntut keadilan. Bagaimana rejim yang berperangai Yahudi ini mahu menjawab kepada waris dan keturunan Almarhum Baharudin yang terkorban semasa berjuang menuntut keadilan di negara ini?

Bagi menutup dosa-dosa mereka, rejim ini mengunakan media haprak yang menjadi tali barut mereka untuk menipu rakyat dengan berita seolah-olah rejim ini teramatlah baik kepada rakyat jelata. Maka timbullah cerita makanan sedap, lazat sehingga mencapai RM 25 seorang untuk tahanan di lokap setelah mereka disembur, dan ada yang dipijak, disepak dan dimaki hamun. Kita tidak pertikaikan duit makan itu datang dari poket mereka atau duit rakyat walaupun mereka mengungkitnya saban hari. Apa yang kita tahu rakyat datang puluhan ribu ke Ibu Kota bukan untuk menyembah dan melutut di tangan rejim meminta makanan yang lazat itu.

Hari ini, para doktor pula mula merasa bosan dan meluat dengan perangai rejim yang tidak berubah. Kenyataan di atas sudah cukup membayangkan bahawa tidak semua doktor boleh dibeli hati dan perasaan mereka. Seramai 11 orang doktor tersebut hanyalah sebahagian yang mewakili ribuan doktor yang tidak bodoh untuk menyokong kezaliman rejim. Kerjaya doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia bahkan binatang juga. Apakah mungkin ada doktor yang sanggup melihat manusia dizalimi? Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit bilangan doktor yang boleh melanggar etika dan menjual prinsip kemanusiaan mereka.

Saya tetap yakin, sebagai bekas tentera saya mempunyai ramai teman yang masih berkhidmat di dalam tentera. Mereka kesemuanya melihat perkembangan yang berlaku sekarang serta memerhatikan sejauh mana rejim mahu mempamirkan kekuatan dan kekuasaannya. Benar, tentera tidak boleh berpolitik dan berpihak, tetapi mereka juga manusia yang mempunyai akal dan fikiran serta peri kemanusiaan bukan seperti `anjing upahan'./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: