Isnin, 4 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Orang awam turut buat kempen BERSIH di Parlimen

Posted: 03 Jul 2011 11:43 AM PDT



KALAU sebelum ini, ReJaM© ada menyiarkan gambar-gambar ahli parlimen memakai baju T-Shirt BERSIH dan tali leher kuning dengan logo BERSIH 2.0 sebagai kempen BERSIH 2.0 di Bagunan Parlimen Malaysia rujuk sini [BERSIH Parlimen].

Kali ini salah seorang pembaca MiLo SuaM telah menghantar beberapa keping gambar yang menunjukkan bahawa bukan sahaja ahli parlimen mengenakan baju dan tali leher kuning sebagai simbolik tanda sokongan kepada perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini, malah orang awam termasuk wartawan turut melakukan perkara yang sama.


Difahamkan bahawa salah seorang wartawan yang sedang menemubual ahli parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub dilihat di dalam gambar di atas mengenakan tali leher kuning dengan logo BERSIH 2.0, manakala seorang lagi individu dipercayai orang awam dilihat memakai baju T Shirt BERSIH 2.0.



Gambar-gambar ini jelas sekali membuktikan bahawa tindakan tangkap-tangkap lepas yang dilakukan oleh pihak Polis sejak kebelakangan ini jelas sekali gagal menakutkan rakyat. Pakai baju kuning tulisan BERSIH kena tahan, ini perkara gila yang baru dicipta! Ini sejarah lucu yang baru! Rakyat yang gentar untuk memakai baju kuning dengan tulisan BERSIH akan termasuk di dalam lipatan sejarah lucu! [Tangkapan Lucu BERSIH 2.0]


ReJaM© "Jangan kita digolongkan di dalam golongan orang-orang yang lucu! 9 Julai 2011 Turun tetap turun!"

Panas! Website rasmi SPR sudah jahanam?

Posted: 03 Jul 2011 10:20 AM PDT

SEBELUM ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh.

Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]

Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal diakses [Daftar Pemilih].


Website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat memaparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk menyemak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja menyebabkan website ini tidak dapat diakses untuk mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR terbongkar kepada umum? [SPR]


Apa pun, ReJaM© harap website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR ini akan segera dibaikki kerosakannya kerana banyak lagi bukti-bukti kewujudan pengundi hantu yang ingin ReJaM© bongkarkan.

ReJaM© "9 Julai 2011, turun tetap turun! Mari kita ubah Suruhanjaya Penipu Rakyat kepada Suruhanjaya Pilihanraya, SPR"

Gila! Gila! Ahli Parlimen ditahan kerana anjur gotong-royong

Posted: 03 Jul 2011 04:18 AM PDT

PELIK tapi benar, gila memang gila, biol lagi membiolkan! Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan 5 lagi ditahan Polis hanya kerana melakukan aktiviti gotong royong dengan tema "Negara Bersih, Rakyat Bertuah" [Malaysiakini].


Jelas sekali ada pihak yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Gerun dengan warna "kuning", gerun dengan perkataan "bersih". Anda lihat sendiri dengan mata kepala anda, kegilaan untuk menahan rakyat yang memakai baju berwarna kuning dengan tulisan "Bersih" telah menyebabkan Polis bagaikan orang "hilang akal" kerana terpaksa mengikut arahan "orang atasan" yang menjadi alat ahli politik gerombolan songkok tinggi.

Baju dengan reka bentuk berlainan, dengan motif yang berlainan pun boleh kena tangkap. Rakyat dibuli sewenang-wenangnya, negara ini sudah jadi negara "bapak dia" bukan lagi negara rakyat. Jika rakyat benar-benar ada otak, ada akal, bersatulah, tunjukkan bahawa suara rakyat itu suara keramat! Pemimpin gila kuasa boleh jalan!


ReJaM© "9 Julai 2011, turun tetap turun!"

Tiada ulasan: