ANAK SENGAT |
Posted: 04 Jul 2011 10:57 PM PDT Belang dan tembelang umNO kian terserlah. Kenyataan Ambiga yang memimpin BERSIH serta pimpinan Pakatan Rakyat yang bersedia membatalkan himpunan setelah mendapat respon perbincangan dengan SPB YDP Agong nanti sangat membimbangkan umNO. Kenyataan terbaru Mahyudin Yasin yang meminta agar himpunan itu dibatalkan sebelum pertemuan dengan Agong menunjukkan kebimbangan beliau dan umNO terhadap apa yang bakal berlaku dalam perbincangan tersebut. Pastinya kebimbangan Muhyidin ialah jika SPB YDP Agong mendengar tuntutan BERSIH yang pastinya bersesuai dengan agenda pembangunan dan keamanan negara yang di titah baginda. Jika dinilai tuntutan BERSIH ialah untuk menjaga kestabilan dan keamanan negara kerana tuntutan itu lebih kepada membendung kemarahan rakyat sebelum ianya sampai ke kemuncaknya. pengalaman negara luar seperti mesir dan tunisia serta beberapa negara kukubesi arab sewajarnya di ambil iktibar. Ia adalah kerana kemarahan rakyat disekat sekian lama dan kemuncaknya ialah kebangkitan tanpa dibendung. Rakyat Malaysia sedang menuju kukubesi apabila media disekat, himpunan dan ceramah terpaksa menghadapi berbagai gangguan, penipuan dalam pilihanraya serta manipulasi pemerintah selain korupsi dalam sistem pentadbiran negara. Rancangan himpunan BERSIH adalah saluran melepaskan bandungan air yang boleh memecahkan empangan pemerintah zalim bila bila masa sahaja. Malangnya kerajaan yang tidak mahu mengambil pengajaran dari pengalaman jiran dan merasakan kuat dan sepanjang masa rakyat adalah kalangan bodoh , tolol dan bengap serta bacul, meneruskan penguasaan dengan khayalan kuasa mereka seperti zaman awal merdeka. BERSIH adalah kaedah melepaskan air yang sedang melimpah dan bertahan melalui saluran yang betul agar empangan itu tidak pecah dan mengakibatkan bencana besar. Namun keangkuhan dan kesombongan pimpinan negara memungkinkan kehancuran seperti itu. Mujurlah ada payung yang boleh rakyat bernaung seperti SPB YDP agong. Inilah kebimbangan Mahyudin andai suara rakyat sampai ke pengetahuan SPB YDP Agong. Kita mengharapkan pertemuan wakil BERSIH dengan Agong dapat disegerakan agar ada jalan penyelesaian menyelamatkan negara dari kegilaan dan kerakusan pemerintah yang tanpa malu dan takut kepada kebijkasanaan rakyat. Tahap korupsi dan penyalahgunaan kuasa telah mencapai tahap maksima apabila perlembagaan ditundukkan melalui pelbagai akta yang mengekang.... Seluruh rakyat yang cintakan keadilan mengharapkan SPB YDP Agong mampu menjadi tempat pengaduan rakyat dalam memastikan ketenangan berterusan. |
BERSIH..JANGAN BATALKAN.... CADANGAN INI LEBIH SESUAI... Posted: 04 Jul 2011 02:04 AM PDT Negara agak reda apabila SPB YDP Agong bertitah agar rakyat dan kerajaan berbincang... BERSIH menyatakan sedia batal jika di titahkan Agong... Tapi aku rasa daripada batal baik fikirkan cadangan Dr Asri ni... lagi bermanafaat.... tiket dah beli.....garam dah cari... semangat plak tengah tinggi ... KUALA LUMPUR, 4 Julai — Sambil meminta sekretariat Bersih 2.0 menerima tawaran perdana menteri stadium sebagai lokasi perhimpunan, bekas mufti Perlis mengesyorkan penganjur menggantikan program 9 Julai dengan kempen Minggu Bersih supaya efektif. "Bersih mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu Bersih dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis Bersih," kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan haram sejak 1 Julai. Asri (gambar) berkata kempen Minggu Bersih akan membolehkan lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan "pilihan raya yang adil". "Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai. "Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya. Ahli ademik ini menambah, "jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu 'defeat the purpose'." Asri menambah pihak sekretariat Bersih 2.0 menerima sahaja tawaran Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan perhimpunan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. "Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan," katanya. Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul - dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda lagi. Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat. Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan. Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Pagi tadi, Najib berkata pihaknya sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan. "... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan. "Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya. |
Posted: 04 Jul 2011 01:50 AM PDT SPB Yang Di Pertuan Agong menyarankan agar BERSIH dan kerajaan menggunakan rundingan bagi menyelesaika suasan yangdikatakan mebimbangan. Itu antara kefahaman dari titah baginda... BERSIH menyambutnya dengan baik malah itulah jalan yang dipilih sejak awal ketika menuntut tranformasi dalam SPR. Namun SPR tidak peduli hinggalah melihat kesungguhan himpunan yang di rancang... Pengerusi SPR menawarkan rundingan... itu pun dicemari oleh kenyataan Timbalannya yang mensifatkan ianya usaha pembangkang untuk menjatukan umNO. BERSIH juga menemui Ketua Polis bagi mencadangkan cara terbaik untuk melaksanakan emonstrasi dengan aman dan tekawal...Walaupun pertemuan awal tidak berjaya.....BERSIH mencadankan pertemuan kedua.... Timbalan ketua polis segera membuat kenyataan menutup sebarang rundingan.. Nampanya memang BERSIH sependirrian dengan SPB YDP Agong. Malangya ada polis yang sombong...Kalau polis terus dengan sikap menutup rundingan.. Tak layaklah pakai Polis di raja Malaysia.... |
You are subscribed to email updates from NAAAK SANGATTTT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan