MiLo SuaM |
- Diplomat Kesatuan Eropah dapati SPR tidak berwibawa
- Mesej jelas Ratu Elizabeth sengaja malukan Najib
- Pihak berkuasa patahkan rusuk Baharuddin kata Polis
- Mat Sabu dilanggar, laporan portal berita bercanggah
Diplomat Kesatuan Eropah dapati SPR tidak berwibawa Posted: 23 Jul 2011 09:03 PM PDT DIPLOMAT Kesatuan Eropah menimbangkan untuk menghantar kumpulan pemerhati pada pilihanraya umum ke 13 nanti memandangkan mereka mendapati bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (sebut Suruhanjaya Penipu Rakyat) itu didapati tidak berwibawa [Msian Insider]. Tak payah tunggu diplomat Kesatuan Eropah, kalau tanya kambing, kambing pun tahu bahawa Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR tidak berwibawa. SPR tak habis-habis menyebelahi kerajaan. Tambah menarik, kerajaan pulak sibuk nak menyebelahi SPR siap boleh sahkan kononnya SPR telus. Dalam perlawanan bola sepak antara Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat, SPR sepatutnya menjadi pengadil yang berwibawa. Tapi apa yang berlaku di negara kita, SPR boleh pulak menyebelahi team bola sepak Barisan Nasional. Team bola Barisan Nasional pulak menyokong penuh tindakan SPR kerana menyebelahinya. Pengadil, dan penjaga garisan sibuk nak bela team bola sepak Barisan Nasional. Pengadil apa jadah macam tu? Kerana itulah pelbagai lapisan masyarakat sanggup turun ke jalanraya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 tempoh hari walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh Polis. Perhimpunan aman BERSIH 2.0 menuntut SPR dibersihkan, mahu SPR menjalankan pilihanraya yang adil dan telus, tapi Barisan Nasional pula yang lebih-lebih menghalang. Jelas sekali, SPR adalah kerajaan, dan kerajaan adalah SPR. Tidak boleh tidak terpaksa gua maki kepala bapak dia! |
Mesej jelas Ratu Elizabeth sengaja malukan Najib Posted: 23 Jul 2011 06:16 PM PDT JARANG sekali Ratu Elizabeth mengenakan satu sut pakaian dengan tema warna yang sama dengan warna jambangan bunga di istananya untuk menyambut tetamu kehormat dari luar negara, kecuali tetamu yang hadir itu benar-benar dianggap istimewa. Sebagai contoh, gambar berikut diambil semasa pertemuan rasmi Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyip Erdogan bersama Ratu Elizabeth pada 31 Mac 2011 yang lalu. Ratu England itu mengenakan baju berwarna biru muda terang manakala jambangan bunganya pula berwarna warni. Saksikan juga gambar-gambar Ratu Elizabeth bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain (sila gunakan google). Berbeza dengan pertemuan Ratu Elizabeth bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri. Ratu England itu memilih warna khas(pink) sebagai tema untuk menyambut Presiden negara kuasa besar itu. Malah jambangan bunga di istananya juga sengaja dipilih berwarna merah jambu(pink) untuk menggambarkan bahawa beliau adalah tetamu yang lebih istimewa berbanding tetamu-tetamu kehormat lain. Inilah bahasa diplomatik, bagi menyampaikan mesej tertentu di kalangan bangsawan England. Tapi malangnya, Perdana Menteri Malaysia turut menerima "sindiran diplomatik" apabila Ratu Elizabeth menyambutnya dengan warna tema kuning. Mesej jelas dari Ratu Elizabeth kepada pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor di atas kekejaman terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0. ReJaM© "Lady Gajah tak paham sindiran diplomatik, dia sebok jeling cincin Queen Elizabeth..." |
Pihak berkuasa patahkan rusuk Baharuddin kata Polis Posted: 23 Jul 2011 02:50 PM PDT MACAM mana gua boleh tak perasan dengan kenyataan mengarut dari Polis ni, tadi masa gua selak-selak berita di Malaysiakini terjumpa pulak laporan kenyataan Polis bahawa 3 tulang rusuk seorang peserta BERSIH 2.0 yang meninggal dunia telah patah. Apa yang gua tak dapat terima, pihak polis kata rusuk arwah patah akibat dari bantuan pernafasan, CPR yang diberikan oleh pihak berkuasa [Malaysiakini]. Kali pertama gua dengar bahawa bantuan pernafasan boleh mengakibatkan rusuk patah. Setahu gua, Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah kaedah bantuan pernafasan yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa, biasanya mangsa yang lemas. Kalau bantuan pernafasan boleh menyebabkan rusuk patah, itu bukan bantuan namanya, itu nak membunuh. Apa yang jelas di sini, Pihak Polis telah mengaku bahawa kemungkinan rusuk Allahyarham patah gara-gara pihak berkuasa. Jadi wajar satu siasatan terperinci dilakukan. Takkan sedap-sedap je patahkan tulang rusuk orang, kemudian umum dan lepas macam tu je? Sangat-sangat sukar gua nak percaya bahawa tulang rusuk Allahyarham Baharuddin patah akibat bantuan pernafasan, CPR. Patah kerana CPR, atau sebab kena terajang dengan kasut butt Polis? Kalau gua percaya kenyataan ni, bermakna gua kena juga percaya bahawa Lady Gajah tak suka ber "shopping". RentaP© "Lebih baik cakap Allahyarham patahkan tulang rusuk dia sendiri..." |
Mat Sabu dilanggar, laporan portal berita bercanggah Posted: 23 Jul 2011 05:11 AM PDT DALAM isu dakwaan bahawa Mat Sabu dilanggar oleh Polis, kalau dilihat terdapat dua versi cerita yang berbeza dan sedikit bercanggah. Satu berita dari portal The Malaysian Insider, manakala satu lagi dari Malaysiakini. Rujuk link-link ini [Malaysian Insider] dan [Malaysiakini]. Secara ringkasnya, jika ada dua berita yang bercanggah, maka ini menimbulkan tanda tanya. Siapa yang berbohong? Adakah The Malaysian Insider, Malaysiakini, atau Mat Sabu sendiri yang berbohong? Laporan The Malaysian Insider, adalah berdasarkan bahan bertulis, iaitu email yang diterima oleh wartawan portal tersebut dihantar oleh YB Sivarasa. Manakala Malaysiakini mendapat bahan daripada sumber "verbal" hasil interview dengan Mat Sabu sendiri. Dua-dua sumber yang kuat, mempunyai kelebihannya sendiri. Bagi menyelesaikan kemelut mencari kebenaran hal ini, ReJaM© lihat, kedua-kedua laporan portal berita bebas ini harus diambil kira. Maka jika kedua-dua berita ini benar, jelas sekali Mat Sabulah yang menipu dan beliau harus memohon maaf kepada pihak Polis kerana memberi dakwaan yang salah, iaitu "dilanggar oleh Land Rover". Bagaimana pun, berdasarkan bukti video pihak Polis, Polis juga telah terbukti melanggar Mat Sabu dengan kereta Proton Waja di hari kejadian itu. Maka isu pokok bahawa Polis telah melanggar Mat Sabu, masih tidak berganjak cuma terdapat salah faham antara Land Rover atau Kereta Proton Waja [Video Penuh Polis]. Penyelesaiannya, salinan report polis yang dibuat oleh Mat Sabu akan mendedahkan kebenaran di dalam hal ini. ReJaM© akan cuba dapatkan salinan tersebut untuk tatapan anda semua. ReJaM© "Hakikatnya lutut Mat Sabu dah cedera dilanggar kereta Waja Polis..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan