Selasa, 19 Julai 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sharpshooter Diarah Bayar RM400,000 Kerana Copy Paste Artikel Harakahdaily

Posted: 19 Jul 2011 12:30 AM PDT

Penulis blog Amizudin diarah bayar Rais RM400,000

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat (gambar) membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu.

Tulisan itu disiarkan dalam laman sharpshooterblogger.blogspot.com.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Akhir tahun lalu, Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang Amizudin.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

Berita sebelumnya


Pemimpin PKR bersalah memfitnah Rais Yatim melalui blog

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan Selasa untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. beserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

Bernama melaporkan, Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais, yang juga anggota Parlimen kawasan Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Selepas keputusan itu, Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.

Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Selepas Amizudin selesai memberikan keterangannya di mahkamah tengah hari tadi, Masnah dilihat memberikan ciuman di pipi Rais.

Pada prosiding Isnin, hanya Amizudin yang dipanggil sebagai saksi defendan manakala Rais tidak dipanggil memberi keterangan kerana pada prosiding yang lepas semasa pengurusan kes kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mempertikaikan bahawa artikel itu telah diterbitkan, bahawa perkataan itu adalah menfitnah Rais dan perkataan itu merujuk kepada Rais.

Oleh itu mahkamah meneruskan perbicaraan dengan mendengar pembelaan justifikasi oleh Amizudin.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.

Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?

Amizudin: Betul.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Rais.

Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?

Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.

Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.

Amizudin :Ya.

Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.

Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya.

Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.

Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan.

Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah "copy and paste" daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.

Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan.-4/7/2011


Ulasan GB

Kita hairan kenapa Rais ambil tindakan terhadap blogger Amizudin yang hanya mengulangsiar artikel dari sumber lain.

Itu yang pertama. Yang kedua bagaimana pula dengan pihak luar seperti "Migrant Care" yang masih berpendirian tegas dengan tuduhan rogol Rais ke atas amah Indonesia tersebut?

Tidak mengapa. Mungkin hari ini hari Rais. Esok belum tentu harinya. Tak begitu?

Dan jangan lupa ada mahkamah Allah Yang Maha Adil...

Mencabar Tuhan Di Bulan Ramadhan, BN Melaka Menuju Kebinasaan

Posted: 19 Jul 2011 12:00 AM PDT

PAS malu Melaka restui operasi dilanjut

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidik berkata, kerajaan BN Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut berasa malu kerana merestui keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi.

Mengulas langkah yang diambil kerajaan negeri Kedah, beliau berkata, sebaik-baiknya keputusan yang dilaksanakan kerajaan PAS Kedah dapat dicontohi negeri Melaka bagi memastikan pusat hiburan tidak dikunjungi orang Islam.

Beliau percaya kakitangan penguatkuasa 'tidak terkejar' untuk memantau semua pusat hiburan dalam satu-satu masa pada Ramadan khasnya.

"Cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Melaka supaya dapat mengekang masyarakat Islam terus terjerumus dengan keadaan mungkar ini apatah lagi dalam bulan mulia.

"Saya turut berasa malu apabila bangsa lain turut tidak bersetuju dengan tempoh operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi kerana boeh meningkatkan gejala maksiat dan jenayah," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tiada isu terpaksa tunduk kepada rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat berkaitan pengoperasian pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan.

Jelasnya, Islam adalah agama yang bertoleransi dengan penganut agama lain khasnya keadaan negara yang didiami dengan rakyat berbilang kaum.

"Kebenaran kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa adalah hasil perjumpaan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan pengusaha dan beberapa syarat sudah ditetapkan.

"Kerajaan bertegas akan menarik balik lesen perniagaan sekiranya pengusaha gagal mengawal kemasukan orang Islam ke pusat itu pada Ramadan.

"Isunya bukan kita tunduk kepada DAP tetapi hak penganut lain harus dihormati dan keputusan yang dilaksanakan ini adalah demi kebaikan semua pihak," katanya.



Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan


Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

"Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya. -mk


Ulasan GB

Motif KM Melaka melanjutkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi mudah dibaca.

Ia kononnya cuba menunjuk menonjolkan dankan Melaka lebih liberal dari Kedah - tetapi disebaliknya tindakan KM Melaka itu sebenarnya satu tempelakan kepada perintah Allah s.w.t. yang telah mewajibkan umat Islam berpuasa.

Namun golongan UMNO sekalipun mengaku Islam, menganggap puasa hanya sebagai satu ibadah ritual semata-mata. Tiada apa hikmah yang dipelajari dari suruhan Allah s.w.t. tersebut, lantas itu pemimpinnya lansung tidak memperdulikan untuk menghayati maksud "berpuasa" di dalam ertikata yang sebenar.

Bagi yang memahami, kesan daripada tindakan kerajaan negeri Melaka itu amat membimbangkan ummah kerana hadith Nabi berbunyi:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Firman Allah SWT di surah al-Maidah ayat 54 hingga 56

"Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela, itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolong mereka, maka sesuangguhnya HIZBULLAH itulah yang pasti menang."

Dan Allah s.w.t. telah berjanji di dalam Al Quran melalui firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi ini kepada hamba-Ku yang soleh." (Al-Anbiya: 105)


Status Negara Bertukar Dari Negara Demokrasi Kepada Negara Polis

Posted: 18 Jul 2011 10:00 PM PDT

Dakwaan bahawa Malaysia sebuah negara bebas berlandaskan prinsip demokrasi hanya kenyataan palsu Perdana Menteri, menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran.

Justeru jelas beliau, tindakan Datuk Seri Najib Razak mencanang nama Malaysia kepada pelabur asing bagi menaruh keyakinan kepada amalan demokrasi harus dihentikan kerana perkara itu ternyata meleset.

Dalam kenyataan medianya, Surendran mengecam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang menyalahgunakan kuasa polis sebagai alat politik bagi menutup suara pembangkang dan masyarakat umum.

Beliau menyatakan kebimbangan terhadap status negara demokrasi yang bertukar menjadi "negara polis" sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu apabila agensi itu dilihat menutup kesemua pintu rundingan dengan pihak bukan pro-kerajaan.

Ini termasuk menyekat kebebasan berhimpun dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan seperti yang berlaku di Taman Impian, Kuantan Sabtu lalu.

Katanya, program ceramah yang dijadualkan berlangsung itu dicemari dengan kehadiran hampir 50 anggota serta kenderaan polis bertujuan menghalang rakyat setempat untuk menghadiri sesi penerangan itu.

Malah menurut Surendran, polis mengugut beliau agar tidak mempertikaikan tindakan polis menghalang orang ramai untuk hadir ke kawasan berhimpun sambil mengenepikan hak demokrasi yang cuba diketengahkan beliau.

"Demokrasi? Jadi? You jangan cari pasal," ungkapan tersebut dikeluarkan oleh pemangku OCPD Kuantan apabila Surendran cuba untuk berbincang tanpa memberi sebarang sebab munasabah mengapa rakyat dihalang menghadiri ceramah tersebut.

"Oleh itu kita menggesa agar kerajaan Barisan Nasional menghentikan salahguna kuasa polis untuk tujuan politik, menghentikan dakwaan berterusan, membebaskan enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan memulihkan kebebasan demokrasi rakyat," kata beliau.

Surendran kemudian menyifatkan tindakan melampau polis menyekat kebebasan awam merupakan kegagalan pentadbiran baik oleh kerajan serta penafian kedaulatan undang-undang. - tvsnews



Dr Lo’ Lo’: ‘Kenang Daku Dalam Doamu’, 3 MP S'ngor Ambil Tugas Dr. Lo' Lo'

Posted: 18 Jul 2011 08:50 PM PDT

Kuala Lumpur: Anak kedua Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Muhd Fawwaz Aminuddin mendedahkan arwah ibunya menderita kanser paru-paru sejak tiga tahun lalu.

Muhd Fawwaz, 28, berkata selepas mula dikesan pada Ogos 2009, ibunya menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi namun kesihatannya semakin merosot sejak tahun lepas.

"Pada malam-malam terakhir pemergiannya beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana diberi ubat dan kami sekeluarga tetap setia disisi arwah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.20 malam tadi.

"Antara wasiat terakhirnya kepada kami adalah beliau mahu dirinya sentiasa dikenang dan diingati atas jasa dan bakti khidmat yang telah diberikan," katanya kepada FMT selepas selesai urusan pengebumian.

Selain Muhd Fawwaz, Dr Lo' Lo' turut meninggalkan dua anak perempuan iaitu Mawaddah, 30, Sakinah,26, dan anak bongsu Muhd Farhan, 25.

Sementara itu, kakak Dr Lo' Lo', Thuraiyen Nadzrah Mohd Ghazali, 60, ketika ditemui berkata adiknya yang juga anak keempat daripada lapan adik beradik itu dimasukkan ke Hospital Selayang sejak dua minggu lalu.

"Beliau telah lama menderita namun Allah memberinya kekuatan yang luar biasa untuk terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat…..mudah-mudahan Allah merahmati perjuangannya," katanya.

Allahyarham mahu perjuangan diteruskan

Ditanya tentang amanat terakhir, Thuraiyen berkata adiknya mahu perjuangan diteruskan untuk semua dan tidak mahu terhenti begitu saja hanya kerana ketiadaannya.

FMT turut mendapatkan reaksi daripada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: "Alhamdulillah, beliau telah melaksanakan khidmatnya kepada rakyat dan parti dengan sebaik-baiknya.

Beliau aktif memainkan peranan dalam Parlimen. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS dan banyak buat kebajikan di seluruh negara.

Hakikatnya, beliau telah pun berjaya menyambung perjuangan ayahnya Datuk Mohd Ghazali Abdullah, Pengerusi Muzakarah Ulama yang menubuhkan PAS pada tahun 1951.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Arwah seorang yang bersuara lantang terutamanya dalam memperjuangkan isu Kampung Baru. Saya sudah kenalnya lama sejak zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), pemergiannya satu kehilangan besar. Takziah buat keluarga".

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:

"Saya mewakili Wanita Barisan Nasional menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

"Walaupun berbeza fahaman politik, sebagai umat Islam ada masa berpolitik dan ada masa ketepikannya, saya tak bawa politik dalam segenap ruang hidup. Arwah pemimpin wanita yang berbakti kepada parti dan negara dalam caranya sendiri".

Gugurnya sebutir permata

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin: "Hari ini adalah hari yang sangat mendukacitakan kerana kita kehilangan satu permata.

"Beliau ahli parlimen yang cukup bijak berbahas terutamanya isu menentang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru untuk membela supaya tanah rakyat tidak tergadai.

"Kami daripada PAS akan teruskan perjuangan beliau dan meminta penduduk Kampung Baru dan Dato' Keramat terus menyokong Pakatan Rakyat".

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad: "Dalam Dewan Rakyat, beliau duduk disebelah, saya mendapati apabila berhujah di Parlimen cukup bernas dan sentiasa bersedia walau diasak dengan pelbagai soalan.

"Sepanjang mengenalinya, beliau tetap gigih turun padang walaupun sakit. Hari ini merupakan hari yang cukup sedih kerana masih ada lagi agendayang belum dapat beliau sempurnakan. Kita akan teruskan perjuangannya.

"Semoga beliau diletakkan dalam golongan beriman. Insya'Allah patah tumbuh hilang berganti. Harap penduduk Titiwangsa terus menyokong Pakatan Rakyat". -FMT


MP PAS S'gor ambil alih tugas Dr Lo' Lo'

PETALING JAYA: Tiga Ahli Parlimen PAS Selangor akan mengambil alih tugas untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Titiwangsa ekoran pemergian ahli parlimennya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmatullah malam tadi.

Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai siapakah di kalangan ahli Parlimen yang akan mengambil alih tugas Allahyarham Dr Lo'Lo' yang meninggal dunia kira-kira jam 10.25 malam tadi akibat penyakit barah.

"Mereka akan memikul tanggung jawab itu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada PRU 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Salahuddin menambah, bagaimanapun, PAS Kawasan Titiwangsa akan menjalankan tugas memantau parlimen berkenaan seperti aduan daripada para penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain, PAS belum menetapkan sama ada akan terus memilih calon wanita untuk parlimen Titiwangsa dalam PRU ke 13.

"Terpulang kepada parti (PAS) untuk memilih calon wanita atau pun calon lelaki. Tetapi biasanya PAS akan meminta PAS kawasan untuk menamakan calon yang paling sesuai untuk kawasan mereka," tambahnya.

Sementara itu, seorang pemimpin PAS Titiwangsa memberitahu, kematian Dr Lo'Lo' merupakan satu kehilangan besar bagi penduduk Titiwangsa.

Menurutnya, Dr Lo' Lo' bekerja kuat siang malam untuk memastikan kawasan jagaannya terbela dan menikmati pembangunan yang sewajarnya.

"Jasa paling besar tentulah mengenai pembangunan Kampung Baru iaitu memastikan pemilik tanah mendapat pembelaan dari percubaan manipulasi pihak tertentu," katanya yang enggan namanya disiarkan. -FMT


Pak Samad: Tidak Pernah Saya Rasa Begitu Benci Pada Kerajaan

Posted: 18 Jul 2011 07:20 PM PDT

Kuala Lumpur, 18 Julai: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan sikap kelembutannya kini menyimpan satu perasaan benci kepada kerajaan.

Ini berikutan tindakan polis menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 genap seminggu lalu melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa rakyat.

Gambar: Pak Samad menurunkan tandatangan pada baju seorang anak muda yang hadir pada malam itu.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Itulah waktunya saya lebih benci," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Beliau menyifatkan tindakan polis menangani perhimpunan damai itu secara bengis.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia yang telah menyertai himpunan itu terus mengkritis kerajaan Umno BN apabila melihat keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

Justeru, beliau kesal kerana pemimpin Umno BN membuat berbagai helah menyatakan polis yang menjalankan tugas ketika itu tidak melakukan tindakan yang kasar kepada rakyat sebaliknya menuduh rakyat yang bertindak kasar.

"Kata-kata itu menjadi luka berdarah buat rakyat Malaysia dan saya percaya Umno BN akan terkubur dalam PRU ke 13 nanti," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Yellow Saturday di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar malam kelmarin. Turut berucap ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta anggota Unit Amal yang difitnah membawa pisau semasa himpunan Bersih 2.0, Abdul Razak.

Pak Samad juga menceritakan pengalamannya dalam himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada jalan alternatif lain, jadi go through saja.

"Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 300 meter daripada Istana Negara di sebelah petang untuk menyampaian Memorandum yang merupakan amanah rakyat untuk di sembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, amat mengecewakan tiada pertimbangan yang sebaiknya oleh polis.

"Mata saya telah mengalami kecederaan akibat tembakan gas water cannon, mereka (polis dan FRU) nampak saya ketika itu, kalau boleh mereka hendak makan saya.

"Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kali ini saya rasakan ujiannya terlalu kuat dengan menempuh pelbagai rintangan.

"Sepatu Nike saya juga hilang apabila dihimpit dengan ramai rakyat disitu lebih-lebih lagi apabila polis datang mengejar rakyat yang berhimpun di situ.

"Saya bukan sahaja hilang capal, tetapi peralatan yang saya bawa seperti garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawa sebagai alat pelindung saya tepaksa diberikan orang lain apabila salah seorang peserta himpunan disitu kelihatan nafasnya menjadi sesak meminta-minta agar diberikan bantuan.

"Saya berikan semua peralatan saya kepada beliau untuk menyelamatkan dirinya, jika tidak mungkin orang itu juga mengalami nasib yang serupa seperti arwah Baharudin.

"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) mereka juga hilang apabila kami semua dikejar oleh polis dan FRU untuk mengelak diri daripada ditembak dengan gas.

"Pada Sabtu itu, pakaian saya sudah basah lencun akibat hujan dan dengan tembakan meriam air, saya terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada beberapa anak muda yang nampak saya ketika itu hendak beri saya sepatu Nike tetapi saya menolaknya kerana saya fikir sepatu itu cantik sangat dan biarlah saya bersusah payah untuk masa depan anak bangsa saya sendiri.

"Kemudian saya didatangi oleh seorang lagi anak muda dengan memberi saya sepatu yang besar, saya menerimanya kerana saya fikir perjalanan saya jauh dan banyak halangan yang perlu saya tempuhi untuk menyerahkan Memorandum kepada Agong. Ini merupakan satu pengalaman pahit dan tidak mungkin saya lupakan.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan.

"Saya berpesan berulang kali kepada generasi muda terutamanya kalian seharusnya bertekad bersatu hati untuk mengubah pentadbiran demokrasi Negara ini dalam pilihanraya umum ke -13 nanti, demi masa depan anak cucu kita.

"Orang tua mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja kuat, namun kita akan sentiasa memberi sokongan padu bagi menukar pentadbiran kerajaan baru," kata Pak Samad Said disambut laungan Allahu akbar hadirin. -hd


A Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya. -mk



Ulasan GB

A. Samad Said - namanya terbilang sehingga dianugerahkan Sasterawan Negara kini secara terbuka meluahkan rasa bencinya kepada kerajaan Najib.

Apabila seorang seni telah secara terbuka meluahkan kata-katanya, apakah ertinya?

Seorang sahabat malam tadi memberitahu GB tentang pandangannya:

"Paklah turun agak terhormat, tapi Najib mungkin cara disingkirkan rakyat."



Wajah Allahyarham Baharuddin - Keluarganya Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian

Posted: 18 Jul 2011 05:35 PM PDT

Keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat terus mendesak agar satu prosiding khas atau siasatan dilakukan kerajaan berhubung kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad dilakukan dengan segera.

Peguam keluarga Baharuddin berkata, keluarga mangsa telah membuat satu lagi laporan polis semalam untuk mendesak pihak berkenaan supaya tidak memutarbelitkan kematian Allahyarham.

Ahmad Jufliz Faiza berkata prosiding khas itu perlu memandangkan keterangan-keterangan saksi di tempat kejadian bercanggah dengan versi kematian Allahyarham yang dihebahkan oleh pihak polis

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

"Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami.

"Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat," terang Jufliz dalam sidang media di sini hari ini.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani post mortem.

Sehingga kini, laporan post mortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tanda tanya kepada keluarga kerana laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya

Polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kami amat hairan kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan rasmi kami," kata beliau lagi.

Lebih malang lagi, beliau yang turut ditemani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Dr Tan Seng Giaw dan Pengerusi Biro Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong menyatakan, sehingga kini pimpinan kerajaan Umno-BN dan polis seolah-olah langsung tiada sensitiviti terhadap kematian Baharuddin.

"Amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah pun perkataan takziah kami terima dari pihak polis mahupun kerajaan. Ini menunjukkan tiada langsung sensitiviti mereka ke atas kematian arwah Baharuddin Ahmad. Sebaliknya kami terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin PR telah meluangkan masa walaupun dengan jadual ketat telah datang ke rumah kami mengucapkan takziah," kata beliau. -tvsnews


Keluarga Baharudin belum terima laporan awal bedah siasat

PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih belum menerima laporan awal bedah siasat mengenai kematiannya.

"Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau," kata Ahmad Jufliz Faiza, peguam yang mewakili keluarga Baharudin dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Ahmad Jufliz, pihak keluarga turut bersedih memandangkan sehingga kini tiada ucapan takziah diterima daripada pihak polis mahupun kerajaan.

Sebaliknya pihak keluarga terharu dengan hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat yang sudi meluangkan masa untuk menziarahi mereka.

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan," katanya.

Pihak keluarga juga berharap agar saksi-saksi yang berada di tempat kejadian dan mengetahui kejadian itu untuk tampil dan membantu mereka.

Satu laporan polis juga telah dibuat semalam dan memohon agar satu siasatan mengenai kematian Baharudin dibuat dalam masa tujuh hari. -FMT





[Bergambar & Video] BERS✔H 2.0: Najib Disambut Dengan Lagu "Yellow Submarine"

Posted: 18 Jul 2011 03:45 PM PDT


Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles 'Yellow Submarine'.

Tindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Bertempat di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Ya kepada pelancongan, tidak kepada penyiksaan", "Bebaskan pemimpin kami sekarang", "Hentikan tahanan tanpa perbicaraan", "Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan melaungkan "Malu, malu, malu Najib".

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.

Tunjuk perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.

Hanya Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan manakala perdana menteri, isteri dan sepupunya terus mengangkat kaki menuju hotel berkenaan.

Katanya, beliau prihatin dengan apa yang diluahkan oleh penunjuk perasaan itu tetapi kerajaan perlu menjaga keselamatan orang ramai termasuk ahli perniagaan di kawasan perhimpunan berkenaan.

Anifah juga mempertahankan tindakan keras polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

"Tindakan polis berpatutan. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan jika terjadi huru hara itu mungkin menimbulkan rusuhan perkauman. Kami tidak mahu ambil risiko.

"Awak tidak tahu apa yang berlaku di sana, awak tidak berada di sana" katanya.

Anifah juga ditanya mengenai tahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Bagaimanapun apabila ditanya bila mereka itu akan dibebaskan, Anifah meminta mereka bertanyakan kepada Hishammuddin.




BERS✔H 2.0: Pemuda Difitnah Pegang Pisau Mahu Saman Berita Minggu

Posted: 18 Jul 2011 08:15 AM PDT

Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.

Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk "seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi "perusuh guna senjata, batu, lawan polis" adalah tidak benar.

Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan "Ajak" berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa.

Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk "Peaceful (Aman)?" pada muka depan.

"Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya.

"Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya," kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu.

Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan.

Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat," kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat.

"Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika.

"Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan. -TMI


Bongkar isu BERITA MINGGU edit gambar Peserta BERSIH seperti membawa pisau.



Peserta demo: Saya tidak bawa pisau

Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.

Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

"Bagaimanapun, FRU membawa meriam air dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini," katanya dengan emosional.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan. -mk






Invois Cincin Berlian Lady Gajah, Kastam Didakwa Cuba Ubah Data Transaksi

Posted: 18 Jul 2011 06:40 AM PDT

Cincin Rosmah Mansor RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu bard

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.

"Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam.

"Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'," kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Beliau berkata, satu pekeliling turut ditampal di papan kenyataan kargo di KLIA, namun ditanggalkan beberapa jam kemudian kerana mungkin tidak mahu arahan rasmi itu 'dibocorkan'.

"Kami telah menjangkakan sebelum ini data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga 'Imelda Rosmah'. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Menurut Chegu Bard, Sabtu lalu KDRM mengeluarkan borang asal yang hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat, berhubung transaksi itu.

Kewujudan 'borang kedua'

Katanya lagi, borang yang dinamakan 'borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.

"Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura," kata Chegu Bard.

Menurut sumber dalaman, kata Chegu Bard, kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian tersebut menggunakan 'hand carry'dan borang secara manual keluar ke Singapura.

Chegu Bard berkata, sumber itu juga memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.

"Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula," Chegu Bard memetik sumber tersebut.

Chegu Bard berkata, sekiranya dakwaan itu tidak betul, Rosmah perlu tampil untuk menafikan dakwaan itu sejak awal lagi.

"Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?," soal beliau. -KD


Salam BERS✔H Dari KL Ke New York

Posted: 18 Jul 2011 05:25 AM PDT

Salam BERSIH dari KL ke New York Oleh Nurul Syaheedah

Pagi hari yang cerah disinar mentari, dihiasi pepohon hijau dengan daun berjuta melambai sayu. Tanah subur bersulam bunga berbagai warna diatas bumi diiringi bunyi kicauan burung-burung, menjadi petanda hari bersejarah yang bakal diukir.

Sambil menyaksikan segala keindahan alam serta kesibukan insan di Kota New York, hati bersyukur kepada tuhan akan kebebasan yang dinikmati di bumi orang. Sebaliknya hati terasa hiba lagi terharu memikirkan apa yang telah berlaku di tanah air sendiri 12 jam yang lalu.

Sememangnya saya bersyukur dengan apa yang telah negara kita capai tetapi realiti kini sukar untuk disembunyi kerana bau bangkai janji kemerdekaan terhidu kuat serata dunia.

Semenjak tahun 1946, rakyat telah berani bangun dan keluar ke jalanraya di bandar dan desa untuk menentang penjajah British. Keberanian berjuang kerana kebenaran berpaksikan hak asasi telah melahirkan sebuah negara merdeka pada tahun 1957.

Alhamdulillah kita bebas dari penjajahan 500 tahun warga asing.

Tetapi, sejarah hitam 1969 mengajar bagaimana nafsu kuasa pihak yang mahu mengangkat satu ketuanan telah mengikat kembali kebebasan demokrasi dengan akta darurat berlapikkan hujah perkauman menjadi nyata. Mimpi merdeka bertukar ngeri kotor lagi menghampakan.

Masya Allah, kita dijajah kembali bukan sahaja dengan dilarutkan demokrasi tetapi jauh lebih dasyat kerana minda dan jiwa dijajah hipokrasi sebuah nasionalisma sempit lagi menghimpit.

"Inilah nasib kisah orang melayu,
Hujah lapuk lagi palsu diterima bulat generasi minda yang lesu,
Korupsi, Kolusi, Konspirasi depan mata biar diam membisu,
Sibuk bersubahat menghalang rakyat berhimpun untuk bersatu,
Yang mahu Negara Bersih dan bukan kiasu,
Suruh semua bersyukur buta sejarah yang lalu,
Tetapi buat lupa dosa kerajaan yang aib lagi tidak malu,
Ibarat kisah si Luncai dengan labu-labu..Biarkan..Biarkan"


Mana boleh dibiarkan...... dibiarkan begitu sahaja?

Oleh itu tahun 2011 menyusul di atas usaha gergasi 2007 untuk mengembalikan jiwa
Malaysia yang berbilang bangsa melalui pilihanraya bebas dan adil menjadi agenda murni patriot jitu negara.

Oleh itu hak demokrasi berani bertembung dengan tamparan kuku besi otokrasi yang tidak mahu negara Bersih daripada dijajah hipokrasi demokrasi penuh korupsi.

Oleh itu kuning menjadi haram, bersih pula dikotorkan dan rakyat terus ditakutkan dengan cerita momok konon mengancam bangsa oleh pemangsa khayalan ciptaan ilusi jiwa muflis bersongkok tinggi.

Mana boleh dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja?

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan menuntut janji demokrasi sebenar.

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan membebaskan ekonomi untuk semua.

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan memerdekakan minda dan jiwa daripada penjajah otokrasi Putrajaya.


Mana boleh dibiarkan.... dibiarkan begitu sahaja?

Tepat jam 10 pagi bermulalah tiupan panggilan Bersih pada 9 Julai 2011 di Melbourne, Australia yang terus bergilir mengelilingi dunia secara aman sehingga tiba di Kuala Lumpur di mana patriot pertiwi yang ramai berhimpun damai diserang bertubi-tubi oleh penjajah baru biru yang tidak bersantun lagi lupa diri serta ikrar suci menjaga rakyat dahulu dan bukan diutamakan bersubahat bersama tuan berbibir merah jambu berambut kelabu.

Tepat jam 10 pagi setibanya giliran tiupan Bersih di Kota New York, 12 jam selepas Kuala Lumpur yang masih basah berdarah lagi pedih berasap memahat sejarah; Bersih disambut dengan kain rentang kuning memanjang dan semangat Malaysia Muhibah yang baru.

Mana boleh dibiarkan..... biarkan begitu sahaja?

Maka tuhan dan dunia menyaksikan melalui YouTube, Facebook, Twitter mahupun SMS; pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara patriot dan penjajah dan antara Bersih dan Kotor.

Maka Patriot Bersih beribu ditangkap, berjuta menunggu sedangkan "Patriot" Kotor hanya beratus beratur paksa manakala juak berjuta menyorok di belakang tengkolok hanya taat berolok membuat bising seperti ayam berkokok menunggu disembelih keris tumpul lagi bengkok oleh puak pemakai songkok tinggi yang ghaib kehadiran tersesat di jalanan sebagai alasan balasan dosa nista pahlawan palsu berjiwa lesu.

"Ada Bersih, Ada Kotor,
Yang takut berkata karut,
Yang berani sanggup digari,
Akhirat nanti jawablah sendiri,
Buku di tangan kanan atau kiri,
Orang berani tidak takut mati,
Kerana niat suci didalam hati,
Berjuang demi Ilahi."


Memang benar pagi hari yang indah menjadi petanda sejarah baru diukir.

Cahaya mentari menerangi kegelapan penindasan serta pepohon hijau demokrasi memberi teduh kepanasan kezaliman, kicaun burung penuh kesyukuran perjuangan murni baru dimulakan dan warna-warni bunga ibarat berbagai bangsa bersama untuk menjadikan Malaysia Bebas, Bersatu dan Bersih.

Insya Allah, Malaysia Muhibbah Merdeka sudah lahir bersih dari kekotoran pengkhianat bangsa-pemungkir janji-pemecah amanah-penghasut durjana.

Terima kasih Bersih yang penuh cinta untuk pertiwi dan dengan penuh sayu salam AlFatihah untuk wira Baharudin yang gugur merintis perjuangan menuju kebebasan agar dipenuhi janji merdeka yang sebenar!

Pesanan Peringatan bersama dari Thomas Jefferson:
"Apabila Rakyat takut kepada kerajaan, Ia dinamakan Penjajahan (tyranny), Apabila Kerajaan takut kepada Rakyat, Itu Namanya Kemerdakaan (Liberty)."

Masih mahu dibiarkan..... dibiarkan begitu sahaja? -MR

BERS✔H 2.0: SPR Perlu Dengar Suara Rakyat - Timb Menteri

Posted: 18 Jul 2011 03:10 AM PDT

Shah Alam – Kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengenal pasti kelemahan adalah satu anjakan kepada penambahbaikan sistem pilihan raya negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifudin Abdullah berkata, dalam proses penerangan yang diberikan, badan pe-ngendali pilihan raya itu hendaklah juga mendengar pandangan rakyat berkenaan kerja-kerja yang dilakukan mereka.

"Saya berharap penerangan SPR tidak terlalu bersifat defensif, iaitu mempertahankan apa yang difikirkan baik, sebalik-nya perlu bersifat akamodatif, iaitu sedia mengambil kira dan guna pakai idea dari rakyat.

"Apa yang penting bukannya kerja SPR, tapi adalah sistem pilihan raya yang terbaik untuk negara," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui kelemahan badan berkenaan, terutama dalam aspek komunikasi hingga menyebabkan ramai orang keliru atau tidak tahu mengenai langkah penambahbaikan yang dilakukan.

Menurut Saifuddin, apabila rakyat tidak tahu, atau maklumat itu tidak sampai, mereka dengan mudah boleh dikelirukan atau dimanipulasi pihak berkepentingan. -SH

Ulasan GB

Pemikiran dan pendirian timbalan menteri yang seorang ini lain dari yang lain.

Sukar untuk mendapatkan seorang menteri atau timbalan menteri yang fikirannya matang dan pendiriannya bersih seperti Saifuddin Abdullah.

Sebelum ini GB sudah menyatakan bahawa Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir Yang UMNO Ada. Petikan:


Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan.

Mujurlah dalam pemimpin UMNO yang ada kini hanya ada seorang sahaja pemimpin matang dan terbuka serta mungkin pula beliau merupakan baka zuriat baik yang terakhir yang UMNO ada kini - itulah Saifuddin Abdullah.

Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran.

GB sering juga didatangi oleh pimpinan mahasiswa yang menyatakan mereka lebih senang dan gembira untuk berurusan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berbanding dengan Menterinya sendiri, Khaled Nordin yang ilmunya tak setinggi mana, tapi ego dan sombongnya tak terperi dasyatnya.


Tiada ulasan: