Blog-list Malaysia |
- Sokong BERSIH 2.0 - Siapa Buta Sejarah
- Blogger Sharpshooter Diperintah Bayar RM 300 Ribu Kepada Rais
- Larangan 'Ramadan' di Kedah tak pernah ditarik balik
- Nur Islam Tak Sampai Dalam Jiwa Ali Rustam
- Penghargaan kepada Pihak Polis (Tiada dalam TV)
- TERKINI - Tok Guru Nik Aziz Dimasukkan Ke Wad HUSM
- Dr. Lo'Lo' Dalam Kenangan - “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.
- Nak Kena Percaya Jugak Ke Nak Kena Gelak??
- Majlis Pemakaman Jenazah Almarhumah Dr Lo' Lo'
- Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari
- Insiden Hospital Tung Shin: Kami sedia nanti polis, kata doktor
- Rakyat Tak Musuhi Polis, Tetapi Polis Yang Seakan Memusuhi Rakyat
- Bodoh Dan Bangang Ibrahim Ali Diiktiraf UiTM
Sokong BERSIH 2.0 - Siapa Buta Sejarah Posted: 18 Jul 2011 11:55 PM PDT Bantah sokong Ambiga buta sejarah - Abd Hadi KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam. "Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya. "Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah. Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga. Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas. Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain. Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah. Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda. Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi. Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya. "Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu. Dipetik dari Harakahdaily |
Blogger Sharpshooter Diperintah Bayar RM 300 Ribu Kepada Rais Posted: 18 Jul 2011 09:40 PM PDT Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur ini memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel terhadap menteri berkenaan. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan bloger tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000. -Bernama- |
Larangan 'Ramadan' di Kedah tak pernah ditarik balik Posted: 18 Jul 2011 08:36 PM PDT Larangan operasi pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan tidak pernah ditarik balik, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Sebaliknya, menurut beliau, secara umum Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju pusat hiburan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan itu untuk masyarakat bukan Islam sahaja. "(Ini) kerana itu adalah hak mereka. Kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. "Enakmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan," tulisnya dalam blog. Menurut Muhammad Sanusi (kiri), Azizan juga berkata isu penguatkuasaan enakmen itu diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah untuk pertimbangan kelonggaran berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dikemukakan. "Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan 'tak ketahuan punca' itu," katanya. Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 antaranya mengandungi tatacara menjalankan aktiviti hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan. Salah sangka Ia terdiri 13 kategori termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub. Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998. Muhammad Sanusi berkata masyarakat Cina khususnya pengusaha dan operator pusat hiburan tersalah sangka bahawa semua operasi akan diarahkan tutup. "Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. "Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam enakmen. "Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media," katanya. Dewan Cina Akibat salah sangka dan hasutan itu, wujudnya bantahan masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina. Sehubungan itu, Muhamad Sanusi berkata Azizan memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka. "Dia tidak memanggil Tan Keng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chee! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir," sindir Muhammad Sanusi. Beliau juga menafikan tanggapan kerajaan negeri mahu membatalkan enakmen atau menghapuskan syarat am itu, sebaliknya pihaknya menggunakan kuasa pihak berkuasa negeri yang didakwanya "untuk menyelesaikan satu isu yang tak pernah selesai sewaktu zaman BN". "Selamatlah umat Islam dari gejala yang menjejaskan ibadah sepanjang Ramadan tahun ini dan Ramadan tahun-tahun berikutnya. "Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadan 1432 ini!" akhirinya. |
Nur Islam Tak Sampai Dalam Jiwa Ali Rustam Posted: 18 Jul 2011 07:37 PM PDT Usahawan Melayu kesal dengan KM Melaka Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu. Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah. Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya. Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana. "Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan. "Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu. Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri," katanya. Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka. "Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah. "Setiap masalah yang berlaku semakin berlarutan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikannya sehingga ramai di kalangan peniaga kecil terlibat berasa terhimpit berbanding ketika menjalankan perniagaan beberapa tahun dahulu. "Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga," dakwanya. |
Penghargaan kepada Pihak Polis (Tiada dalam TV) Posted: 18 Jul 2011 05:23 PM PDT 1. Pihak polis tau buat kerja 2. Orang ramai tak tau kerja polis 3. Air polis yang power boleh menyebabkan motor tumbang 4. Gerak Khas tak se-power polis dalam ini tayangan gambar 5. Gua dari kecik memang tak pernah pasang impian nak jadi polis 6. Polis pun makan nasik 7. Polis dan Buletin Utama berkawan baik 8. Polis pukul orang tanda sayang 9. Polis sikit, orang ramai tapi polis menang 10. Orang dah nak mati baru polis berhenti sekejap jadi polis dan jadi bengap 11. Polis tak peramah 12. Robocop pun tak macam ni 13. Kita kena terima hakikat bahawa ini semua kerja polis dan sebagai orang awam kita perlu kena pukul untuk membantu pihak polis. 14. Cubit peha najib peha polis terasa juga 15. Kerja polis ini semua bukan hasil bisikan iblis 16. A. Galak nak kira macam mana? 17. Kalau rumah gua kena masuk perompak memang la gua panggil polis. Kuasa jahat kena la lawan dengan kuasa jahat. Dipetik dari hilangpunca.com |
TERKINI - Tok Guru Nik Aziz Dimasukkan Ke Wad HUSM Posted: 18 Jul 2011 09:31 AM PDT KOTA BHARU, 18 Julai: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat( gambar ) dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian. Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut. "Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad. "Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain," katanya di sini. Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah. Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam. Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi. "Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya.Hrkh TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT |
Dr. Lo'Lo' Dalam Kenangan - “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”. Posted: 18 Jul 2011 09:08 AM PDT Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo' Lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: "ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik". Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah. Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau. Baca seterusnya disini |
Nak Kena Percaya Jugak Ke Nak Kena Gelak?? Posted: 18 Jul 2011 08:23 AM PDT Himpunan 9 Julai: Enam jawatankuasa ditubuh siasat kezaliman polis KUALA LUMPUR, 18 Julai — Polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman pihak berkuasa itu ketika bertugas menangani perhimpunan 9 Julai lalu. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar di Genting Highlands hari ini. Sabtu lalu, Polis Kuala Lumpur berkata pihaknya mengadakan pasukan khas siasatan berhubung insiden Hospital Tung Shin dan kematian Baharuddin Ahmad. Dipetik Bernama Online, kata Khalid, pihaknya juga mahu orang ramai menyerahkan mereka rakaman video berkaitan perhimpunan 9 Julai lalu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan kempen anjuran Bersih 2.0 itu. Khalid berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. "Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," kata beliau. Pentadbiran Najib sebelum ini mempertahankan tindakan polis menangani perhimpunan 9 Julai lalu, yang menurut penganjur Bersih 2.0 dihadiri oleh 50,000 orang. Bagaimanapun menurut polis ia hanya dihadiri oleh 6,000 orang. Malaysia Insider |
Majlis Pemakaman Jenazah Almarhumah Dr Lo' Lo' Posted: 18 Jul 2011 07:40 AM PDT yang sanggup tinggalkn kesenangan untuk membantu " kesakitan" Ko-Hilal (Klinik) yang sekarang ini menjadi "tempat bersalin paling selamat (islamic) dari "Dr. Male" dan menjadi bualan muslimah di Bandaraya KL. iut lah diantara perjuangan Dr. Lo' Lo' Putri Mantan Mufti Perak, Sohibussamahah TG Hj. Ghazali. Sumber disini |
Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari Posted: 18 Jul 2011 04:58 AM PDT SHAH ALAM 18 JULAI: Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat. Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu. "Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah. "Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor. Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis menyuraikan orang awam. Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu. Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian. Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam. Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis. Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi. "Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau. Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau. "Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya. Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri. "Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain. "Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz. Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri. " Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis. " Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi. Dipetik dari TVS |
Insiden Hospital Tung Shin: Kami sedia nanti polis, kata doktor Posted: 18 Jul 2011 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai – Salah seorang daripada 11 doktor Hospital Tung Shin sedia memberi kerjasama dengan polis yang memutuskan untuk mengadakan pasukan khas menyiasat dakwaan mereka bahawa pekarangan hospital itu menjadi sasaran gas pemedih mata dan air berasid, 9 Julai lalu. Dr Ng Kwee Boon, yang bertugas sebagai perunding Obstetrik dan Pakar Sakit Puan berkata, beliau sedia memberi kerjasama jika polis mahu membuat siasatan mengenai perkara tersebut. "Kalau mereka hendak buat siasatan, kami sedia beri kerjasama. Tetapi buat masa ini, mereka masih lagi tidak ada jumpa saya. Saya sendiri akan menyediakan afidavit berkanun untuk tujuan siasatan," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pada 9 Julai lalu, dipercayai polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0. Kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya akan menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat dakwaan 11 doktor Hospital Tung Shin di ibu negara. Satu pasukan khas akan menyiasat dakwaan doktor-doktor manakala satu lagi pasukan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh kejadian itu. "Kami (polis) akan menyiasat dahulu perkara yang berlaku termasuk mengambil keterangan daripada doktor, saksi dan petugas-petugas (polis) yang terlibat pada masa itu," katanya. Dalam pada itu, ditanya berkenaan Lembaga Hospital Tung Shin sendiri memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku ketika perhimpunan 9 Julai lalu, Dr Ng berkata, beliau sendiri tidak tahu mengapa mereka berkata sedemikian. "Saya tidak tahu kenapa mereka cakap macam itu. Mereka tidak tahu apa-apa kerana tidak berada di situ," ujarnya lanjut. Dalam satu kenyataan Rabu lalu, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina ketika perhimpunan 9 Julai. "Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu)," kata mereka. Selain Ng, 10 doktor lain menandatangani kenyataan itu ialah Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu. Bagaimanapun, Dr Musa enggan mengulas lanjut ketika dihubungi. "Saya tidak mahu komen," katanya lagi. Dipetik dari TMI |
Rakyat Tak Musuhi Polis, Tetapi Polis Yang Seakan Memusuhi Rakyat Posted: 18 Jul 2011 02:53 AM PDT Timbalan KPN Minta Jangan Musuhi Polis, Siapa Yang Memusuhi Siapa? TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini. Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas. Namun demikian, sebelum Timbalan KPN mengeluarkan amaran sedemikian rupa sepatutnya beliau memberikan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar Timbalan KPN mahu pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Masalahnya, adakah kita boleh salahkan anggota bawahan Polis semata-mata sedangkan kita tahu bukan sedikit pegawai-pegawai atasan mereka yang 2 x 5 dengan perangai anggota bawahan yang langsung tidak bermoral dan beretika itu? Bahkan, beberapa kenyataan dan tindakan dari Timbalan KPN sendiri pun seolah-olah seperti memberi lesen kepada perangai-perangai buruk anggota bawahannya. Justeru itu, munasabahkah beliau mahu rakyat memuji dan memuja pihak Polis sedangkan apakah yang telah beliau lakukan untuk memperbaiki imej Polis Sejurus selesai Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, tidak seorang pun pegawai atasan Polis yang tampil untuk memohon maaf di atas beberapa tindakan anggota bawahannya yang melampau dan tidak melambangkan sebagai seorang anggota keselamatan yang mesra rakyat. Zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Sukar sangatkah untuk merendahkan diri sedikit bagi mengaku kesilapan? Atau, masih yakin bahawa kezaliman itu memang dibenarkan di dalam melaksanakan tugas Polis? Perhimpunan BERSIH dikatakan `haram' kerana tiada permit. Mengapa tiada permit? Jawapannya Permit tidak dikeluarkan. Mengapa tidak dikeluarkan? Jawapan mereka demi keselamatan. Akhirnya keselamatan dijadikan alasan untuk menghalang hak rakyat untuk bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Aspek keselamatan sebenarnya bukan hanya kerana berhimpun bahkan tanpa perhimpunan pun jenayah berlaku setiap hari di merata tempat. Adanya perhimpunan juga bukan bererti pasti berlaku huru-hara. Perhatikan Konsert Jom Hebuh yang dihadiri oleh berbagai golongan yang majoritinya golongan muda, pernahkah berlaku huru-hara? Apa yang sering dilihat selepas selesai Konsert Jom Hebuh adalah terjumpanya ribuan kondom di merata tempat. Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya bersama PM pun tidak berlaku huru-hara. Banyak jalan juga ditutup sewaktu kita menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos di Ibu Kota, tiada seorang pun yang merungut sukar untuk berniaga mahu pun kesukaran mendapatkan pengangkutan awam, jauh sekali untuk melihat huru-hara. Mengapa semua ini tidak dinilai oleh pihak Polis sebelum menimbang untuk meluluskan atau menolak permit yang dipohon oleh BERSIH? Sukar sangatkah untuk mengawal peserta perhimpunan yang ingin berhimpun di dalam stadium? Mana lebih sukar, mengawal di dalam stadium atau mengawal di jalanan? Mengapa mesti `memaksa' BERSIH mengadakan perhimpunan di jalanan? Hakikatnya Polis tahu jika perhimpunan berlaku di jalanan sekali pun, jika dikawal dengan baik apatah lagi tiada provokasi dari mana-mana pihak sudah pasti suasana perhimpunan pasti aman, licin dan teratur. Jika ini berlaku, sudah pasti Kementerian Dalam Negeri tidak perlu mengeluarkan belanja RM 25 sepinggan untuk makanan nasi goreng dan seketul ayam untuk tahanan di dalam lokap. Sudah pasti kita boleh jimatkan RM 40 Ribu untuk makanan tahanan peserta perhimpunan yang kurang dari 2,000 orang itu. Tentu kita boleh jimatkan bekalan air kimia (water canon) dan bom asap yang agak mahal juga kosnya. Malangnya, pihak Polis memilih untuk berdepan dengan rakyat yang telah merayu untuk memasuki stadium. Para peserta perhimpunan hadir dengan belanja sendiri tanpa sebarang senjata, tua, muda dari berbagai ugama dan bangsa dipaksa berdepan dengan pihak Polis yang bersenjata lengkap yang bukan musuh mereka. Siapa boleh nafikan tiada peserta perhimpunan yang dikasari dan dipukul? Siapa boleh nafikan berlakunya kematian semasa perhimpunan yang lalu? Setelah semua ini berlaku, Timbalan KPN mahu rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis.Link Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya. Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa. Benarlah kata-kata dari Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS di dalam ceramahnya di P.Pinang baru-baru ini yang menyebut, " Sekiranya PR memerintah Putrajaya, Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno". Dipetik dari wfauzdin.blogspot.com |
Bodoh Dan Bangang Ibrahim Ali Diiktiraf UiTM Posted: 18 Jul 2011 02:40 AM PDT UiTM tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya. Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria. Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar. Kriteria lain adalah: • Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus • Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA. • Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500. Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM. Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan. Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya. Beliau kini mempin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan