Ahad, 17 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Demo Kuning Kuning Najib Pening di United Kingdom

Posted: 16 Jul 2011 02:10 PM PDT

TERCALAR teruk imej Najib di dalam dan luar negara akibat kekejaman pentadbirannya terhadap peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu. Sakitnya hati seorang Perdana Menteri kerajaan Rosmah Mansor bila dia dimalukan di luar negara.

Apakan daya, Perdana Menteri kerajaan Rosmah Mansor hanya boleh menggunakan undang-undang zalim di negara Rosmah Mansor saja. Hanya di negara Rosmah Mansor sajalah FRU dan Polis boleh diperalatkan sesuka hati. Dia boleh suruh belasah, tangkap, pukul semua orang yang pakai baju kuning di negara Rosmah Mansor hanya di negara Rosmah Mansor!




ReJaM© "Sampai London, dia pulak kena belasah kah kah kah..."

Marina mahu sistem pilihanraya yang telus kata Muhkriz

Posted: 16 Jul 2011 10:03 AM PDT

ANAK Tun Mahathir, Datuk Mukhriz mengakui bahawa kakaknya Marina menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu kerana mahukan pilihanraya yang lebih telus sambil menafikan bahawa kakaknya itu menyokong pembangkang [Sinar].


Dalam hal ini jelas sekali bahawa Datuk Mukhriz secara tersirat mengakui bahawa Malaysia memerlukan sistem demokrasi yang lebih telus. Kalau dilihat, sememangnya terlalu banyak bukti-bukti penyelewengan daftar undi yang sudah tersiar di internet, di blog-blog dan di facebook. Semua bukti-bukti ini tidak dapat dinafikan sama sekali.

Datuk Mukhriz, jelas sekali tidak bercanggah pendapat dengan kakaknya Marina yang menyertai perhimpunan itu, namun sebagai ahli politi BN, beliau terpaksa mengikut segala telunjuk kerajaan Rosmah Mansor. Permintaan BERSIH 2.0, yang berhimpun secara aman untuk mendesak pembaharuan dalam pilihanraya adalah tindakan yang wajar.

Hak untuk mendapatkan pilihanraya yang telus dan adil bukanlah hak pembangkang sahaja, malah sebelum ini pihak BERSIH 2.0 turut mempelawa penyokong-penyokong Barisan Nasional untuk sama-sama berhimpun secara aman sambil memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.

ReJaM© "Berhimpun secara aman meminta sesuatu yang baik pun kena belasah dengan Polis gila, gila..."

Tiada ulasan: