Blog-list Malaysia |
- Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk
- Hilang RM100 Juta - Tak Masuk Akal, Kata Tony Pua
- BN perlu guna komunikasi politik lebih baik, kata Saifuddin Abdullah
- Tiada lagi syarikat 'penyelamat' bagi Hospital Shah Alam
- BERSIH 2.0 - Top 10 Police Brutality
- Warga Indonesia protes di Kedutaan Malaysia, sokong Bersih
- Cincin RM24 Juta - Jangan Jadi Bodoh La..
- Bersih: Demo gagal dihalang, mana molotov cocktail?
- Video Menarik Malam Ini - Ulasan 'Lakonan' Anwar Ibrahim
- Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS...!!
- Isu saham: Anak saudara Sultan Selangor mohon bonda dipenjara
- Mat Sabu : Malaysia Masih Terperangkap Dalam Dunia Primitif
- Pakai baju kuning, kena tangkap lagi
- Adun BN Bersikap Biadap Dalam DUN Selangor
- Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran
Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk Posted: 13 Jul 2011 01:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar jangan terlalu angkuh. Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu. Katanya, kenyataan tersebut hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR yang ada sekarang untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dapat berlangsung dengan adil dan bersih. Menurutnya, jawapan SPR bagi lapan tuntutan Bersih yang lalu, SPR hanya menyatakan masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk menghebahkan manifesto melalui akhbar masing-masing tetapi tidak menyentuh soal media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia( Bernama) yang jelas terbukti tidak memberi liputan yang adil antara kedua-dua pihak yang bertanding. "Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik. "Saya kira soal liputan yang seimbang akan terjawab dan selasai jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh memberi peluang kepada setiap Parti walaupun jangka masa yang singkat sekitar 15minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya. Mohd Yusof juga menyanggah kenyataan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Abu Bakar Yahya yang berkata golongan muda yang menyertai himpunan Bersih yang lalu dipengaruhi dan dipergunakan kumpulan tertentu. "Ini zaman anak muda, golongan muda tidak mungkin mudah di pergunakan. Zaman sekarang sudah ada arus media baru yang semua pihak boleh mendapat maklumat dengan pantas dan boleh menilai yang mana betul dan yang mana menipu," katanya. Tambahnya, tidak timbul soal golongan muda ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 kerana dijanjikan bayaran wang ringgit seperti kenyataan Abu Bakar. Dipetik dari Harakahdaily |
Hilang RM100 Juta - Tak Masuk Akal, Kata Tony Pua Posted: 13 Jul 2011 12:43 AM PDT KUALA LUMPUR 13 JULAI : Tuduhan kononnya perhimpunan aman Bersih menyebabkan peniaga a kehilangan pendapatan RM100 juta hanya mencerminkan kedangkalan pihak yang menyebarkan dakwaan itu, kata seorang Ahli Parlimen hari ini. Hakikat ialah Indeks Komposit Bursa Malaysia melonjak kepada 1594.74 mata sehari sebelum perhimpunan itu, berbanding 1582.35 empat hari sebelumnya, kata Tony Pua dari DAP. Kenaikan di Bursa itu tetap berlaku sungguhpun kerajaan ketika itu sudah pun melancarkan gerakan mengharamkan Bersih, menangkap penyokongnya dan mengugut untuk bertindak keras menyuraikan perhimpunan pada Sabtu lalu. Justeru, indeks Bursa jelas menunjukkan prestasi ekonomi tidak terjejas akibat penyertaan orang ramai dalam sebuah perhimpunan secara aman, kata beliau. "Malah jika polis memberikan kerjasama kepada Berih, perniagaan di pusat Bandar tentunya meraih keuntungan dan menggalakkan pelancongan dalaman," kata beliau. Sejak Sabtu lalu, media arus perdana mencanang dakwaan-dakwaan kononnya peniaga kehilangan RM100 juta akibat kekecohan pada perhimpunan Bersih yang disertai oleh ribuan orang pelbagai kaum untuk menuntut proses pilihanraya yang lebih adil dan telus. Bagaimanapun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan air berkimia menimbulkan keadaan yang huru hara. Dalam asakan itu, seorang meninggal dunia manakala beberapa kecederaan turut dilaporkan. "Sayugia diingatkan bahawa di banyak negara membangun dan negara maju, perhimpunan demokratik diadakan secara aman, termasuk di Korea Selatan, Hong Kong dan dan Taiwan tanpa menjejaskan prestasi ekonomi mereka," kata beliau. Menurut Pua, keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia terjejas kerana respon kuku besi kerajaan terhadap tuntutan Bersih dan provokasi yang dilakukan kerajaan dan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman itu. Dipetik dari TVS |
BN perlu guna komunikasi politik lebih baik, kata Saifuddin Abdullah Posted: 13 Jul 2011 12:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan komunikasi politik yang lebih baik sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat ekoran Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu. Ini kerana jelas beliau, perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan disokong Pakatan Rakyat akan meninggalkan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata, beliau (gambar) secara tegas tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 dan lapan tuntutan yang dikemukakan namun kesal dengan kata-kata kesan yang dilemparkan terhadap gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu. "Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih serta pihak-pihak lain... ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar. "Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai, oleh itu saya mahu supaya kita meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini. "BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini kerana sedikit sebanyak perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau yang sejak minggu lalu diserang di laman Twitter dan blogger pro-Umno menegaskan, sama sekali tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 seperti mana yang didakwa. Malah tegas Saifuddin, sekiranya perhimpunan itu mendapat permit, beliau juga tidak akan menyertainya kerana tidak menyokong lapan tuntutan Bersih. Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. "Seperti dalam Twitter dan Facebook, saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru politik baru yang terdiri daripada empat perkara iaitu integriti politik, kerangka pentadbiran baru, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif. "Justeru saya faham apa yang dibawa oleh Bersih... 'faham' tidak sama dengan 'sokong', kalau pun saya setuju dengan satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong," kata Saifuddin. Tambah wakil rakyat BN ini, beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Bersih itu kerana ia "perhimpunan haram." "Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi tetapi ia mesti diadakan dengan cara yang sesuai. "Pada saya antara cara yang sesuai ialah seperti yang dicadangkan Suhakam, sekiranya kita menggunakan cadangan Suhakam ada kemungkinan perhimpunan Bersih itu dapat diadakan dengan permit polis dan aman," kata Saifuiddin sambil menambah, beliau hanya menyokong perhimpunan dibuat secara aman. Suhakam sebelum ini berkata bahawa rakyat Malaysia berhak berhimpun secara aman seperti yang terkandung dalam Perkasa 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkasa 20 (1) Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Himpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah satu perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara bagi memohon transformasi pilihan raya yang perlu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagaimanapun Putrajaya melalui Kementerian Dalam Negeri menyifatkan ia sebagai perhimpunan haram yang boleh menggugat keselamatan negara. Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu. Dipetik dari TMI |
Tiada lagi syarikat 'penyelamat' bagi Hospital Shah Alam Posted: 12 Jul 2011 10:14 PM PDT Usaha mencari kontraktor baru bagi 'menyelamatkan' pembinaan Hospital Shah Alam terus buntu dengan kali ini Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bersependapat dengan kontraktor pilihan masing-masing. Bulan lalu, kementerian berkenaan menolak cadangan JKR bagi melantik sebuah syarikat tempatan Gadang Engineering (M) Sdn Bhd bagi menerusi projek yang terbelangkai itu. Gadang adalah kontraktor utama kerajaan dan telah membida projek awam bernilai RM2 bilion pada tahun lalu sahaja. "Permohonan JKR bagi melantik Gadang ... tidak diluluskan. Pendirian Kementerian Kewangan sebelum ini kekal," kata kementerian itu dalam sepucuk surat bertarikh 17 Jun yang sesalinannya diperolehi oleh Malaysiakini. Surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kementerian berhubung permohonan JKR bertarikh 2 Jun itu. Sebelum ini, kementerian juga menolak permohonan syarikat lain pilihan JKR selepas mengadakan tender semula. Pada surat bertarikh 17 Jun, kementerian meminta proses tender tertutup diulang semula dan dimasukkan nama dua lagi syarikat yang dibenarkan untuk membida. Dua syarikat itu adalah - GMH Healthcare Sdn Bhd dan Frontier Structure Sdn Bhd - mereka adalah subkontractor asal projek ini sebelum masalah pembayaran menyebabkan pembinaan hospital itu tersekat. Kontraktor utama bagi projek terbelangkai ini adalah Sunshine Fleet Sdn Bhd. Namun syarikat itu gagal menyelesaikan kerja-kerja binaan setelah menghadapi masalah membayar subkontraktornya. Ini menyebabkan kontrak Sunshine Fleet ditamatkan. Dipetik dari Mkini |
BERSIH 2.0 - Top 10 Police Brutality Posted: 12 Jul 2011 09:01 PM PDT |
Warga Indonesia protes di Kedutaan Malaysia, sokong Bersih Posted: 12 Jul 2011 07:41 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai — Dilihat tindakan membantah langkah kerajaan Malaysia menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, kira-kira 20 warga Indonesia mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam. Sekumpulan rakyat Indonesia pernah mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia sebelum ini berhubung isu membabitkan Malaysia dan Indonesia. Usaha Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bersih dan adil turut disambut rakyat Malaysia di beberapa negara lain. Menurut laporan Jakarta Globe hari ini, mereka yang menyertai perhimpunan di depan Kedutaan Malaysia semalam melaungkan "bersih", malah peserta yang mewakili pertubuhan Gabungan Pertubuhan Sivil Untuk Malaysia Bersih turut membawa sepanduk tertulis "Bersih Malaysia Bersih Indonesia". Malah menurut laporan itu, peserta perhimpunan seolah-olah bertindak membersihkan pintu pagar kedutaan dengan pencuci lantai dan berus. Selain itu, ada peserta yang turut memakai topeng daripada animasi kanak-kanak popular Malaysia iaitu "Upin & Ipin". Salah seorang peserta berkata perhimpunan itu tidak bermaksud mahu kerajaan Indonesia bercampur tangan tetapi ingin mengingatkan pentadbiran Susilo agar memenuhi janji-janji yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu diikuti kejatuhan presiden Suharto. "Indonesia juga harus mendesak sistem demokrasi di Malaysia kerana ia boleh menjejaskan ramai rakyat Indonesia di Malaysia dan ini satu peringatan kepada Indonesia supaya tidak kembali seperti dahulu," kata Haris Azhar, pengerusi Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), dengan merujuk kepada ribuan warga negara itu yang bekerja di Malaysia. Kontras, satu pertubuhan yang terdiri daripada Lembaga Studi dan Advokasi Masyarakat (Elsam), Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW), Lembaga Bantuan Hukum (LBH) dan Kumpulan Hak Asasi Manusia serta beberapa pertubuhan lain. Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu. Wakil Elsam, Wahyudi menuntut pihak berkuasa Malaysia membebaskan semua tahanan yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Aktivis itu berkata perhimpunan hujung minggu lalu mengingatkan tentang reformasi di Indonesia pada 1998. "Sebagai negara berjiran, Indonesia perlu menjadi contoh kepada Malaysia," katanya. Sementara itu, Nurkholis Hidayat dari LBH berkata, gabungan tersebut berkemungkinan akan mengadakan satu perhimpunan walaupun tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi dengan Bersih 2.0. "Kami lakukan ini sebagai menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, kami membantah penahanan aktivis Malaysia yang berhimpun secara aman di atas prinsip itu," katanya. Dipetik dari Malaysia Insider |
Cincin RM24 Juta - Jangan Jadi Bodoh La.. Posted: 12 Jul 2011 06:16 PM PDT Aku pelik.. Kenapa Rosmah harus istiharkan pembelian cincin tu kepada pihak kastam, Dia ada akses untuk tidak melalui semua prosedur tu kan.. Dia isteri Perdana Menteri.. First lady.. Naik pula pesawat khas pulak tu.. Jadi pada aku bukan semua yang melibatkan orang yang kita tak suka kita main terima saja khabar berita dan ceritanya walaupun jauh dari logik.. Jangan bodohkan diri sendiri la.. Puak2 pencacai dok tunggu nak gelakkan kita saja tu.. Bukan kah mudah kalau Rosmah masuk kedai yang jual cincin tu, ambil cincin dan masuk ke jari dia. Bayar 24 juta, naik pesawat khas kerajaan Malaysia, terbang balik ke Malaysia dan selesai. Err.. Rosmah kena lalu dan kena periksa dengan kastam jugak ke?? Besar kereta ke cincin ni..?? |
Bersih: Demo gagal dihalang, mana molotov cocktail? Posted: 12 Jul 2011 08:20 AM PDT Beberapa hari sebelum tunjuk perasaan polis cuba mengeruhkan keadaan dengan penemuan molotov cocktail, parang dan mercun di Pertama Kompleks dan Gombak. Ini satu lagi tuduhan melulu yang cuba memperdaya rakyat sehingga menutup kedai pada 9 Julai. Jika tunjuk perasaan memang dirancang untuk menjadi ganas mustahil molotov tidak digunakan pada hari berlakunya demo. Polis sendiri ternyata gagal menghalang 50,000 penunjuk perasaan dan tentunya lebih sukar menghalang apa yang mereka bawa. Molotov sangat mudah dibuat menggunakan botol minuman, petrol dan kain kapas. Bahan-bahan itu boleh ditemui di mana-mana sahaja dan boleh dibuat sejam sebelum tunjuk perasaan. Sebagaimana lazimnya tunjuk perasaan ganas di Korea Selatan, Greece, Jerman dan negara Amarika Latin yang tidak asing menggunakan molotov tidak ada jalan polis menyekat penggunaannya. Kecualilah tunjuk perasaan itu hanya beberapa ratus orang dan mudah dikawal. Ternyata budaya tunjuk perasaan di Malaysia amat baik berbanding negara lain. Thailand misalnya menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran setiap tahun, begitu juga Indonesia. Tunjuk perasaan di sana bukan sahaja melibatkan kecederaan malah kematian. Polis juga ramai yang tercedera apabila penunjuk perasaan mengamuk membaling kayu, batu dan memukul polis pencegah rusuhan. Baca Seterusnya disini |
Video Menarik Malam Ini - Ulasan 'Lakonan' Anwar Ibrahim Posted: 12 Jul 2011 06:37 AM PDT |
Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS...!! Posted: 12 Jul 2011 06:21 AM PDT Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan. Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar. Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit! Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan. Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian. "BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu. Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya. Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian! Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung! Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian. Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya. Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini. Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!" Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan.... Matlamat sama.. Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!" Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan. Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan. Catatan seorang peserta Cina Dipetik dari SEPANG-KEDERANG |
Isu saham: Anak saudara Sultan Selangor mohon bonda dipenjara Posted: 12 Jul 2011 04:41 AM PDT (The Malaysian Insider) - Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah. Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar pada Selasa di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah. Dipetik Bernama Online, peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz (gambar) yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah. Pada 8 Jun lepas, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta. Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu. Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah. Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. Sumber disini |
Mat Sabu : Malaysia Masih Terperangkap Dalam Dunia Primitif Posted: 12 Jul 2011 04:00 AM PDT SEBERANG JAYA 12 JULAI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengungkapkan negara Malaysia masih berada di alam primitif dunia ke tiga berikutan kecenderungan pihak berkuasa mengasari rakyat bagi melindungi kepentingan pemimpin. Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar menjaga keselamatan rakyat dan bukan menjadi alat Umno-Barisan Nasional (BN). Beliau yang cedera di lutut kiri ekoran tindakan ganas polis pada perhimpunan gabungan Bersih di ibu negara Sabtu lalu menyamatarafkan corak diktator pemerintahan di Malaysia dengan Burma. Katanya, kebanyakkan negara rantau Asia Tenggara telah mengorak langkah memperbaiki sistem perundangan dan gerak kerja pasukan polis berlandaskan prinsip menjaga keselamatan rakyat dan negara. "Ketua polis Jakarta kata kepada rakyat (Indonesia) kalau mahu sertai himpunan tunjuk rasa, sila keluar awal. Ikut laluan yang telah ditetapkan...... jaga lalu lintas dengan baik," ujarnya. Namun ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, apa yang terjadi di Malaysia adalah sebaliknya di mana kerajaan pemerintah memperhambakan polis untuk menyakiti rakyat demi mengekalkan kuasa mereka. " Bilakah hendak keluar dari alam primitif ini?,"soal beliau. Mat Sabu sebelum itu menceritakan kepada pengunjung tentang kejadian ditangkap polis ketika sedang membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor pada 9 Julai lalu. Menurutnya, ketika itu beliau bersama rakan yang menunggang motosikal tiba-tiba dirempuh kereta polis dari arah tepi hingga menyebabkan beliau tercampak ke jalan raya. Ekoran itu, doktor hospital swasta mengesahkan ligamen lutut kanan beliau telah koyak dan akan menjalani pembedahan pada Jumaat nanti, jelas beliau lagi. "Kamu dapat melukakan lututku, tapi tidak dapat lukakan otakku," ujar beliau disahut gelak ketawa hadirin. Terdahulu, Mat Sabu menduduki tempat kedua senarai individu yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai selepas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga. Beliau seterusnya mendakwa senarai larangan tersebut telah dikeluarkan oleh Umno-BN kepada polis untuk mengekang kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat daripada mengepalai perhimpunan itu. Mat Sabu kemudian tidak menolak dakwaan bahawa anggota polis telah disuntik doktrin perkauman oleh Umno-BN. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati sesetengah anggota polis yang mengarahkan supaya kaum Melayu untuk tidak mengikut telunjuk Ambiga yang berbangsa India menyertai perhimpunan Bersih. " Kami bukan kira siapa Ambiga yang ketuai kami, kami melihat kepada tuntutan lapan perkara (yang dibawa Bersih)," kata Mat Sabu. Dalam pada itu beliau menuduh Najib sebagai seorang pembohong dan hanya layak untuk menjadi suami kepada Rosmah Mansor. Kenyataan tersebut diungkap berdasarkan respon Perdana Menteri itu yang tidak berpegang kepada kata-kata apabila gagal membenarkan rakyat berhimpun di Stadium Merdeka walaupun telah mendapat pekenan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Najib bohong, Najib bohong, Najib Perdana Menteri bohong, Najib Perdana Menteri bohong," tempik beliau sambil disambut oleh kira-kira lima ribu rakyat yang hadir ke Tapak Exco Seberang Jaya, malam tadi. Sementara itu, pada sidang media di ibu negara hari ini, Mat Sabu berkata, gambaran yang cuba diberikan oleh media arus perdana tentang kerugian yang dialami oleh peniaga pada himpunan Bersih, hakikatnya tidak akan berlaku sekiranya kerjasama baik diberikan oleh kerajaan dan polis. "Bayangkan kalau pihak polis bekerjasama memberi tiga jam misalnya... rakyat berkumpul secara aman berjalan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara sudah tentulah himpunan aman. "Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur akan bergembira dengan kehadiran ratusan ribu rakyat yang akan berbelanja di sini tetapi semua berlaku kucar-kacir kerana tindakan polis yang dihantui oleh Umno yang sedang lemas," kata beliau kepada media. |
Pakai baju kuning, kena tangkap lagi Posted: 12 Jul 2011 03:38 AM PDT PETALING JAYA: Dua lagi ahli PAS ditangkap polis kerana memakai baju T kuning Bersih di Johor Baru pagi tadi, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat. Mereka ialah Yang DiPertua PAS Johor Baru, Rosli Kemin dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim. Menurut Suhaizan, mereka ditangkap selepas mengiringi Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfouz Mohamed membuat laporan mengenai keganasan polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 di Balai Polis Central Johor Baru pagi tadi. "Polis menangkap Rosli dan Zaaba ketika kami mengadakan sidang media di luar kawasan polis tetapi secara tiba-tiba anggota polis menangkap kedua-duanya. "Kami meminta mereka dibebaskan tetapi sehingga sekarang polis masih menahan mereka," katanya ketika dihubungi. Suhaizan berkata, yang menjadi persoalan ialah mengapa menangkap mereka yang memakai baju kuning jika tidak melakukan sebarang kesalahan. Katanya, jika mereka terbabit dengan jenayah, polis boleh menangkap mereka. Tetapi tindakan keterlaluan polis ini menyebabkan persepsi rakyat kepada polis menjadi buruk. "Saya percaya polis diarahkan bertindak ke atas peserta Bersih oleh orang politik tertentu," tambahnya. Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta Bersih ditangkap kerana mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Dipetik dari Malay Today |
Adun BN Bersikap Biadap Dalam DUN Selangor Posted: 12 Jul 2011 03:10 AM PDT 2 Adun BN diperintah keluar dewan SHAH ALAM, 12 Julai: Akibat tidak tahu peraturan dan tidak mendengar arahan Speaker, Ketua Pembangkang, Satim Diman dan Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus diperintah keluar dewan petang ini. Dalam kes Shukor, hukuman berlaku selepas beliau gagal memahami peraturan dewan yang tidak membenarkan menggunakan nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor untuk mempengaruhi dewan. Ketika itu, Shukor bangun mengambil bahagian dalam perbahasan usul mengenai Bersih 2.0 yang dikemukakan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. Speaker, Datuk Teng Chang Khim menegur Shukor mengenai ucapan yang mengaitkan dua nama di atas dan enggan duduk bila Speaker menerangkan peraturan dewan. Malah ketika Teng bercakap, Shukor seakan-akan menjerit mempersoalkan tindakan Speaker yang menghalang beliau. Lebih parah, beliau mengeluarkan perkataan kurang sopan iaitu Speaker bodoh, semua Adun PR bodoh dan membaling kertas yang dipegangkan. Melihat kepada keadaan Adun Umno itu yang sudah hilang kawalan minda, Speaker tiada jalan lain melainkan menjatuhkan hukuman terhadap Shukor. Bermula dengan kesilapan beliau kaitkan nama Agong dan Sultan, kemudian tidak mahu mendengar teguran dan tidak duduk ketika Speaker bercakap, beliau tidak dibenarkan hadiri dewan selama tiga hari bermula hari ini. Teng menggunakan Peraturan Tetap 44 hukuman tidak boleh hadir dewan selama tiga hari kerana kesalahan di bawah Peraturan Tetap 36 (7). Dalam sesi pagi, Ketua Pembangkang, Satim Diman juga diperintahkan keluar selama sehari kerana kes sama iaitu degil tidak mendengar arahan Speaker. Satim hanya sempat duduk tidak sampai dua jam kerana baharu sahaja tiba di dewan pada jam 11 pagi sedangkan dewan bermula jam 10 pagi. Dalam isu Shukor, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bangun meminta Speaker menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Shukor atas sikapnya. "Saya harap Speaker menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Adun yang bersikap kurang ajar tadi," tegasnya. Namun Speaker menjawab, selain bertegas menjatuhkan hukuman tiga hari itu, sikap memaafkan orang yang jahil juga perlu dilakukan. "Kita perlu bertegas mengenakan hukuman terhadapnya namun kita juga wajar mengamalkan sikap kebesaran memaafkan orang yang jahil," tegas Teng. Dipetik dari Harakahdaily |
Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran Posted: 12 Jul 2011 03:03 AM PDT Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin pada perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi. Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman. Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital. Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan. Dipetik dari Mkini |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan