Selasa, 19 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


BERSIH 2.0, 10 tangga teratas kekejaman Polis

Posted: 18 Jul 2011 03:26 PM PDT



ISNIN lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu polis akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan itu sebagai bukti untuk mendakwa pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan [Utusan].

Tak tahulah video apa akan dikeluarkan oleh pihak Polis, bagi membuktikan bahawa mereka tidak ganas, bagi menunjukkan bahawa mereka budak baik. Macam mana pun jom kita tengok 10 tangga teratas kekejaman pihak Polis terhadap peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.





ReJaM© "Masih nak mengaku Polis baik, betul-betul takdak otak baik jadi ulat gonggok..."

Rahim Tamby Chik tak percaya dengan Ketua Polis Negara

Posted: 18 Jul 2011 01:21 PM PDT

SEBELUM ni, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar cakap, hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara untuk menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Dengan bangganya pihak Polis kata mereka berjaya menghalang perhimpunan 9 Julai itu [MsianInsider]. Berita ini turut disiarkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia [Utusan]


Gua yakin, Ketua Polis sendiri sedar bahawa kebanyakkan manusia yang ber"otak" tak percaya dengan cerita bohong dari mulut dia. Mana ada orang percaya? Tukang sapu, tukang karut, pelakon, pengarah filem, perompak, pencuri sampailah kepada perogol, semua tak percaya dengan angka 6000 dari mulut Ketua Polis. kalau lu orang tak percaya tengok berita kat bawah ni [Malaysiakini]


Ketua Polis bukan nak tipu orang bijak, bukan nak kelentong orang pandai, bukan juga nak kencing penipu, tapi dia nak "berakkan" orang kampung yang tiada maklumat, nak tipu makcik dan pakcik nun kat ceruk-ceruk Felda dan hutan.

RentaP© "perogol amah sendiri pun gua yakin takkan percaya kah kah kah..."

Gambar X-ray buktikan pembohongan Mat Sabu!

Posted: 18 Jul 2011 08:26 AM PDT

MALAM ni gua nak bongkar satu pembohongan yang telah dilakukan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS. Jelas sekali selama ini Mat Sabu memang berpura-pura sakit, beliau berbohong bahawa kekejaman Polis telah dilakukan ke atasnya.

Gua tak cakap kosong bhai, gua ada bukti. Memang jelas sekali pihak Polis telah menjalankan tugas secara profesional. Tiada sebarang kekejaman yang berlaku ke atas Mat Sabu, semua itu hanyalah fitnah dan pembohongan terang-terangan dari pembangkang.

Mana ada Mat Sabu kena langgar? Itu semua bohong, semua fitnah untuk memburukkan imej Polis yang sudah sedia buruk. Mat Sabu sengaja mencari simpati rakyat terhadapnya. Sebenarnya Mat Sabu tidak cedera sedikit pun, malah calar pun tidak itu semua fitnah!

Sebagai bukti, gua sertakan sekeping gambar X-Ray kaki Mat Sabu, jelas sekali tiada sebarang kecederaan, tiada sebarang kesakitan hanya ada sebatang besi sahaja terpacak di kakinya. Besi itu terpacak di kaki Mat Sabu bukan salah Polis, tetapi salah doktor yang merawat beliau.


Gua sarankan Mat Sabu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas doktor kerana telah memacakkan sebatang besi ke dalam kaki beliau, dan berhentilah dari menyalahkan Polis.




RentaP© "Polis tak salah, yang salah doktor! Polis baik..."

Sindiket pelacuran di kalangan parti Barisan Nasional

Posted: 18 Jul 2011 05:24 AM PDT

KINI anda tak perlu hairan kenapa masalah pelacuran tidak pernah dapat diselesaikan di negara Islam Malaysia. Malahan, tahun demi tahun, gejala ini semakin berkembang pesat. Tidak cukup dengan pelacur-pelacur warga asing yang bebas keluar masuk negara ini, pelacur di kalangan wanita-wanita Melayu Islam turut bertambah dengan hebatnya.

Jawapannya, kegiatan pelacuran selama ini dilindungi oleh kuasa politik parti pemerintah khususnya UMNO dan MCA. Bukan saja industri pelacuran ini dilindungi kerana mendatangkan keuntungan yang besar, malahan pelacuran juga dikongsi bersama parti-parti ini untuk keseronokan nafsu mereka bersama.

Saksikan sendiri penemuan kami (anda boleh verify sendiri dengan melawati website di bawah):

(website ni hanya boleh diakses dengan DNS yg berlainan drpd DNS standard TMNET kerana telah diblock oleh TMNET) – Klik untuk besarkan gambar


Hasil penyamaran spy kami berjaya memperolehi maklumat-maklumat berikut daripada supplier pelacur berkenaan:



Dan kami sempat memancing supplier pelacur berbangsa Melayu ini di saat-saat akhir. lalu beliau memberikan nombor telefon bimbitnya. Nanti kita check identiti pemilik no telefon ini.


Semakan no akaun CIMB melalui CIMBclicks.com, kami memperolehi nama sebenar pemilik akaun yang dimiliki oleh bapa ayam yang membekalkan pelacur-pelacur berbangsa Melayu:


Siapakah lelaki bernama Noorlizan Mansor? Pemuda UMNO sila jawab. Inilah manusia yang beragama Islam, berbangsa Melayu tetapi tergamak memperdagangkan wanita-wanita Melayu untuk diratah oleh lelaki-lelaki bangsat tak kira apa bangsa pun dari kalangan UMNO dan MCA. Bulan Ramadhan tak berapa lama saja lagi, tetapi aktiviti maksiat mereka ini terus berjalan seperti biasa [Perisik sukarela]

ReJaM© "Syaitan nak kena rantai dia pulak ambik alih shift..."

UiTM tawar anugerah Bapak Katak kepada pelajar

Posted: 18 Jul 2011 03:06 AM PDT

BERITA ini, jika Mak Limah baca nescaya Mak Limah akan ketawa berdekah-dekah. Sehinggakan kalau kambing dan lipan yang membacanya pun, nescaya kambing dan lipan akan terbahak-bahak. Berita apa?

Ini kisah Bapak Katak yang sanggup keluar duit RM 5,000 untuk menaja hadiah kepada sesiapa sahaja pelajar UiTM yang boleh melompat sama tinggi dengan dirinya. Ini kisah Bapak Katak yang nak mempopularkan dirinya untuk menang pilihanraya. Ini kisah otak tak mancung, perut tersorong-sorong hohoho... [Malaysiakini]


Zaman sudah berubah, universiti pun turut berubah. Zaman dulu universiti tempat orang-orang pandai menjadi lebih pandai dan boleh memandaikan orang lain. Hari ini universiti sudah jadi tempat orang pandai menjadi bodoh, agar boleh memperbodohkan orang lain.

ReJaM© "Tak lama lagi keluar pulak anugerah Lady Gajah untuk pelajar UiTM yang paling boros..."

Tiada ulasan: