Ahad, 17 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kaki Pukul Ini Ingat Dalam Islam Tak Ada Hak Asasi Ke??

Posted: 17 Jul 2011 01:13 AM PDT

Rahim: M'sia sasaran usaha jatuhkan negara anti-Yahudi

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.


Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.

"Akibat daripada hidup dalam buangan mereka melahirkan arus pemikiran menerusi penulisan, malah ada yang menyebut revolusi Perancis tercetus akibat bibit-bibit tulisan pemikir Yahudi di Eropah.

"Kita sebagai orang tepi, menerima bahangnya sekarang kerana saya yakin dan percaya bibit sejarah penderitaan orang Yahudi yang dizahirkan menerusi tulisan, telah di hijacked oleh pelbagai pihak termasuk AS," tambahnya.

Rahim percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka.

Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."

"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.

"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit.

"Saya bimbang orang tempatan yang digunakan, akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma, akhirnya mereka yang terkena," tegasnya.

Menurut Rahim lagi, beliau bimbang kelompok tersebut, akibat terlalu ghairah, tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihan raya dengan tangan-tangan tersembunyi ini.

"Sedangkan mereka sangat bijak, sangat kaya dan mengawal media termasuk dunia hiburan dan antarabangsa. Sebenarnya kita boleh lihat siapa hidden hand (tangan tersembunyi itu) jika kita betul-betul mahu lihat," katanya.

Isu ini, tambah Rahim, tidak akan selesai terutamanya apabila kuasa besar seperti AS menaungi orang begini.

Ditanya sejauhmana gerakan tersebut berjaya meresap di kalangan rakyat negara ini, Rahim berkata:

"Mereka tidak masuk secara terang-terangan. Segala-galanya bersahaja dan mengikut gelombang. Mereka ada di mana-mana sama seperti gelombang lain satu masa dahulu."

Menurut Rahim, setiap abad ada gelombangnya.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia manakala abad ke-19 dan ke-20 menyaksikan gelombang fahaman sosialis yang melahirkan cara hidup baru selepas kejatuhan empayar Eropah," tambahnya

Shabery dakwa Pakatan guna Bersih sebagai alasan jika kalah PRU

Posted: 17 Jul 2011 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Datuk Ahmad Shabery Cheek mendakwa Pakatan Rakyat mengeksploitasi perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini sebagai alasan untuk menjustifikasikan kemungkinan kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

Menteri Belia dan Sukan ini menekankan siri kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil, antaranya di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau sejak pertengahan 2009.

"Itu sebabnya mereka menggunakan Bersih untuk mempertikaikan pengadil tentang kemungkinan kekalahan mereka," kata Shabery ketika berucap membuka perhimpunan agung tahunan ke-12 Kelab Umno Luar Negara hari ini.

"Mereka akan kata sistem (pilihan raya) ada cacat (dan) penggadil (iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya) pula tidak betul," kata beliau.


Dalam tulisan yang muncul di Mingguan Malaysia ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan "tidak benar-benar ikhlas."

"Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu," kata Aziz.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

"Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang," kata beliau.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

Shabery melahirkan pandangan yang seiring dengan kenyataan Aziz apabila ditanya mengapa beliau menganggap perhimpunan anjuran Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan pada 9 Julai lalu, sebagai gimik politik.

"Hadi pergi. (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu telah pergi. Anwar Ibrahim pergi. Ini antara mereka yang telah pergi. Pakatan Rakyat menggunakan Datuk Ambiga dan Ambiga menggunakan Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita kemudian.

Apabila ditanya Bersih 2.0 juga ada mengundang Barisan Nasional (BN) agar sertai bersama, ahli Majlis Tertinggi Umno ini menjawab: "Mengapa anda mahu berarak?"

"Kami tidak mahu mencapai kemenangan menerusi kaedah yang dipertikaikan. Legitimasi adalah penting.

"Orang tidak akan berunding dengan kita jika kita berkuasa menggunakan penipuan," kata beliau.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kemaman ini mengakui bahawa ada kelemahan dalam sistem pilihan raya semasa, antaranya pengundi di luar negara tidak boleh mengundi.

"Umumnya, sistem kita masih merupakan sistem yang memberikan legitimasi kepada mereka yang menang," kata Shabery.

Tak Salah Pakai Baju Kuning

Posted: 16 Jul 2011 11:58 PM PDT

NILAI 17 Julai — Tidak salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.


"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai di sini, malam tadi.

Khalid berkata, jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya. — Bernama

Berita Pemergian Dr. Lo Lo Tidak Benar

Posted: 16 Jul 2011 11:42 PM PDT

Berlaku kekeliruan berkenaan status Dr. Lo Lo Ghazali yang menghidapi barah paru-paru yang kini masih tenat di Hospital Selayang. Tadi, Addin mendapat berita dari Twitter DSAI mengatakan Dr. Lo Lo telah meninggal dunia. Namun selang beberapa minit, saya menerima berita FB dari Dr. Joyce Lee yang mengatakan berita itu tidak benar. Jadi saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana kesilapan ini. Doakan semoga Dr. Lo Lo selamat dan terus berjuang bersama kita. Berita selanjutnya akan menyusul. Berikut kronologi berita tersebut tersebar.

Dipetik dari addin

Risalah Lucah - Memang Sah Kerja Puak Umno

Posted: 16 Jul 2011 09:57 PM PDT

PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.

Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.

Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.


"Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas kebalai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi.

Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu.

"Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini."

Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah.

Dipetik dari sini

MB Kedah: Formula sudah dicari, isu pusat hiburan selesai

Posted: 16 Jul 2011 09:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Isu larangan ke atas pusat-pusat hiburan di Kedah agar tidak beroperasi sepanjang bulan Ramadan akan diatasi menggunakan "jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan" semua pihak, kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipetik media tempatan hari ini.

Menteri Besar Kedah berkata pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarah supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.

Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam," kata beliau dipetik Mingguan Malaysia dalam laporannya bertajuk "Kedah tunduk tekanan DAP".


"Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya semalam yang turut menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan.

Azizan berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, isu berkenaan boleh dianggap selesai dengan pihak yang terlibat hanya perlu menunggu arahan terbaru daripada pihak pentadbiran negeri selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan dalam tempoh sehari dua lagi.

Mengenai kata dua yang diberikan DAP supaya PAS khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan, Azizan berkata, beliau tidak mahu menjawab mengenainya kerana tidak mahu perkara itu berlarutan.

Katanya, sebagai orang lama dalam politik, beliau dan DAP perlu menyelesaikan isu berkenaan secara dalaman dan bukan menggunakan media untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya pun dikira sebagai orang lama dalam politik dan DAP pun orang lama, biar selesai atas semangat pakatanlah. Tak payah kita masuk surat khabar. Surat khabar bukan untuk penyelesaian.

"Apa yang dia orang (DAP) kata itu, dia katalah... saya tidak mahu kata apa," kata Azizan menjelang mesyuarat PAS pusat hari ini dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini.

Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan.

The Malaysian Insider pagi tadi membawa laporan bahawa Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu terbaru ini.

Semalam, Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata Menteri Besar Kedah tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

"Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.

"Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat pagi ini.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.

Minggu lalu, Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

"Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak?

"Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN.

"Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi.

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya

Posted: 16 Jul 2011 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.


Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

Sumber Anak Sungai Derhaka

Pengerusi SPR terus dakwa Bersih tak jujur, didalangi Pakatan

Posted: 16 Jul 2011 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan "tidak benar-benar ikhlas."

"Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu," kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.

Aziz (gambar) juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.


Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

"Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang," kata beliau.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

"Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi.

"Wakil-wakil NGO yang datang berjumpa dan berunding dengan saya dulu tidak kelihatan kecuali Marina Mahathir dan dua tiga orang lagi," kata Aziz sambil menambah, "jadi kenyataan Ambiga kepada saya bahawa Bersih tidak langsung memihak kepada parti politik adalah tidak benar sama sekali."

Tambahan pula tulis Aziz, baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.

"Kenapa pula sebelum ini Bersih dan tiba-tiba sekarang parti politik PAS menyuarakan perkara itu?

"Jadi, sekarang sudah jelas Bersih didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik," kata Aziz lagi.

Aziz menambah, Bersih 2.0 tidak lagi sebuah badan yang berkecuali, sebaliknya "seolah-olah sudah menjadi parti politik."

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Sehubungan itu, Aziz juga berkata bagi diri beliau demonstrasi jalan raya tidak menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi difahamkan memorandum berkaitan tuntutan mereka belum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong lagi.

"Kalau mereka betul-betul jujur sepatutnya sewaktu berjumpa Yang di-Pertuan Agong baru-bari ini mereka boleh menyerahkan memorandum itu.

"Bukan sahaja boleh menyerahkan, malah menerangkan kenapa mereka membuat tuntutan itu. Kenapa mereka tidak melakukan itu dan memilih demonstrasi haram di jalanan?" katanya.

Dalam tulisannya Aziz juga menyentuh mengenai tuntutan dihentikan amalan politik kotor.

Aziz berkata, sebenarnya semua orang tidak suka orang main politik kotor dan sebab itu "kita adakan undang undang supaya orang politik ini jangan bermain politik kotor."

"Tetapi politik kotor ini dilakukan oleh ahli ahli politik, sepatutnya mereka sendiri yang menghalang politik kotor misalnya dengan tidak menipu, amanah, tidak kata lain buat lain," kata beliau lagi.

Kedai makan bukan Islam tidak terbabit dengan arahan

Posted: 16 Jul 2011 07:49 PM PDT

ALOR SETAR, 14 Julai 2011 – Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah menghalang ataupun mengeluarkan kenyataan bahawa kedai makan bukan Islam hanya boleh beroperasi selepas jam tiga petang.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan berkata, kedai francais dan restoran antarabangsa seperti Kopitiam, kedai kopi Cina boleh beroperasi seperti biasa.

"Kita menguatkuasakan peraturan tersebut hanya kepada kedai milik orang Islam sahaja, dan ianya tidak melibatkan kedai makan bukan Islam kerana kita tidak kejam untuk tidak membenarkan orang bukan Islam makan.

"Perkara tersebut tersebut tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat exco kerana peraturan berkenaan hanya membabitkan peniaga kedai makan Islam," ujarnya.


Beliau hairan kerana isu ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu sedangkan kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan jika kedai makan tersebut milik Cina tetapi pekerjanya adalah orang Islam, mereka tetap boleh beroperasi kerana yang tidak dibenarkan adalah orang Islam makan ataupun menjual makanan sebelum jam tiga petang, bukannya bekerja.

Azizan berharap dengan penjelasan tersebut, tidak timbul lagi tanggapan negatif terhadap kerajaan negeri yang dikatakan tidak peka terhadap kehendak bukan Islam.

Ugut Pakatan - Pua Celaka Atau DAP Yang Celaka??

Posted: 16 Jul 2011 06:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan.

Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001.

Pua melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.

"(Kami) tidak mahu jadi macam MCA atau Gerakan dalam BN," kata wakil rakyat ini.


Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pua enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dengan berkata ia hanya pandangan peribadi, bukannya pendirian rasmi parti.

Pun begitu katanya, perkara tersebut ada dibincangkan pada sesi pemukiman DAP di Seremban semalam dan akan dibincang secara mendalam pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini.

Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

"Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.

"Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu.

Laporan The Malaysian Insider semalam memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat pagi ini.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.

Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan.

Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

"Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak?

"Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN.

"Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi.

Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi

Posted: 16 Jul 2011 06:26 AM PDT

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.


Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Harakahdaily

Isu Scopene : Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh Lebih Besar, Dakwa Suaram

Posted: 16 Jul 2011 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 JULAI : Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.



Baca seterusnya disini

Najib: Demonstrasi jalanan bukan jawapan, mari selesai masa PRU

Posted: 16 Jul 2011 04:31 AM PDT

LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan," katanya dipetik Bernama Online.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.


Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi)."

"Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita," katanya lagi.

"Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

"Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga," katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

"Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu," kata beliau.

Dipetik dari TMI

Tiada ulasan: