Blog-list Malaysia |
- Dah Tak Ada Masa Nak Tutup Lubang..
- Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal?
- Fitnah Kedah Times mengenai SADA dijelaskan
- Kerier Politik Shahidan Kasim Berakhir..
- “kalau aku tembak je...buang masa macam ni...”.
- Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa
- Si Mabuk Minta Nyawa..
- Muhyiddin Bercakap Lagi.. Hahaha
- Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat
- Video polis sesuai zaman TV hitam putih
- Jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib
Dah Tak Ada Masa Nak Tutup Lubang.. Posted: 24 Jul 2011 12:11 AM PDT TPM: 'Kita tidak mempunyai banyak masa' Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU. "Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum. "Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini. IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara. - Bernama |
Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal? Posted: 23 Jul 2011 11:37 PM PDT SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai. Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini. " Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal. " Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13. Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat. "Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata. Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan. "Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi. Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini. " Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful. " Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi. Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya. Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih. Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat. Dipetik dari TVS |
Fitnah Kedah Times mengenai SADA dijelaskan Posted: 23 Jul 2011 09:35 PM PDT Sebelum menjawab, macam biasa Pak Dee nak siarkan 100% tanpa suntingan apa yang ditulis oleh blogger tegar UMNO bernama 'Kedah Times' ni. Yeelah kalau baca jawapan saja tanpa baca bahan asal fitnah tu, macam mana nak faham di samping dapat juga pembaca teliti akan perangai mereka yang gemar memaki hamun, menghina dan memperlekehkan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka (semoga Allah AWT memberi taufik hidayah kepada mereka untuk meninggalkan kerja terkutuk itu). Inilah bahannya: Synergy Kepala Hotak, Bodohkan Rakyat 1. Oleh kerana SADA sudah diswastakan, maka kerajaan negeri tidak lagi boleh sewenang-wenangnya ambil duit SADA, macam ambil duit JBA untuk perbelanjaan. Satu cara mendapatkan duit dari SADA ialah melalui keuntungan, dan kerajaan negeri sebagai pemegang saham dapatlah merasa duit tersebut. 2. Masalahnya, SADA beroperasi berasaskan kebajikan selama dibawah BN, iaitu keuntungan ditempat kedua, kemudahan kepada rakyat adalah lebih utama. Jika polisi ini diteruskan, SADA memang tidak boleh untung, maka kerajaan negeri tidak mungkin dapat merasa duit dari syarkat swasta ini. 3. Untuk memastikan SADA untung, maka prinsip paling mudah oleh pentadbir bodoh ialah menaikkan harga. Senang bukan, rakyat bukan ada pilihan nak dapatkan bekalan air dari syarikat lain. 4. Dengan kenaikan harga air, dapatlah SADA buat untung, tapi untung kena tunggu hujung tahun, bukan boleh edar dividen setiap bulan. 5. Idea paling kemas ialah Synergy, iaitu mengabungkan beberapa kekuatan. 6. Bacaan meter telah dikontrakkan kepada swasta BPO Innovation (yang website pun lintang pukang) pada harga RM1.20 satu meter (unit jangka). Dengan bilangan pengguna hampir setengah juta, maka sebanyak RM0.5 juta perlu dibayar kepada BPO Innovation setiap bulan, hanya untuk membaca meter. 7. Tidak cukup wang Setengah juta setiap bulan untuk kroni, ada lagi satu Synergy yang dibuat oleh BPO Innovation dengan kontraktor SADA untuk meniriskan SADA dan wang rakyat secukupnya. 8. BPO walaupun menuntut bayaran kononnya 100% meter dibaca setiap bulan, namun kebanyakan meter dibuat anggaran sahaja. Anggaran pun dibayar RM1.20, ini kerja gila namanya. 9. Sebenarnya itu belum cukup gila. Anggaran yang dibuat sentiasa jauh melebihi penggunaan sehingga banyak pengguna dipotong bekalannya kerana tidak membuat bayaran "penuh" mengikut anggran BPO Innovation. 10. Setelah bekalan dipotong, pengguna mestilah membayar bil dan juga upah pemotongan dan penyambungan semula. 11. Masuk bil bulan hadapan, bil jadi negatif setelah penyelarasan dibuat. Jika ini kes-kes terpencil tidak mengapa, tetapi ia menjadi fenomena berterus untuk memastikan kontraktor kroni-kroni PAS dapat mengumpul wang secukupnya jika negera jatuh kembai kepada BN. 12. Tidak nampak lah pula dimana lebih Islamnya PAS ni, tetapi sinergy (kesepaduan) kroni-kroni PAS a untuk menindas rakyat, memang hebat lah. 13. Tanya la Ustaz Azizan, jawapannya kita pun tau, dia dah tentu tak tau. Maka dengarlah penjelasannya baik-baik (tanpa sebarang maki hamun dan penghinaan terhadap pihak penuduh): 1) SADA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan dari sebuah jabatan kerajaan (Jabatan Bekalan Air Kedah - JBAK). Tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat adalah jauh lebih tinggi dari syarikat swasta yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Untuk dapat lebih kefahaman elok KT study perbezaan antara pengkorporatan dan pengswastaan. 2) Kerajaan negeri bukan 'pemegang saham' SADA tetapi SADA adalah milik kerajaan negeri ataupun milik rakyat Kedah 100 peratus. SADA tidak pernah membuka saham untuk dijual kepada sesiapa. 3) Menaikkan tarif air bukan keputusan yang dibuat oleh SADA tetapi keputusan Kerajaan Pusat (BN) setelah SADA tertakluk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diikat di bawah Akta Parlimen. SADA terpaksa menjelaskan hutang urusan air kepada Pusat setelah menjadi 'hamba hutang' akibat hutang yang dibuat oleh BN dulu iaitu sebanyak RM1.83 billion. Dengan menaikkan tarif air 2 sen untuk 1 tong dram tu, SADA hanya dapat mengurangkan anggaran kerugian bukan mencatatkan keuntungan lagi.. walaupun rugi yang penting SADA dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat. Kebanyakan hutang dibuat kerana kerajaan negeri BN dulu menolak pemberian geran pusat (urusan air) di mana negeri tak payah bayar balik, sebaliknya mahu pemberian distatuskan sebagai pinjaman (kena bayar balik). Sebabnya, jika pinjaman Negeri boleh tentukan sendiri kontraktor... boleh pilih kroni depa...? (wallahuaklam). 4) Kontraktor pembaca meter iaitu BPO Innovation bukan baru dilantik di bawah SADA, ia adalah kontraktor yang dilantik sewaktu JBAK, di zaman BN dulu.. hok tuu lah tak tukaq pon. Macam Exco PR Kedah yang tak buang PA... bekas PA Exco BN dulu, sebab tak mau depa hilang mata pencarian. Pak Dee pun tak siasat BPO-I tu sapa punya, yang pasti dia bukan syarikat kroni PAS kerana adalah mustahil kroni PAS boleh dapat kontrak waktu BN jadi kerajaan. (Tapi ingat.. kroni BN boleh dapat projek kerajaan negeri sekarang.) 5) Bacaan meter dibuat berdasarkan anggaran? Ini adalah fitnah semata-mata. SADA tak bodoh untuk untuk membenarkan perbuatan tidak professional itu dilakukan. Semua pembaca meter yang dengar tuduhan ini 'tepuk dahi'... kreatif sungguh KT mereka-reka cerita. Mudah saja nak buktikan.. waktu pembaca meter mai ke rumah, check tengok bacaan tercatat dalam bil dengan bacaan sebenar pada meter. Jika tak sama laporkan perbuatan curang pembaca meter itu dekat SADA, buat bukti video pun boleh sebab ni bukan kes hudud. Tapi kalau KT tak dapat buktikan, jangan buat fitnah dan tuduh BPO/SADA buat 'kerja gila'. Fitnah satu dosa, maki orang tambah lagi satu dosa... 6) Kontraktor kroni PAS di SADA? Pak Dee nak minta secara elok (bukan nak cabar) KT senaraikan kroni PAS yang dapat projek SADA, bidang apa? Kemudian senaraikan juga semua projek-projek SADA, sapa kontraktornya? Buat permulaan Pak Dee nak bantu KT senaraikan kontraktor besar projek SADA/JBAK: a) Haji Husin Pronas (ahli UMNO) dapat projek bina loji air Jeniang RM100 juta b) Dato' Yusof Usima (Naib Ketua UMNO Bhg Alor Setar) bina loji air Pinang Tunggal RM100 juta c) Dato' Seri Mahdzir Khalid Syarikat Air Kedah bina loji Padang Sanai RM155 juta Semoga jawapan ini dapat menjelaskan segala kekaburan dan semoga KT diberi taufek dan hidayah oleh Allah SWT untuk menghentikan perbuatan memfitnah atau memanjangkan fitnah yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja itu. Wallahu'aklam. Kedah La |
Kerier Politik Shahidan Kasim Berakhir.. Posted: 23 Jul 2011 07:16 PM PDT Hikmah disebalik kedatangn Najib ke Perlis Lawatan resmi selama satu hari Datuk Seri Najib ke Perlis semalam adalah lain dari yang lain. Itulah kata-kata yang terbit dari YB Jefri ADUN Guar Sanji yang juga merupakan salah seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Perlis ketika diminta pendapatnya semalam. Selalunya kita akan beranggapan bahawa kedatangan seorang PM atau Pemimpin tertinggi parti itu adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah atau isu dalama party yang timbul dalam negeri berkenaan. Berbeza dengan lawatan PM Najib ke Perlis semalam yang seolah-olah menampakkan ianya merupakan satu kejayaan kepada Dato Seri Md Isa Sabu dalam mentadbir Negeri Perlis selepas menggantikan tempaat Dato Seri Shahidan Kassim. Datuk Seri Najib kini telah mula yakin dengan cara Md Isa Sabu mengepalai Kerajaan negeri dan telah mengiktiraf keupayaan YB Meteri Besar baru bersama teamnya mengurustadbir dengan baik akan pentadbiran dan politik Negeri Perlis. Inilah hadiah sebenar yang dibawa Najib untuk rakyat negeri Perlis semalam dan adalah diharapkan Perlis selepas ini akan terus maju dan aman bagi membolehkan rakyatnya menikmati kehidupan yang lebih makmur dan sempurna segalanya. Hahaha akan ada pulak orang yang akan rasa tak senang hati dan tak boleh tidur malam selepas ini! Suahati |
“kalau aku tembak je...buang masa macam ni...”. Posted: 23 Jul 2011 05:47 PM PDT HAMPIR 60 ribu peserta Himpunan Bersih berjaya memboloskan diri di semua 40 sekatan jalan raya oleh anggota Polis Diraja Malaysia ke pusat bandar, Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Kuala Lumpur bermula petang Jumaat begitu lenggang seolah-olah membayangkan bandar besar itu tidak berpenghuni. Banyak kedai-kedai ditutup, suasana petang Jumaat hingga pagi Sabtu begitu sayu. Membayangkan akan berlaku tragedi yang menyedihkan. Di sekitar bangunan pejabat PAS, Jalan Raja Laut dipenuhi dengan anggota pasukan khas (SB). Jarak 100 meter dari bangunan PAS kelihatan tiga buah kereta peronda polis. Penulis terpaksa menempuh tiga sekatan polis bermula di Jalan Raja Laut hingga menuju ke masjid Jamek yang menahan dan melarang untuk membuat liputan himpunan Bersih. Ketika penulis memaklumkan dari media Harakah, polis berkenaan mengatakan jalan sudah ditutup dan mengarahkan penulis tidak bergerak ke mana-mana. Lantas penulis menjawab, "Encik bertugas, saya pun bertugas, kita sama-sama bertugas...." Di hadapan pasaraya Sogo dan jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis dan SB. Memang sukar untuk peserta himpunan Bersih meloloskan diri. Bagaimanapun, suara riuh peserta himpunan Bersih didengari dari jalan Leboh Ampang menuju ke masjid Jamek. Inilah hebatnya semangat rakyat penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun mendapat halangan polis namun mereka cerdik dan berusaha untuk berhimpun bagi menuntut keadilan pilihan raya. Peserta himpunan bertempiaran lari apabila polis menembak gas pemedih mata sebelum sampai ke masjid jamek. Kelihatan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman serta Zulkifli Mohamad berlari mengelak ditahan polis. Pemuda PAS Sabah memberi sebotol air mineral kepada peserta dan penulis serta berkongsi garam bagi melegakan keperitan tekak dan pedih mata. Lebih menyayat hati apabila seorang kanak-kanak OKU (orang kurang upaya) dan remaja perempuan pengsan kerana gas pemedih mata. Keadaan tenang seketika dan perarakan diteruskan menuju ke masjid jamek dan Pudu raya. Sekali lagi peserta himpunan terpaksa menghidu gas pemedih mata dari FRU dan air berkimia 100 meter dari jejantas Pudu raya. Lebih 100 orang ditahan dan diheret dengan tangan bergari plastik. Pemerhatian penulis mendapati polis menangkap secara rambang. Seorang peserta himpunan dari Sepang (Selangor) jatuh dan pengsan di Pudu raya dengan tangan bergari di belakang. Polis enggan membuka gari tali plastik walaupun didesak oleh peserta yang berada di atas jejantas pudu raya. Akhirnya, gari tersebut dibuka hasil usaha dua tiga orang peserta yang juga membantu mengajar pak cik tersebut mengucap. Keadaan ketika itu agak tertekan kerana pak cik mengerang kesakitan. Pak cik tersebut pengsan dan dibawa ke hospital dengan kereta peronda polis setelah menunggu lebih 20 minit. Semua tahanan pada petang itu diletakkan di tempat menunggu bas dataran Maybank. Lebih mengejutkan trak polis yang bertutup rapat berada di dataran Maybank dipenuhi dengan peserta himpunan. Bayangkan betapa kejam polis yang membiarkan tahanan dalam trak yang tidak cukup udara dan gelap. Polis hanya membuka untuk memberi sebotol air dan dikongsi. Penulis mahu merakamkan suasana itu lebih dekat tetapi dihalau pegawai polis. Kekejaman anggota polis terserlah apabila menengking tahanan yang terdiri daripada golongan muda daripada menunaikan solat. Bagaimanapun, mereka terus menunaikan solat secara berjemaah dengan tangan bergari. Ketika tahanan masuk ke dalam trak polis, kedengaran seorang pegawai polis wanita menyindir, "nanti jangan lupa sembahyang Isyak..." disambut dengan gelak anggota polis lain. Empat pegawai polis wanita dan lebih lima orang pegawai polis lelaki mengelilingi seorang pemuda Melayu yang baru ditangkap. Kedengaran pelbagai soalan diajukan kepada pemuda tersebut. Seorang anggota polis yang berpakaian biasa menengking, "Bodoh ya, tadi berani sangat sekarang ditanya diam...". Bahasa kasar dan biadab anggota polis dan FRU memang tidak dinafikan. Penulis mendengar seorang pegawai FRU berkata; "Muka cantik...tapi bodoh berdemo...", kata itu ditujukan kepada dua gadis yang memakai tudung labuh berada dalam trak polis. Tiga orang SB yang berada di sebelah penulis di belakang trak menyindir gadis tersebut, "Ini budak sekolah ni...ikut sapa la budak ni...habiskan la mengaji dulu..., disahut oleh SB yang lain..."Mesti budak ni dijanjikan dapat duit dapat habuan...". Tiga orang SB tersebut terus duduk di dataran Maybank dan berbual sesama sendiri. Penulis mendengar mereka mengatakan, "kalau aku tembak je...buang masa macam ni...". Jika mereka boleh mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan kekejaman, tidak mustahil Allahyarham Baharudin Ahmad, 58, yang meninggal setelah terhidu gas pemedih mata turut ditendang dan dipijak. Hakikatnya, apakah selepas tarikah 9 Julai rakyat Malaysia akan terus mempercayai kewibawaan anggota dan pegawai polis? Mungkin selepas ini sejarah hitam akan terus terpahat di hati setiap peserta himpunan Bersih sehingga sukar untuk mereka mempercayai kejujuran anggota polis. Dipetik dari Kerengga |
Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa Posted: 23 Jul 2011 05:03 PM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan. "Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider. Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir. Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan. Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. Dipetik dari The Malaysia Insider |
Posted: 23 Jul 2011 08:05 AM PDT 'BERSIH bertanggungjawab atas kematian Baharuddin' Keluarga Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan B9 Julai lalu seharusnya menuntut maaf daripada BERSIH 2.0 serta penganjur dan pemimpin Pakatan Rakyat, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata BERSIH yang harus meminta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya tidak saja terhadap Allahyarham Baharuddin, tetapi juga sesiapa saja yang cedera dan mengalami penderitaan akibat perarakan haram itu. "Apa jua yang berlaku, adalah kerana kedegilan BERSIH. Apa yang BERSIH lakukan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali memburukkan nama negara yang kita cintai ini," katanya. Kayveas berkata, BERSIH (Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil), yang disokong oleh 62 NGO, termasuk parti-parti pembangkang berdegil mengajak orang ramai yang tidak berdosa keluar ke jalan-jalan raya dan menghasut mereka agar tidak menghiraukan nasihat kerajaan supaya tidak menyertai perarakan. Bernama |
Muhyiddin Bercakap Lagi.. Hahaha Posted: 23 Jul 2011 07:25 AM PDT Video polis adalah rakaman sahih dan sah, kata TPM Selain dari video ini dan video seks Datuk T, semuanya video palsu.. Hehehe.. Gelak disini |
Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat Posted: 23 Jul 2011 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka. "Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan," kata Ambiga (gambar) dalam ucapan menerima ijazahnya. Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu. Teks ucapannya dikeluarkan di sini. "Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan. "Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka," kata beliau lagi. Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada "kesemua mereka." Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu. Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional. "Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa," katanya. Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud. |
Video polis sesuai zaman TV hitam putih Posted: 23 Jul 2011 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih. "Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu. "Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," ujarnya. Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit. "Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya. Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu. Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin. "Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. "Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti," katanya.[harakahdaily] |
Jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib Posted: 23 Jul 2011 05:20 AM PDT Jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau belum terbukti bersalah oleh mahkamah dalam skandal scorpene ni. Ini adalah satu tuduhan yg tidak adil yang boleh menjatuhkan maruah kredibiti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM Malaysia. Jika kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak terjejas maka secara tidak langsung ia juga akan menjejaskan imej negara di mata dunia. Walaupun bermacam-macam tektik cuba digunakan parti pembangkang (PR) untuk mencalarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak di mata dunia tapi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tetap disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara malah baru-baru ni Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah membuat lawatan ke London atas jemputan PM Britain. Jemputan ini membuktikan kepada kita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi seorang pemimpin yang disanjung oleh pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia. Dipetik dari Kerajaan Rakyat |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan