Kelab Greenboc |
- 17 Ahli PAS Jasin Direman 3 Hari Kerana Miliki Baju BERSIH
- BERSIH 2.0: Apa Kata Kita Ke Stadium Shah Alam?
- Dua Kes Bermula Hari Ini: Kes Pembunuhan Sosilawati & Inkues Kematian Sarbani
- Agong Titahkan Rundingan, Seru Kerajaan Laksanakan Amanah Secara Adil & Bijaksana
- Parti Pembangkang Menang Besar Di Thailand
- Himpunan Bersih Medan Untuk Pulihkan Demokrasi Negara
- Lagi Banyak Tangkapan Polis, Lagi Cepat UMNO BN Runtuh!
- Bersih Diharamkan. Apakah Tuntutan Pilihan Raya Adil Ancam Keselamatan Negara?
- Baju BERSIH - 17 Ahli PAS Jasin Ditangkap Di Kompleks PAS Jasin
- Tangki Meletup, Seorang Maut
17 Ahli PAS Jasin Direman 3 Hari Kerana Miliki Baju BERSIH Posted: 04 Jul 2011 01:00 AM PDT Tujuh belas ahli dan pemimpin PAS Melaka ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memiliki baju-T BERSIH. Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin. Mereka ditahan berikutan kerana dikatakan tindakan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih, 9 Julai ini. Sebelum ini, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua mereka ditangkap kira-kira 1.15 petang selepas bertindak mengedar risalah mempromosi perhimpunan haram itu, selain terdapat kemeja T kuning tertera logo Bersih. "Serbuan dan tangkapan dilakukan kerana dua sebab iaitu berkaitan tindakan mengajak orang ramai untuk menghadiri perhimpunan itu nanti. "Semasa serbuan polis turut menemui sebanyak 113 kameja T tertera logo Bersih serta tulisan tertera tuntutan pertubuhan haram itu di bahagian belakang, selain sebanyak 303 risalah mempelawa ahli untuk hadir bersama-sama ke perhimpunan itu nanti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurut Ghee Lye, polis akan melakukan siasatan segera untuk diambil keterangan dan sekiranya tiada halangan, akan dibebaskan selepas siasatan selesai. "Penangkapan ini selaras dengan tindakan diambil polis seluruh negara bagi menghalang perhimpunan haram berkenaan," katanya. Kesemua mereka ditahan telah dibawa ke mahkamah di Ayer Keroh pagi ini. Semalam blog ini melaporkan polis telah bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi. Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0. Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar. Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat. Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil. |
BERSIH 2.0: Apa Kata Kita Ke Stadium Shah Alam? Posted: 03 Jul 2011 11:45 PM PDT Titah Agung: PAS mesyuarat khas tengahari ini KUALA LUMPUR, 4 Julai: Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan lewat petang semalam. Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja mengetahui titah itu lewat petang semalam. Datuk Mustafa pula difahamkan telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi bagi membincangkan isu yang sama di samping lain-lain hal parti. Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan. Titah ini dikeluarkan baginda enam hari menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini. Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. "Saya rasa sidang media akan diadakan selepas itu bagi menyatakan pendirian PAS berkaitan dengan isu ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily. Mesyuarat akan diadakan jam 11 pagi manakala sidang media dijangka akan diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari. -HD Ulasan GB Oleh kerana sudah ada titah Agong mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 ini, maka GB berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 tidaklah wajar dibatalkan lantarannya, tetapi diteruskan dengan diubah perancangannya supaya diadakan di Dewan/ Stadium. Ia adalah bagi mempastikan tuntutan BERSIH 2.0 tetap berjalan, dalam masa yang sama menghormati dan menjunjung tinggi titah Yang Dipertuan Agong. Ia juga untuk mengelakkan provokasi yang telah dirancang oleh UMNO dan PERKASA. Dan kita akan buktikan jumlah yang hadir benar-benar boleh mencecah 1 juta orang, bukan macam Himpunan Belia Najib yang 5,000 dikatanya 1 juta. Dan jika kita berhimpun di stadium, dengan sendirinya tiada lagi tangkapan gila, sekatan dan penahanan yang disebabkan baju BERSIH. Kita tidak berundur, tetapi kita ingin menutup pintu fitnah menyatakan kita hendak tumbangkan kerajaan melalui jalanraya bukan pilihanraya. Fikir-fikirkanlah.. |
Dua Kes Bermula Hari Ini: Kes Pembunuhan Sosilawati & Inkues Kematian Sarbani Posted: 03 Jul 2011 08:30 PM PDT Perbicaraan Kes Bunuh Sosilawati Dan Tiga Individu Lain Mula Isnin SHAH ALAM: Perbicaraan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan berlangsung selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi di sini bermula Isnin. Perbicaraan kes itu, yang mendapat perhatian umum dan liputan meluas media,akan didengar di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dengan kira-kira 50 saksipendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan. Kes itu membabitkan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang,T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan, yang mengaku tidak bersalahmembunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no 2001 Jalan Tanjung Layang,Tanjung Sepat, Banting, pada 30 Ogos tahun lepas. Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwamengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Barisan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak MohdYusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani sementara kesemua tertuduhdiwakili peguam Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh. Perbicaraan kes itu sedikit sebanyak mengurangkan keresahan anggota keluargakesemua mangsa yang telah menunggu hampir setahun untuk mengetahui perkarasebenar yang berlaku ke atas mereka yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lepas selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah. Misteri kehilangan keempat-empat individu itu terungkai pada 12 September tahun lepas apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampak ke sebatang sungai berhampiran. Pada 21 Februari lepas, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas dua pekerja ladang, K.Sarawanan dan U.Suresh kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Oktober tahun lepas. Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah KanunAcara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukumanpenjara ke atas dua orang itu dari tujuh kepada 20 tahun selepas beliaumendapati majistret silap mengenakan hukuman penjara tujuh tahun bagi jenayahyang disifatkannya sebagai "amat serius". Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dijatuhi hukuman penjaraberjumlah 28 tahun setelah mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan keempat-empat mangsa. Sarawanan mengaku membakar mayat mangsa di Lot No 2001, Jalan TanjungLayang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu sementara Sureshmencampakkan abu mayat mangsa ke Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, pada 31 Ogos tahun lepas. Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yangbererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun. Namun, Mohtaruddin mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiaptuduhan, tetapi memerintahkan hukuman berjalan secara berturut-turut. Difahamkan, pihak pendakwaan dijangka memanggil Sarawanan dan Suresh untukmemberi keterangan. - BERNAMA
|
Agong Titahkan Rundingan, Seru Kerajaan Laksanakan Amanah Secara Adil & Bijaksana Posted: 03 Jul 2011 07:10 PM PDT Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut: Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - Bernama
|
Parti Pembangkang Menang Besar Di Thailand Posted: 03 Jul 2011 06:00 PM PDT Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam. Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam. Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen. Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi. Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut. Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut. "Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd. "Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok. Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. - Agensi |
Himpunan Bersih Medan Untuk Pulihkan Demokrasi Negara Posted: 03 Jul 2011 04:20 PM PDT Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja. Oleh itu kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara. "Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya," kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai ini. Selain menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo Bersih, mengenakan Ordinan Darurat kepada enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan haram, kerajaan Umno-Barisan Nasioanal dilihat terus menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan. Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya. Lantaran itu kata Aziz, rakyat Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan bersama. "Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah undang-udang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada tahun lepas Datuk Seri Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang bercanggah dan bertentangan,"ujar Aziz. Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, hal ini kata Aziz lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional termasuk media kawalan mereka. Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik. "Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan pembangkang yang bergerak secara haram. "Mereka adalah pembangkang yang didaftarkan secara sah dan mereka hendakkan perkara yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu kepada mereka berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan, mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"kata beliau. " Mereka (kerajaan) itu sebenarnya menentang usaha atau inisiatif untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil. Ini tidak ada kaitan dengan huru-hara. Kalau kita lihat dua tiga hari ini, kita sendiri tahu siapa yang buat kacau. Ceramah yang begitu baik dalam premis pun dikacau oleh polis,"tambah beliau lagi. Malah pensyarah undang-undang ini secara kritis membidas sikap kerajaan yang sanggup melakukan apa jua cara demi memastikan tampuk kekuasaan kekal di tangan mereka. Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini kata Aziz, kerajaan dan SPR seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa rakyat bertindak nekad menggunakan saluran jalan raya untuk menuntut hak merekamendapatkan sebuah pilihan raya adil dan bersih. "Penafian SPR tentang wujudnya pengundi hantu, penafian wujudnya masalah dalam undi pos, adalah satu penafian yang menyebabkan rakyat terpaksa berarak ke jalan raya. Sudah tidak ada cara lain lagi dan mereka takut dengan perarakan itu," jelas Aziz, di sebalik penafian kerajaan bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus, seraya menyatakan tidak perlu ada sebarang demonstrasi menuntut hal tersebut dilakukan. Pada hemat beliau, lapan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih 2.0 cukup berasas dalam memastikan proses pilihan raya di negara ini dapat dijalankan dengan penuh efisyen dan adil. Tidak ada sebab katanya, SPR harus mengambil sikap dingin terhadap tuntutan yang disuarakan oleh gabungan NGO itu demi masa depan negara. "Jadi saya tak nampak bagaimana Tun Dr Mahathir, Najib (Razak) atau siapa juga patut menentang perkara seperti ini. Semua ini telah dituntut dan diminta secara baik selama ini tetapi SPR buat tidak endah dan tidak buat apa-apa. Malah menafikan bahawa ada masalah,"kata Aziz. Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengisytiharkan bahawa Bersih sebuah pergerakan haram yang boleh mengancam keselamatan negara. Malah Khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disajikan dengan peringatan dan amaran bahawa Bersih adalah gerakan pelampau yang memperjuangkan kepentingan individu. Malah himpunan Bersih itu dikatakan akan berarak ke hulu ke hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta benda awam dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan. Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa Bersih adalah sebuah perhimpunan aman namun kerajaan pemerintah melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus melancarkan fitnah ke atas Bersih demi menghalang hak rakyat bersuara. "Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk menghentam Bersih. Saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku oleh kerana Bersih tidak seburuk itu. "Apa yang disebut dalam khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,"soal Aziz. -tvsnews |
Lagi Banyak Tangkapan Polis, Lagi Cepat UMNO BN Runtuh! Posted: 03 Jul 2011 08:25 AM PDT Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN KUALA LUMPUR, 3 Julai: Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu. "Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah. "Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja. "Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan. "Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning. "Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama," katanya. Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN. "Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya. -hd Ulasan GB Polis tidak pernah belajar dari kesilapan. Setiap satu tangkapan akan menyaksikan peralihan undi BN kepada PR sekurang-kurangnya 100 orang. Ini kerana seorang yang ditangkap terdapat sekurang-kurangnya 100 ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang bersimpati. Kirakan jika 1000 orang yang dtangkap, bererti 100,000 BN akan kehilangan undinya. Bererti setiap tangkapan yang dilakukan oleh polis akan menyebabkan UMNO BN akan kehilangan lebih banyak undi. GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan: GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang? Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%. Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim. Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih. Apa yang berlaku pada PRU 2008? Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing! Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah? Justeru itu, jika polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN. Tindakan polis akan hanya meruntuhkan UMNO BN. Terima kasih PDRM! |
Bersih Diharamkan. Apakah Tuntutan Pilihan Raya Adil Ancam Keselamatan Negara? Posted: 03 Jul 2011 06:30 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan yang menuntut sebuah pilihan raya adil dilaksanakan di negara ini boleh dianggap mengancam keselematan negara. "Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?,"soal Surendran. Malah menurut peguam muda itu, arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. "Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat. "Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN,"katanya lagi. Oleh yang demikian, PKR menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan kerana dikaitkan dengan Bersih 2.0 segera dibebaskan. Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) telah diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuatkuasa pada Jumaat. Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. -tvsnews |
Baju BERSIH - 17 Ahli PAS Jasin Ditangkap Di Kompleks PAS Jasin Posted: 03 Jul 2011 05:35 AM PDT Berita Terkini: Seramai 17 orang ahli PAS Kawasan Jasin telah ditahan di dalam operasi polis menahan penjualan baju Himpunan BERSIH di Jasin hari ini. Mereka ditahan di dalam serbuan polis selepas Seminar PAS Ganti UMNO di di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin. Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin. Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi. Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0. Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar. Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat. Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil. Sehingga kini dilaporkan pihak polis belum menyatakan secara khusus di atas kesalahan apa yang dikenakan terhadap mereka yang ditahan.
|
Posted: 03 Jul 2011 03:50 AM PDT Kulim: "Sebaik mendengar letupan kuat, saya berlari di sekeliling tangki untuk mencari rakan yang terjatuh sebelum terkejut menemui arwah di bawah tangga besi dalam keadaan tidak bernyawa lagi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian." Begitu kata Al Azria Shamsudin, 20, apabila rakannya yang juga pembantu kimpalan, Che Hussin Che Kob, 49, maut disebabkan cedera parah di badan akibat letupan di sebuah kuari di Bandar Sri Mahkota, Sungai Ular, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi, seorang lagi rakan mangsa, Mohd Fahmi Muzz Uddin Aripin, 21, turut cedera di badan dan menerima rawatan di Hospital Kulim. Al Azria berkata, dia di bahagian bawah tangki minyak tar, manakala arwah yang baru sebulan bekerja di situ bersama Mohamad Fahmi membantu seorang lagi rakan melakukan kerja mengimpal di atas tangki. Menurutnya, tiba-tiba berlaku letupan kuat dan dia melihat tiga rakannya terpelanting ke bawah, menyebabkannya terkejut lalu cuba membantu mangsa yang cedera dengan bantuan pekerja lain. "Kejadian berlaku begitu pantas dan kami tidak sempat untuk menyelamatkan diri. Rakan yang menjalankan kerja mengimpal hanya terseliuh kaki akibat terjatuh dari tangki setinggi tiga meter itu. "Manakala Mohd Fahmi dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans kerana cedera di badan, namun kami sedih arwah tidak dapat diselamatkan kerana mati di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kulim, di sini. Sementara itu, anak mangsa, Mohd Shafiq, 20, berkata bapanya tidak menunjukkan perlakuan pelik, sebaliknya bersikap seperti biasa ketika keluar dari rumah di Taman Angsana, di sini, untuk ke tempat kerja. Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan rakan bapanya lalu bergegas ke tempat kejadian. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat sebelum menemui mayat seorang lelaki di tangga berhampiran tangki yang dalam pembaikan. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, empat pekerja melakukan kerja pemasangan paip di tangki minyak tar di kawasan kuari itu. "Mangsa bersama rakan tercedera berada di atas sebuah tangki dipercayai membantu memegang sebatang paip yang dikimpal seorang lagi rakan mereka," katanya. -hm |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan