Kerabu Bersuara ® |
- Misteri 907 Hospital Tung Shin – oleh Aishah
- Buktikan polis tidak zalim
- Najib kata beliau jelaskan PM UK niat sebenar Bersih
- Live! Gambar TG Nik Aziz Dan TG Haji Hadi Di Ijtimak PR PAS Kelantan. Allahukhbar!
- Ku Li: Suara menuntut kebenaran
- Peguam Perancis kes kapal selam ditahan di KLIA
- Live! TG Nik Aziz Duduk Bersama Penyokong
- Tentatif Program Ijtimak Pilihanraya PAS Kelantan
- Gambar Ijtimak PAS Kelantan 2011 DI Pantai Genting
- Video Penerangan Polis Baik. Polis Baik?
- Isu Cincin Rosmah. Kenapa Pengurusan Kargo KLIA Jadi Kalut?
- Polis Baik? Aku Setuju!
- Hebat Abang Mat! Gambar Mat Sabu Langgar Pajero DiDedahkan
Misteri 907 Hospital Tung Shin – oleh Aishah Posted: 22 Jul 2011 09:58 AM PDT 22 JULAI – Dahulu, ibu selalu akan memanggil anak-anaknya "masuk ke dalam, tengok langit tuh, kuning!" Mambang kuning katanya. Setiap senja menjelma, menghampiri malam, akan ada lah ia – mambang berwarna kuning. Tapi kali ini, yang berwarna kuning di tengah-tengah bandaraya pada 9 Julai lalu bukanlah mambang yang ini, walau pun warnanya seakan sama. Rentetan kes mambang kuning yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai spekulasi, ramalan mimpi dan jampi mantera ditemukan. Mulalah terdengar bisikan-bisikan jahat tentang siapa salah, siapa benar, siapa mangsa, siapa pembunuh. Misteri di hospital Dan sehingga ke detik 12 malam ini, masyarakat masih dihantui dengan misteri…dengan asap yang muncul dengan tiba-tiba. Kerana hantu merah tidak mengaku berbuat dajal di situ, tempat suci. Pihak yang lain pula menuduh itu adalah kerja orang jahat yang ingin merampas kuasanya. Itulah dia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia bermotif politik untuk mendesaknya meletak jawatan. Pihak polis berterusan menafikan terus pembabitannya yang salah laku dan melekatkan beban itu kepada orang ramai – ya, orang ramai yang disembur gas pemedih mata yang bersalah. Kemudian tampillah kenyataan daripada 11 malaikat penyembuh – para doktor Hospital Tung Shin sendiri – yang mengesahkan dakwaan orang ramai, walau pun lembaga hospital tersebut sebelum itu memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku pun ketika perhimpunan aman 9 Julai. Sebelas doktor ini tidaklah pula menyimpan keinginan untuk memihak pada sesiapa, hanya ingin berkata yang benar kerana perbuatan polis itu melanggar pengiktirafan sejagat – hospital sebagai tempat perlindungan. Pimpinan DAP juga telah membawakan empat saksi yang berada di tempat kejadian; Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Zairil Khir Johari. Namun, sehingga kini, tiada siasatan selain janji-janji kosong. Dan rakaman video polis yang disunting sebegitu rupa di mana hanya 'kejahatan' orang ramai dikatakan tertonjol manakala polis 'baik' saja rupanya. Sementara itu, komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU) polis pula boleh berseloroh dengan mengatakan FRU bertindak kasar semasa perhimpunan 9 Julai itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital, sekurang-kurangnya sebagai pesakit luar. Agaknya dia itu buta, tidak mampu melihatkan keadaan orang ramai yang terjatuh dikejar, terkena kanister gas, patah tulang sana sini. "Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian." Malah, "Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia." –Supt (B) Sulaiman Menga Din Apa pun prosedur operasi piawai (SOP) yang dipraktikkan, masyarakat cukup jelas dengan kesannya yang mencemar hak asasi manusia (HAM). Malah, Malaysia kini sudah cukup malu untuk berdepan dengan komentar keras daripada media luar. Sehingga laporan dalam The Economist juga sanggup ditapis. Sepatutnya kalau tidak bersalah, tindakan yang harus diambil pihak yang bertanggungjawab ialah dengan menepis, bukan menapis. Tetapi ini tidak dilakukan, atau tidak mampu dilaksanakan, kerana sudah terlalu banyak penipuan. Konsep dan amalan hak Konsep hak semulajadi atau 'natural rights' ini telah ada sejak berkurun lamanya, dan di Eropah, hak ini tertakluk bukan kerana seseorang itu warganegara tetapi kerana ia seorang manusia. Dan ini menjadi asas kepada ide hak warga, politik dan kebebasan agama. Konsep HAM ini dapat dikesan dalam Declaration of the Rights of Man and of The Citizen (1789), Magna Carta (1215), dan sebagainya. Ia bermula dengan The Charter of the Rights of Nations of Cyrus (580-529SM). Malah sejarah Islam telah mencatatkan hak-hak manusia dalam Piagam Madinah (622M). Dan ini jelas menunjukkan ia merupakan nilai yang relatifnya sama dan dikongsi, bukanlah sesuatu perkara asing yang dipaksakan. Hal paling penting adalah idea non-violent/ ahimsa/ satyagraha/perhimpunan aman. Idea ini dibangun oleh Leo Tolstoy, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King sebagai penolakan terhadap tindakan kerajaan yang tidak beretika. Dan pada prinsipnya, jika kebangkitan diinginkan rakyat, ia bertujuan membawa perubahan dan menamatkan eksploitasi pemerintah yang sedia ada, sama ada penjajah atau kerajaan sendiri. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Gandhi itu yang akhirnya berjaya mengusir penjajah dari ibu pertiwinya. Ia justeru bermasalah, apabila media massa kawalan Barisan Nasional sengaja mengaitkan perhimpunan aman di negara ini dengan keganasan mau pun gerakan pemisah di luar sana. Mungkin ada sedikit kegusaran pemerintah di situ, bimbang kuasanya tercabut, kepercayaan rakyat sudah lama lenyap. Kerana selalunya, gerakan rakyat tertindas berjaya di beberapa tempat di dunia, antaranya gerakan civil rights di Amerika Syarikat dan anti-apartheid di Afrika Selatan. Melihat aksi orang ramai dan reaksi kerajaan dalam menangani fenomena ini, jelas menunjukkan ada usaha untuk menutup kebangkitan kesedaran publik. Dahulu, ruang demokrasi di Malaysia ini tidak subur, malah ada yang mengatakan ia telah terkubur. Tetapi kejadian demi kejadian pasca 2008 dan proses pendemokrasian seperti yang berlaku baru-baru ini menunjukkan ia petanda baik bagi negara yang 'hidup'. Tuntutan hak demokrasi ini, jika direalisasikan dan menjadi budaya, akan mudah merungkaikan misteri 907 Hospital Tung Shin. – Roketkini.com |
Posted: 22 Jul 2011 08:57 AM PDT 22 JULAI — Sudah masuk dua minggu tunjuk perasaan Bersih 2.0 berlalu, persoalan yang dipolemik dalam masyarakat ialah polis dikatakan bertindak berlebihan atau keterlaluan. Macam-macamlah orang kata tentang polis. Ada pun Bersih itu boleh jadi ia ada terus atau ia mungkin tidak ada lagi. Tetapi polis mesti ada selagi ada orang dan ada negara. Perbincangan kejadian pada 9 Julai 2011 tentang polis akan berlangsung lebih lama dari perbincangan tentang Bersih. Maka polis seperti sedang dibicarakan dalam mahkamah umum oleh masyarakat umum dalam negeri dan luar negeri. Lalu polis pun dalam pembelaan dirinya minta orang ramai, khususnya penyokong Bersih 2.0 buktikan polis zalim atau polis ganas dalam menangani peristiwa 9 Julai itu. Apakah polis zalim atau ganas atau sebaliknya tidak dapat ditentukan oleh orang ramai. Ia ditentukan oleh sikap dan tindakan polis sendiri. Hari 9 Julai 2011 itu sendiri dapat menyatakan apakah polis hari itu ganas atau adil? Untuk mendapatkan bukti dari orang ramai tentang polis hari itu zalam atau tidak akan memakan masa yang lama dan payah. Ia memerlukan makanisma yang payah untuk dilaksanakan. Jika dikehendaki juga pengumpulan bukti itu ia bererti memperpanjang pembicaraan umum tentang polis yang tidak diketahui bila ia berakhir. Persoalannya sekarang bagi memungkinkan polis bebas dari gema dan kesan 9 Julai itu ialah polis sendiri membuktikan ia adil atau ia tidak zalim. Sekalian pegawai kanan polis hari itu berada di Lembah Kelang. Kecuali pegawai polis yang anaknya kahwin hari itu saja yang tidak beruniform. Tetapi mereka sudah beruniform lebih dari seminggu menjelang hari itu. Malah kepala menteri yang menjaga polis tidak cuti dari persoalan unjuk rasa Bersih itu. Maka sekaliannya menumpukan pengumpulan bukti masing-masing bagi membuktikan polis yang bertugas hari itu tidak ganas a tau tidak zalim. Polis boleh bagi bukti itu sebaik saja matahari 9 Julai itu terbenam. Senarai polis yang bertugas menjelang hari itu dan pada hari itu lengkap. Mereka boleh bersumpah naik saksi membuktikan ia tidak zalim. Ia juah lebih senang dari mendapatkan bukti tentang kezalimannya dari orang ramai kerana orang ramai itu ada bermacam-macam sifat dan perangai. Ada yang mahu memberi bukti dan ada yang tidak mahu memberi bukti. Dan mereka ada bermacam-macam kerja. Mereka sudah memberikan masa untuk Bersih dan mereka mungkin mahu menggunakan masa untuk perkara lain pula. Jadilah pula gunanya menggunakan masa dan tenaga lagi untuk membuktikan pula polis itu zalim. Tetapi apalah untungnya polis jika dapat dilambakkan bukti bagi mengesahkan ia zalim pada hari itu? Apa yang polis patut buat sekarang bukan mengumpulkan bukti menjadikan ia zalim. Polis itu akan berkhidmat selama-lamanya dan tidak putus-putus. Apa akan jadi pada polis yang ada jika dapat dibuktikan nanti ia ganas? Apa pun polis memang menghadapi sembang-sembang di merata-mata tentang isu kebijaksanaannya pada hari itu. Apa yang perlu dibuat oleh polis ialah duduk dan berfikir membuktikan ia bertindak betul pada hari itu. Sebaik terbenam saja matahari ia sudah boleh memberikan bukti ia adil dan memenuhi tugas profesional pasukan polis. Ia perlu mengeluarkan bukti yang diterima oleh semua orang baik yang berada di tengah gelanggang tunjuk perasaan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran dengannya serta orang-orang yang hadir di seluruh negara tetapi memerhati dari dekat intenet dengan teliti. Dan termasuk juga bukti-bukti yang boleh didapati dari pancaran setelit di tepi langit sana yang disalurkan kepada semua berita dunia di bumi. Semua bukti ia baik dan adil itu diterima oleh semua pihak. Tugasnya memang berat dan mencabar. Bukti itu bukan sekadar disenangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, tetapi ia mesti disenangi oleh semua. Barulah ia dikatakan adil dan telus. Apabila sekalian polis dapat membuktikan ia pada hari itu tidak zalim dan tidak ganas, maka selesailah tanggungjawab dan masalah yang dihadapinya. Sekali pun mengumpul sekalian polis yang bertugas untuk membuktikan polis tidak zalim adalah lebih senang dari mengumpulkan sekalian saksi bagi membuktikan polis zalim, mendapatkan persetujuan semua orang di luar polis bahawa polis tidak zalim adalah lebih susah dari membuktikan polis itu zalim. Bukti mudah dicari. Semua orang yang kena katuk, kena rempuh, kena tembak meriam air dan sekalian yang kena tahan ssereta sekalian lari ke sana dan ke mari dari kejaran polis akan menjadi kesaksian tentang kerja luar biasa polis itu. Dengan bukti itu akan memayahkan polis juga. Maka sebelum mereka tampil memberikan bukti tentang polis itu zalim adalah lebih baik polis memilih membuktikan ia baik dan adil. Bila ia dapat membuktikan ia adil dan baik, maka dengan sendirinya ia tidak zalim. Bolehkah a tau tidak polis membuktikan ia adil dan baik, ia adalah terserah kepada kebijaksasnaan polis sendiri. * The views expressed here are the personal opinion of the columnist. Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia. |
Najib kata beliau jelaskan PM UK niat sebenar Bersih Posted: 22 Jul 2011 08:50 AM PDT SEPANG, 22 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan anjuran Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini. Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan itu ketika lawatan itu berlangsung. "Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom (that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya dipetik Bernama Online. Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati. "Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis," kata Najib. Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh Bersih 2.0 bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut "pembaharuan pilihan raya". "Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Timur Tengah. Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat," katanya. Beliau berkata Perdana Menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi. "Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih," kata Najib. |
Live! Gambar TG Nik Aziz Dan TG Haji Hadi Di Ijtimak PR PAS Kelantan. Allahukhbar! Posted: 22 Jul 2011 03:30 AM PDT |
Ku Li: Suara menuntut kebenaran Posted: 22 Jul 2011 03:00 AM PDT Tengku Razaleigh Hamzah Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini. Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita - pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi. Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita. 2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik. Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan. 3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau "model" negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi - sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari - tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar. 4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau. 5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan. 6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: "Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan". Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: "Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri". Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata "Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar". Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, "Berhentilah! Cukuplah"! dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu. 7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: "Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi - Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia..." 8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita - dan menyatakannya dengan lantang dan jelas. 9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris 'OIC'). Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu. 10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, "Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka? 11. "Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Cambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luar biasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot." Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas. 12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas. 13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini. 14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, "dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini." 15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar - mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini - mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu "di-remodel" sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan "Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu". Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara. 16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu - demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai "komunalis", yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang "Islamik" mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). 17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain. 18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat "menjangkit" Ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini. 19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): "Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)". Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita - usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka. 20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih. ------------------------------------------------------------------------ *Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Majlis Pelancar |
Peguam Perancis kes kapal selam ditahan di KLIA Posted: 22 Jul 2011 02:30 AM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 22 Julai — Peguam Perancis Willian Bourdon telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba selepas menghadiri majlis makan malam di Pulau Pinang malam tadi. Di Pulau Pinang beliau memberi penerangan tentang perkembangan terbaru berhubung kontroversi perjanjian pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion yang dilakukan oleh Malaysia. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon sepanjang lawatan itu berkata, peguam itu ditahan ketika berada dalam pesawat oleh seorang pegawai imigresen sebaik sahaja kapal terbang mendarat. "Pegawai imigresen masuk ke dalam kapal terbang dan tahan beliau untuk diambil keterangan. Beliau sekarang di pusat tahanan dan isterinya diasingkan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Pemimpin PKR dan juga seorang peguam Latheefa Koya yang dalam perjalanan ke KLIA untuk mewakili Bourdon berkata "kami jangkakan ia mesti ada kaitan dengan ucapannya malam tadi", yang mana Bourdon dibenarkan memasuki negara tanpa sebarang sekatan. Pembelian dua kapal selam dari firma pertahanan Perancis DCNS pada 2004 dan 2005 dibuat ketika Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan menteri pertahanan dan syarikat milik Abdul Razak Baginda dikatakan membantu perdana menteri menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta untuk perjanjian itu. Episod peristiwa itu juga dikaitkan oleh kumpulan hak asasi dan pembangkang berhubung kematian model Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006. Bourdon tiba dari Pulau Pinang di mana beliau menyampaikan ucapan dalam satu majlis anjuran Suaram mengenai perjanjian pembelian kapal selam Scorpene. Beliau djadualkan akan berucap dalam satu program di Petaling Jaya malam ini. Pada Disember 2009 Suaram, mengemukakan memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia. Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar. |
Live! TG Nik Aziz Duduk Bersama Penyokong Posted: 22 Jul 2011 01:56 AM PDT TG duduk bersama penyokong untuk mendengar ceramah dari YB salahuddin Ayub |
Tentatif Program Ijtimak Pilihanraya PAS Kelantan Posted: 21 Jul 2011 11:00 PM PDT insya allah semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari allah. lawan gelombang jahiliyyah merah kelantan |
Gambar Ijtimak PAS Kelantan 2011 DI Pantai Genting Posted: 21 Jul 2011 09:00 PM PDT Alhamdulillah, Pantai Geting Tumpat dibanjiri oleh ribuan hadirin dari seluruh negeri Kelantan. Semoga Kelantan terus utuh dari digugat oleh gelombang jahiliyyah. |
Video Penerangan Polis Baik. Polis Baik? Posted: 21 Jul 2011 08:00 PM PDT rakyat cerdik la sekarang abang polis puak lu jer yang masih main macam ni kahkahkahkah... rakyat cerdik bukan bodoh macam umno! |
Isu Cincin Rosmah. Kenapa Pengurusan Kargo KLIA Jadi Kalut? Posted: 21 Jul 2011 07:00 PM PDT kenapa tiba-tiba jadi kalu semacam ni der? ada yang salah ker der? benda ni ditampal mana-mana bahagian kat kargo punya pengurusan chegu bard |
Posted: 21 Jul 2011 06:00 PM PDT gambar tidak menipu la der apa macam abang misai? jangan bohong ok |
Hebat Abang Mat! Gambar Mat Sabu Langgar Pajero DiDedahkan Posted: 21 Jul 2011 04:00 PM PDT hebat! tangka abang mat boleh jadi tak waras nak langgar pajero polis tu? abang mat dah menggila? pajero polis tu dok diam je? hebat lakonan abang mat hahahahahahahaha lu jangan ingat rakyat bodoh la abang misai kami rakyat dah muak dan kenal dah perangai anjing-anjing korang |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan