MANDOR.BLOGSPOT.COM |
BERSIH BUKAN `KOTOR' - PENGERUSI PKR PAHANG Posted: 04 Jul 2011 08:10 AM PDT TITAH Sultan Pahang semalam berkenaan Perhimpunan BERSIH mendapat reaksi berbeza dari beberapa pihak. Akhbar Sinar hari ini menyiarkan komen daripada Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman berkaitan isu yang sama. Beliau mengatakan bahawa Perhimpunan BERSIH mempunyai matlamatnya yang tersendiri yang menggariskan 8 perkara yang menjadi tuntutan BERSIH. Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan perhimpunan tersebut `kotor' seperti dakwaan pihak kerajaan dan digembar gemburkan oleh media pro kerajaan. "Pihak yang menuduh perhimpunan ityu `kotor' adalah mereka yang takutkan pembersihan di dalam pendaftaran pengundi". "Bagi saya, tujuan BERSIH ini murni. Orang politik yang menjadikannya perhimpunan ini `kotor' serta sengaja mencetuskan huru-hara", katanya. Dato' Fauzi menambah, "BERSIH hanya mahu memastikan proses undian dalam pilihanraya akan datang tiada sebarang unsur penipuan. Jika tujuan itulah yang dikatakan motif buruk, maka jelaslah pihak kerajaan mempunyai agenda sendiri dalam pilihanraya akan datang", tegasnya. Kenyataan media Dato' fauzi jelas membuktikan bahawa tiada niat yang tersembunyi dari hasrat BERSIH untuk mengadakan perhimpunan ini nanti. Sehingga artikel ini ditulis, saya difahamkan pimpinan PR bersedia untuk bertemu dengan Ke Bawah DYMM Seri Paduka YDP Agung untuk menyatakan hasrat suci BERSIH. Jelas, matlamat BERSIH ini semestinya ditentang oleh sang Penguasa yang takut kehilangan kuasa sekiranya mandat sebenar diberikan kepada rakyat untuk memilik kerajaan. Seandainya mereka merasa tidak bersalah, mengapa perlu takut untuk menghadapi BERSIH?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan