Isnin, 18 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kematian Baharuddin : Kerajaan, Polis Nampak Macam Nak 'Cuci Tangan'

Posted: 18 Jul 2011 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mahu punca kematian peserta Baharuddin Ahmad disiasat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, punca kematian Allahyarham yang menyertai himpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai lalu masih tidak diketahui keluarga beliau walaupun ramai saksi menyaksikan tindakan polis pada hari tersebut.

"Cara polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tangani himpunan tuntutan yang murni itu menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan sistem negara kita, " kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.


Polis sebelum ini telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kita percaya ajal di tangan Tuhan tetapi cara hidup dan mati jadi pengajaran kepada kita.

"Apa-apa yang berlaku kita mesti tuntut keadilan kepada arwah. Kita mesti buat secara adil dan saksama," kata beliau lagi.

Pengerusi Biro Displin PKR itu turut mempersoalkan mengenai kenyataan rasmi kematian Baharuddin oleh kerajaan dan polis yang seolah-olah cuba 'mencuci tangan' dari sebarang tanggungjawab.

"Apa yang kita tahu, Baharuddin sihat ketika keluar dari rumah pada hari itu.

"Tindakan polis menembak gas pemedih mata pada orang ramai yang tidak bertindak ganas pada hari itu dilihat semua. Saya nampak dengan mata sendiri di Sogo polis mengejar orang ramai yang telahpun bersurai. Adakah itu namanya 'crowd control' ?," soal beliau merujuk kepada ratusan video dan gambar serta cerita orang ramai mengenai kejadian pada 9 Julai lalu.

Dipetik dari tvs

Perjalanan Terakhir Seorang Pejuang

Posted: 17 Jul 2011 09:46 PM PDT


Allahyarhamah Dr Lo'Lo Selamat Dikebumikan

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.


Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

Posted: 17 Jul 2011 08:59 PM PDT

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.


Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

"Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

Dipetik dari Malaysiakini

Saya tidak bawa pisau

Posted: 17 Jul 2011 08:53 PM PDT

Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.


Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini," katanya dengan emosional.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.

Malaysiakini

PAS cabar Umno ikut Kedah, bidas MCA-Gerakan jadi hero

Posted: 17 Jul 2011 08:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini mencabar Umno-Barisan Nasional (BN) agar melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.

Dalam satu kenyataannya dikeluarkan pagi ini, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah diluluskan 14 tahun lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.


"Kerana golongan inilah yang juga menyokong enakmen tersebut sewaktu dibentang dulu. Kini secara tiba-tiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim," kata Tuan Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya disiarkan oleh HarakahDaily hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

Akhbar-akhbar milik Umno dan komponen BN mendakwa PAS tunduk kepada tekanan DAP, komponen Pakatan Rakyat.

Polemik terbaru dilaporkan selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata tindakan tersebut adalah satu pendekatan bijak kerana pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan jika ada yang melanggar enakmen itu.

"Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

"Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadhan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.

"Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan in di negeri-negeri mereka pula," bidas Tuan Ibrahim.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah mengambil jalan terbaik dalam isu larangan ini yang tidak boleh diselesai oleh Umno sekian lama dengan tidak menghalang hak orang bukan Islam dan pada masa yang sama orang Islam tidak boleh terlibat dalam aktiviti maksiat sepanjang Ramadan.

Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai

Posted: 17 Jul 2011 07:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.

Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

"Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya," ujarnya.


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.

"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.

Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.

"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.

Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.

Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.

Ribuan memberi penghormatan terakhir pada jenazah Dr Lo'Lo'

Posted: 17 Jul 2011 06:53 PM PDT


Jenazah sudah tiba sedang ditempatkan di dalam masjid

PKR kesal BN terus peralat polis ganggu program Pakatan

Posted: 17 Jul 2011 06:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Naib Presiden PKR N. Surendran menggesa Putrajaya berhenti daripada memperalatkan pihak berkuasa terutamanya polis demi kepentingan politik sendiri.

Tegas beliau, tindakan Putrajaya menggunakan pihak berkuasa menyekat program-program anjuran Pakatan Rakyat bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, tegas Surendran (gambar), beliau kesal dengan tindakan polis yang mengganggu ceramah yang dihadirinya di Taman Impian, Kuantan kelmarin.

"Mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat mempunyai kebebasan untuk bercakap dan berhimpun secara aman.


"Namun kedua-dua hak ini telah dinafikan pihak polis yang mana pada 16 Julai (Sabtu lalu) penceramah tidak dibenarkan berucap dan tiada alasan diberikan untuk itu," katanya sambil menambah, seramai 50 anggota polis berada di kawasan ceramah itu.

Kata Surendran, tindakan polis itu membuktikan Barisan Nasional (BN) menggunakan pihak berkuasa untuk menghalang program anjuran Pakatan Rakyat.

"Ini jelas menunjukkan tindakan itu ekoran campur tangan politik yang datangnya daripada kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri yang mahu menghalang ceramah diadakan.

"Kejadian sama terjadi kepada ceramah dan makan malam yang dianjurkan Pakatan Rakyat di seluruh negara, ini jelas menunjukkan BN secara terang-terangan menggunakan polis sebagai alat politik untuk menindas pembangkang dan rakyat," katanya.

Mengulas mengenai insiden itu, Surendran berkata polis terus menghalang program itu tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah.

"Ia agak mengejutkan apabila saya menyatakan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi ketua polis daerah itu menjawap 'jadi mengapa, demokrasi?

"Polis juga bertindak agresif dan berkata 'jangan cari pasal' apabila kami mengajak mereka untuk berbincang. Perdana Menteri sebelum ini berkata Malaysia adalah negara bebas dan demokrasi, ini jelas satu pembohongan," katanya.

Ekoran tindakan polis itu, beliau sekali lagi mendesak agar BN menghentikan segera salah guna kuasa yang dilakukan demi kepentingan politik semata-mata.

"Kami merasa bimbang dengan tindakan ini yang dilihat mahu menjadikan negara sebagai 'negara polis' sejak beberapa minggu lalu dan ia disusuli dengan melarang rakyat memakai baju Bersih 2.0, mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kegagalan melepaskan enam tahanan di bawah Ordinan Darurat, menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan mengawal semua media cetak dan elektronik.

"Selain itu kerajaan juga bertindak ke atas individu yang mengamalkan hak demokrasi dan ini merupakan satu kegagalan sebuah kerajaan BN yang turut menafikan kuasa undang-undang. Kami menuntut BN menghentikan segera salah guna kuasa demi kepentingan politik dan menghentikan segala bentuk penindasan serta membebaskan enam tahanan Ordinan Darurat," katanya.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.

Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, ramai aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2216085611249398241
Selain itu Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana didakwa cuba memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

The Malaysia Insider

BERSIH 2.0 Tak Gagal.. Yang Gagal Ialah Fitnah Rahim Tamby

Posted: 17 Jul 2011 06:27 PM PDT

Rahim Tamby Chik: BERSIH 2.0 gagal

Mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, berdasarkan jumlah tidak sampai 100,000 orang yang sanggup turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu membuktikan ia telah gagal.

"Saya secara peribadi mengganggap perhimpunan itu gagal, kerana walaupun sasaran mereka untuk mengumpulkan lebih 100,000 lebih, saya fikir paling ramai pun 15,000 sahaja yang hadir," katanya.

Abdul Rahim yang juga pngerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara.


Malah menurutnya, dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata, ia termasuklah cubaan sesetengah pihak menggunakan rakaman video kononnya menunjukkan kekejaman anggota keselamatan ketika cuba menyuraikan perhimpunan di Kuala Lumpur itu.


"Walaupun rakaman itu bukanlah gambaran keseluruhannya, namun itu sahaja yang mereka tumpukan. Ini pun sudah nampak bahawa mereka berat sebelah.

"Kita pun tahu BERSIH, terutamanya Anwar mempunyai 'sympathiser' di luar sana yang sentiasa ingin melihat kerajaan Malaysia tidak stabil dan kucar-kacir," katanya.

Abdul Rahim berkata ketika ditemui selepas majlis Kembara Agung Israk dan Mikraj, anjuran bersama Surau An-Nur Taman Bandar Baru dan Kolej Risda Melaka.

Beliau mengulas laporan Wall Street Journal di dalam laman sesawangnya baru-baru ini, yang mengkritik tindakan kerajaan menangani perhimpunan itu.

B
agaimanapun, dakwaan kekerasan ini telah disangkal pihak polis.

Sehubungan itu, Abdul Rahim, yang juga Pengerusi Risda berkata, rakyat Malaysia perlu bersikap rasional serta membuat penilaian dengan kewarasan fikiran supaya tidak termakan dakyah pihak tidak bertanggungjawab.

"Rakyat, terutamanya generasi muda, perlu tahu menilai mana kaca dan mana intan, serta jangan mudah terpengaruh dengan hasutan mereka ini," katanya.

Solat jenazah Dr Lo' Lo' jam 10.30 pagi

Posted: 17 Jul 2011 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini.

Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz.

Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Terengganu Bukti Paling Besar Penipuan Umno

Posted: 17 Jul 2011 08:57 AM PDT


Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Jenazah Dr. Lo'Lo' Kini Sedang Dibawa Ke Masjid Al-Akram

Posted: 17 Jul 2011 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.


"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

[Berita penuh menyusul]

Dr Lo'Lo' Meninggal Sebentar Tadi.. Al-Fatihah

Posted: 17 Jul 2011 07:29 AM PDT



Docmarjan profile
Docmarjan [keluarga] Innalillahiwainnailaihirojiun.Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah sedang... http://fb.me/PxlUSnvw 2 minutes ago · reply · retweet · favorite




Docmarjan profile
Docmarjan Innalillahiwainnailaihirojiun. Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi.Semoga beliau... http://fb.me/y0HqH6YQ 7 minutes ago · reply · retweet · favorite

Lesen pusat hiburan ditarik jika benarkan orang Islam masuk

Posted: 17 Jul 2011 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lesen kelab hiburan di Kedah akan ditarik balik jika membenarkan orang Islam memasuki premis tersebut, kata setiausaha politik menteri besar negeri itu hari ini.

"Operator telah setuju lesen operator berkenaan ditarik balik jika arahan berkenaan dilanggar. Keputusan ini dicapai dalam pertemuan dengan operator berkenaan di Alor Setar semalam, kata Mohd Sanusi Mohd Noor dalam sidang akhbar di sini.

Sebelum itu beliau mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi taklimat kepada pimpinan PAS di sebuah hotel di Ampang.


Selain presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hadir sama dalam taklimat berkenaan ialah tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mohd Sanusi, Azizan tidak datang memberikan taklimat kerana sedang membuat persiapan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah esok.

Sebelum ini Menteri Besar mengumumkan semua pusat hibuhan di Kedah diarahkan tidak beroperasi pada bulan Ramadan sebagai menghormati bulan mulia umat Islam.

Tindakan tersebut menimbulkan bantahan di kalangan pemimpin rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP serta pemimpin Gerakan.

"Di Kedah terdapat lebih kurang 300 pusat hiburan iaitu disko dan pub," kata Mohd Sanusi sambil menambah beliau tidak pasti sama ada terdapat lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan PAS.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menmberi penjelasan menegnai nasib pekerja Islam yang bekerja dengan pusat hiburan di negeri itu,

Tanggungjawab polis

Beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab polis dan petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawasi kegiatan kelab malam berkenaan.

Katanya, kerajaan PAS Kedah sejak dulu lagi iaitu semasa pemerintahan BN pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi pada bulan Ramadan dan hari Jumaatn.

"Tetapi kita membenarkan premis beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam amsuk," tambahnya.

Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan isu itu menjadi besar kerana media yang memutar belit kenyatan menteri besar mengenai operasi pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Beliau menambah, media berbahasa Melayu digunakan oleh kerajaan pusat untuk menimbulkan kekliruan di kalngan orang Melayu.

"Kita sudah mendapat maklumat mengenai perkara sebenar kenyataan Azizan dan juga respon dari pemimopin Pakatan Rakyat.

"NGO wanita bukan Islam dan NGO agama bukan Islam juga tidak senang dengan maksiat seperti ini," katanya lagi.

Manusia Sekor Ni Mana Ada Telur Bhai..

Posted: 17 Jul 2011 05:36 AM PDT

AMK Ajak SPR Debat Jika Benar-benar Telus Perbaiki Sistem Pilihan Raya


PETALING JAYA 17 JULAI : Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pusat akan memperinci 'buku jawapan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses pilihan raya, sebelum bercadang mengajak agensi itu untuk berdebat secara terbuka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pakar dan aktivis Bersih 2.0 juga akan dipanggil bagi membuat perincian terhadap buku bertajuk 'Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan raya' itu.


Katanya, melalui buku kuning itu pihaknya akan memanggil pakar-pakar termasuk aktivis Bersih 2.0 bagi membincangkan secara terperinci apakah langkah susulan yang akan dibuat serta berdasarkan jawapan-jawapan yang dinyatakan oleh SPR.Dimana hasil daripada jawapan itu nanti kita akan bukukan. Dan rumusan daripada perbincangan ini kita akan kemukakan cabaran debat secara terbuka dengan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berhubung lapan tuntutan yang telah dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Tegasnya lagi, AMK sama sekali tidak gentar untuk berdebat mahupun berdepan sendiri dengan pengerusi SPR walaupun pihaknya mengungkapkan secara fakta.

"Kalau SPR mengungkapkan ia secara fakta ataupun mengikut kata mereka secara ilmiah serta diulas satu-persatu, kita juga akan menjawab perkara-perkara ini secara detail satu-persatu. Kerana ini ialah buku yang kononnya akan diedarkan ke seluruh negara dan diberikan penerangan tentang isu-isu yang kita bangkitkan," tegasnya.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendesak agar Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam untuk membuta permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk S Ambiga dan rakyat Malaysia berhubung kenyataannya meminta kerajaan menarik balik kerakyatan pengerusi Bersih 2.0 itu hanya kerana berbeza ideologi.

"Kita juga merakamkan kekesalan yang tak terhingga terhadap Ali Rustam dan beberapa pihak yang meminta kerakyatan Ambiga itu ditarik balik. Dan kita menganggap itu satu tindakan atau penyataan politik usang daripada pemimpin yang tidak berani berhadapan dengan fakta dan hujah oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan mereka," ujarnya.

"Kita desak Ali Rustam untuk segera minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana mana mungkin kita boleh biarkan situasi dimana kita berbeza pendapat maka kerakyatan kita juga akan diminta untuk dicabut. Ini satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali,"tambahnya.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat . - tvsnews

Jangan Percaya Dengan Sokongan Umno Kedah Ini..

Posted: 17 Jul 2011 05:03 AM PDT

UMNO sokong tindakan Pas

ALOR SETAR - UMNO Kedah menyokong Kerajaan Negeri melaksanakan enakmen yang melarang operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bagaimanapun berkata, langkah penguatkuasaan undang-undang itu harus seiring dengan budi bicara demi menjaga hati dan kepentingan masyarakat bukan Islam.

"Saya sokong pelaksanaan enakmen 1997 itu tapi perlu ada budi bicara. Saya nampak, tindakan ini akan makan diri mereka (Kerajaan Pakatan Rakyat) sendiri," katanya.


Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, Pas tidak sepatutnya mempolitikkan tuntutan orang bukan Islam di negeri ini semata-mata untuk melaga-lagakan parti komponen BN.

Menurutnya, tindakan Pemuda Pas Pusat mengecam UMNO yang berdiam diri ditenggelami 'kelantangan' MCA dan Gerakan memperlihatkan muslihat sebenar parti itu menggunakan Enakmen 1997 untuk memecahbelahkan BN - Sinar Harian

Azizan Razak Memalukan PAS Keseluruhannya

Posted: 17 Jul 2011 03:39 AM PDT

Lain Kali Nak Laksanakan Biar Tegas.Paham!!!


Kerajaan PAS Kedah telah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, lapor AFP.Kerajaan negeri itu membuat keputusan tersebut Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan, serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Agensi berita itu memetik seorang pegawai negeri sebagai berkata kontroversi tersebut selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan pada hari Sabtu dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP

Siasahkini

Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia

Posted: 17 Jul 2011 02:57 AM PDT

AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

"Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.


"Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

"Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Dipetik dari Malaysia Insider


Tiada ulasan: