MIMPI SENJA |
- Ni .. hampa pi besilat dah la, jangan dok campur hal politik
- Pakatan cadang Bersih mengadap Agong, jelaskan penipuan SPR
- BERSIH 2.0 : Azmin dipanggil mengadap polis kali kedua
- Selama bergelar artis banyak dosa yang telah dilakukan - Azmil Mustafa
- Pembunuhan Sosilawati : Perbicaraan bermula hari ini
- 7 kali kahwin, berganti laki kikis wang
- Your Highness, tell Najib to reform election rules
- COMING SOON TO MALAYSIA .... Tunggu
- BERSIH 2.0 ; Adakah polis kini sudah buta warna? Lagi tangkapan ...
- Rekod punya pasai, 1Malaysia punya pasai, murid-murid ni yang jadi mangsa
- BERSIH 2.0 : Tangkapan Terbaru - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam
Ni .. hampa pi besilat dah la, jangan dok campur hal politik Posted: 03 Jul 2011 11:07 PM PDT (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan. Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti '13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan. Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu. Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk 'bertempur' dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan. Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin. "(Ali Rustam) dia memang tahu dia ahli politik. Kalau boleh dia mahu orang silat semua sokong dia. Kita orang silat terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu bukan orang politik. "Silat dahulu dimulakan oleh Hang Tuah lima bersaudara dan kemudian diteruskan oleh pendekar seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah untuk membela tanah air daripada musuh luar. "Tetapi hari ini, jangan campur politik dan persilatan," katanya. Malah, tambah Cikgu Majid lagi, beliau sendiri mahu pun mana-mana wakil Silat Gayung Pusaka tidak pernah menerima sebarang notis tentang mesyuarat Sabtu lalu. Sewaktu ditanya samada pendirian Omardin yang memberi amaran kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mewakili pendirian kesemua pendekar Melayu, Cikgu Majid menegaskan Omardin bercakap mewakili dirinya semata-mata. "Masalahnya, dia ikut pendapat dia seorang sahaja. Malam kelmarin saya dah sebutkan dalam blog yang kita persatuan silat jangan campur. "Kita bukan nak bergaduh dengan Cina, Melayu, atau India. Kita tak hormat orang yang mahu berbangga-bangga dengan ilmu silatnya," kata Cikgu Majid. Beliau juga berpendapat bahawa Omardin dan Ali Rustam sebenarnya tidak perlu berbuat demikian. "Pihak kerajaan kan ada, bolehlah dibawa berunding. "Kita tak boleh tunjuk kekerasan kita. Semuanya boleh dibawa berbincang. Itu semangat pendekar Melayu yang sebenar," kata Cikgu Majid. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16480 |
Pakatan cadang Bersih mengadap Agong, jelaskan penipuan SPR Posted: 03 Jul 2011 10:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0), mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan penipuan dan kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam paparan twitternya, Anwar mengalukan Titah Khas Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan malam tadi, berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. "Titah Tuanku Agong: waspada putar belit media Umno-BN. Ulasan saya: junjung kasih; Pakatan Rakyat akan cadang Bersih pohon mengadap (Baginda) kemuka isu penipuan SPR," ujarnya. Anwar yang kini berada di London, berkata, beliau telah menghubungi Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung titah seri paduka baginda dan menyambutnya dengan baik. Sementara itu, mengikut paparan laman Twitter dan Facebook rasmi Bersih 2.0, gabungan itu memohon mengadap Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang dibawa oleh rakyat, berhubung tuntutan reformasi pilihan raya. "Bersih 2.0 memohon mengadap DYMM SPB YDPA untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak DYMM SPB YDPA untuk rekonsiliasi nasional. Sementara itu, Jawatankuasa Pemandu Bersih.20 mengadakan sidang media khas di Petaling Jaya tengahari tadi. Manakala Lajnah Politik PAS pula akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah baginda yang dikeluarkan lewat petang semalam. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16471 |
BERSIH 2.0 : Azmin dipanggil mengadap polis kali kedua Posted: 03 Jul 2011 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis, berhubung isu Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Beliau dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Seksyen 8, Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang. Ia merupakan kali kedua beliau diminta berbuat demikian dalam tempoh seminggu. Ahli Parlimen Gombak itu dirakamkan kenyataannya oleh pihak polis di lobi parlimen pada 28 Julai lalu, bersama seorang lagi Ahli Parlimen Padang Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Menurut Azmin, pada masa itu, mereka disiasat atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai Perhimpunan Bersih dalam satu ceramah yang dihadirinya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16467 |
Selama bergelar artis banyak dosa yang telah dilakukan - Azmil Mustafa Posted: 03 Jul 2011 07:53 PM PDT Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan. "Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan. "Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat. Tambahnya: "Saya menganggap situasi ini sebagai lumrah hidup. Jadi, saya perlu berhati-hati dalam menjaga tingkah laku. "Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani." Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan. "Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka. "Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi. Sejak berubah, dia membawa diri ke Syria dan menetap di sana bersama-sama keluarga selama lima tahun. Menyentuh tentang perancangan masa depan, Azmil yang kembali ke negara ini sejak lima bulan lalu memilih untuk menetap di sini selama-lamanya. "Saya akan melakukan kerja yang menjurus ke arah kebaikan dan terlibat dengan pertubuhan yang bergerak secara bebas. "Saya merancang untuk melakukan sebuah majlis dengan media untuk menceritakan tentang pengalaman saya selama berada di Syria," ujarnya yang turut mengakui hilang punca pendapatan sepanjang lima bulan kembali ke negara ini. Dia yang baru menjalani pembedahan jantung akui sering menghadapi masalah kesihatan. "Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah dan setelah menjalani pembedahan jantung, doktor menasihatkan saya agar tidak terlalu aktif dan banyak berehat di rumah. "Bagaimanapun, saya akan meluangkan masa jika dijemput memberikan usrah dan berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya akan cuba bawakan perspektif yang kontemporari seiring dengan dunia sekarang," jelasnya. Dipetik dari mstar.com |
Pembunuhan Sosilawati : Perbicaraan bermula hari ini Posted: 03 Jul 2011 06:59 PM PDT Oleh SALWA SHA'ARI SHAH ALAM: Perbicaraan terhadap seorang peguam P. Pathmanabhan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang hilang bersamanya bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin. Pathamanabhan dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, R. Thilaivalagan, R. Matan dan R. Kathavaravan. Sejak pukul 7.30 pagi, perkarangan mahkamah dipenuhi oleh petugas media yang perlu mendaftar untuk mengikuti prosiding. Semua tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010, di lot 2001,Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini. Semua mangsa dilaporkan hilang sebelum dibunuh selepas dikatakan ke Banting untuk bertemu seorang peguam bagi urusan pembelian tanah. Pada pukul 9 pagi, anggota polis membawa masuk barang-barang kes termasuk atap zink. Pada prosiding ini, barisan pendakwaan dibarisi Timbalan- Timbalan Pendakwa Raya, Shaiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani yang diketuai Ishak Mohd Yusoff. Barisan pembelaan pula diwakili oleh peguam-peguam Manjeet Singh Dhillon, Pushpa Ratnam, Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad, Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong. Berdasarkan ucapan pembukaan yang dibacakan Ishak, perbicaraan dijangkakan akan melibatkan 36 saksi, termasuk dua pekerja ladang, A. Sarawanan dan U. Suresh yang telah mengaku salah atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan itu. Ishak juga memberitahu, salah seorang anak Sosilawati yang merupakan individu terakhir bertemu dengan mangsa turut akan dipanggil untuk memberi keterangan. |
7 kali kahwin, berganti laki kikis wang Posted: 03 Jul 2011 06:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa 'suaminya' dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta. Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini. "Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu," katanya ketika ditemui Harian Metro. Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja. "Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya. "Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya," katanya. |
Your Highness, tell Najib to reform election rules Posted: 03 Jul 2011 06:18 PM PDT 'If Bersih 2.0 backs down, the Agong must ensure that it does not become a carte blanc for BN to continue abusing the electoral system.' Agong suggests restraint on Bersih issue Satinah Osman: It is obvious that the BN has sought the help of His Majesty. That means that the BN and its cronies are in a panic mode. They realised the obvious and fear a Middle East situation. Arresting political leaders crudely shows a lack of grace and low down mentality which only the BN is capable of. Whatever it may be and whoever had a hand in drafting the king's message, we the rakyat must give respect to the king. We cannot expect the king to plead for the BN morons. But by denying that respect, we bring about the downfall of the monarchial system, which is bad for the rakyat. - read more |
COMING SOON TO MALAYSIA .... Tunggu Posted: 03 Jul 2011 07:41 AM PDT Abhisit mengaku kalah 2011/07/03 BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengaku partinya kalah pilihan raya umum kepada pihak pembangkang yang diketuai adik perempuan bekas pemimpin yang digulingkan, Thaksin Shinawatra. Keputusan itu akan menjurus Yingluck Shinawatra untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand. Pilihan raya umum itu dilangsungkan lima tahun selepas Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa oleh pihak tentera. Beliau hidup dalam buangan selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. Yingluck, bagaimanapun, enggan mengisytihar kemenangan sehingga keputusan rasmi diumumkan. Dengan lebih 80 peratus undi dikira, keputusan menunjukkan Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck akan memenangi 251 daripada 500 kerusi Parlimen, cukup untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. |
BERSIH 2.0 ; Adakah polis kini sudah buta warna? Lagi tangkapan ... Posted: 03 Jul 2011 05:24 AM PDT KOTA KINABALU - Kira-kira 60-70 anggota polis telah menahan 7 remaja yang sedang bersarapan pagi hari ini. Hanya seorang daripada mereka memakai baju kuning Bersih, 3 memakai baju kuning biasa manakala 3 lagi memakai baju lain-lain warna. Apakah polis sudah buta warna? DI MELAKA : Seramai 17 orang ahli PAS Kawasan Jasin telah ditahan di dalam operasi polis menahan penjualan baju Himpunan BERSIH di Jasin hari ini. Mereka ditahan di dalam serbuan polis selepas Seminar PAS Ganti UMNO di di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin. Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin. Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi. Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0. Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar. Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat. Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil. Sehingga kini dilaporkan pihak polis belum menyatakan secara khusus di atas kesalahan apa yang dikenakan terhadap mereka yang ditahan. |
Rekod punya pasai, 1Malaysia punya pasai, murid-murid ni yang jadi mangsa Posted: 03 Jul 2011 12:52 AM PDT KOTA BAHARU: Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pagi Sabtu. Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) ZaidAhmad berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan(SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenistebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu. "Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badakyang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di sini. Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun Limaserta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkatpetang ini. Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata beliaumenerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satukawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah. Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantarke HRPZII di sini. Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjeritkesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku. "Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya. Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tibamelihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya termasuk beliau. "Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantarke hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan. - BERNAMA |
BERSIH 2.0 : Tangkapan Terbaru - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam Posted: 02 Jul 2011 11:50 PM PDT Manikavasagam ditahan ketika mahu bantu peniaga Melayu (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Setiausahanya Jayachandran ditahan di balai polis Sg Kapar Indah kerana memiliki sembilan helai t-shirt Bersih dalam kereta. Bercakap kepada KeadilanDaily, beliau berkata, penahanan itu dibuat sekumpulan anggota polis kira-kira jam 1 petang di tapak Pasar Besar Meru walaupun tidak mengedar apa-apa risalah dan t-shirt Bersih. "T-shirt Bersih hanya ada dalam kereta saya, saya ke pasar untuk bertemu Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tapi sekumpulan polis datang dan terus menahan saya. "Kereta saya dipandu Setiausaha saya, Jayachandran. Dia pun kena tahan. Polis sedang mengambil keterangan sekarang ini," katanya ketika dihubungi. Kata beliau, lawatannya ke tapak pasar itu tiada kaitan langsung dengan pengedaran t-shirt mahupun risalah Bersih tetapi polis berkeras menahannya. "Saya beritahu polis. saya datang berjumpa dengan persatuan itu, tetapi mereka menggeledah kereta dan menjumpai sembilan helai baju t Bersih. "Ketika berjumpa dengan persatuan itu, saya bersama enam pengikut. Saya dibawa oleh trak polis ke sini," kata beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16419 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan