Rabu, 13 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Berhimpun secara aman adalah hak asasi kata Ustaz Zamri

Posted: 12 Jul 2011 09:00 PM PDT

HEBOH di internet apabila tersebarnya gambar Ustaz Zamri, pengacara terkenal yang mengendalikan rancangan Mari Mengaji di TV9 dilihat dalam keadaan basah kuyup menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. MiLo SuaM turut menyiarkan gambar tersebut [Ustaz Zamri BERSIH]


Blogger-blogger gerombolan songkok tinggi, rata-rata mengutuk tindakan Ustaz Zamri yang menyertai perhimpunan aman itu sambil menyifatkan beliau sebagai "terkantoi". Bagaimana pun, berikut respon yang diberikan oleh beliau melalui akaun facebook terhadap gambar panasnya yang tersebar itu [Facebook].

Secara tersiratnya, Ustaz Zamri memang menyokong perhimpunan BERSIH 2.0, yang lebih tersirat, beliau menyokong 8 tuntutan BERSIH untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil atau dengan kata lainnya, Ustaz Zamri sedar betapa pentingnya Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR ditukar kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

ReJaM© "Lunaskan tuntutan kami rakyat Malaysia, atau BERSIH 3.0 bakal menjelma..."

Wanita ini ditangkap dan digari kerana rasa simpati

Posted: 12 Jul 2011 04:04 PM PDT


LIHAT wajah perempuan ini baik-baik, tangannya diikat dengan cabel tight oleh Polis. Wanita lemah ini ditangkap oleh Polis semasa perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu di ibu negara.

Buat pengetahuan pembaca semua, wanita ini tidak membunuh seekor semut pun, tidak memetik sekuntum bunga pun milik kerajaan apa lagi menjentik hidung Polis. Tapi tangannya diikat oleh Polis kerana menurutnya, dia membantah apabila empat orang Polis memukul seorang budak Melayu. Lihat sendiri video di bawah ini.


Bayangkan, kerana tindakan dari rasa simpati di hatinya melihat rakyat Malaysia yang lain dipukul di depan matanya, dia diikat dan ditangkap. Adakah wanita ini menipu? Lihatlah, dengar dan nilai. Tanya hati anda adakah wanita ini sengaja menyebabkan dirinya ditangkap agar dia boleh berpura-pura marah dan menipu semua orang?

ReJaM© "Inilah akibatnya bila Polis menjadi alat penguasa yang zalim..."

Polis bertujuan menyebabkan kecederaan kata Majlis Peguam

Posted: 12 Jul 2011 05:57 AM PDT

KEPADA semua rakyat yang turun bersama-sama di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara pada hari sabtu lalu, tentu sudah sedia maklum dengan kehadiran berpuluh-puluh orang peguam yang berpakaian kot hitam. Mereka sanggup berpanas dengan kot hitam tengah-tengah hari buta agar kehadiran mereka disedari oleh orang ramai termasuk Polis.

Tujuan mereka hadir di perhimpunan aman BERSIH 2.0 semalam adalah untuk memantau perjalanan perhimpunan tersebut. Hasil laporan Majlis Peguam, mereka mendapati Polis telah bertindak secara "rambang, sembarangan dan melampau" dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, kata laporan pemerhatian Majlis Peguam.

Laporan itu mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan mahu menyebabkan kecederaan [Msian Insider]


Pihak Polis bersungguh-sungguh mahu rakyat fikir mereka baik, mereka tak belasah orang, mereka baik, mereka tak lepaskan bom asap di tempat-tempat yang tak sepatutnya. Rakyat jahat, suka bohong, majlis peguam bohong, pembangkang bohong, semua orang bohong dan fitnah. Hanya Polis dan media arus perdana pengampu kerajaan saja yang betul.

Malas nak cerita panjang korang tengok sendiri video di bawah ini, dan nilai sendiri siapa yang bohong? Siapa yang fitnah? Siapa yang jahat? Siapa yang ganas?



ReJaM© "Ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh dan buta ke?"

BERSIH 2.0, Najib mula terima tekanan dunia

Posted: 12 Jul 2011 01:17 AM PDT

PENTADBIRAN najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dilihat sudah tercalar teruk akibat dari kekejaman pihak Polis yang membelasah rakyat di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0, 9 Julai yang lalu.

Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu [Malaysiakini].




Anda semua sebagai rakyat boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri, gunakan akal yang waras. Tiada sebatang rumput pun yang dicabut dengan niat untuk mencetuskan keganasan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 sabtu lalu. Tidak ada pihak Polis yang dijentik oleh rakyat kerana melawan, tapi berpuluh-puluh rakyat tercedera, dan ada yang meninggal dunia. Adakah tugas baru Polis kini untuk membelasah rakyat?

Adakah permintaan rakyat untuk memperolehi pilihanraya yang bebas, bersih dan adil menjadi satu kesalahan di mata Polis? Adakah Polis layak membelasah rakyat yang berhimpun secara aman tanpa senjata?

Lihat di media-media arus perdana, tiada satu pun gambar kerosakan boleh ditayangkan oleh media-media pengampu kerajaan untuk memburukkan imej BERSIH 2.0. Mengapa? Kerana mereka tidak jumpa satu pun kerosakan yang terhasil dari perhimpunan aman BERSIH 2.0 sabtu lalu.


ReJaM© "Rakyat datang berkumpul secara aman, dengan senyuman, kerajaan hantar Polis dan FRU belasah rakyat..."

Tiada ulasan: